You are on page 1of 2

1. Jelaskan konsep pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

(5 markah)

Konsep pergerakan lokomotor

- Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan
di tempat tersebut.
- Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti
berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan
harimau.
- Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan
mengikut pergerakan. Contoh,berjalan, berlari dan melompat.

Konsep pergerakan bukan lokomotor

- Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian


tubuh badan tanpa beralih tempat.
- Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot
kecil.
- Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Cth,
melambung dan membaling bola

2. Rancang pengajaran anda yang menerapkan (i) pergerakan lokomotor dan (ii) bukan
lokomotor. (20 markah)

i) pergerakan lokomotor

Aktiviti pengajaran Bahasa Melayu yang menerapkan elemen pergerakan lokomotor ialah
aktiviti main peranan. Main peranan adalah satu aktiviti lakonan spontan yang melibatkan
sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip iaitu murid akan diberikan satu situasi
atau keadaan dan murid akan melakonkannya secara spontan dengan menggunakan ayat
sendiri. Dengan menggunakan aktiviti main peranan dalam rancangan aktiviti pengajaran,
murid-murid akan dapat melakukan pergerakan lokomotor secara menyeluruh. Contohnya
murid-murid perlu melakonkan aksi dalam kisah Sang Kura-kura dan Sang Arnab. Aksi dalam
kisah tersebut memerlukan murid-murid untuk berjalan dan berlari bagi meniru watak Sang
Kura-kura dan Sang Arnab.
ii) pergerakan bukan lokomotor

Aktiviti pengajaran Bahasa Melayu yang menerapkan elemen pergerakan bukan lokomotor
ialah aktiviti menganyam ketupat. Aktiviti ini boleh dilakukan ketika guru sedang mengajar
tentang tajuk makanan tradisi Hari Raya Aidilfitri. Ketupat merupakan sejenis hidangan daripada
beras atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa. Ketika P&P, guru boleh mengajar dan
menunjukkan cara-cara menganyam ketupat di dalam kelas. Aktiviti ini terbukti dapat
memperbanyakkan pergerakan bukan lokomotor dalam kalangan murid-murid kerana murid-
murid hanya perlu menggunakan otot tangan dan jari ketika proses menganyam ketupat.

You might also like