You are on page 1of 18

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN

DAN REFLEKSI
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN DAN REFLEKSI

Laporan Aktiviti Minggu 1

Minggu 1
Tarikh 21 JUN 2021
Masa 4:30 petang – 6:30 petang
Medium Google Meet
Tajuk  Lagu KRS
 Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform
Laporan  Pada minggu pertama ini, pensyarah memperkenal dan memperdengarkan lagu
rasmi KRS kepada kami. Selepas itu, kami ditugaskan untuk merakam nyanyian lagu
KRS dan masukkan ke dalam ‘Google Classroom’.
 Aktiviti yang seterusnya ialah mempelajari pengenalan, konsep, sejarah dan
kepentingan unit beruniform. Tajuk ini merangkumi Perlembagaan Pertubuhan,
Prinsip-prinsip asas pertubuhan, Perlembagaan pertubuhan, Lambang dan cogan
kata, Bendera dan lagu pertubuhan dan Persetiaan/Ikrar dan undang-undang
pertubuhan. Kami juga memperlajari tentang sejarah pengasas, sejarah penubuhan
di Malaysia, tujuan penubuhan dan istiadat-istiadat rasmi pertubuhan.

Refleksi
Kekuatan:
Pembelajaran ini telah menjadikan kami mengenali tentang KRS dengan lebih mendalam.

Kelemahan:
Pelajar-pelajar agak pasif dan kurang bertanyakan soalan.

Cadangan penambahbaikan:
Pelajar-pelajar perlu lebih berani untuk mengemukakan soalan.
Laporan Aktiviti Minggu 2

Minggu 2
Tarikh 30 JUN 2021
Masa 7:45 pagi – 9:45 pagi.
Medium Google Meet
Tajuk  Struktur dan Organisasi Pertubuhan
 Pengurusan dan Pentadbiran
Laporan  Pada minggu ini, tajuk yang dipelajari ialah Struktur dan Organisasi Pertubuhan KRS
peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah, IPG dan sekolah.
 Tajuk yang seterusnya ialah Pengurusan dan Pentadbiran iaitu merangkumi,
pendaftaran ahli dan Kumpulan, kuasa penganjur, struktur unit, pengurusan Buku
Log/Folio/Laporan Aktiviti, tanggungjawab pemimpin, pakaian seragam ahli dan
pemimpin
 Tajuk-tajuk tersebut dibahagikan mengikut kumpulan dan slaid perbentangan perlu
disediakan.

Refleksi
Kekuatan:
Isi pembelajaran yang disediakan oleh pensyarah sangat lengkap.

Kelemahan:
Sesetengah pelajar mengambil masa yang terlalu lama dalam menghasilkan slaid perbentangan.

Cadangan penambahbaikan:
Pelajar-pelajar perlu belajar menepati masa yang telah ditetapkan.
Laporan Aktiviti Minggu 3

Minggu 3
Tarikh 7 Julai 2021
Masa 7:45 pagi – 9:45 pagi.
Medium Google Meet
Tajuk  Kraf perkhemahan
 Ikhtiar hidup
Laporan  Pada minggu ini, tajuk yang dipelajari ialah kraf Perkhemahan iaitu pengurusan dan
penjagaan khemah, tujuan dan faedah membuat gajet serta jenis-jenis gajet dan
kegunaannya.
 Topik-topik tersebut dibahagikan kepada kumpulan dan setiap kumpulan perlu
menyediakan slaid perbentangan.
 Pensyarah memberikan masa selama 20 minit untuk menyiapkannya.

Refleksi
Kekuatan:
Pembelajaran ini memberi pengetahuan yang banyak kepada para pelajar dan memberi
kemudahan untuk membimbing murid-murid pada masa akan datang
Kelemahan:
Tidak dapat mempraktikkannya dalam situasi sebenar kerana hanya belajar melalui dalam talian.

Cadangan penambahbaikan:
Pelajar-pelajar boleh mengaplikasikannya sendiri di rumah masing-masing.
Laporan Aktiviti Minggu 4

Minggu 4
Tarikh 12 Julai 2021
Masa 4:30 petang – 6:30 petang
Medium Google Meet
Tajuk  Ikhtiar Hidup
 Kemahiran Perkhemahan
 Jalan Lasak dan Pandu Arah

Laporan  Pada kelas kali ini, bahan akan dibentangkan oleh kumpulan yang telah diberikan
pada minggu sebelumnya.
 Bahan yang telah dibentangkan dalam tajuk ikhtiar hidup ialah Masakan
solar/rimba/kelompok dan membuat perangkap.
 Dalam tajuk Kemahiran Perkhemahan pula merangkumi aspek kebudayaan,
nyanyian lagu perkhemahan, permainan dan alam Kekbudayaan
 Topik Jalan Lasak dan Pandu Arah pula merangkumi peraturan & persediaan,
prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah, membaca kompas/GlobalPositioning Satelite
(GPS), komunikasi Radio Amatur /UHF VHF, membaca peta topo dan kegunaan,
mengesan tanda dan symbol serta laporan pengembaraan.

Refleksi
Kekuatan:
Bahan-bahan yang dibentangkan oleh para pelajar sangat menarik dan mudah difahami .
Kelemahan:
Pelajar kurang mengemukakan soalan pada waktu akhir kelas.

Cadangan penambahbaikan:
Pelajar-pelajar perlu menyediakan soalan-soalan yang ingin diajukan dengan lebih awal.
Laporan Aktiviti Minggu 5

Minggu 5
Tarikh 21 Julai 2021
Masa 7:45 pagi – 9:45 pagi
Medium Google Meet
Tajuk  Khidmat sukarelawan.
Laporan  Pada kelas kali ini, tajuk yang dipelajari ialah khidmat sukarelawan.
 Pelajar diminta untuk menghasilkan slaid perbentangan mengenai khidmat
sukarelawan mengikut kumpulan.
 Slaid perbentangan tersebut mengenai khidmat Kesukarelawan seperti bantuan
bencana, masyarakat penyayang, alam sekitar dan sebagainya.

Refleksi
Kekuatan:
Pelajar-pelajar diberi pendedahan mengenai khidmat sukarelawan yang telah diadakan oleh
pelbagai agensi di dalam dan luar negara.
Kelemahan:
Jumlah masa yang diambil oleh pelajar untuk menyiapkan slaid agak lama.

Cadangan penambahbaikan:
Pelajar-pelajar perlu belajar untuk menyiapkan tugasan dengan lebih pantas.
Laporan Aktiviti Minggu 6

Minggu 6
Tarikh 28 Julai 2021
Masa 7:45 pagi – 9:45 pagi
Medium Google Meet
Tajuk  Simpulan dan Ikatan
Laporan  Tajuk yang dipelajari pada minggu ini ialah asas simpulan dan ikatan.
 Pelajar diminta untuk merakam dan membuat video penghasilan simpulan dan ikatan
mengikut kumpulan.

Refleksi
Kekuatan:
Pelajar-pelajar mendapat ilmu simpulan dan ikatan dan ianya sangat penting untuk diaplikasikan
dalam perkhemahan pada masa akan datang.
Kelemahan:
Sesetengah pelajar mengalami kesukaran dalam memuat naik video kerana capaian internet
yang lemah.

Cadangan penambahbaikan:
Pelajar-pelajar perlu bersedia dengan capaian intenet yang lebih baik dan pantas.
Laporan Aktiviti Minggu 7

Minggu 7
Tarikh 1-5 Ogos
Masa -
Medium -
Tajuk -
Laporan  Tiada kuliah diadakan kerana pelajar-pelajar terlibat dengan Pengalaman
Berasaskan Sekolah’ (PBS).

Laporan Aktiviti Minggu 8

Minggu 8
Tarikh 6-14 Ogos
Masa -
Medium -
Tajuk -
Laporan  Tiada kuliah diadakan kerana pelajar-pelajar sedang menjalani cuti pertengahan
semester.
Laporan Aktiviti Minggu 9

Minggu 9
Tarikh 20 Ogos 2021
Masa 7:30 pagi – 9:30 pagi
Medium Google Meet
Tajuk  Sesi perbincangan tugasan Buku Log
Laporan  Pada kelas kali ini merupakan sesi perbincangan tugasan Buku Log bersama
pensyarah.
 Pelajar diminta mempersembahkan hasil buku log dan mengajukan soalan kepada
pensyarah.

Refleksi
Kekuatan:
Pelajar-pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam cara menghasilkan buku log.
Kelemahan:
Tidak semua pelajar dapat menunjukkan hasil buku log kerana masa tidak mencukupi.

Cadangan penambahbaikan:
Pelajar-pelajar perlu menanyakan lebih banyak soalan.
LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN
DAN REFLEKSI
LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN DAN REFLEKSI

NAMA PROGRAM ‘Perkhemahan Bina Insan Guru Atas Talian’


TARIKH 6 hingga 9 Ogos
MASA 8.00 pagi hingga 5.00 petang
TEMPAT/MEDIUM ‘Google Meet’
 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi
kompleks untuk membuat keputusan yang jitu.
 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan komuniti.
 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian
MATLAMAT
budaya.
 Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan
selaras dengan Falsafah Pendidikan.
 Merancang , melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.
 Menyemaikan sikap berdisiplin dan tanggungjawab para peserta serta memainkan
peranan ketika melakukan aktiviti perkhemahan walaupun secara atas talian
 Memberikan peluang kepada peserta dari pelbagai kaum untuk berkerjasama dan
OBJEKTIF melakukan aktiviti.
 Membolehkan peserta menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
 Membolehkan peserta menguasai kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan
masa dengan berkesan.
BILANGAN
 71 orang pelajar 3 PISMP
PESERTA
Hari pertama
Jumaat (6 Ogos 2021)
Pada hari pertama program, pendaftaran peserta telah dijalankan melalui medium ‘oogle
Forms’. Aktiviti yang pertama ialah latihan pemasangan khemah secara atas talian.
LAPORAN Beberapa perkara seperti cara memasang khemah, ikatan dan simpulan, kebersihan dan
kekukuhan khemah adalah dititikberatkan. Kumpulan kecil dibentuk antara 6 hingga 8
orang untuk berkerjasama mendapatkan maklumat mengenai cara mendirikan khemah.
Antara aspek penting selepas penyediaan khemah ialah dari segi keselamatan dan
kebersihan seperti menyediakan tempat sidaian dan meletakkan racun serangga
dikawasan yang perlu dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, saya dapat mempelajari nilai
bekerjasama, sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Nilai-nilai murni amat penting
dan dapat disebarkan kepada para pelajar apabila bertugas di sekolah kelak. Selain itu,
saya didedahkan dengan teknik pemasangan khemah yang betul agar segala masalah
asas pemasagan seperti rebah, khemah tercabut dapat dielakkan

Hari kedua
Sabtu (7 Ogos 2021)
Pada hari kedua pula kami didedahkan dengan teknik ikatan dan simpulan. Terdapat
empat jenis simpulan dan dua jenis ikatan yang dijarkan kepada kami iaitu simpul manuk,
simpul bunga geti, simpul kerusi, ikatan pengail, ikatan tindih kasih, dan simpul buku sila.
Selain itu, kami juga mempelajari tentang teknik mengimbangkan diri dalam air dan teknik
berenang. Kami telah didedahkan tentang teknik mengapungkan diri, teknik menegakkan
diri di dalam air, teknik berenang secara menelentang dan teknik berenang secara
meniarap. Pendedahan ini amat berguna untuk melindungi diri semasa berada di dalam
air. Sebagai bakal guru, saya harus peka terhadap perkara ini kerana ada kemungkinan
akan ditugaskan di kawasan pedalaman di mana bot menjadi alat perhubungan utama di
kawasan tersebut. Maka, pengetahuan berkenaan dapat diaplikasikan untuk
mempertahankan diri sendiri dan individu lain.

Hari ketiga
Ahad (8 Ogos 2021)
Pada hari ketiga, kami telah membuat aktiviti masakan solar,rimba dan kelompok. Kami
perlu memasak menggunakan kaedah tersebut di rumah masing-masing dan perlu
hasilkan rakaman. Kami juga membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan agar
aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, kami juga belajar untuk membuat
perangkap. Antara jenis perangkap yang telah kami hasilkan ialah perangkap taut,
perangkap bubu, perangkap lubang dan sebagainya.
Hari keempat
Isnin (9 Ogos 2021)
Pada hari terakhir perkhemahan, kami mempelajari cara membuat gajet. Antara gajet
yang telah didedahkan kepada kami ialah gajet tempat tinggal, gajet tempat basuhan,
gajet kawasan dapur dan gajet-gajet lain. Aktiviti yang terakhir pula, kami perlu membuat
persediaan persembahan. Aktiviti ini agak mencabar kerana persembahan tersebut
haruslah boleh dilakukan secara atas talian. Saya dan ahli kumpulan berganding bahu
dalam memerah idea dan akhirnya persembahan kami berjalan dengan lancar.

Kekuatan
 Peserta-peserta mudah untuk membuat aktivti kerana boleh melihat rujukan yang
pelbagai menerusi internet.
 Tidak terdedah dengan sebarang risiko bahaya kerana aktiviti-aktiviti hanya
dilakukan di dalam rumah.
 Para peserta tidak merasakan tekanan masa kerana jadual tidak seketat
perkhemahan sebenar.

Kelemahan
REFLEKSI
 Peserta tidak berpeluang untuk merasai suasana perkhemahan yang sebenar.
 Kurang kefahaman dalam kalangan peserta mungkin berlaku kerana aktiviti yang
dijalankan tidak secara sentuhan fizikal.

Cadangan penambahbaikan
 Penganjur program perlu lebih kreatif dalam menyediakan aktiviti agar wujud
keseronokan dalam kalangan peserta.
 Masa yang kosong dan terluang perlulah diisi dengan aktiviti agar seluruh
perjalanan program padat dengan aktiviti yang berfaedah.
BAHAN RUJUKAN
BAHAN RUJUKAN

https://www.slideshare.net/alimohamad94043/kraf-perkhemahan-16311308

http://thurgabalza91.blogspot.com/2019/09/jalan-lasak-dan-pandu-arah.html
https://www.slideshare.net/vennella75/balutan-krs

https://sdgs.scout.org/project/perkhemahan-dan-malam-kebudayaan
http://thefloadventure.blogspot.com/2017/02/salam-rekreasi-semua-survival-masakan.html
RUJUKAN

https://www.academia.edu/6086949/BUKU_PANDUAN_KADET_REMAJA_SEKOLAH_DAN_T
UNAS_KADET_REMAJA_SEKOLAH

https://vdokumen.net/struktur-dan-organisasi-pertubuhan-krs.html

https://pdfslide.tips/documents/m6-persediaan-dan-undang-undang-pertubuhan.html

https://krssmksaspj.wordpress.com/pengertian-logo/

You might also like