You are on page 1of 8

Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah

Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa
model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu
daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi
tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya
adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logika
Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin).

Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah dan
tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin & Mendler, Model
Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah &
Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan
Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.

1.1         Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner

Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk mengajar tingkah
laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar. Model ini
menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi
prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan peneguhan.
Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan
kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam
konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku
yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran material dan kata-kata
pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen tingkah laku.
Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan akan lebih kerap
berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap ataupun
langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya tidak
diperkukuhkan.
Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan bertambah teguh jika
pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan
tidak diberikan.

1.2         Model Disiplin Asertif Canter

Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini
melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai
beberapa prinsip tersendiri.

Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua,
tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal
kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan
rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.

Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, “guru asertif
menggangap murid mereka sebagai pesalah”. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas
tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan
mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar oleh
mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif Canter
juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-murid.

Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru asertif
percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk murid-
murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru dengan
murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah laku yang
sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh, dan tidak
menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas. Justeru, guru
asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan hormatnya kepada
mereka dan melayani setiap individu secara adil.

Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab yang
ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan yang guru
hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif kerana tidak
mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik
perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku
yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.
2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada
tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-
kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah laku manusia banyak
dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan.  Beliau tidak
mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-
pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam
bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu.

Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen
luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk
meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian,
dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala
peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-
murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan pujian jika
murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan
kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk peneguhan negatif pula,
guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar peraturan seperti membaca
komik semasa guru sedang mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya
murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai
rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan
rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali
tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar.

Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan tingkah
laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan tindakan
untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan pula merupakan
tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak
dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut
ditunjukkan. Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran
perlu diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini
diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan
atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada
guru.
Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk membentuk
tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang seterusnya pula
dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi setiap
kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk
tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu
dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala
seperti memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat
menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk
mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat
ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku yang diingini telah
ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut
apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila
murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti
mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap
kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu tertentu
sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau
pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai
contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid
akan berhenti daripada mengangkat tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.

3.0  MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER

Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap
tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di
dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini
lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid
mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga  melibatkan ganjaran dan dendaan
akibat daripada peraturan yang ditetapkan.

Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara
tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk
mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk
mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid
perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk  bertingkah laku .  Oleh yang demikian, guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang
sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan
murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan
mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan
pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang
berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi
peraturan.

 Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing
murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang
positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta
mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar
secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam
keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab
memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada
mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang
agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.

a)    Guru yang agresif

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang
rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat,
untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan
kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya
memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka
mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan
tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’..Arahan-arahan sebegini tidak menunjukkan kemesraan
dan membuatkan murid berasa terancam dan menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.

b)    Guru yang tidak asertif

Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif
terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku
yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru yang tidak
asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah tetapi pada masa
yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut. Mereka selalu
menggunakan frasa-frasa seperti ‘Tolonglah berkelakuan elok sikit’  atau ‘Berapa kali cikgu cakap,
tolong diam!’.  Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan sampai ketikanya
murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis ini akan menjadi
putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan guru yang tidak
konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan guru. Hal ini
menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.

c)    Guru yang asertif

Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan jangkaan
dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan saling
mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan tingkah
laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat
pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan
pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini
daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap
tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh
diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan
diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid
juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut.
Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan.
Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk
ancaman.

Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan apabila
peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk
memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan
dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas.
Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid dan pada
masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Mereka memberikan
arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,‘Peraturan kelas kita ialah angkat tangan untuk
menjawab soalan’ atau   ‘Angkat tangan dan tunggu dengan senyap, cikgu akan panggil awak’.

Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah. Guru
yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid berasa takut
dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan menjadi
penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan memberontak
dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru.

Guru yang tidak asertif pula akan  menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di
dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan seterusnya
akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru tidak asertif ini
suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah laku tersebut
berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan akan membuatkan
hilang rasa hormat murid terhadap guru.
Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid.
Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-
masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah laku
yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada tingkah laku
dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid.
Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong
perkembangan pembelajaran murid.

Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan. Canter
mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang
menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku.
Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu tingkah
laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti meminta
murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan pengayaan bagi
memenuhi masa yang ada.

Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan
keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh
guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai
penggalak kepada tingkah laku  yang diingini  dan boleh membina persekitaran pembelajaran yang
positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan  kepada murid termasuklah
memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif dan
memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.

Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak
murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk
mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan
menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat
memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan
hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku
yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan
pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan melaksanakan pelan-pelan
pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang dilaksanakan.

Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin


kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa
peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman kepada murid-
murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah menerangkan
kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan supaya murid-
murid faham dan jelas akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan peraturan tersebut. Guru
perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah diterangkan. Guru perlu
menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika mengikut peraturan ataupun
melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu dikenakan kepada sesiapa yang
melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan menunjukkan mengapa pembetulan perlu
dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula kefahaman murid sama ada murid lebih
memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu dilakukan sekiranya murid masih tidak
memahami.

You might also like