You are on page 1of 38

1.

Tajuk Kajian:
Topik 1: KLSR dan KSSR.

2.LATAR BELAKANG KAJIAN.

Kumpulan kami telah memilih topik satu untuk kajian mini kami iaitu
mengenai KLSR dan juga KSSR. Seperti mana yang kita semua ketahui sebelum
kewujudan KSSR terlebih dahulu kurikulum sekolah rendah telah bermula
dengan KLSR atau pun lebih dikenali sebagai Kurikulum Lama Sekolah
Rendah.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah mula dilaksanakan
sejak negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa
Penyemak Mata Pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan
Rahman Talib. Ketika itu jawatankuasa itu diketuai oleh Menteri Pelajaran
ketika itu iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa itu ditubuhkan untuk
mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah
dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar
pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957.
Di dalam Laporan Rahman Talib beberapa cadangan telah dicadangkan
iaitu pendidikan Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di
setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Seterusnya
Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana
kemudiannya dikuatkuasan dalam Akta Pelajaran tahun 1961. Semenjak
daripada itu perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah
berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta
Pelajaran 1961 ini.
Kemudian tahun pun berganti dunia pendidikan semakin berkembang
selaras dengan perkembangan dan pembangunan negara. Oleh itu kurikulum
yang sedia ada digubal lagi untuk memantapkan perkembangan kurikulum di
sekolah bagi melahirkan modal insan yang berdaya maju di dalam semua aspek
pendidikan dan tidak lagi berpusatkan kepada peperiksaan. Oleh dengan itu

1
selepas KLSR, KBSR lahirlah KSSR yang diperkenalkan di sekolah-sekolah
rendah di Malaysia pada tahun 2011.
KSSR ialah satu kurikulum yang merangkumi lapan perkara iaitu
bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran,
pengurusan kurikulum dan juga bahan.
Di dalam gagasan ke tiga ucapan dasar Y.A.B Perdana Menteri Malaysia
di dalam Perhimpunan Agung Umno pada tahun 2006 telah menyatakan supaya
sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada empat aspek ini iaitu
pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan
warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan juga maklumat dan aspek yang
keempat ialah program membangunkan manusia dalam melahirkan insan Ulul-
al-bab.
Oleh kerana itu di dalam kajian mini kami ini kami cuba mengupas dan
membuat sedikit sebanyak kaji selidik mengenai perubahan kurikulum di
Malaysia kini daripada yang lama kepada yang baru iaitu daripada KLSR
kepada KSSR.
Daripada kajian mini kita dapat melihat perubahan yang berlaku kepada
dua kurikulum ini iaitu KLSR dan juga KSSR dan impaknya kepada
pendidikan negara di dalam melahirkan modal insan yang berdaya maju dan
bersaing selaras dengan pembangunan negara yang semakin kukuh daripada
segi pentadbiran politik dan juga ekonomi.
Oleh kerana itu negara telah memikirkan untuk mewarisi sebuah negara
yang berdaya maju Malaysia harus melahirkan modal insan yang mantap dari
segi intektualnya dan juga kerohaniannya. Dan kerana itu kurikulum yang sedia
ada haruslah digubal dan dimantapkan supaya mampu melahirkan modal insan
ini kerana mereka ialah pewaris negara pada satu masa nanti dan pewaris-
pewaris ini yang harus digilap daripada sekarang melalui perkembangan
kurikulum yang terbaik.

2
3. PENGENALAN/ FOKUS(ISU) KAJIAN.

Kajian mini bermula apabila kumpulan kami mula membincangkan


mengenai keberkesanan dan juga kebaikan kurikulum yang baru ini iaitu KSSR
dibandingkan dengan keberkesanan dan juga kebaikan kurikulum yang lama
iaitu KLSR kepada sistem pendidikan negara kini.
Kajian ini juga bermula apabila kumpulan kami menemubual salah
seorang guru yang terlibat di dalam KSSR ini . Guru ini mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Kampung
Ladang, Gemas, Negeri Sembilan. Beliau berpengalaman mengajar Bahasa
Melayu selama 16 tahun dan beliau berpendapat KSSR iaitu satu kurikulum
yang bagus dipraktikkan dan diterapkan di dalam sistem pendidikan sekolah
rendah kini kerana yang pertama KSSR diwujudkan untuk melahirkan modal
insan yang mampu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan juga
mengira, berkemahiran menaakul, kreatif dan inovatif, mempunyai kesedaran
kesejahteraan diri daripada segi fizikal dan juga mental, mempunyai
kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai-nilai murni,
mempunyai jati diri dan semangat patriotisme yang tinggi dan juga mampu
memahami dan menghayati budaya nasional. Beliau berpendapat sekiranya
murid mampu menguasai kesemua aspek ini maka ramailah modal insan dapat
di lahirkan dengan cemerlang di dalam sistem pendidikan negara.
Beliau juga menyatakan melalui KSSR murid –murid dapat menguasai
membaca, menulis dan juga mengira dengan baik. Secara jujurnya beliau
menyatakan KSSR ini setakat ini berjaya dijalankan di sekolah walaupun
timbul beberapa masalah yang perlu penambahbaikan dan juga komitmen guru
amat penting di dalam merealisasikan keberkesanan KSSR ini di sekolah
rendah.

4.KEPENTINGAN KAJIAN

3
Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana keberkesanan KSSR
didalam sistem pendidikan negara khususnya di sekolah rendah jika
dibandingkan dengan kurikulum sebelum ini iaitu KLSR.
Pentingnya kajian ini dilakukan ialah melalui kajian ini kita dapat
membuat dapatan sejauh mana kejayaan dan juga keberkesanan KSSR
berbanding dengan KLSR satu masa dahulu.
KLSR dan juga KSSR ialah dua kurikulum yang berbeza iaitu KLSR
lebih berorientasikan peperiksaan manakala KSSR ialah satu kurikulum yang
mementingkan penilaian dan juga pentaksiran
Didalam KLSR murid – murid dinilai dan diuji melalui ujian dan juga
peperiksaan tetapi di dalam KSSR murid-murid dinilai dan ditaksirkan melalui
standard-standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekali lagi di sini guru memainkan peranan yang cukup besar di dalam
merealisasikan kurikulum ini di sekolah-sekolah.
Melalui modul-modul pengajaran yang telah disediakan serta kursus-
kursus KSSR yang telah diberikan kepada guru-guru maka guru-guru haruslah
kreatif di dalam menjalankan KSSR ini di sekolah-sekolah supaya dapat
melahirkan murid-murid yang cemerlang di dalam setiap aspek pendidikan.

5.TINJAUAN LITERATUR.

4
Melalui kajian mini ini juga kami juga berkesempatan melakukan
tinjauan literatur iaitu tinjauan ini bertujuan memberikan idea mengenai
pembolehubah, mengumpul maklumat mengenai KLSR dan juga KSSR ini,
mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam KLSR dan juga KSSR ini dan
juga seterusnya mengetahui status kajian ini dilakukan.
Di dalam tinjauan literatur ini kami telah telah mengambil beberapa
langkah untuk mengetahui beberapa masalah yang timbul di dalam
melaksanakan dan keberkesanannya KSSR di dalam kurikulum sekolah-sekolah
rendah.
5.1 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Berdasarkan kepada instrumen yang dijalankan untuk meninjau


masalah yang timbul di dalam melaksanakan kurikulum ini di sekolah maka
kami membuat analisis seperti yang terkandung di dalam jadual yang kami
lampirkan di bawah.

BIL MASALAH JUMLAH


1 Guru terpaksa menggunakan kertas yang 77%
banyak untuk mencetak evidens pentaksiran
murid-murid berdasarkan modul pengajaran
yang telah disediakan.
2 Guru harus menyediakan fail untuk setiap 18%
murid berdasarkan kepada mata pelajaran
yang diajar dan ini memerlukan banyak masa
dan guru perlu sentiasa mengemaskini fail
murid.
3 Guru dibebankan dengan tugas untuk 20%
mengisikan pelaporan pentaksiran di dalam
borang-borang yang disediakan dan ini tidak
termasuk dengan tugas-tugas yang lain.

5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN.

5
Tindakan yang telah dijalankan oleh kumpulan kami untuk membantu
guru-guru ini di dalam melaksanakan KSSR ini di sekolah ialah dengan
memberikan sedikit motivasi iaitu kata-kata semangat kepada mereka bahawa
mereka akan menjadi seorang guru yang berjaya satu masa nanti di samping
melahirkan murid-murid yang berjaya melalui komitmen yang telah mereka
curahkan di dalam melaksanakan kejayaan KSSR ini di sekolah.
Tindakan yang seterusnya ialah perkara-perkara ini boleh diatasi melalui
kerjasama di antara guru-guru dan juga perbincangan yang baik di antara
guru-guru dan juga pentadbiran di sekolah. Sekiranya perkara ini dijalankan
dengan baik maka masalah-masalah ini dapat di atasi dengan baik.
Selain daripada itu masalah ini juga dapat di atasi dengan sekolah
mengadakan latihan di dalam perkhidmatan di sekolah iaitu guru-guru yang
terlibat dengan KSSR dan telah menghadiri kursus KSSR hendaklah
menyampaikan maklumat itu kepada guru-guru yang lain supaya maklumat
yang disampaikan dapat dikongsikan dengan guru-guru yang lain.
Seterusnya masalah ini juga dapat diatasi dengan mewujudkan guru
pembantu untuk membantu guru-guru yang sedia ada jadi bebanan guru itu
dapat diatasi dan guru-guru yang terlibat dengan KSSR ini dapat menjalankan
tugas mereka dengan teratur dan juga sempurna.

6.METOD PENULISAN.

6
Di dalam menyiapkan kajian mini mengenai kurikulum KLSR
dan juga KSSR ini kami telah menggunakan beberapa metod penulisan .Metod
penulisan itu ialah:

1. Pemerhatian
Sikap guru dan juga murid dilihat secara tidak langsung sewaktu
aktiviti pengajaran dan juga pembelajaran berlangsung.

2. Soal selidik
Borang soal selidik diberikan kepada murid dan juga guru untuk
mendapat jawapan secara tepat dan juga jujur.

3. Ujian Pengesanan
Diberikan kepada murid –murid untuk mengukur sejauh mana
pencapaian dan juga pemahaman mereka.

4. Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan juga pembelajaran.


Tindak balas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang
dikemukakan.

5. Semakan Buku Latihan


Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap
perkembangan murid di dalam menguasai sesuatu kemahiran.

6. Temubual
Sesi temubual juga dijalankan kepada guru yang mengajar contohnya
di dalam kajian mini ini kami memilih guru Bahasa Melayu. Melalui
sesi temubual ini kami dapat melihat keberkesanan KSSR di dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.

a. SAMPEL KAJIAN.

7
TEMUBUAL

UJIAN SOAL

PENGESANAN SELIDIK

SAMPEL

KAJIAN

SEMAKAN TINDAK BALAS DI


BUKU LATIHAN DALAM AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMERHATIAN PEMBELAJARAN

1.1 TEMUBUAL (GURU)

8
1. Berapa lamakah cikgu sudah berkecimpung di dalam dunia pendidikan?
2. Mata pelajaran apakah yang cikgu ajar di sekolah?
3. Apakah pandangan cikgu mengenai KSSR?
4. Pada pendapat cikgu adakah KSSR berjaya dijalankan di sekolah?
5. Adakah timbul masalah-masalah yang lain berkenaan dengan KSSR ini ?
6. Bagaimanakah penerimaan murid-murid dengan KSSR ini?
7. Adakah cikgu setuju dengan transformasi kurikulum di dalam dunia pendidikan
pada hari ini?
1.2TEMUBUAL (MURID)

1. Siapakah guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu?


2. Bagaimanakah sikap guru itu dengan kamu?
3. Apakah tajuk yang kamu pelajari pada hari ini?
4. Adakah kamu faham dengan arahan guru kamu?
5. Adakah kamu seronok mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu?

1.2 UJIAN PENGESANAN


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU
BILANGAN MURID TAHUN SATU ANGGERIK: 25 ORANG.
9
BIL SOALAN BETUL SALAH
1 A. Isikan huruf besar di dalam 22 3
kotak yang disediakan.
2 B. Isikan ruangan kosong 20 5
dengan jawapan yang betul.
3 C. A. Isi tempat kosong dengan 22 3
kata tanya yang betul.
B. Garisi kata tanya yang
betul . Kemudian, tulis di 20 5
dalam ruang yang
disediakan.
4. D. A. Lengkapkan 22 3
B. Warnakan kata kerja
aktif transitif yang sesuai.
5 E. Isi tempat kosong dengan 20 5
kata hubung yang betul
6 F. Baca dan tulis ayat 22 3
berpandukan gambar
7 G. Susun perkataan supaya 21 4
menjadi ayat yang betul dan
baca

1.3 INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA


TAHUN SATU.

BIL SOALAN BETUL SALAH


1 Baca perkataan 25 0
dan tulis di bawah
gambar yang betul.
10
2 Salin semula ayat 22 3
di bawah dengan
meletakkan tanda
baca yang betul.
3 Catat maklumat 21 4
berdasarkan
gambar yang
diberi.
4 Bersoal jawab 20 5
tentang bendera
jalur gemilang
5 Lengkapkan dialog 22 3
dengan kata
panggilan
6 Tulis maklumat 21 4
berdasarkan
gambar.
Murid 22 3
memindahkan
maklumat daripada
gambar.
8 Lengkapkan ayat 22 3
dengan perkataan
yang tepat.

1.4 SOAL SELIDIK

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN MINI SEK.KEB.KAMPUNG LADANG,


GEMAS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR YA/TIDAK


1 ADAKAH KSSR BERJAYA SETAKAT INI?
2 CIKGU MEMBERIKAN KOMITMEN YANG
SEPENUHNYA TENTANG KSSR?
3 KSSR JAUH LEBIH BAIK DIBANDINGKAN

11
DENGAN KLSR?
4 CIKGU GEMBIRA DENGAN
TRANSFORMASI KURIKULUM INI?
5 ADAKAH CIKGU DAPAT MENYAMPAIKAN
MAKLUMAT MENGENAI KSSR KEPADA
GURU-GURU YANG LAIN DENGAN BAIK
SEKEMBALINYA CIKGU DARIPADA
SEBARANG KURSUS ATAU PUN
TAKLIMAT MENGENAI KSSR?
6 ADAKAH SEMUA GURU MEMBERIKAN
KERJASAMA YANG BAIK DI DALAM
MENJALANKAN SEBARANG AKTIVITI
YANG MELIBATKAN KSSR?
7 ADAKAH PIHAK PENTADBIRAN
MENGURUSKAN DENGAN BAIK KSSR INI
DI SEKOLAH?

NAMA: JANTINA:
UMUR: AGAMA:
GURU MATA PELAJARAN:

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN MINI TAHUN SATU ANGGERIK


SEK.KEB.KAMPUNG LADANG, GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR YA/TIDAK


1 PENGAJARAN CIKGU MENYERONOKKAN
2 CIKGU BERI TUMPUAN PADA SAYA
3 SAYA MINAT MATA PELAJARAN BAHASA
MELAYU
4 KELUARGA BERI BIMBINGAN DI RUMAH
5 BIMBINGAN YANG CIKGU BERI
MENCUKUPI

12
6 SAYA FAHAM DENGAN ARAHAN CIKGU
7 SAYA SUKA MENULIS DAN MEMBACA

NAMA:
UMUR:
KELAS:
JANTINA:
AGAMA:

1.5 BORANG SEMAKAN BUKU LATIHAN MURID.


KELAS: 1 ANGGERIK
MATA PELAJARAN: BAHASA MALAYSIA BULAN: JULAI

BIL NAMA MURID TARIKH KOMEN GURU


1 AZIZUL FAHMI 2/7/2012 BAGUS
2 AHMAD RIDUAN 2/7/2012 BAGUS
3 AISHAH HANANI 2/7/2012 BAGUS
4 BADARIAH 2/7/2012 BAGUS
5 HANIS SURAYA 2/7/2012 MEMUASKAN
6 HASYIMAH 2/7/2012 BAGUS
7 FAEZ HAIKAL 2/7/2012 CEMERLANG
8 FAHRURODZI 2/7/2012 USAHA LAGI
9 MUHAMMAD AMZUSYAHFID 2/7/2012 BAGUS
10 MUHAMMAD AZIZAN 18/7/2012 BAGUS
11 MUHAMMAD HAIKAL HAKIMI 2/7/2012 BAGUS
12 MUHAMMAD ZAIMI 2/7/2012 CEMERLANG
13 MUHAMMAD ZAINI 2/7/2012 CEMERLANG
14 NURUL IZZAH 3/7/2012 USAHA LAGI
15 NURUL AISYAH 2/7/2012 BAGUS

13
16 SITI NURFARAHIN 2/7/2012 USAHA
17 SITI ZULAIKHA 18/7/2012 CEMERLANG
18 SITI NURUL HANIZA 18/7/2012 BAGUS
19 SITI SALWANI 2/7/2012 BAGUS
20 SYARIFAH AMALIA 2/7/2012 USAHA LAGI
21 ZULKARNAIN 2/7/2012 CEMERLANG
22 ZULHILMI 2/7/2012 BAGUS
23 ZALIZAH 2/7/2012 BAGUS
24 ZAINURUL IZWAN 2/7/2012 BAGUS
25 ZAMSARI 2/7/2012 BAGUS
1.6 PEMERHATIAN
Pada 25 September tahun 2012 saya ( Zanalullaily Binti Mohamed Sofian) telah
membuat pemerhatian di dalam kelas 1 Anggerik di mana saya berpeluang melihat
pengajaran untuk mata pelajaran Bahasa Melayu selama setengah jam di mana
ketika itu Puan Noraziah Binti Abdul Aziz sedang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu untuk tajuk ‘Pemandangan Kampungku’ menggunakan kurikulum KSSR.
Guru ini telah bertanyakan kepada murid-murid mengenai pengalaman mereka di
kampung mereka. Daripada pemerhatian saya guru ini begitu kreatif dengan
menggunakan lukisan pemandangan di sebuah kampong sebagai alat bantu
mengajar untuk dikaitkan dengan tajuk mata pelajaran pada hari itu. Daripada
situ guru ini bertanyakan soalan dan murid-murid menceritakan pengalaman
mereka ketika berada di kampung.
Di situ saya dapat membuat pemerhatian walaupun murid-murid ini baru
berusia tujuh tahun tetapi mereka dapat menceritakan pengalaman mereka dengan
baik dan dapat menggunakan imaginasi mereka dengan kreatif untuk melukis
pemandangan di kampung.
Kesimpulannya di sini daripada pemerhatian saya KSSR sedikit sebanyak telah
Berjaya mencungkil potensi murid-murid ini untuk membaca, menulis, bercerita
dan juga melukis dengan baik berdasarkan pengalaman mereka jika dibandingkan
dengan KLSR yang pada pendapat saya murid-murid lebih terikat dengan sukatan
pelajaran dan lebih berorientasikan peperiksaan jadi murid-murid hanya belajar
untuk lulus peperiksaan tidak seperti KSSR murid lebih bebas mencipta kreativiti
mereka dan mereka tidak belajar hanya untuk lulus di dalam peperiksaan tetapi
mereka belajar untuk seimbang daripada semua aspek yang terdapat di dalam
KSSR.

14
1.7 TINDAK BALAS DARIPADA AKTIVITI PENGAJARAN DAN JUGA
PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.
Daripada sesi pemerhatian tadi saya mendapati murid-murid kelas 1 Anggerik
memberikan tindak balas yang cukup baik kepada guru mereka. Mereka juga
memahami arahan yang telah disampaikan oleh guru mereka dengan baik.
Secara keseluruhannya pengajaran dan juga pembelajaran ini telah berjaya selaras
dengan kehendak KSSR iaitu melahirkan modal insan yang kreatif dan mampu
bersaing di samping menampilkan potensi-potensi diri yang telah dicungkil melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di sekolah .

15
b.KONTEKS PENYELIDIKAN

Di dalam konteks penyelidikan ini kami mendapati sistem kurikulum negara


mengalami perubahan yang cukup baik iaitu daripada KLSR di ubah kepada KBSR
dan seterusnya kurikulum pendidikan negara mengalami transformasi seiring dengan
kemajuan di dalam sistem pendidikan maka KSSR diperkenalkan kepada kurikulum
sekolah rendah pada tahun 2011 iaitu bermula daripada tahun satu.
Seperti mana yang kita ketahui pentaksiran dan juga penilaian di dalam KLSR
ialah pentaksiran dan juga penilaian yang berbentuk sumatif. Pada tahun 1967
Peperiksaan Penilaian Darjah Lima telah diperkenalkan untuk peringkat sekolah
rendah Di akhir Darjah Lima murid-murid akan menduduki penilaian dengan lima
mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Sains Awalan dan
Ilmu Alam dan Tawarikh. Semua soalan di dalam penilaian ini adalah berbentuk
objektif aneka pilihan.
Di dalam konteks penyelidikan ini juga kita dapat melihat aspek pengurusan
bilik darjah sewaktu kurikulum KLSR. Bilik darjah tradisi digunakan di negara kita
untuk mendidik murid-murid di bawah Kurikulum Lama Sekolah Rendah ini iaitu
sebelum kita mengalami transformasi kurikulum seperti hari ini.
Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan murid-murid
mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan
kelas. Di dalam bilik darjah tradisi ini biasanya murid-murid duduk mengikut susunan
kerusi dan juga meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik
darjah dan menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan juga strategi
tertentu. Terdapat juga kerusi dan juga meja guru serta papan hitam yang digantung
dihadapan kelas.
Di dalam aspek pengujian mengikut Rahman Talib kesemua murid perlulah
lulus di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam di mana kertas

16
peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu. Hal ini bertujuan
untuk memupuk semangat perpaduan di dalam kalangan masyarakat yang berbilang
kaum. Selain daripada itu KLSR juga lebih berorientasikan kepada pembasmian buta
huruf. Murid-murid akan diuji untuk melihat kebolehan mereka menyebut sesuatu
huruf. Pengujian juga di dalam aspek bacaan amat dititiberatkan di dalam kurikulum
KLSR ini.
Peperiksaan LCE telah dimansuhkan dan digantikan dengan SRP pada tahun
1978. Manakala Peperiksaan Umum yang diadakan di bawah KLSR ini ialah
Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination, Ujian Penilaian Darjah
Lima, Ujian Diagnostik Darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian
dilakukan sepenuhnya berdasarkan peperiksaan yang bermula daripada darjah tiga.
Pada tahun 1973 ujian diagnostik diperkenalkan pada murid-murid darjah tiga
supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Mulai tahun 1967 murid-murid
dikehendaki menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah Lima dengan bertujuan untuk
menjalankan pemulihan ketika murid itu berada di darjah enam nanti.
Tahun berganti dan dunia semakin berkembang sejajar dengan perkembangan
pembangunan dan juga ekonomi negara. Oleh itu kurikulum juga berubah mengikut
perkembangan dan juga pembangunan negara di dalam bidang pendidikan.
Maka dengan itu lahirlah Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau pun
singkatannya KSSR. KSSR diperkenalkan untuk melahirkan modal insan seimbang
yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Oleh itu dalam gagasan ke
tiga ucapan dasar Y.A.B Perdana Menteri di dalam Perhimpunan Agung Umno pada
tahun 2006 menuntut supaya system pendidikan negara memberikan penekanan
kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan
warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat dan juga program
membangunkan akal manusia di dalam melahirkan insan Ulul al-bab.
Oleh itu pada tahun 2011 KSSR ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah
rendah bermula pada tahun satu sebagai permulaan setelah melakukan semakan
kepada KBSR pada tahun 2003. Transformasi kurikulum merupakan satu perubahan
yang holistik kepada kurikulum persekolahan yang sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan juga pengurusan kurikulum di sekolah.

17
Hasrat Pendidikan di dalam teras pembangunan kurikulum ialah untuk
melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan juga emosi,
warga negara yang bertanggungjawab, pekerja yang berilmu dan global player yang
bermaksud murid yang mampu berdaya saing, mempunyai daya ketahanan yang
tinggi, berkemahiran berkomunikasi dengan baik dan mempunyai jati diri yang tinggi.
Manakala ciri-ciri modal insan yang diinginkan perlulah dipupuk di peringkat
sekolah rendah iaitu pada akhir peringkat pendidikan rendah murid perlu mempunyai
kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas itu ialah mampu
menguasai kemahiran asas iaitu membaca. Menulis dan juga mengira, berkemahiran
menaakul, kreatif dan juga inovatif, mempunyai kesedaran kesejahteraan diri meliputi
fizikal dan mental, mempuyai kepercayaan kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan
nilai-nilai murni yang lain, mempunyai jati diri dan semangat patriotism dan
memahami juga menghayati budaya nasional.
Kurikulum Berasaskan Standard digubal berasaskan standard kandungan dan
juga standard pembelajaran seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


Pernyataan spesifik tentang perkara yang Satu penetapan kriteria atau indikator
murid patut ketahui dan boleh lakukan kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
dalam satu tempoh persekolahan boleh diukur bagi setiap standard
merangkumi aspek pengetahuan, kandungan.
kemahiran dan juga nilai.

Mengapa standard? Standard ialah memastikan semua murid melepasi


standard yang telah ditetapkan, penetapan ilmu,kemahiran dan juga nilai yang perlu
diukur dengan jelas, mengenal pasti strategi penambahbaikan, mengatasi masalah
murid keciciran dalam pembelajaran dan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.
Contoh Standard Kandungan dan juga Standard Pembelajaran dapat dilihat seperti di dalam
jadual di bawah:
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Bahasa Malaysia Bahasa Malaysia
Mendengar,memahami dan memberi Mendengar , memahami dan memberikan
respons terhadap sesuatu arahan, soalan respons dengan betul secara lisan
dan pesanan yang didengar dengan betul terhadap pelbagai soalan bercapah.

18
Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
Able to express personal response to Able to respond to:
literary texts. a. Book covers
b. Pictures in books
Matematik c. Characters with guidance.
Menama dan menentukan nilai nombor. Matematik
Menamakan nombor hingga 100:
a. Membilang nombor dalam
kumpulan.
b. Menamakan nombor bagi
kumpulan objek sebagai mewakili
kuantiti.

19
Transformasi kurikulum boleh dilihat melalui lapan pembahagian di bawah:

BENTUK

BAHAN ORGANISASI

KSSR
PENGURUSAN KANDUNGAN

KURIKULUM

PERUNTUKAN
PENTAKSIRAN
MASA

PEDAGOGI

20
Bentuk Kurikulum Transformasi juga dapat dilihat melalui enam perkara di bawah:

Komunikasi

Penggabungjalinan kemahiran
bahasa secara lisan dan bukan
lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi Kerohanian, Sikap


Pemikiran Kritis & Kreatif dan Nilai
Penguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap Penghayatan amalan
saintifik agama, kepercayaan,
Insan sikap dan nilai
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran matematik Seimbang

Penguasaan pengetahuan dan Kemanusiaan


kemahiran berasaskan Inovatif Penguasaan ilmu dan
teknologi amalan tentang
kemasyarakatan dan
alam sekitar stempat,
Perkembangan Fizikal & negara dan global
Estetika Penghayatan
Perkembangan jasmani dan semangat patriotisme
kesihatan untuk kesejahteraan dan perpaduan
diri

Pemupukan daya imaginasi,


kreativiti, bakat dan apresiasi

Ketrampilan Diri

Pemupukan kepimpinan dan


21
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum
Secara kesimpulannya KSSR ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan rendah
agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan juga abad ke -21.
Guru ialah sebagai komponen yang paling penting di dalam merealisasikan
kejayaan KSSR ini dari segi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan dapat
melahirkan modal insan yang berdaya saing dan mempunyai kemahiran yang kreatif
dan inovatif dan yang lebih penting transformasi kurikulum ini memerlukan komitmen
yang menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus
kurikulum, ibu bapa serta pihak-pihak yang berkepentingan.

22
c. SOALAN KAJIAN

Di dalam menyiapkan kajian mini mengenai KLSR dan KSSR ini kami
telah membina beberapa soalan kajian untuk melihat sejauh mana
keberkesanan transformasi kurikulum ini digunakan di sekolah rendah
menggantikan KLSR dan juga KBSR. Melalui pembinaan soalan ini kami dapat
melihat ,mengkaji dan seterusnya dapat menilai beberapa pandangan, pendapat
dan juga idea-idea yang positif dan bernas hasil daripada soalan-soalan yang
dikemukakan oleh kumpulan kami. Kumpulan kami membina dua jenis soalan
kajian iaitu soalan kajian untuk guru dan juga murid. Soalan-soalan ini telah
pun kami lampirkan di muka surat 12 dan juga 13. Soalan-soalan itu boleh
dilihat di dalam jadual di bawah:

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN MINI SEK.KEB.KAMPUNG LADANG,


GEMAS NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
(GURU)

BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR YA/TIDAK


1 ADAKAH KSSR BERJAYA SETAKAT INI?
2 CIKGU MEMBERIKAN KOMITMEN YANG
SEPENUHNYA TENTANG KSSR?
3 KSSR JAUH LEBIH BAIK DIBANDINGKAN
DENGAN KLSR?
4 CIKGU GEMBIRA DENGAN
TRANSFORMASI KURIKULUM INI?
5 ADAKAH CIKGU DAPAT MENYAMPAIKAN
MAKLUMAT MENGENAI KSSR KEPADA
GURU-GURU YANG LAIN DENGAN BAIK
SEKEMBALINYA CIKGU DARIPADA
SEBARANG KURSUS ATAU PUN
TAKLIMAT MENGENAI KSSR?
23
6 ADAKAH SEMUA GURU MEMBERIKAN
KERJASAMA YANG BAIK DI DALAM
MENJALANKAN SEBARANG AKTIVITI
YANG MELIBATKAN KSSR?
7 ADAKAH PIHAK PENTADBIRAN
MENGURUSKAN DENGAN BAIK KSSR INI
DI SEKOLAH?

NAMA:
UMUR:
JANTINA:
AGAMA:
GURU MATA PELAJARAN:

24
BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN MINI TAHUN SATU ANGGERIK
SEK.KEB.KAMPUNG LADANG, GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
(MURID)

BIL SILA JAWAB DENGAN JUJUR YA/TIDAK


1 PENGAJARAN CIKGU MENYERONOKKAN
2 CIKGU BERI TUMPUAN PADA SAYA
3 SAYA MINAT MATA PELAJARAN BAHASA
MELAYU
4 KELUARGA BERI BIMBINGAN DI RUMAH
5 BIMBINGAN YANG CIKGU BERI
MENCUKUPI
6 SAYA FAHAM DENGAN ARAHAN CIKGU
7 SAYA SUKA MENULIS DAN MEMBACA

NAMA:
UMUR:
KELAS:
JANTINA:
AGAMA:

d. INSTRUMEN PENYELIDIKAN

25
Di dalam menjalankan kajian mini mengenai KLSR dan juga KSSR ini
kumpulan kami telah menggunakan instrument penyelidikan iaitu sesi temubual,
pemerhatian, soal selidik, tindak balas di dalam aktiviti pengajaran dan juga
pembelajaran, ujian pengesanan dan juga semakan buku latihan.
Melalui instrument penyelidikan ini kami mendapat reaksi dan jawapan yang
positif mengenai transformasi kurikulum di sekolah rendah sekarang ini. Di bawah ini
kami lampirkan gambar rajah instrument penyelidikan yang telah kami gunakan di
dalam menyiapkan kajian mini mengenai KLSR dan juga KSSR ini seperti yang telah
kami lampirkan dan huraikan satu persatu di muka surat lapan sehingga muka surat
16.

TEMUBUAL

UJIAN SOAL

PENGESANAN SELIDIK

SAMPEL

KAJIAN

SEMAKAN TINDAK BALAS DI


BUKU LATIHAN DALAM AKTIVITI
PENGAJARAN DAN
PEMERHATIAN PEMBELAJARAN

Melalui instrument penyelidikan ini kami dapat menyimpulkan bahawa


instrument-instrumen yang telah kami gunakan di dalam kajian mini
memberikan jawapan yang positif mengenai KSSR di sekolah rendah setakat ini
berjaya diterima di sekolah rendah dan amat sesuai sekali digunakan disekolah
rendah di dalam melahirkan modal insan seperti yang di harapkan oleh Perdana

26
Menteri Malaysia di dalam ucapan dasarnya di dalam Perhimpunan Agung
Umno pada tahun 2006.

7.ANALISIS DATA

Menurut Patton, 1980 ( dalam Lexy Moleong 2002: 103) menjelaskan bahawa
analisis data adalah prosedur mengatur urutan data, mengorganisasikannya ke dalam
pola, kategori dan satu uraian dasar.

27
Oleh itu di sini di dalam kajian mini mengenai KLSR dan juga KSSR ini kami
telah membina data daripada instrument-instrumen penyelidikan yang telah kami
gunakan.
TEMUBUAL (GURU)

8. Berapa lamakah cikgu sudah berkecimpung di dalam dunia pendidikan?


9. Mata pelajaran apakah yang cikgu ajar di sekolah?
10. Apakah pandangan cikgu mengenai KSSR?
11. Pada pendapat cikgu adakah KSSR berjaya dijalankan di sekolah?
12. Adakah timbul masalah-masalah yang lain berkenaan dengan KSSR ini ?
13. Bagaimanakah penerimaan murid-murid dengan KSSR ini?
14. Adakah cikgu setuju dengan transformasi kurikulum di dalam dunia pendidikan
pada hari ini?
TEMUBUAL (MURID)

6. Siapakah guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu?


7. Bagaimanakah sikap guru itu dengan kamu?
8. Apakah tajuk yang kamu pelajari pada hari ini?
9. Adakah kamu faham dengan arahan guru kamu?
10. Adakah kamu seronok mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu?

Analisis data ini kami bina menggunakan soalan siapa, bagaimana, berapa dan
apa kepada guru dan juga murid untuk mendapatkan jawapan berdasarkan daripada
tajuk kajian mini yang telah dipilih oleh kumpulan kami.
Dapatan daripada analisis data ini kami mendapat jawapan yang positif daripada
guru dan juga murid mengenai KSSR ini . di bawah ini kami lampirkan hasil dapatan
analisis data daripada guru dan juga murid yang telah kami temubual.

Hasil daripada temubual ini kami mendapati guru amat seronok mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu menggunakan modul pengajaran yang telah disediakan
mengikut kurikulum KSSR. Kami juga mendapati murid-murid seronok dan
mengikuti pengajaran guru ini dengan baik dan faham dengan arahan guru dengan
topik pengajaran yang di ajar pada hari itu.

28
Kami juga mendapat jawapan yang positif daripada sebahagian murid-murid
kelas 1 Anggerik mengenai guru dan mata pelajaran yang mereka belajar pada hari
itu. Guru tersebut telah berjaya menarik perhatian murid-murid dan sebahagian
murid-murid Berjaya menonjolkan potensi mereka dengan menceritakan pengalaman
mereka mengenai kampong mereka dan dapat menonjolkan bakat mereka dengan
melukis pemandangan kampung mereka dan guru mempamerkan lukisan yang terbaik
di sudut belakang kelas sebagai satu motivasi kepada murid-murid yang lain. Teknik
pujian dan juga penghargaan yang digunakan oleh guru ini juga membakar semangat
rakan-rakan yang lain untuk mencontohi mereka yang terbaik di dalam kelas itu.

Guru dan murid dapat


bekerjasama dengan
baik sepanjang sesi
pengajaran dan
pembelajaran berlaku.

Guru dan murid


seronok dengan sesi
pengajaran dan
pembelajaran.

Guru kreatif dan murid dapat


menonjolkan bakat mereka dan
kreativiti mereka.

8. PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Setelah menjalankan semua penyelidikan mengikut item yang telah ditetapkan


kami mendapati kajian mini yang kami jalankan di bawah tajuk KLSR dan KSSR ini
kami mendapati KSSR ialah satu kurikulum yang bertepatan dengan dunia pendidikan

29
yang semakin luas dan maju berbanding dengan kurikulum KLSR yang hanya
berformatkan peperiksaan dibandingkan dengan transformasi kurikulum KSSR yang
diyakini mampu membawa perubahan baru di dalam pendidikan sekolah rendah di
Malaysia yang kami rasa dapat melahirkan modal insan yang berpotensi dan berkualiti
tinggi di bawah aras-aras yang telah ditetapkan. Di bawah ini juga kami ada lampirkan
perbandingan KLSR dan KSSR di dalam bentuk jadual perbandingan.

PERBANDINGAN KLSR DAN KSSR

KLSR KSSR

Penilaian berbentuk sumatif. Pendidikan lebih bersifat mastery


Berasaskan kepada kemahiran learning di mana standard
hafalan. kompetensi murid telah ditentukan
dan disasar agar mencapai standard
tersebut dan bersifat ansur maju
iaitu proses perkembangan prestasi
bermula daripada ‘band 1’ hingga
‘band 6’.
Berasaskan kepada 6 tunjang iaitu
komunikasi,
kerohanian,kemanusiaan,perkemban
gan fizikal dan estetika

30
Sukatan pelajaran lebih Sains dan teknologi,ketrampilan
menekan kepada peperiksaan diri dan modular serta menaakul.
Kemahiran berfikir pula kurang Dokumen standard kandungan
menekankan pemikiran yang menjadi penekanan untuk melihat
bersifat’complicated’ dan lebih perkembangan prestasi murid-
berpusat kepada guru. murid.
Menekankan kepada elemen
kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan teknologi
maklumat.

Mata pelajaran ialah Bahasa Mata pelajaran ialah subjek teras,


Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Hisab,Sains Awalan, Ilmu Alam Matematik, Sains dan subjek elektif
dengan Tawarikh. Bahasa Cina ialah Kemahiran
dan Bahasa Tamil untuk SJKC Hidup,Muzik,Jasmani dan
dan SJKT. Kesihatan, Moral , Pendidikan
Islam, Pendidikan Seni Visual.
Setiap subjek untuk teras dan
elektif mempunyai pemberatan
yang sama dan hanya berbeza dari
segi peruntukan masa.

9. KESIMPULAN DAN CADANGAN


Kesimpulannya selepas menjalankan kajian mini kami mendapati pelaksanaan
KSSR ini di sekolah rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali
terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun
2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah
dilaksanakan sejak tahun 1993. Tambahan pula jika merujuk kepada matlamat umum
pelaksanaan KSSR ialah satu transformasi pendidikan iaitu satu proses melakukan
satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang

31
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan pelajaran, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Tambahan pula transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan kepada
dua standard utama iaitu yang pertama Standard Kandungan yang merujuk kepada
pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan di
dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.
Seterusnya, Standard Pembelajaran juga merupakan satu penetapan kriteria
atau indikator kualiti pembelajaran dan juga pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
Standard Kandungan. Jadi adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat
memperbaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan
pendidikan semasa.
Cadangan kami agar KSSR ini diteruskan dan dimantapkan dari masa ke
semasa. Guru ialah tunjang utama yang memainkan peranan penting untuk
menjayakan KSSR ini tetapi kejayaan ini haruslah disokong oleh semua pihak
terutama dari segi penyediaan bahan-bahan yang berkualiti untuk pengajaran dan
juga pembelajaran di dalam kelas agar tidak membebankan guru dengan bebanan
kerja yang banyak. Kami yakin dengan kerjasama dari semua pihak bermula dari
pihak pentadbir diikuti oleh guru dan seterusnya murid-murid sebagai modal insan
yang harus kita tampilkan dan gilap mereka untuk menjadi yang terbaik pada satu
masa nanti berdasarkan daripada aras-aras yang telah ditetapkan kami percaya KSSR
ini boleh menjadi satu kurikulum yang terbaik satu masa nanti.

32
BAHAN-BAHAN LAMPIRAN

RUJUKAN

33
RUJUKAN:

1. EE AH MENG(1998)SIRI DIPLOMA PERGURUAN.PEDAGOGI III.PENGUJIAN


DAN PENILAIAN,PEMULIHAN,PENGAYAAN DAN PENDIDIKAN
INKLUSIF(SEMESTER IV). PENERBIT FAJAR BAKTI SDN.BHD.SHAH ALAM.

2. WWW.SLIDESHARE.NETYATIJUN/LAPORAN-KAJIAN-TINDAKAN-
BAHASA-MELAYU-4926977?SRC=RELATED-NORMAL&REL=690097

3. HTTP://MARIASALAMPERPADUAN.BLOGSPOT.COM/2011/12/CONTOH-
KAJIAN-TINDAKAN.

34
4. HTTP://KULANZSALLEH.COM/KSSR-KURIKULUM-STANDARD-SEKOLAH-
RENDAH.

SENARAI NAMA DAN MAKLUMAT AHLI KUMPULAN.

NAMA: NORLELA BT ABD HAMID

NO.KAD PENGENALAN:780520-11-5232

NO KAD MATRIK: 1113175

35
NAMA: ZURINA BT MUKHTAR

NO.KAD PENGENALAN:800526-06-5198

NO KAD MATRIK: 1113164

NAMA: NUR MAZNI BT ZAKARIA

NO.KAD PENGENALAN:81001-05-5070

NO KAD MATRIK: 1113176

NAMA: RUZITA BT ABU BAKAR

NO.KAD PENGENALAN:750101-05-5688

NO KAD MATRIK: 1113173

NAMA: ZANALULLAILY BT MOHAMED SOFIAN

NO.KAD PENGENALAN:791211-02-5982

NO KAD MATRIK: 1113193

ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 TAJUK KAJIAN/LATAR BELAKANG 1-2
KAJIAN
2 PENGENALAN/FOKUS(ISU)KAJIAN 3
3 KEPENTINGAN KAJIAN 4
4 TINJAUAN LITERATUR 5-6
5 METOD PENULISAN 7
6 SAMPEL KAJIAN 8-16

36
7 KONTEKS PENYELIDIKAN 17-23
8 SOALAN KAJIAN 24-26
9 INSTRUMEN PENYELIDIKAN 27-28
10 ANALISIS DATA 29-30
11 PERBINCANGAN DAN DAPATAN 31-33
KAJIAN
12 KESIMPULAN DAN CADANGAN 34
13 SENARAI RUJUKAN 36

TAJUK TUGASAN:
SETIAP PELAJAR WAJIB MENULIS SATU KAJIAN MINI SEBAGAI KERJA
KURSUS YANG MEMBAWA MARKAH 30%. KERJA KURSUS INI ADALAH
DIKEHENDAKI DALAM BENTUK BERKUMPULAN.
TOPIK SATU:
KLSR DAN KSSR

37
FORMAT PENULISAN:
 TAJUK KAJIAN
 LATAR BELAKANG KAJIAN
 PENGENALAN/FOKUS(ISU)KAJIAN
 KEPENTINGAN KAJIAN
 TINJAUAN LITERATUR
 METOD PENULISAN
 SAMPEL KAJIAN
 KONTEKS PENYELIDIKAN
 SOALAN KAJIAN
 INSTRUMEN PENYELIDIKAN
 ANALISIS DATA
 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
 KESIMPULAN DAN CADANGAN

UNTUK PERHATIAN:
PUAN MAHAWA BINTI PILUS

38

You might also like