You are on page 1of 13

1

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

School of liberal Arts,Education and Languages. Disediakan oleh: Cik Shafini Bt Mohd Norashid NOTA MINGGU KEDUA PERANCANGAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( DEC1323) TOPIK: PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2.1 LANGKAH PENUBUHAN Bilangan pusat PAKK yang meningkat secara mendadak sejak tahun 1970-an sehingga kini menyebabkan kerajaan mengambil langkah bagi meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah. Pendidikan prasekolah yang berkualiti dapat menyediakan kemahiran asas yang kukuh. Ini akan mempengaruhi kehidupan kanak-kanak pada masa akan dating. Terdapat pelbagai agensi sama ada kerajaan mahupun swasta membangunkan program ini. Antara agensi kerajaan yang sedang beroperasi adalah: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu tadika di sekolah rendah Jabatan Perpaduan Negara (Tadika Perpaduan), Kementerian Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Jabatan Kemajuan Masyarakat ( TABIKA/KEMAS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia Jabatan Agama Islam Negeri (KAFA)

Antara agensi swasta yang menawarkan program prasekolah termasuk: Kesatuan agama seperti Kristian, Budha dan Hindu Pertubuhan politik seperti Malaysian Chinese Association (MCA)

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Badan korporat seperti Telekom, Celcom, Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Sekuriti (SC), Petronas dan lain-laian. Pertubuhan sukarela Orang persendirian

Definisi Pendidikan Pra Sekolah Terdapat 2 bentuk pengurusan pendidikan prasekolah dalam Negara iaitu: Pengurusan Tadika Di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] Tadika didefinisikan sebagai mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah (4 hingga 6 tahun) disediakan untuk 10 orang murid atau lebih. Nisbah Guru : Kanak-kanak (namun, bil. maksimum pelajar dlm kelas : 25 org) 3-5 tahun = 1:10 5-6 tahun = 1: 12 Pengurusan TASKA Taska merupakan singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-kanak. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [ Akta 308] mentakrifkan Pengurusan TASKA sebagai mana-mana premis yang menerima masuk 4 orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dari lebih daripada satu isi rumah ( 2 atau lebih keluarga) untuk dijaga dengan upah. TASKA terbahagi kepada 4 jenis seperti di jadual. Menerima masuk 4 hingga 9 orang kanaka. TASKA di Rumah kanak dalam rumah orang yang

didaftarkan. Taman b. TASKA di Institusi asuhan kanak-kanak yang

menerima masuk 10 orang kanak-kanak

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

atau lebih. Taman c. TASKA di Tempat Kerja asuhan kanak-kanak yang

disediakan di mana-mana tempat kerja.

Taman d. TASKA Komuniti

asuhan

kanak-kanak

yang

menerima masuk 10 orang kanak-kanak atau lebih di kawasan keluarga

berpendapatan rendah (pendapatan isi rumah RM2,000.00 di kawasan bandar dan kurang RM1,200.00 di luar bandar) dan menerima bantuan daripada Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Sumber : JKM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,2011

Jadual : Nisbah Pengasuh dan Kanak-Kanak

Umur : Pengasuh : Kanak-kanak 0-2 = 1:3 2-3 = 1:5 3-5 = 1:10 Sumber: Garis Panduan Pengurusan Tadika Swasta di Wilayah Persekutuan, Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Terdapat 5 langkah dalam proses penubuhan sebuah program PAKK: 1. Usahawan 2. Kajian Pasaran 3. Permohonan pendaftaran perniagaan / syarikat 4. Memohon lessen perniagaan 5. Memohon surat kelulusan

1. Usahawan Mempersiapkan diri dari segi pengetahuan, kemahiran dan tingkahlaku yang sesuai dengan ciri-ciri perniagaan perkhidmatan tadika

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

2. Kajian Pasaran Melakukan di kawasan sasaran yang telah ditentukan Tujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapatnya permintaan terhadap perkhidmatan tadika di kawasa pasaran

3. Permohonan pendaftaran perniagaan / syarikat Memohon kepada Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat. Penubuhan perniagaan perseorangan atau perkongsian, pemohon boleh majukan kepada pendaftar perniagaan Penubuhan sebuah syarikat sendirian berhad, dimajukan kepada Pendaftar Syarikat.

4. Memohon lesen perniagaan Memohon lesen perniagaan dengan pihak kerajaan tempatan (majlis perbandaran/daerah) Diperlukan untuk membolehkan sesebuah perkhidmatan dapat dijalankan secara sah di tapak premis yang ditetapkan. 5. Memohon surat kelulusan Memohon surat kelulusan menjalanakan perkhidmatan tadika Permohonan dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Jika program PAKK berkonsep pengurusan agama, permohonan tambahan dimajukan kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri. 2.2 KRITERIA PENUBUHAN Proses penubuhan dan Pendaftaran Perniagaan dan Syarikat Terdapat tiga bentuk perniagaan yang boleh ditubuhkan bagi mengendalikan perkhidmatan tadika iaitu: 1. Perniagaan perseorangan (sole proprietorship), 2. Perkongsian (partnership) 3. Syarikat sendirian berhad (private limited company) Semua bentuk perniagaan ini perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum memulakan perniagaan.Bawah SSM ini, perniagaan berbentuk:

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

perniagaan perseorangan dan perkongsian perlu mendaftar -> Pejabat Pendaftar Perniagaan (Registrar of Business ROB) Perniagaan Syarikat Sendirian Berhad berdaftar Pejabat Pendaftar Syarikat ( Register of Company ROC)

Kaedah pendaftaran bagi setiap bentuk perniagaan adalah seperti berikut: 1. PERNIAGAAN PERSEORANGAN Pengusaha perlu mengisi borang carian nama yang boleh diperoleh daripada ROB bagi memastikan tiada pertindihan pada nama yang dipilih. Apabila tiada pertindihan pada nama itu diluluskan, penguasaha boleh meneruskan langkah-langkah berikut: Dapatkan borang A daripada ROB

Lengkapkan borang A

Borang yg sudah dipenuhi perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah

Serahkan borang A dgn sertakan kad pengenalan Pendaftaran perniagaan sah bagi satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika terdapat sebarang perubahan pada maklumat perniagaan seperti ALAMAT, RAKAN KONGSI, CAWANGAN dan sebagainya, pengusaha perlu mengisi borang B. Jika ingin menamatkan operasi perniagaan, beliau perlu memenuhi borang C yang boleh diperoleh daripada ROB. Pengusaha juga perlu memulangkan sijil pendaftaran asal (borang D)

2. PERKONGSIAN

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

Kaedah serupa dengan pendaftaran perniagaan perseorangan. Namun, SETIAP rakan kongsi perlu mengisi borang butir-butir ahli kongsi (boring P/N/A/ - 1A) secara berasingan.

3. SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (Sdn. Bhd) SSB boleh ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Syarikat (Registrar of Company ROC) berpandukan kepada langkah-langkah berikut:

Pilih nama syarikat

Dapatkan kelulusan ROC bagi nama dipilih

Penuhkan borangborang yang berkaitan

Penuhkan lampiran A

Pemilihan nama syarikat Serahkan borang 13A mendapatkan kebenaran menggunakan nama yang dicadangkan. Penggunaan nama perlu 100% dalam BM @ 100% BI dan tidak melebihi 50 huruf termasuk perkataan Sendirian Berhad @ Sdn. Bhd/

Pendaftaran dengan Kementerian Pelajaran Pendaftaran pusat PAKK adalah melalui proses-proses berikut:

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

Mengemukakan permohonan penubuhan kpd JPN

Lawatan kesesuaian oleh JPN

Mengemukakan borang permohonan pendaftaran kpd JPN JPN mendapatkan pandangan & sokongan drpd agensi-agensi Surat kelulusan dikeluarkan oleh JPN dgn syarat-syarat khas JPN mengeluarkan Sijil Pendaftaran Sekolah Peraturan-peraturan Agensi-agensi terlibat dalam memberi pandangan dan sokongan: 1.PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PERANCANGAN Mengemukakan pelan-pelan dan dokumen-dokumen yg diperlukan. 1) Pelan-pelan a. Pelan tapak b. Pelan lantai c. Lukisan keratan d. Lukisan tapak 2) Urusan Tanah ataupun Percukaian a. Salinan hak milik tanah yang disahkan oleh Pejabat Tanah Daerah b. Salinan cukai taksiran c. Salinan cukai tanah 3) Dokumen-dokumen lain

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

a. Gambar-gambar tapak b. Surat perjanjian ataupun kebenaran daripada pemilik bangunan (jika disewa) c. Surat sokongan daripada pemilik ataupun penghuni bangunan ataupun lot bersebelahan. KESESUAIAN TAPAK Jenis bangunan yang sesuai Rumah sebuah @ bangle Rumah berkembar Rumah teres lot tepi dengan kawasan lapang dan tidak menyebabkan kesesakan dan gangguan lalulintas Rumah pangsa tingkat bawah Bangunan pejabat, tingkat 1 hingga 2 kecuali dengan sokongan JPB Bangunan komersial, mengikut sokongan JPB Bangunan Kilang, mengikut sokongan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. KESESUAIAN TANAH Tidak terletak di hadapan jalan utama Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama. Mempunyai kawasan permaianan yg secukupnya di luar bangunan pusat.

KEHENDAK PENGIKLANAN Ditulis dalam Bahasa Melayu Kedudukan di tempat yang sesuai

Antara kehendak lain yang dilihat oleh PBT ialah KEHENDAK BANGUNAN, KEHENDAK PENGUDARAAN dan PENCAHAYAAN, KEHENDAK TINGKAP dan PINTU dan KEHENDAK KEGUNAAN RUANG. 2. JABATAN PERKHIDMATAN BOMBA & PENYELAMAT

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

Antara peraturan JPB dan melihat dari aspek: Keadaan bangunan yang dibenarkan Ciri keselamatan bangunan Kehendak teknikal dinding bangunan Kehendak kemudahan keluar & pengosongan premis Kehendak langkah keselematan

3.JABATAN KESIHATAN Antara peraturan dan aspek yang dilihat oleh jabatan Kesihatan: Persekitaran premis dan kawasan sekeliling Kehendak kemudahan kebersihan bangunan Komponen bangunan Peralatan, perabot dan kemudahan di dalam bangunan Kehendak perubatan dan kesihatan Penyediaan makanan Kehendak umum peraturan keselamatan yang memuaskan

2.3 PERANCANGAN FIZIKAL Bermain merupakan aspek penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa dan pendidik bersetuju dengan fakta ini. Bermain merupakan platform dimana kanak-kanak mengharungi proses pembelajarannya. Persekitaran dan atmosfera yang direka akan menentukan tahap pembelajaran dan keselesaan kanak-kanak. Kebanyakan pusat PAKK berusaha menyediakan suasana yang menyeronokkan dan berunsur pendidikan. Warna, rekaan, perabot, pelan dan elemen lain menyediakan unsur imaginatif, persekitaran yang menarik dan penuh dengan unsur bermain. Namun, harus diingat bahawa, perabot yang disediakan mengikut saiz yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Penyusunan perabot harus mampu memenuhi kehendak ruang-ruang pembelajaran dan aktiviti. RUANG DALAM aspek-aspek fizikal

10

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

Seperti bangunan, Berikut adalah ciri-ciri tadika: Bangunan yang berasingan Kelas yang diubahsuai Ruang penyediaan makanan Ruang pembelajaran

Kementerian pendidikan (2003) menetapkan ruang tadika perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: Selesa, cahaya cukup dan peredaran udara baik Susun atur peralatan mudahkan pergerakan Ruang pembelajaran = di dalam dan luar kelas Sentiasa bersih, ceria , menarik dan selamat Ruang dan susun atur boleh diubah = Ikut situasi dan aktiviti pembelajaran. Ruang dilihat dari aspek ruang dalam dan ruang luar

RUANG DALAM Bentuk bilik segi 4 -sesuai dan mudah disusun laluan trafik selesa memudahkan pergerakan, guru mudah menyelia kanak-kanak, kanak-kanak mudah berinteraksi dengan rakan sebaya.

Plug elektrik kedudukan tidak boleh dicapai dan selamat. Dinding - Pamerkan hasil kerja murid dengan kreatif. Pemilihan warna dinding - Sesuai dengan konsep kanak-kanak. Tingkap dan pintu;

11

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

Membantu pencahayaan (ruang melukis dan membaca) Pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk penghalang Pintu ruang ke dapur - penghadang pintu &sentiasa diawasi.

Kebersihan dan keselamatan setiap ruang @pusat pembelajaran Langsir, alas meja dan skirting - bersih + menarik Bahan bantu mengajar - sudut > tersusun, teratur + menarik. Mempunyai ruang bagi aktiviti-aktiviti kumpulan kecil + besar Ceria, berwarna-warni + menarik minat kanak-kanak Pengudaraan baik

RUANG LUAR Bersih, kondusif dan selamat Dinding kelas yang cantik dan bersih Mempunyai rak kasut Mempunyai daya penarik

mempunyai unsur-unsur pembelajaran Pondok bacaan ataupun pusat aktiviti kanak-kanak sewaktu rehat Pusat permainan air dan pasir Mempunyai taman sains atau kebun kecil Terdapat pelbagai jenis tanaman Berwarna-warni

kreativiti

12

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

Susun atur yang kemas dan menarik Penggunaan bahan terbuang dalam hiasan

taman permainan Terurus dan dalam keadaan baik Alat permainan tiada yang rosak dan menarik Dihiasi dengan tanaman

kemudahan asas Tiga keperluan asas yang perlu disediakan tandas,bekalan elektrik dan bekalan air. TANDAS Mangkuk tandas, sinki, cermin dan lain-lain peralatan sesuai dan mengikut saiz kanak-kanak Bersih dan selamat Tandas yang berasingan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan

BEKALAN ELEKTRIK Sistem pendawaian yang sempurna Soket mencukupi keperluan dan dalam kedudukan yang selamat

BEKALAN AIR Saluran air yang sempurna dan berfungsi Longkang bertutup khususnya tempat laluan, bersih dan terjaga

keceriaan dan keselamatan dan keselamatan tadika secara keseluruhan. Sediakan kemudahan yg sesuai dengan menganalisis ruang

13

Perancangan Pusat PAKK [DEC 1323]

Pastikan kemudahan bersesuaian dgn kehendak semasa dan jangka masa panjang

You might also like