You are on page 1of 2

Bincangkan kenapakah aktiviti pengajaran Bahasa Melayu melalui muzik (contohnya

nyanyian/lirik/tarian/alat muzik, dan lain-lain) boleh digunakan dalam pengajaran untuk


mencapai objektif PdP.

Menurut Howard Gardner (1983), manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan


kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang
wujud secara semulajadi. Lapan kecerdasan tersebut ialah visual-linguistik, logik-matematik,
visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Berdasarkan teori
tersebut, terbukti bahawa setiap murid mempunyai cara penerimaan ilmu yang berbeza-beza.
Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu pula, kebanyakan guru Bahasa Melayu hanya
menggunakan kaedah pengajaran yang menumpukan kepada kecerdasan visual-linguistik
sahaja. Maksudnya, guru tersebut hanya menjalankan aktiviti yang melibatkan aktiviti
membaca, menulis, menghafal dan bercerita dalam kalangan murid. Tidak dinafikan bahawa
gaya pengajaran tersebut sememangnya berkesan namun tidak semua murid akan mendapat
kesan yang sama. Sekiranya guru tidak kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran,
maka murid-murid akan mudah bosan dan kurang tertarik dengan sesi pembelajaran yang
dijalankan.

Oleh itu, salah satu kaedah pengajaran yang boleh dijalankan oleh guru adalah dengan
menggunakan elemen muzik. Antara sebab elemen muzik dapat digunakan dalam pengajaran
Bahasa Melayu ialah murid-murid akan berasa teruja dan ceria ketika sesi pembelajaran
dijalankan. Contohnya sebelum guru memulakan topik pembelajaran, guru akan
memperdengarkan lagu kepada murid-murid untuk menaikkan semangat mereka untuk belajar.
Contoh lagu yang boleh dimainkan oleh guru ialah syair dan nazam. Kesannya, suasana kelas
yang suram akan berubah menjadi ceria kerana lagu tersebut telah merangsang keterujaan
murid-murid. Sebab elemen muzik dapat digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu yang
seterusnya ialah murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pengajran yang telah
disampaikan. Contohnya, guru boleh membuat lirik atau menukar lirik lagu yang sedia ada
kepada lirik yang mempunyai inti pembelajaran. Guru boleh membuat lirik yang telah diubah
suai kandungannya menjadi lirik yang berkaitan dengan topik ‘kata adjektif’ lalu diedarkan
kepada murid-murid untuk dinyanyikan bersama-sama. Kesannya, murid-murid akan dapat
mengingat maklumat mengenai topik ‘kata adjektif’ dengan cara yang menghiburkan.
Selain itu, Guru juga boleh menggunakan elemen muzik untuk menjalankan aktiviti tarian
dalam kalangan murid-murid. Misalnya ketika guru sedang menyampaikan tajuk ‘tarian-tarian
tradisional masyarakat Melayu’, guru boleh memainkan muzik dan mengarahkan murid-murid
untuk berdiri dan menari bersama-sama. Dengan kaedah tersebut, murid-murid akan lebih
faham dan mudah mengingati setiap tarian tradisional masyarakat Melayu berbanding dengan
belajar secara menghafal dan membaca sahaja. Aktiviti tarian ini juga akan dapat memberi
kesan yang positif terhadap murid yang mempunyai kecerdasan kinestetik, iaitu kaedah
pembelajaran yang melibatkan pergerakan badan akan lebih berkesan kepada mereka.

You might also like