You are on page 1of 2

MALAYSIA KEKAL BERDAULAT

Negara Berdaulat, Perlembagaan Persekutuan, Tadbir Urus Negara, Kedaulatan Negara)

ARAHAN: Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.

1 Antara yang berikut, yang manakah unsur asas sebuah negara?

I Raja yang berdaulat II Penduduk yang tetap III Sempadan yang tetap IV Pemerintah yang berkuasa penuh

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

2 Antara yang berikut, penyataan manakah yang benar tentang sistem Kerajaan Persekutuan?

I Segala kuasa pemerintahan dimiliki oleh Kerajaan Pusat.


II Kerajaan Negeri melaksanakan kebanyakan pentadbiran negara.
III Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan.
IV Setiap peringkat kerajaan mempunyai kedudukan dan kuasa masing-masing

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

3 Semua pernyataan yang berikut adalah benar tentang sistem kerajaan kecuali

A Kerajaan Kesatuan merupakan penyusunan politik yang membolehkan Kerajaan Pusat mempunyai segala
kuasa pentadbiran.

B Kebanyakan kuasa pemerintahan dikekalkan oleh negeri-negeri dalam sistem Kerajaan Konfederasi.

C Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangan tertentu dalam sistem Kerajaan Persekutuan

D Kerajaan Kesatuan lebih kukuh dan stabil pertahanannya.

4 Antara yang berikut manakah ciri-ciri negara demokrasi?

I Segala kuasa pemerintahan terletak pada Kerajaan Pusat


II Presiden ialah ketua Negara
III Hak dan kebebasan rakyat terjamin.
IV Pilihanraya yang bebas dijalankan untuk memilih kerajaan.

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

5 Antara yang berikut, yang manaka amalan demokrasi di Malaysia?

I Sistem Parlimen Malaysia berasaskan sistem Parlimen Westminster


II Parlimen Malaysia berbentuk dwidewan
III Perdana Menteri dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya.
IV Badan eksekutif mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan negara.

A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

6 Yang manakah antara yang berikut benar tentang konsep Kerajaan Konfederasi?

A Kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri adalah seimbang dalam semua aspek pemerintahan negara.

B Kerajaan Pusat mempunyai kuasa autonomi dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang lebih rendah.

1
C Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa autonomi masing-masing dalam bidang tertentu.

D Kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat amat terhad dan kehanyakan kuasa terletak dalam tangan .Kerajaan
Negeri.

7 Jadual yang berikut menunjukkan beberapa ciri kerajaan.

I Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang amat terhad


II Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.
III Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintah.
IV Kcbanyakan kuasa pemerintahan terletak pada Kerajaan Negeri

Padankan ciri-ciri kerajaan di atas dengan sistem kerajaan yang berkenaan.

Fersekutuan Kesatuan Konfederasi


A I dan II IV sahaja II dan V
B II sahaja III sahaja I dan IV
C V sahaja II dan IV I dan III
D I sahaja III dan IV II dan V

8. Antara yang berikut, yang manakah cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold?

I Sabah dan Sarawak diberi kuasa untuk menentukan dasar imigresennya


II Jaminan tentang hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak
III Sabah dan Sarawak diberi kuasa dalam urusan hal ehwal luar
IV Agama Islam ialah agama rasmi di Sabah dan Sarawak

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

9 Apakah faktor-faktor pembentukan Malaysia?

I Menghalang penyebaran ideologi komunis


II Meningkatkan jumlah penduduk di Tanah Melayu
III Mempercepat proses kemerdekaan Sabah, Sarawak, dan Singapura
IV Membolehkan pilihan raya diadakan di Sabah, Sarawak, dan Singapura

A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

10 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?

I Badan yang sama melaksanakan kuas kerajaan.


II semua pihak tidak boleh terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu bidang kuasa pemerintahan.
III Pihak berkuasa yang lain tidak boleh mengganggu tindakan yang diambil oleh sesuatu komponen kerajaan.
IV Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa yang dimiliki oleh pihak yang lain

A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV

You might also like