You are on page 1of 1

Jelaskan cara anda memanipulasi seni muzik, seni pergerakan atau seni visual dalam

pengajaran berdasarkan SP yang anda pilih.

Berdasarkan Dokumen Standard dan Pentaksiran Tahun 4, Standard Pembelajaran yang


dipilih adalah daripada kemahiran mendengar dan bertutur. Pengaplikasian elemen seni dalam
pendidikan bagi mencapai Standard Pembelajaran yang dipilih ialah elemen seni pergerakan.
Topik yang diajarkan kepada murid-murid dalam proses P&P ialah topik ‘Kata kerja transitif’.
Standard Pembelajaran yang dipilih ialah 1.1.3 iaitu ‘Mendengar, mentafsir dan memberikan
respons terhadap soalan secara kritis’. Aktiviti yang boleh dilakukan bagi mencapai Standard
Pembelajaran tersebut ialah aktiviti ‘Main peranan’. Pertama sekali, guru akan menayangkan
sebuah video pendek berdurasi empat hingga lima minit di hadapan kelas. Sebelum guru
memainkan video tersebut, guru mengarahkan murid-murid untuk cuba menyenaraikan kata
kerja transitif sebanyak mungkin ketika video ditayangkan. Setelah video tamat, murid-murid
diarahkan untuk duduk dalam bulatan dan seorang murid perlu berada di tengah bulatan
tersebut. Murid yang berada di tengah bulatan tersebut perlu memilih salah satu kata kerja
transitif yang terdapat dalam video dan melakonkan gaya bagi kata kerja tersebut. Murid lain
pula perlu meneka dan menyebut kata kerja transitif yang telah dilakonkan oleh murid tersebut.
Seterusnya, murid lain pula diarahkan untuk melakonkan gaya kata kerja transitif secara
bergilir-gilir.

You might also like