You are on page 1of 4

Latihan topik elemen multimedia (ANIMASI) Markah

(50 markah)

1. Aplikasi teknologi animasi dalam kehidupan harian penting dalam pelbagai


bidang. Terangkan kepentingan animasi dalam bidang berikut
a. Seni bina
b. Pendidikan
c. Simulasi penerbangan (6 markah)

a) Kepentingan animasi dalam bidang seni ialah proses penerangan konsep atau pun
demonstrasi sesuatu binaan.

b) Kepentingan animasi bagi bidang dapat menawarkan satu persekitaran pembelajaran


yang lebih menyeronokkan dan mampu menarik perhatian, meningkatkan motivasi
serta merangsang pemikiran pelajar dengan lebih berkesan.

c) Kepentingan animasi bagi bidang simulasi penerbangan dapat menyampaikan sesuatu


konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik. Sebagai contoh simulasi
penerbangan boleh memberikan pengalaman mengendalikan kapal terbang kepada
pemandu kapal terbang.

2. Terangkan teknik animasi secara tradisional berikut


a. Key frame
b. Page flipping
c. Onion skinning
d. Tweening (8 markah)
e.
a. Key frame merupakan penghasilan animasi melalui lukisan pelukis grafik
utama akan melukiskan frame-frame utama yang mengandungi atau akan
berlakunya perubahan-perubahan yang besar bagi keseluruhan animasi
tersebut. Pelukis grafik akan melukis pula frame-frame yang berada di
antara frame utama atau rujukan

b. Page flipping adalah animasi bukaan helaian kertas dan merupakan satu
teknik yang mempersembahkan imej berturutan dengan menukar kepada
kedudukan yang kita dikehendaki.

c. Onion skinning pula ialah proses ketika kita membina sesebuah animasi dan
dapat melihat gariskasar,outline sel sebelumnya bagi membolehkan kita
menghasilkan perubahan sel pada sel yang seterusnya.

d. Tweening ialah merupakan salah satu teknik animasi yang popular dan setiap
perisian mempunyai cara melaksanakan proses tweening yang tersendiri.
Tweening juga merupakan proses yang membentuk objek di antara frame-
frame animasi bagi mempamerkan seolah-olah suatu pergerakan telah
terbentuk.
3. Terangkan jenis animasi berikut
a. Animasi laluan
b. Animasi sel
c. Animasi ikon
d. Animasi skrin
e. Animasi objek (10 markah)

a. Animasi laluan ialah animasi pergerakan objek. Hal ini dikatakan sedemikian
kerana satu objek akan diletakkan pada satu lokasi di skrin dan arahan akan
diberikan kepada program bagi membolehkan ia digerakkan kepada satu
lokasi baru mengikut keperluan.

b. Animasi sel adalah kerangka secara digital sebenarnya berasaskan kepada


animasi sel tradisional yang biasa. Animasi ini memerlukan setiap imej
disediakan secara manual dan kemudiannya dipindahkan ke dalam bentuk
digital atau pun terus dihasilkan menggunakan komputer.

c. Animasi ikon pula ialah animasi sprite dimana melibatkan pertukaran ikon
yang sedia ada kepada ikon yang lain apabila ditekan oleh seseorang
pengguna.

d. Animasi skrin adalah transition yang merujuk kepada kaedah paparan


sesebuah skrin atau objek dipersembahkan. Transisi boleh diletakkan pada
keseluruhan skrin dan juga pada objek-objek yang terpilih sahaja
bergantung kepada kesesuaian.

e. Animasi objek pula adalah proses meminda spesifikasi objek bagi membentuk
kesan animasi yang dikehendaki.Sebagai contoh saiz, warna, kecerahan dan
pencahayaan

4. Penghasilan animasi 3D lebih sukar berbanding animasi 2D. Nyatakan proses


penghasilan animasi 3D (3 markah)

3 dimensi dihasilkan menggunakan model matematik di mana setiap objek boleh


dipaparkan dalam perbagai sudut pandangan atau view bagi menghasilkan 3
dimensi kelihatan sebenar.
5. Terdapat 3 jenis kesan khas dalam animasi iaitu Morphing, Warping dan Virtual
reality, Terangkan secara ringkas kesan khas tersebut. (6 markah)

Morphing ialah jenis kesan khas yang memanfaatkan dua atau lebih imej melalui
proses transformasi daripada objek pertama kepada objek kedua dan seterusnya
secara automatik dan realistik. Manakala Warping pula ialah tidak seperti
Morphing yang memerlukan sekurang-kurangnya dua imej sebelum kesan khas
tersebut boleh dihasilkan, warping boleh dilakukan walaupun hany menggunakan
sekeping imej sahaja. Virtual reality ialah sejenis kesan khas yang membolehkan
satu alam maya dibentuk dan seterusnya membolehkan seseorang pengguna
merasai seperti benar-benar berada di dalam alam tersebut.

6. Elemen multimedia menerusi laman web perlukan sokongan teknologi


perkakasan dan perisian tertentu. Berikan dua format yang sesuai digunakan
dalam laman web untuk elemen

a. Teks
b. Grafik
c. Animasi
d. Audio
e. Video (5 markah)

a. txt dan html

b. PNG dan JPEG

c. GIF

d. MP3 dan MIDI

e. MPEG dan AVI


7. Satu prinsip animasi yang digunakan dalam gambar rajah di bawah.

a. Namakan dan perihalkan prinsip animasi yang digunakan dalam gambar


rajah di atas. (3 markah)

Animasi sel disusun bagi membolehkan setiap imej tadi dipaparkan satu
persatu dalam kadar masa yang ditetapkan. Ini seterusnya akan
menghasilkan satu ilusi pergerakan atau animasi telah berlaku.

b. Satu petikan iklan komersial ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.

i- Namakan dan jelaskan teknik animasi yang digunakan untuk jujukan dalam gambar
rajah di atas. (1 markah)
ii- Cadangkan bagaimana untuk menghasilkan transisi yang lancar untuk teknik itu. (3
markah)

i- Morphing
ii- Meletakkan lokasi-lokasi imej dengan lebih dekat dan menambah lebih
banyak imej untuk memastikan imej lancar

You might also like