You are on page 1of 2

001111-09-0032

4.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk memperoleh data untuk


melaksanakan kajian ini. Kaedah yang digunakan dipecahkan kepada dua kumpulan
iaitu pengumpulan data primer dan data sekunder.

4.1 PENGUMPULAN DATA PRIMER

4.1.1 Kaedah pemerhatian

Kaedah kajian ini digunakan untuk meninjau lokasi kajian iaitu Tasik Melati,
Beseri, Perlis. Selain itu, saya juga memerhatikan pola perbezaan suhu mengikut
stesen pada tiga tempoh yang berbeza di tiga lokasi cerapan yang berlainan. Saya juga
memerhati ciri fizikal dan ciri budaya yang terdapat di kawasan tersebut serta
mengambil gambar menggunakan telefon.

4.1.2 Kaedah temu bual

Kaedah ini digunakan untuk menemu bual responden yang bernama Puan
Azlina binti Mansor, yang merupakan peniaga di kawasan tersebut. Antara soalan
yang ditanya ialah soalan mengenai perubahan suhu di kawasan Tasik Melati pada
waktu pagi, tengahari dan petang. Saya juga menemu bual Puan Azlina tentang kesan
terhadap alam sekitar sekiranya kawasan Tasik Melati dimajukan dengan lebih pesat..

4.2 PENGUMPULAN DATA SEKUNDER

4.2.1 Kaedah rujukan internet

Saya telah menggunakan kaedah internet untuk mendapatkan maklumat yang


berkaitan dengan tajuk kajian saya. Saya telah menggunakan pelbagai laman web
seperti “Google”, “Blogspot”, “Google Maps”, dan lain-lain untuk mencari definisi
hutan rekreasi, suhu persekitaran, peta lokasi dan lain-lain. Kaedah ini telah banyak
membantu saya kerana kaedah rujukan internet adalah cepat dan memudahkan saya
serta menjimatkan masa.

4.2.2 Kaedah rujukan perpustakaan

Saya telah menjalankan rujukan di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat


yang berkaitan dengan kajian ini. Perpustakaan yang telah saya kunjungi ialah
Perpustakaan Awam negeri Perlis. Saya telah merujuk beberapa bahan bacaan seperti

8
This study source was downloaded by 100000801417967 from CourseHero.com on 10-05-2022 04:32:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/43515593/40-kaedah-kajiandocx/
001111-09-0032

buku rujukan, majalah dan surat khabar untuk mendapatkan maklumat tambahan
berkaitan dengan hutan, suhu persekitaran di Tasik Melati, Beseri, Perlis dan mencari
bahan rujukan lain mengenai kawasan-kawasan hutan rekreasi yang terdapat di
Malaysia.

9
This study source was downloaded by 100000801417967 from CourseHero.com on 10-05-2022 04:32:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/43515593/40-kaedah-kajiandocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like