You are on page 1of 11

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2017

CBCT2203

KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

NAMA PELAJAR : AHMAD FAIZ BIN MOHD SULTAN MERICAN

NO. MATRIKULASI : 840619075527002

NO. KAD PENGENALAN : 840619075527

NO. TELEFON : 0194256168

E-MEL : ahmadfaizmerican@oum.edu.my

NAMA TUTOR : TENGKU NORAZLAN BIN TENGKU SULAIMAN

PUSAT PEMBELAJARAN : PP KUALA TERENGGANU


1.0 PENGENALAN
MSC Malaysia adalah inisiatif nasional negara Malaysia yang direka bagi menarik
syarikat teknologi bertaraf dunia, pada waktu yang sama membimbing industri teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan [ CITATION Apa12 \l 17417 ]. Projek ini
diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir pada semasa
merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996 [ CITATION Kor13 \l 17417 ].

1.1 Aplikasi Perdana MSC


Pada awal penubuhan MSC, tujuh aplikasi perdana telah diperkenalkan untuk memacu
matlamat Wawasan 2020. Untuk mempercepatkan evolusi MSC, kerajaan Malaysia telah
menubuhkan tujuh aplikasi multimedia untuk mewujudkan pelaksanaan berteknologi
maju. Berikut merupakan tujuh aplikasi perdana tersebut [CITATION 7Fl15 \l 17417 ]:

1. Kerajaan Elektronik bertujuan untuk mencipta semula perkhidmatan awam


menggunakan multimedia dan teknologi maklumat. Rakyat Malaysia boleh melihat
perubahan dalam cara kerajaan berinteraksi bersama perniagaan dan rakyat.
2. Sekolah Bestari diwujudkan bagi melahirkan generasi baru rakyat Malaysia yang
kreatif dan inovatif dalam pemikiran agar mereka mahir dengan teknologi baharu, dan
dapat menguruskan ledakan maklumat ini untuk mengubah kepada ekonomi
berasaskan pengetahuan.
3. Kluster Penyelidikan & Pembangunan membantu untuk memastikan bahawa MSC
merupakan lokasi menarik bagi syarikat-syarikat untuk membangunkan teknologi
multmedia dan inovasi baharu bagi generasi baharu.
4. Penggunaan Multipurpose Card adalah untuk mempermudahkan rakyat Malaysia
dalam menjalankan urusniaga dengan kerajaan dan syarikat swasta.
5. Telekesihatan pula bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan untuk
rakyatnya.
6. Worldwide Manufacturing Web bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai hab
pembuatan di rantau ini. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang
optimum dalam pembuatan dan perkhidmatan syarikat untuk memberi perkhidmatan
dan produk nilai tambah kepada pelanggan.
7. Pemasaran tanpa sempadan direka untuk menggalakkan syarikat yang berstatus MSC
untuk menggunakan teknologi multimedia dalam pelbagai aspek, misalnya
menyampaikan mesej pemasaran, perkhidmatan pelanggan dan produk maklumat
kepada pelanggan.

1.2 Akta Jaminan MSC Malaysia (BoGs)


Pengiktirafan status MSC Malaysia melayakkan entiti perniagaan yang terpilih
menikmati insentif, hak dan keistimewaan dari Kerajaan Malaysia, iaitu Akta Jaminan
MSC Malaysia (BoGs). BoG melambangkan hasrat kerajaan untuk menyediakan
persekitaran di dalam MSC Malaysa yang kondusif untuk pembangunan entiti
perniagaan berstatus MSC Malaysia. Segala insentif, hak dan keistimewaan yang
diberi menurut BoG adalah tertakluk kepada syarat di bawah undang-undang dan
peraturan yang berkaitan [ CITATION Akt12 \l 17417 ]. Sepuluh kandungan polisi BoG
adalah seperti berikut:
1. Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia – untuk
menyediakan persekitaran yang kondusif bagi syarikat untuk menjalankan operasi
perniagaan, penyelidikan dan membangun teknologi, aplikasi dan produk baharu.
2. Membenarkan pengambilan pekerja tempatan dan asing secara terbuka –
mencapai visi Malaysia untuk menjadi pusat ICT global dengan membekalkan
modall insan profesional demi memenuhi keperluan industri.
3. Memastikan kebebasan hak milik dengan mengecualikan syarikat berstatus MSC
Malaysia dari undang-undang pemilikan tempatan – pihak kerajaan menyedari
kepentingan menarik syarikat terkemuka duna serta syarikat multinasional untuk
membuka pusat serantau dan/atau mengendalikan operasi perniagaan,
menjalankan penyelidikan serta membangunkan teknologi, aplikasi dan produk
baharu di MSC Malaysia.
4. Memberi kebebasan dan hak untuk mencari modal secara global untuk
infrastruktur MSC Malaysia – sebagai sebahagian daripada usaha untuk
mempromosi Malaysia sebagai pusat ICT global , kerajaan mengiktiraf
kepentingan syarikat berstatus MSC Malaysia mendapatkan sumber modal dan
dana secara global.
5. Menyediakan insentif kewangan kompetitif, termasuklah status perintis yang
memberikan pelepasa cukai 100% sehingga 10 tahun atau Elaun Pelaburan Cukai
sehingga 5 tahun, dan tiada duti import peralatan multimedia akan dikenakan –
menggalakkan perkembangan entti perniagaan berstatus MSC dan menyerlahkan
nilai kompetitif produk dan perkhidmatan mereka.
6. Menjadi pemimpin serantau dalam perlindungan harta intelek dan undang-undang
siber – untuk mengenalpasti kepentingan harta intelek sebagai jentera
pembangunan kemajuan ekonomi dan sosial, di samping membangunkan
keperluan untuk mengadakan rangka kerja undang-undang siber untuk
menghadapi cabaran dalam industri ICT.
7. Menjamin tiada penapisan internet – mengenalpasti kepentingan peranan Internet
sebagai pemudahcara maklumat dan inovasi dan menyediakan asas untuk
penambahan kualti kerja dan hidup yang berterusan.
8. Menyediakan tarif telekomunikasi global yang berdaya saing – untuk
mengenalpasti peranan penting tarif telekomunikasi yang kompetitif dalam
menarik pelaburan pada MSC Malaysia dan menggalakkan pertumbuhan industri
ICT.
9. Menender kontrak infrastruktur utama MSC Malaysia kepada syarikat terkemuka
yang sedia menjadikan MSC sebagai hab serantau – bagi merealisasaikan impian
kerajaan untuk menjadi hab ICT terkemuka dunia, kerajaan mengakui kepentingan
menarik syarikat-syarikat terkemuka untuk bertapak di MSC Malaysia dengan
menawarkan kontrak berkaitan dengan infrastruktur utama MSC Malaysia sebagai
insentif untuk mereka membuka hab serantau mereka di MSC Malaysia.
10. Menyediakan sebuah agensi sehenti yang diiktiraf bagi bidang ICT di Malaysia
iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) – MDEC ditubuhkan oleh
kerajaan untuk menjadi pusat sehenti, serta untuk memacu pembangunan MSC
Malaysia secara khusus dan industri ICT negara secara amnya.

Selepas ini akan dibincangkan tentang polisi ketujuh iaitu: Tiada Penapisan Internet.

2.0 POLISI KE-7: MEMASTIKAN TIADA PENAPISAN INTERNET


Objektif polisi ini adalah untuk mengenalpasti kepentingan, peranan Internet sebagai
pemudahcara maklumat dan inovasi dan menyediakan asas untuk penambahan kualiti
kerja dan hidup yang berterusan [ CITATION Akt12 \l 17417 ]. Kebebasan Internet tidak
bermakna pihak kerajaan akan membiarkan Internet digunakan sewenang-wenangnya.
Walaupun tanpa penapisan Internet, pihak kerajaan tetap memantau setiap aktiviti yang
dijalankan di alam maya melalui agensi-agensi tertentu.
Pada pendapat penulis, ketiadaan penapisan Internet bermaksud pengguna boleh
mencapai maklumat yang diingini tanpa had dan kekangan, tetapi mengikut etika
penggunaan Internet yang betul. Berikut merupakan tatacara atau etika penggunaan
Internet yang patut diamalkan [ CITATION Tat12 \l 17417 ]:
1. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan kepada pihak lain, misalnya
menyebarkan virus.
2. Menyumbang kepada masyarakat seperti merekabentuk produk baharu yang
memudahkan pengguna berkomunikasi.
3. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan tidak menyebarkannya.
4. Menghormati hakcipta pihak lain
5. Menghormati hak kebersendirian (privacy) pihak lain.

3.0 CABARAN KEBEBASAN INTERNET


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat [CITATION Kam05 \l 17417 ], cabaran membawa
maksud sesuatu (unsur, faktor) yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau
sesuatu organisasi. Cabaran kebebasan Internet sangat merisaukan. Kerajaan perlu
menghadapi cabaran yang wujud sekiranya tiada penapisan Internet. Jika dilihat dari
sudut negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi terutamanya isu yang berkaitan
dengan gejala sosial yang melibatkan golongan muda dalam penggunaan Internet.

Pada zaman maklumat ini, hampir semua orang menggunakan Internet untuk bersosial
melalui laman-laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.
Minat golongan remaja khususnya terhadap teknologi maklumat dan komunikasi
mendorong mereka menghabiskan masa di kafe siber dan juga telefon pintar. Program
ataupun dikenali sebagai app sebegini membawa kesan yang buruk sekiranya
disalahgunakan.

Cabaran seterusnya ialah kesahihan maklumat. Maklumat yang tepat dan benar
kesahihannya adalah penting bagi mengelakkan penyelewengan dan kepalsuan fakta,
terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Banyak
juga hadis-hadis palsu yang tersebar di laman-laman sosial yang diragui kesahihan dan
sanadnya. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Dr Rozaimi Ramle berkata, viral
mengenai hadis kononnya sahih itu boleh mengelirukan pembaca terutama golongan
muda yang masih belajar mengenai akidah asas dalam Islam [ CITATION Sin16 \l 17417 ].
Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan
melakukan penipuan bagi tujuan menyesatkan orang lain.

Cabaran seterusnya adalah berlaku penipuan yang melibatkan e-dagang dan penipuan
dalam talian telefon. Menurut statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK), sebanyak 212 kes penipuan perdagangan elektronik
dilaporkan pada 2012, dan meningkat kepada 706 kes pada tahun 2013 [ CITATION Sin14 \l
17417 ]. Antara contoh penipuan berkaitan perniagaan atas talian ialah penipuan jual beli,
penipuan pekerjaan, penipuan pelaburan dan Forex serta penipuan e-mel atau Phishing.

Selain itu, kebocoran dan penyebaran maklumat sulit juga menjadi cabaran dan ancaman
besar buat kerajaan. Sebanyak 31 kes kebocoran maklumat rasmi dan rahsia kerajaan
direkodkan oleh Pejabat ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) dari tahun 2010
hingga 2015 [ CITATION Utu16 \l 17417 ]. Kebocoran ini biasanya berlaku melalui aplikasi
sosial seperti WhatsApp dan Telegram. Menurut Menteri Sains, Teknoloigi dan Inovasi,
Datuk Seri Madiu Tangau, penggunaan aplikasi penghantaran mesej itu sesuai bagi tujuan
sosial tetapi tidak untuk menyampaikan maklumat terperingkat. Tindakan itu
bertentangan dengan etika kerja penjawat awam kerana mengundang implikasi termasuk
risiko kebocoran dan pencerobohan keselamatan akibat komunikasi terdedah. Selain itu,
wujud risiko kecurian identiti, perjejasan reputasi dan penurunan keyakinan pengguna
teknologi maklumat [ CITATION BHO16 \l 17417 ].

Isu pemalsuan atau cetak rompak merupakan kegiatan cetak rompak ini memberikan
cabaran hebat kepada sumber ekonomi negara. Pendapatan negara berkurang kerana
cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran yang berasaskan percetakan ini tidak
dapat dijana sepenuhnya. Pengeluar yang menghasilkan industri percetakan yang sah ini
mengalami kerugian disebabkan produk dan barangan asli yang dikeluarkan mengalami
kemerosotan dari segi jualan syarikat. Pengeluar asli tidak dapat menampung beban
cukai yang dikenakan cukai oleh kerajaan, sekali gus memberi impak kepada kejatuhan
ekonomi negara. Sebaliknya pengusaha cetak rompak pula yang mengaut untung.
Langkah mengatasi masalah cetak rompak perlu diambil. Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan perlu merlaksanakan hukuman penjara
mandatori terhadap pengedar dan penjual cakera padat video (VCD) atau cakera padat
digital (DVD) cetak rompak bagi membanteras gejala cetak rompak. Penguatkuasaan
hendaklah dijalankan dengan lebih efektif. Barang rampasan seperti mesin pencetak
cakera padat video dan cakera padat digital perlu dihapuskan dengan serta merta bagi
mengelakkan mesin-mesin tersebut jatuh ke tangan individu yang tidak
bertanggungjawab. 

Cabaran lain adalah keganasan siber atau Cyberterrorism. Cyberterrorism adalah


tindakan keganasan Internet dalam aktiviti pengganas, termasuk tindakan sengaja,
gangguan yang besar rangkaian komputer, terutamanya komputer peribadi dilampirkan
ke Internet, dengan cara-cara alat-alat seperti virus komputer. Cyberterrorism adalah
istilah kontroversi. Sesetengah pengarang memilih definisi yang sangat sempit, yang
berhubungan dengan pergerakan, oleh pertubuhan-pertubuhan pengganas, dari serangan
gangguan terhadap sistem maklumat untuk tujuan utama kecemasan dan panik.
Sesetengah penulis lain memilih yang lebih definisi terlalu luas yang cenderung untuk
memasukkan jenayah siber secara palsu pada hakikatnya apabila, cyberterrorism dan
jenayah siber adalah dua isu yang sangat berbeza dan perlu ditakrif berasingan.
Keganasan dalam talian perlu dipertimbangkan cyberterrorism apabila terdapat ketakutan
yang dikenakan ke atas sekumpulan orang, manakala jenayah siber adalah tindakan
melakukan suatu kejahatan atau jenayah dalam talian biasanya tanpa menggunakan
ketakutan. Dengan definisi ini sempit dan luas, ia adalah sukar untuk mengenal pasti
kejadian keganasan dalam talian adalah cyberterrorism atau jenayah siber.
Cyberterrorism boleh juga ditakrifkan sebagai penggunaan sengaja komputer, rangkaian,
dan internet awam menyebabkan kemusnahan dan bahaya untuk matlamat peribadi.
Cyberterrorists berpengalaman yang sangat mahir dari segi penggodaman boleh
berurusan kerosakan besar-besaran kepada sistem kerajaan, rekod hospital, dan program-
program keselamatan negara, sering yang meninggalkan negara yang bergolak dan takut
akan serangan selanjutnya.  Objektif pengganas itu boleh menjadi politik atau ideologi
kerana ini boleh dilihat sebagai satu bentuk keganasan. 

Bagi menangani cabaran-cabaran ini, kerajaan telah mewujudkan sebuah agensi bagi
memantau aktiviti-aktiviti siber yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan
negara.
4.0 AGENSI YANG TERLIBAT
Pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang kebebasan Internet dijalankan oleh
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui agensinya,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Dengan
kehadiran dan kebangkitan penumpuan industri komunikasi  dan multimedia di Malaysia
dalam pertengahan 1990-an, satu paradigma yang memerlukan pendekatan baru dalam
dasar media dan peraturan menjadi satu keperluan. Sejajar dengan ini, Malaysia telah
mengangkat peraturan penumpuan berhubung dengan industri komunikasi dan
multimedia pada November 1998. Dua perundangan digubal untuk menjalankan model
kawalselia baru: Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berdasarkan rangka kerja
pelesenan kawalselia baru bagi industri dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (1998) yang mewujudkan sebuah badan kawalselia baru iaitu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [ CITATION Sur17 \l 17417 ].

Pada masa ia diwujudkan, peranan utama SKMM adalah mengawal selia peraturan
industri berdasarkan kuasa yang termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). Dalam
menjalankan akta ini, peranan SKMM ialah untuk melaksanakan dan menggalakkan
objektif dasar nasional kerajaan untuk sektor komunikasi dan multimedia. Fungsi-fungsi
utama SKMM termasuk yang berikut:
 Memberi nasihat kepada Menteri untuk semua perkara berkaitan objektif polisi
negara khusus untuk aktiviti komunikasi dan multimedia;
 Melaksana dan menguatkuasa penyediaan undang-undang komunikasi dan
multimedia;
 Mempertimbang dan mempercadang reformasi kepada undang-undang
komunikasi dan multimedia;
 Untuk mengawal dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia;
 Untuk menggalakkan dan mempromosi pembangunan industri komunikasi dan
multimedia;
 Untuk menggalakkan dan mengekalkan integriti semua pemegang lesen dan diberi
kuasa di bawah idustri komunikasi dan multimedia;
 Memberi bantuan dalam sebarang bentuk dan menggalakkan kerjasama dan
penyelerasan di kalangan orang-orang yang melibatkan diri dalam aktiviti
komunikasi dan multimedia;
 Untuk menjalankan setiap fungsi seperti yang tertulis dalam undan-undang yang
boleh ditentukan oleh Menteri seperti yang diterbitkan dalam risalah berkala;
 Untuk penambaha, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga mengawal selia
industri Pos dan badan yang bertuliah seperti termaktub dalam Akta Pensijilan
Digital (1997).

Tugas-tugas tambahan termasuk:

 Kawal selia ekonomi


Termasuk promosi pertandingan dan larangan kelakuan anti persaingan , serta
pembangunan dan penguatkuasaan  kod akses dan piawaian. Ia juga termasuk
pelesenan, penguatkuasaan syarat lesen untuk penyedia rangkaian dan permohonan
dan memastikan pematuhan untuk peraturan-peraturan dan prestasi /kualiti
perkhidmatan.
 Kawal selia teknikal
Termasuk tugasan kecekapan frekuensi spektrum, pembangunan dan penguatkuasaan
kod-kod teknikal dan piawaian , pentadbiran penomboran dan elektronik.
 Perlindungan pengguna
Menekankan hak-hak pengguna ketika pada masa yang sama untuk memastikan
perlindungan yang mencukupi seperti resolusi pertikaian, berkemampuan untuk
melanggan perkhidmatan mereka dan kesediaan perkhidmatan.
 Kawal selia sosial
Termasuk kepada pembangunan kandungan serta kawal selia kandungan, termasuk
larangan kandungan serta pendidikan awam  pada isu-isu kandungan yang berkait.
 Kawal selia pos
Melantik Agensi bertauliah  dalam menjalankan Akta Pensijilan Digital (1997).

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dasar tiada penapisan Internet ini ada kebaikan dan keburukannya.
Antara kebaikan yang boleh kita dapat ialah akses tidak terhad kepada maklumat dari
seluruh dunia, manakala keburukannya pula ialah membawa kepada aktiviti jenayah siber
seperti penipuan dan pencerobohan sistem. Namun begitu, sekiranya teknologi Internet
ini digunakan dengan betul dan beretika, banyak manfaat yang akan diperolehi. Agensi
kerajaan, iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu
memainkan peranan dalam memantau penyalahgunaan Internet di Malaysia agar aktiviti
jenayh siber dapat dibendung demi keselamatan dan kesejahteraan pengguna-pengguna
Internet.

(2255patah perkataan)

Rujukan
7 Flagships to Accelerate MSC Evolution. (2015). Didapatkan Mac 2017, daripada MSC Malaysia:
http://www.mscmalaysia.my/ms/mdecthrowbackthursday/2015-03-05

Akta Jaminan MSC Malaysia. (2012). Didapatkan Mac 2017, daripada MSC Malaysia:
http://www.mscmalaysia.my/ms/bogs

Apa Itu MSC Malaysia? (2012). Didapatkan Mac 2017, daripada MSC Malaysia:
http://www.mscmalaysia.my/ms/what_is_msc_malaysia

BH Online. (2016, November 22). Didapatkan Mac 2017, daripada Jangan guna media sosial
hantar maklumat sulit kerajaan: http://www.bharian.com.my/node/215573

Etika Penggunaan Internet. (2012, September). Didapatkan Mac 2017, daripada


https://es.slideshare.net/JataUnjah/etika-penggunaan-internet-14370223

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Didapatkan Mac 2017, daripada Carian PRPM@DBP
Malaysia: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cabaran

Koridor Raya Multimedia. (2013, November). Didapatkan Mac 2017, daripada Wikipedia:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Koridor_Raya_Multimedia

Sinar Harian. (2014, Mac 31). Didapatkan Mac 2017, daripada Kes penipuan perdagangan
elektronik meningkat: http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-penipuan-
perdagangan-elektronik-meningkat-1.265781

Sinar Harian. (2016, Apil 03). Didapatkan Mac 2017, daripada Bendung hadis palsu, elak
seleweng akidah: http://www.sinarharian.com.my/nasional/bendung-hadis-palsu-elak-
seleweng-akidah-1.505200

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (n.d.). Didapatkan Mac 2017, daripada
Mengenai Kami: http://www.skmm.gov.my/About-Us/History.aspx?lang=ms-MY
Utusan Online. (2016, Mac 14). Didapatkan Mac 2017, daripada Sebanyak 31 kes kebocoran
maklumat, rahsia rasmi kerajaan dari 2010 hingga 2015:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sebanyak-31-kes-kebocoran-maklumat-
rahsia-rasmi-kerajaan-dari-2010-hingga-2015-1.200584

You might also like