You are on page 1of 55

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum


2015
MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Cetakan Pertama 2015


© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa- apa jua sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat kebenaran
bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604
Putrajaya.

2
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Isi Kandungan

Pendahuluan

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mikroorganisma

Interaksi antara Haiwan

Tumbuhan Terancam

Geseran

Pengawetan Makanan

Bahan Buangan
PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras
dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan
melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi
berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Modul pengajaran dan pembelajaran ini telah disediakan untuk membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Modul ini mengandungi beberapa unit di
mana setiap topik mengandungi satu atau lebih standard pembelajaran. Setiap unit dalam modul
ini mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah sesuatu yang wajib
dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang terdapat dalam model
mengikut kesesuaian persekitaran, bahan dan kepelbagaian murid. Contoh yang terdapat dalam
modul ini hanya meliputi sebahagian daripada keseluruhan standard Sains yang ditetapkan bagi
murid Tahun 6.

Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan inkuiri di samping menggabungjalin


pendekatan pedagogi lain yang bersesuaian. Penerapan elemen TMK, keusahawanan dan
kreativiti serta inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam modul ini bagi membimbing guru
dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan pelbagai cadangan aktiviti yang boleh
digunakan oleh guru untuk murid pelbagai kecerdasan supaya semua murid boleh mencapai
Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan.

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan terbaik bagi
membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di samping menyediakan
suasana learning is fun semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, cadangan
aktiviti dalam modul ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan mengubahsuai
modul yang bersesuaian dengan murid serta perlatan yang terdapat di sekeliling mereka. Guru
juga digalakkan membina modul p&p yang bersesuain dengan murid mereka. Dengan ini, guru
berpeluang mengembangkan kreativiti mereka sendiri.

Dalam proses penyediaan modul ini, banyak pihak yang turut sama terlibat. Kementerian
Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya
modul ini.
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

MIKROORGANISMA
MATA PELAJARAN Sains

TAHUN 6 ADIL

TEMA / TAJUK Sains Hayat / Mikroorganisma

MASA 60 minit

STANDARD 3.1.2
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF Di akhir pengajaran, murid-murid dapat :


PEMBELAJARAN a) Menyatakan mikroorganisma bernafas
b) Mengitlak bahawa mikroorganisma adalah benda hidup
kerana menjalani proses hidup

KPS Memerhati, Membuat inferens, berkomunikasi

AKTIVITI Orientasi :
1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai benda hidup

Guru: Apa ciri benda hidup yang telah kamu pelajari? Jawapan
murid : Bernafas, bergerak, membiak dan membesar

Guru: Bagaimana pula dengan mikroorganisma yang telah kamu kenal


jenis dan contohnya? Adakah mikroorganisma juga benda hidup?
(terima sebarang jawapan murid)

Aktiviti 1:

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.


2. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil bahan-bahan yang telah
disediakan.
3. Murid menjalankan penyiasatan terhadap yis. (Lembaran
Aktiviti 1)
4. Murid melaporkan pemerhatian mereka terhadap aktiviti yang telah
dijalankan.
Aktiviti 2:

1. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan hasil


penyiasatan yang telah dilakukan.

Guru: Apa yang terjadi kepada belon setelah dibiarkan


beberapa lama?
Murid: Belon membesar, belon berkembang

Guru: Menurut pandangan kamu, mengapa belon tersebut


mengembang?
(terima sebarang jawapan murid)

Guru: Apabila kamu bernafas, apa yang kamu hembus?


Murid: Udara, karbon dioksida

2. Guru membimbing murid untuk mengaitkan pernafasan dengan


pengembangan belon yang diletakkan pada mulut botol.

3. Guru meneruskan sesi soal jawab mengenai proses hidup yang dilalui
oleh benda hidup.

Guru: Pernahkah kamu melihat kulapuk pada roti?


Murid: Pernah

Guru: Apa yang akan terjadi pada kulapok roti sekiranya kamu
membiarkannya untuk beberapa hari lagi?
Murid: Semakin banyak, bertambah

Guru: Itu membuktikan kulapuk roti juga membiak dan


membesar
Aktiviti 3:

1. Murid menonton tayangan video yang menunjukkan pergerakan


mikroorganisma.

Guru: Selepas kamu melalui aktiviti hari ini, adakah kamu


berpendapat mikroorgansma adalah benda hidup
Murid: Ya

Guru: Mengapa kamu berkata begitu?

Murid: Mikroorganisma membuat/menjalankan semua proses hidup


seperti manusia.

BAHAN P&P Yis, botol plastik, belon

EMK

REFLEKSI
LEMBARAN PENYIASATAN 1

1. Apa bahan yang diberi:

a)

b)

c)

2. Apa yang saya perlu buat dengan bahan-bahan yang diberi?

a)

b)

c)

3. Apa yang saya perhatikan selepas 15 minit?


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

INTERAKSI ANTARA HAIWAN


MATA PELAJARAN Sains

KELAS 6 Bestari

TEMA/ TAJUK Sains Hayat / Interaksi antara haiwan

MASA 60 minit

STANDARD 4.1.1 dan 4.1.2


PEMBELAJARAN

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


PEMBELAJARAN 1. Menyatakan bahawa haiwan hidup berkumpulan dan hidup
bersendirian
2. Memberikan contoh-contoh haiwan hidup berkumpulan dan
haiwan hidup bersendirian.
3. Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan hidup
berkumpulan dan hidup secara bersendirian.

KPS Memerhati , Berkomunikasi dan Mengelas.

AKTIVITI Aktiviti 1:

1. Murid ditunjukkan gambar haiwan-haiwan.


(lipan, semut, kerbau, singa, tikus, lipas, kuda belang dan harimau)

2. Murid diminta melekatkan gambar haiwan-haiwan tersebut pada peta


bulatan di papan putih dan menamakan haiwan-haiwan tersebut.

3. Guru mengemukakan soalan di mana biasanya haiwan-haiwan itu


ditemui .

Aktiviti 2:

1. Murid menonton video tentang cara hidup haiwan.

2. Murid ditanya apa yang mereka perhatikan tentang cara hidup


haiwan.

3. Semua jawapan murid diterima oleh guru.


Aktiviti 3:

1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan kad gambar haiwan/model haiwan dan


dikehendaki berbincang sama ada haiwan tersebut hidup secara
berkumpulan dan bersendirian.

3. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen yang


dilabel ‘Hidup Berkumpulan’ atau stesen ‘Hidup Bersendirian’

4. Setiap wakil akan menyatakan mengapa mereka bergerak ke arah stesen


berkenaan.

Aktiviti 4:

1. Murid menonton tayangan video animasi yang menunjukkan


kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan
bersendirian.

2. Murid diminta menyatakan kelebihan dan kekurangan haiwan yang


hidup berkumpulan dan bersendirian dalam peta pokok.

3. Murid dan guru berbincang tentang kelebihan dan kekurangan


haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian berdasarkan peta pokok
yang dilakarkan oleh murid.

4. Hasil kerja murid dipaparkan di papan putih.

Aktiviti 5

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lembaran 1 )

2. Murid diminta mengelaskan haiwan-haiwan berkenaan kepada


haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersedirian.

EMK Nilai Murni , Kreativiti

BBB Gambar haiwan, tayangan video,Lembaran kerja 1,Kertas mahjung

REFLEKSI
PETA BULATAN

HAIWAN
Aktiviti 2 - KAD TUGASAN

1. Murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan satu kumpulan terdiri daripada 6
orang ahli.
2. Murid diberikan satu gambar haiwan atau model haiwan yang maujud untuk setiap
kumpulan.
3. Murid dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan tentang gambar haiwan yang
telah diberi oleh guru tentang haiwan tersebut ‘Hidup Berkumpulan atau Hidup
Bersendirian’.
4. Murid diberi masa 2 minit untuk berbincang sesama ahli kumpulan tentang
keputusan berdasarkan gambar tersebut sama ada haiwan tersebut ‘Hidup
Berkumpulan atau Hidup Bersendirian’.
5. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen sama ada ke stesen “Haiwan
Berkumpulan” atau “Haiwan Bersendirian” yang telah disediakan oleh guru.
6. Murid akan bersoal jawab dengan guru tentang kenapa mereka telah memilih stesen
tersebut.
KAD GAMBAR
MODUL PdP SAINS TAHUN 6

17
MODUL PdP SAINS TAHUN 6

LEMBARAN KERJA

Kelaskan haiwan – haiwan yang berikut mengikut kumpulan yang betul dan lengkapkan peta pokok
di bawah:

18
MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Peta pokok untuk lembaran kerja 1


HI
D UP
BE
RK
UM
PU
LA
N

C
A
R
A
H
ID
U
P
H
A
IW
A
N

HI
D UP
BE
RS
EN
DI
RI
A N
19
MODUL PdP SAINS TAHUN 6

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

TUMBUHAN TERANCAM

20
MATA PELAJARAN
Sains
KELAS 6 Cemerlang
TEMA / TAJUK Sains Hayat / Tumbuhan
MASA 60 minit
STANDARD
5.1.3 dan 5.1.4
PEMBELAJARAN

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran murid-murid dapat,

1.Menyatakan contoh tumbuhan yang terancam.


2.Menjelaskan melalui contoh faktor ancaman terhadap
tumbuhan dan cara mengatasinya.

KPS
Memerhati , Membuat inferens , Berkomunikasi

AKTIVITI Orientasi (5 minit)

1. Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama video lagu Hijau


nyanyian Zainal Abidin.
( Lirik lagu disertakan dalam lampiran 1 )
(http://www.youtube.com/watch?v=68PJW15iJSw )

2. Guru bersoal jawab dengan murid.

Guru : Daripada lagu ini, apakah aktiviti yang kamu boleh


perhatikan?

Murid : Menebang pokok/ Kemusnahan alam/ Pencemaran.

Pencetusan idea (10 minit)

1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis bunga kepada


murid.

2. Guru meminta murid melabelkan gambar dengan nama


tumbuhan hasil pembacaan artikel yang diberi.

3. Murid mula melabel gambar dengan kata nama khas yang


sesuai yang terdapat dalam artikel.
Penstrukturan idea (10 minit)

1. Murid menonton tayangan slaid / gambar contoh tumbuhan


terancam.
(melalui tayangan slaid / gambar ini, murid akan menentukan
sendiri sama ada mereka telah melabel dengan betul atau tidak)

Guru : Pernahkah anda menemui pokok ini di persekitaran


rumah/kawasan kediaman anda?
Murid : Tidak cikgu.

Guru : Di manakah bunga ini boleh dijumpai ?


Murid : Hutan (terima sebarang jawapan)

Guru : Mengapakah bunga ini susah ditemui ?


Murid : Ia hanya hidup di hutan yang tertentu sahaja/pokok ini
tidak banyak di Malaysia / semakin terancam (terima
sebarang jawapan)

Guru : Kenapa tumbuhan tersebut terancam?


Murid : Hutan terbakar/ banjir/ pokok di tebang
(terima sebarang jawapan)

Guru : Adakah kita biarkan sahaja situasi ini terus berlaku? Murid :
Tidak.

Guru : Apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini?


Murid : Panggil bomba / Tanam pokok / Elakkan
pembakaran hutan
(terima sebarang jawapan)

Catatan : Guru menambah baik jawapan murid


Aplikasi idea (25 minit)

1. Murid melakukan aktiviti berkumpulan.

2. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri


daripada 6 orang ahli.

3. Setiap kumpulan diberikan kad gambar tumbuhan dan


dikehendaki berbincang faktor ancaman dan cara
mengatasi.

4. Wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil


perbincangan dalam bentuk peta pemikiran dengan bimbingan
guru.

Catatan :
Guru digalakkan mendapatkan gambar penuh pokok
merangkumi ciri-ciri, akar dan sebagainya.
Jika tumbuhan berkenaaan berada di persekitaran guru
digalakkan menunjukkan tumbuhan sebenar.

Refleksi (10 minit)

1. Guru dan murid berbincang mengenai jawapan dari


lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid.

2. Guru mengaitkan set induksi tadi dengan hasil


pembelajaran.

Pengayaan

Murid membina replika bunga Rafflesia dalam kumpulan dengan


bahan-bahan buanga (mengikut kesesuaian murid dan sekolah)

EMK TMK, Kreativiti Bahasa dan Nilai


lagu , slaid , kad gambar , TMK , artikel berkenaan jenis-jenis
BAHAN BANTU tumbuhan terancam berserta penerangan (diberi sebelum
BELAJAR pengajaran)

REFLEKSI Lembaran 1
LAMPIRAN Aktiviti 1

Lirik Lagu Hijau – Zainal Abidin

Bumi yang tiada rimba


Seumpama hamba Dia
dicemar manusia Yang
jahil ketawa

Bumi yang tiada udara


Bagai tiada nyawa Pasti
hilang suatu hari Tanpa
disedari

Bumi tanpa lautan


Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan


yang akhirnya membinasakan Apalah
gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku
lihat hijau

Bumiku yang kian pudar


Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri


Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto


Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi


Keno make asak hok biso, weh Pase
maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
KAD TUGASAN 1

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil


perbincangan.
KAD TUGASAN 2

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil


perbincangan.
KAD TUGASAN 3

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil


perbincangan.
KAD TUGASAN 4

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil


perbincangan.
KAD TUGASAN 5

Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai :

1. Nama tumbuhan

2. Faktor ancaman tumbuhan ini.

3. Cara mengatasi daripada ancaman.

Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil


perbincangan.
MODUL PdP SAINS TAHUN 6

PETA PEMIKIRAN

30
MODUL PdP SAINS TAHUN 6

Lembaran Kerja

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Jadual menunjukkan bilangan pokok meranti di sebuah habitat semula jadi.

Tahun 1995 2000 2005 2010 2015


Bilangan
pokok 970 860 740 610
meranti

1. Apakah corak perubahan bilangan pokok meranti dari tahun 1995 hingga 2010.

2. Nyatakan dua sebab ( inferens ) tentang perubahan bilangan pokok meranti dari tahun
1995 hingga 2010 ?

3. Nyatakan tiga cara untuk mengatasi tumbuhan daripada ancaman?

i.

ii.

iii.

4. Ramalkan bilangan pokok meranti pada tahun 2015 ?

31
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

DAYA
MATA PELAJARAN Sains

TAHUN 6 STIGMA (30 orang)

TEMA / TAJUK Sains Fizikal / Daya

TEMPOH MASA 60 minit

STANDARD 6.2.1, 6.2.2


PEMBELAJARAN

OBJEKTIF Di akhir pengajaran, murid-murid dapat :


PEMBELAJARAN c) Menyatakan maksud daya geseran
d) Menjalankan eksperimen bagi mengenal pasti jarak
gerakan objek di atas 4 permukaan yang berbeza

KPS Mengeksperimen

AKTIVITI Aktiviti 1:

2. Guru memanggil seorang murid untuk menolak objek yang berat


di atas lantai kelas. (contohnya kotak yang diisi benda berat).

Guru : Sukar atau mudah untuk kamu menolak kotak


tersebut?
Murid : Mudah

Guru: Bagaimana pula jika kamu menolak kotak tersebut


berada atas permaidani?
Murid: Mungkin lebih sukar (terima
sebarang jawapan murid)

Guru: Mengapa terjadi demikian?


Murid: Kerana permukaan permaidani lebih kasar / banyak bulu

3. Guru menerangkan mengenai daya geseran yang berlaku pada


kotak yang digerakkan di atas permukaan (boleh menggunakan
Lampiran A sebagai bahan bantu).

4. Guru meminta murid menguji sendiri pendapat mengenai


sukar atau senang menolak sesuatu yang berat pada
permukaan berlainan melalui aktiviti seterusnya.
Aktiviti 2:

2. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

3. Murid-murid diminta menjalankan satu eksperimen untuk


mengkaji sama ada jenis permukaan mempengaruhi jarak
pergerakan kereta mainan.

4. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua, seorang


pencatat dan yang selebihnya akan mengukur jarak pergerakan
kereta mainan secara bergilir-gilir.

5. Setiap kumpulan dibekalkan dengan Lembaran


Penyiasatan untuk membantu mereka menjalankan
ekpserimen tesebut.

6. Setiap kumpulan diberikan tempoh selama 6-8 minit bagi


setiap permukaan untuk diuji.

*Guru dicadangkan menggunakan wisel untuk mengawal


murid.
Setiap kumpulan disarankan agar menjalankan percubaan
sebanyak 3 atau 4 kali bagi mendapatkan kejituan jawapan.

7. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja


kumpulan di hadapan makmal.

8. Murid berbincang dengan guru hasil dapatan eksperimen yang


dijalankan.

9. Murid membuat kesimpulan mengenai daya geseran


dengan bimbingan guru.

BAHAN P&P Papan 1 m, pita pengukur, kereta mainan, permukaan bersimen,


permukaan berjubin, permukaan bertar, permukaan plastik,
lembaran penyiasatan

EMK Sains dan Teknologi dan nilai murni

REFLEKSI
LAMPIRAN A

Aktiviti : Objek ditolak ke arah kanan.

objek

permukaan arah gerakan


lantai

Konsep 1:

Geseran terhasil apabila dua permukaan bersentuhan

( Objek bersentuhan dengan permukaan lantai semasa bergerak)

objek

permukaan arah gerakan


lantai

arah geseran
Konsep 2:

Geseran menentang arah gerakan sesuatu objek.


LEMBARAN PENYIASATAN

4. Apa bahan yang diberi kepada kumpulan:

5. Pada pendapat saya:


a. Kereta mainan akan bergerak paling jauh di atas permukaan

b. Kereta mainan akan bergerak paling dekat di atas permukaan

6. Apa yang perlu dilakukan untuk menguji kesukaran kereta mainan bergerak di atas
permukaan yang berlainan?

landasan
Kereta mainan

batu-bata

jarak dilalui

a)

b)

c)

d)

e)

f)
7. Apa yang saya perhatikan dan rekodkan?

Jenis Permukaan Jarak yang dilalui oleh kereta

8. Perbincangan:

a) Pada permukaan manakah kereta bergerak dengan jarak yang paling dekat?

b) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (a).

c) Pada permukaan manakan kereta bergerak dengan jarak yang paling jauh?

d) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (c).

e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya pada pemukaan yang
telah kamu uji?
MODUL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

PENGAWETAN MAKANAN
MATA PELAJARAN Sains

KELAS 6 IXORA

TEMA / TAJUK Sains Bahan / Pengawetan Makanan

STANDARD 8.1.1 , 8.1.2


PEMBELAJARAN
OBJEKTIF Murid boleh:
PEMBELAJARAN i) Menjelas dengan contoh ciri-ciri makanan yang telah
rosak melalui pemerhatian pada makanan yang sebenar.
ii) Menentukan faktor air boleh mempengaruhi
pertumbuhan mikroorganisma secara penyiasatan.

TEMPOH 60 minit

SUMBER makanan yang segar dan yang telah rosak(susu , roti , kek, buah
limau, kari ayam , Ikan, kuih, strawberi, bayam, nasi), kanta pembesar

SPS Pemerhatian ,Membuat inferens, Berkomunikasi, Meramal, Mentafsir


data, Menggunakan perhubungan ruang dan masa.

PENGETAHUAN Murid telah mempelajari tentang jenis-jenis mikroorganisma dan


SEDIA ADA kerosakan makanan disebabkan oleh mikroorganisma.

AKTIVITI Aktiviti 1:

1. Murid bersoaljawab dengan guru:

Guru: Adakah kamu minum susu? Apakah rasanya?


Murid: Pernah. Rasanya sedap

Guru: Jika susu tersebut dibiarkan beberapa hari , apa akan


terjadi kepada susu berkenaan?
Murid: Rasa tak sedap, bau busuk/masam

Guru: Apakah yang menyebabkan kerosakan makanan?


Murid: Letak di luar peti ais/ ada kuman
(terima sebarang jawapan murid)
Aktiviti 2:

1. Murid ditunjukkan dua gelas susu. (susu tidak rosak dan susu
telah rosak)

Guru: Apakah perbezaan cecair dalam kedua-dua gelas? (terima


sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian mereka)
2. Kemudian murid ditunjukkan 2 keping roti. (roti berkulat
dan tidak berkulat)

Guru: Apa pula perbezaan pada kedua-dua keping roti ini?


(terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian
mereka)

Catatan: Jawapan murid tidak dibetulkan pada ketika


ini tetapi dicatat untuk perbincangan di fasa
refleksi.

Aktiviti 3:

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan 2 sampel makanan yang berbeza


iaitu makanan yang telah rosak dan yang belum rosak.
(Contoh: roti, kuih, buah strawberi, bayam, nasi).

3. Murid membuat pemerhatian ke atas sampel makanan


menggunakan kanta pembesar.

4. Murid diminta menyenaraikan hasil pemerhatian di atas yang


diberikan dengan bantuan peta bulatan.

5. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil


pemerhatian dan dibimbing oleh guru.

6. Murid dikehendaki mengaitkan ciri-ciri makanan yang telah


rosak berpandukan hasil pemerhatian.

7. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam lembaran kerja 1


dan 2.

8. Murid diberi masa untuk menjawab kemudian dibincang


dalam kelas.
Aktiviti 4:

1. Murid bersoaljawab dengan guru.

Guru: Pada pendapat kamu, mengapa susu dan roti tadi boleh
menjadi rosak?
Murid: Mikroorganisma/kuman/bakteria

Guru: Apakah faktor yang memudahkan mikroorganisma


membiak pada makanan?

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

3. Setiap kumpulan diberikan 2 keping roti. Murid melakukan


aktiviti berikut pada roti tersebut.

Roti A : Direnjis dengan air


Roti B : Tidak direnjis dengan air

Kedua-duanya dimasukkan ke dalam plastik yang berlainan dan


diikat serta diletakkan di meja belakang bilik sains.

4. Murid diminta membuat pemerhatian dan merekod keadaan


permukaan roti berkenaan setiap hari selama seminggu.

5. Murid dimaklumkan perbincangan lanjut mengenai


penyiasatan ke atas faktor yang mempengaruhi
mikroorganisma berkenaan pada masa akan datang.

Aktiviti 5:

1. Murid diminta merujuk kepada jawapan soaljawab semasa


Aktiviti 2 untuk dibandingkan dengan idea yang baru dipelajari.

2. Murid diminta membuat pembetulan jika idea awal mereka


tidak betul atau tidak lengkap.

3. Murid bersoaljawab dengan guru dalam membuat


rumusan.

 Apakah yang menyebabkan makanan rosak?


 Apakah ciri-ciri pada makanan rosak?

EMK Bahasa, nilai murni


BBM Susu segar, susu masam, roti, roti yan berkulapok, kuih, buah,
sayuran, nasi, kanta pembesar

REFLEKSI
LEMBARAN KERJA 1
Arahan: Lengapkan jadual di bawah.
CIRI-CIRI MAKANAN DERIA YANG
MAKANAN
ROSAK DIGUNAKAN

nasi

susu

daging

sayuran

roti
LEMBARAN KERJA 2
Tuliskan keadaan/ciri makanan apabila menjadi rosak.
PETA PEMIKIRAN

Arahan : Isikan maklumat berkenaan pada peta pemikiran di bawah.

CIRI- CIRI MAKANAN ROSAK


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS
TAHUN 6

BAHAN
BUANGAN
MATA PELAJARAN Sains

TAHUN 6 DAHLIA

TEMA / TAJUK Sains Fizikal / Bahan Buangan

TEMPOH MASA 60 minit

STANDARD 9.1.3, 9.1.4


PEMBELAJARAN
OBJEKTIF Murid akan dapat
PEMBELAJARAN iii) Menyatakan maksud bahan buangan
terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi.
iv) Mengelaskan bahan buangan kepada bahan
buangan terbiodegradasi dan tidak
terbiodegradasi

KPS Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi

AKTIVITI Aktiviti 1:

1. Guru menayangkan slaid gambar berkaitan bahan


buangan.
2. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan gambar
tersebut.

 Apakah yang kamu lihat tadi?


 Apakah barang-barang yang sering kamu buang?

Aktiviti 2:

1. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan.


2. Setiap kumpulan diberikan gambar yang menunjukkan jenis
bahan buangan.
3. Murid diminta mengenalpasti jenis bahan buangan pada
gambar.
4. Murid melengkapkan peta pokok bagi mengelaskan contoh
bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi
pada kertas mahjong dalam kumpulan kecil .

*Semua jawapan murid dipamerkan kepada kelas tanpa


membincangkan jawapan yang telah diberikan.
Aktiviti 3:

1. Murid menonton tayangan video tentang proses


pereputan bahan buangan.
(Guru boleh juga menggunakan gambar untuk
menunjukkan proses pereputan)

2. Murid membuat sumbang saran tentang maksud bahan


terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan
tayangan video.

 Apakah yang berlaku pada bahan buangan dalam


tayangan tadi?

 Nyatakan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak


terbiodegradasi berdasarkan pendapat anda?

3. Murid merumuskan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak


terbiodegradasi dengan bimbingan guru.

Aplikasi Idea ( 20 minit)

1. Murid mengumpul maklumat keratan akhbar dan membuat


perbincangan dalam kumpulan kecil tentang
kebaikan yang boleh diperolehi daripada bahan buangan
terbiodegradasi.
2. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.

(Cadangan aktiviti lain : puzzle berkaitan jenis bahan buangan


terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi)

Refleksi (5 minit)

1. Guru meminta murid menilai semula peta pokok di awal


pembelajaran.
2. Murid diminta membuat buku skrap secara berpasangan
berkaitan bahan buangan terbiodegradasi dan tidak
terbiodegradasi.

BBM Gambar bahan buangan, video, kertas mahjong, akhbar

EMK Keusahawanan dan nilai murni

PENTAKSIRAN Peta pokok dan buku skrap

PEMULIHAN Guru membantu memurnikan peta pokok

PENGAYAAN Murid-murid menghasilkan buku skrap


GAMBAR BAHAN BUANGAN

You might also like