You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam
pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti
Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom [ CITATION Wik14 \l
1033 ]. Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung
Kassipilay, Kuala Lumpur. Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu
(Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969 [ CITATION Jab16 \l 17417 ]. Penubuhan
awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-
kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat
perpaduan nasional pada ketika itu. Fungsi dan tugas jawatankuasa Rukun Tetangga
mengikut Seksyen dan Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) adalah seperti berikut:

1. Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat


kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama,
keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di
kalangan anggota masyarakat;

2. Menerima maklumat untuk memerhati dan menyiasat semua isu mengenai konflik
masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan
penyiasatan itu kepada Pengarah;

3. Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin
melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana;

4. Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud perdamaian atau selain


menyelesaikan aa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat;
dan

5. Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas tugas lain yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah dari semasa ke semasa.

Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang


bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan
kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh masyarakat di kawasan
kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak
kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan
perpaduan dan integrasi kaum [ CITATION Wik14 \l 1033 ].

2.0 KEBERKESANAN PROGRAM-PROGRAM YANG MENGGALAKKAN


INTERAKSI MERENTAS ETNIK ANJURAN RUKUN TETANGGA

Satu sesi temubual telah diadakan bersama empat orang responden untuk meninjau pendapat
mereka tentang keberkesanan program-program yang menggalakkan interaksi merentas etnik
anjuran Rukun Tetangga. Berikut merupakan hasil temubual tersebut.

Calon Temubual 1 menyatakan bahawa aktiviti sukan rakyat anjuran Rukun Tetangga dapat
memupuk perpaduan antara penduduk yang berbilang kaum. Penyertaan penduduk dari
pelbagai kaum dan latar belakang di dalam sukan rakyat dapat merapatkan silaturahim antara
mereka. Hal ini selaras dengan dasar kerajaan membentuk perpaduan melalui dasar Sukan
Alat Perpaduan [ CITATION Kem08 \l 17417 ].

Calon Temubual 2 mengutarakan pendapat bahawa aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-


royong dapat merapatkan hubungan antara penduduk. Aktiviti ini merupakan saluran dan
peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali
antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama
untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka
[ CITATION 1Mand \l 17417 ].

Menurut Calon Temubual 3, aktiviti kebudayaan seperti majlis rumah terbuka hari perayaan
dapat menggalakkan integrasi antara kaum dan penduduk setempat. Misalnya, majlis rumah
terbuka Hari Raya Aidilfitri dihadiri oleh bukan sahaja dari kalangan bangsa Melayu tetapi
juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Amalan rumah terbuka juga sangat berperanan dalam
memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Dengan menghadirkan diri ke
rumah terbuka sesuatu kaum itu, dapat melihat dan menyaksikan budaya masyarakat lain.
Sebagai contohnya ketika rumah terbuka Aidilfitri, kaum bukan Melayu akan mengetahui
budaya makanan, hiasan serta hati budi masyarakat Melayu. Tidak dinafikan masyarakat
bukan Melayu akan teruja dengan hidangan masakan Melayu seperti rendang, ketupat, soto,
lemang dan sebagainya, yang tidak ada dalam menu rumah terbuka atau ketika perayaan
agama lain. Bagi kaum bukan Melayu, mereka tidak akan dapat merasakan pelbagai makanan
tradisi orang Melayu ini tanpa rumah terbuka. Walaupun pada masa kini, sudah wujud
banyak gerai yang menjual makanan itu, ia tidak sama dengan hidangan ketika hari perayaan.
Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa makanan adalah sebahagian daripada asas perpaduan
kaum di negara ini. Begitu juga dengan orang Melayu, mereka tidak akan dapat merasai
makanan tradisi orang Cina dan India kecuali ketika amalan rumah terbuka [ CITATION Ber15 \l
17417 ].

Calon Temubual 4 berkata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) banyak membantu
dalam menyemarakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana dalam PLKN,
pelbagai kaum dari seluruh pelosok negara berkumpul dan menjalankan aktiviti yang terdapat
dalam modul-modul PLKN bersama. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat
Negara (JLKN), Awang Alik Jeman berkata, selain di sekolah, pusat latihan PLKN diyakini
menjadi tempat untuk pelatih meningkatkan jati diri, memahami budaya dan adat masyarakat
lain. Negara kita terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, pusat latihan seperti ini dilihat
mampu mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara semua kaum [ CITATION Utu12 \l
17417 ].

3.0 HALANGAN KEAKTIFAN MASYARAKAT DALAM RUKUN TETANGGA

Selain dari memupuk perpaduan, program Rukun Tetangga juga bertujuan untuk menjaga
keselamatan dan mengurangkan aktiviti jenayah di kawasan kejiranan. Namun begitu,
terdapat juga sebab-sebab yang menghalang penyertaan masyarakat dalam program tersebut.

Antara faktor yang mengekang keaktifan masyarakat dalam Rukun Tetangga adalah faktor
usia. Keanggotaan komuniti dalam Rukun Tetangga kebanyakannya disertai oleh mereka
yang agak berusia dan juga pesara [ CITATION Nor16 \l 1033 ]. Kebiasaannya, program Rukun
Tetangga sinonim dengan aktiviti rondaan kawasan kejiranan atau Skim Rondaan Sukarela
(SRS) untuk menjaga keselamatan. Sekiranya hanya golongan berusia yang menjalankan
rondaan, maka sudah pasti dengan kudrat dan tenaga yang ada akan menyebabkan penjagaan
keselamatan kejiranan kurang efektif. Oleh yang demikian, wajar sekiranya golongan remaja
dan belia menyertai program Rukun Tetangga ini.

Faktor kepimpinan sememangnya memainkan peranan penting dalam memastikan


penglibatan yang proaktif di kalangan komuniti setempat sekaligus penentuan kelangsungan
kejayaan program pembangunan komuniti. Kepimpinan mampu mempengaruhi dan
mencorak struktur dalam sesebuah masyarakat. Kredebiliti seorang pemimpin diukur
berdasarkan daripada imej, status sosial, pekerjaan, tahap pendidikan dan kewibawaannya
dalam melontarkan pandangan dalam forum terbuka. pempimpin yang berketrampilan
mampu menarik minat masyarakat untuk terlibat secara sukarela dalam aktiviti
kemasyarakatan khususnya di kawasan kejiranan[ CITATION Nor16 \l 1033 ].

Perbezaan fahaman aliran politik juga menyumbang kepada ketidakaktifan masyarakat dalam
Rukun Tetangga. Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan
etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang
diwakilinya. Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa
mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan
menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu [ CITATION Ain13 \l 1033 ]. Ahli-ahli
masyarakat yang berbeza fahaman politik mudah bersikap prejudis antara satu sama lain. Hal
ini menyebabkan tiada kesefahaman antara mereka dan boleh menyebabkan masyarakat
berpecah-belah.

Faktor sosial juga menjadi salah satu punca kepada aktiviti Rukun Tetangga tidak aktif.
Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula
mempunyai adat resam, bahasa, dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang
mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini
menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara kaum [ CITATION
Syand \l 1033 ].

4.0 IMPAK AKTIVITI-AKTIVITI RUKUN TETANGGA TERHADAP PERPADUAN


KAUM
Pelbagai aktiviti dijalankan oleh pihak Rukun Tetangga dalam membentuk perpaduan
masyarakat pelbagai kaum. Antaranya ialah program gotong-royong dan Skim Rondaan
Sukarela (SRS). Dengan adanya aktiviti seperti ini, anggota masyarakat dari pelbagai kaum
dapat bekerjasama menjayakannya dan sekali gus memupuk perpaduan yang teguh antara
ahli masyarakat.
Dengan adanya aktiviti-aktiviti berkonsepkan kerjasama ini, semangat kejiranan toleransi
dapat dipupuk antara anggota masyarakat. Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu
menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, samseng dan
sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga dan Jawatankuasa
Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang
mahram dapat dibendung jika jiran tetangga memainkan peranan dan mengambil inisiatif
yang efiesien melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara-
perkara yang meragukan [ CITATION Muh15 \l 1033 ]. Dalam usaha melakar kejayaan kerjaya
dan potensi diri, kerjasama atau amalan saling bantu-membantu adalah penting dan harus
dipupuk dalam jiwa masyraakat. Rakyat perlu saling memberi dorongan serta bantuan antara
ahli rukun tetangga agar tidak dihimpit kesusahan hidup atau masalah keluarga. Perpaduan
bukanlah sesuatu yang memerlukan kita meninggalkan identiti dan prinsip diri. Dengan
mengenali adat resam, pantang-larang serta kepercayaan satu sama lain, jalinan persaudaraan
yang lebih mesra dan utuh dapat dibentuk. Kesefahaman merentasi budaya, agama dan
bangsa adalah amat perlu bagai mencapai aspirasi masyrakat berwawasan minda kelas
pertama dalan usaha membangunkan negara sebagai model demokrasi dan sosioekonomi
yang dikagumi di rantau ini.

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan
dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus
ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak
dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan,
longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong
merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah
malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam
masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era
globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu
menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian,
lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang
kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar
buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan
bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap
penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong
setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam,
banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama
mencapai sesuatu perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah,
mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang
mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana
sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan
itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan
gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan
material masyarakat mahupun pembangunan insan [ CITATION Wik16 \l 1033 ].

Aktiviti kawalan keselamatan setempat dapat mengurangkan aktiviti jenayah di sesuatu


kawasan penempatan. Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang dianjurkan oleh Rukun Tetangga
mampu membantu dalam mewujudkan kesejahteraan dan perpaduan. Ketua Pengarah Jabatan
Perpaduan dan Integrasi Nasional, Datuk L. Gandesan berkata, setakat ini terdapat sebanyak
7,405 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan 4,706 Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh
negara [ CITATION Per15 \l 1033 ]. Aktiviti SRS ini sekaligus akan mewujudkan persekitaran
kejiranan yang sihat bagi perkembangan fizikal dan mental penduduk setempat.

Melalui Rukun Tetangga juga, budaya masyarakat prihatin dan penyayang dapat diwujudkan.
Pembentukan masyarakat yang penyayang akan memantapkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Seperti yang diketahui umum, masyarakat penyayang
menggambarkan masyarakat Malaysia yang hidup dengan berlandaskan nilai kasih sayang
antara satu sama lain. Mereka saling membantu kerana ikatan ukhuwah sentiasa tertanam
dalam naluri dan sanubari mereka. Contohnya, amalan berkunjung ke rumah rakan-rakan
berlainan agama pada musim perayaan merupakan salah satu contoh amalan yang berjaya
memupuk semangat muhibah dan perpaduan kerana rakyat masing-masing memupuk nilai
penyayang. Begitu juga halnya ketika rakan-rakan atau saudara-mara yang mendapat
musibah, kita akan memberikan bantuan yang sewajarnya dan berkongsi suka duka dengan
mereka kerana masing-masing mengamalkan sikap cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
Melalui nilai murni sebegini jelas terlihat mereka mengamalkan hidup sandar-menyandar
umpama aur dengan tebing. Jadi, sesuai dengan gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan cetusan idea Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak untuk melahirkan masyarakat penyayang yang mengamalkan konsep Satu
Malaysia akan terlaksana dengan jayanya [CITATION CIK10 \l 1033 ].

5.0 KESAN SEKIRANYA MASYARAKAT TIDAK AKTIF DALAM AKTIVITI


KEJIRANAN
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan
dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlualah mempunyai semangat dalam menjadikan
sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana
ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada
semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi
dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran
Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam
masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

Terdapat pelbagai masalah yang akan timbul sekiranya masyarakat tidak mengambil
bahagian dalam aktiviti-aktiviti kejiranan. Jika hal ini berlaku, negara menjadi kacau-bilau
dan huru-hara. Justeru menjadikan keselamatan dan keamanan negara akan terancam. Rakyat
merupakan kelompok yang penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan negara.
Namun, berikutan masyarakat yang telah berpecah belah, Kadar jenayah di dalam Negara
akan meningkat hal ini berikutan, perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi.
Masyarakat saling benci membenci dan tiada rasa kasih-sayang, tanggungjawab dan
kerjasama di dalam satu komuniti. Tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak
sihat akan berterusan dan berleluasa. Berikutan itu, nyawa setiap rakyat dalam keadaan tidak
selamat dan terancam. Masalah mencuri, meculik dan lain-lain akan meningkat kerana tiada
sikap untuk saling bekerjasama [ CITATION Iza12 \l 1033 ].

Justeru, ibu bapa akan sentiasa bimbang keselamatan anak-anak ekoran peningkatan kadar
jenayah. Maka, sukar bagi ibu bapa membiarkan anak-anak mereka untuk pergi kemana-
mana sama ada bersendirian atau bersama teman-teman mereka kerana takut jika berlaku
sebarang kecelakaan pada anak mereka contohnya seperti penculikkan dan rogol. Mereka
juga takut anak-anak mereka terjebak di dalam perhimpunan atau tunjuk perasaan di jalanan.
Malahan, ibu bapa sukar untuk membiarkan anak mereka ke sekolah kerana keselamatan di
sekolah juga belum terjamin terutamanya sekolah yang mempunyai percampuran kaum.
Sehubungan itu, peningkatan kadar buli di sekolah juga meningkat berikutan tiada rasa kasih
sayang dan hormat-menghormati. Contohnya, Chan Yiee membuli Rahmat tetapi dilihat oleh
Raju, disebabkan Rahmat bukan sebangsa dengan Raju, Raju hanya membiarkan Rahmat
dibuli dan tidak melaporkan hal tersebut kepada guru. Murid-murid juga sukar untuk
mendengar kata dan menghormati guru mereka [ CITATION Iza12 \l 1033 ].

Sehubungan itu, sikap prasangka antara kaum akan sentiasa wujud dalam masyarakat. Sifat
saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Masyarakat akan sentiasa curiga
dan menaruh perasaan yang kurang baik tehadap individu yang mempunyai akhlak yang
buruk. Perasaan ini payah untuk dihapuskan walaupun individu berkenaan cuba untuk
melupakan dan membuang tabiat buruknya. Keharmonian dalam masyarakat tidak akan
wujud sekiranya sikap prasangka dan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya
mementingkan diri sendiri, membelengu diri individu. Semangat assabiah ini akan
menimbulkan permusuhan antara kaum. Negara sukar untuk dibentuk menjadi negara yang
mencapai perpaduan. Maka, wujudnya jurang yang semakin besar antara kaum dan
pergaduhan dalam masyarakat pasti akan terus berlaku. Ramai yang akan hilang
pertimbangan terhadap setiap keputusan dan semangat perpaduan dalam masyarakat akan
semakin menghilang. Gejala sosial pula akan meningkat [ CITATION Iza12 \l 1033 ].

Selain itu, berikutan pelbagai masalah yang berlaku di dalam negara, ekonomi negara
akan merosot. Hal ini disebabkan negara-negara luar akan kurang mengeksport barangan
mereka kepada Malaysia oleh sebab berlakunya huru-hara di dalam negara. Ramai
pengeksport berasa was-was untuk mengambil risiko menghadapi kerugian sekiranya
berlabur dalam negara yang tidak stabil ekonominya. Maka, negara ekonomi negara akan
merosot.Sehubungan itu, akan berlaku kurang persaingan yang sihat di dalam negara.
Disebabkan kurang persaingan yang sengat, perniaga akan sambil lewa dalam perniagaan
mereka. Mereka tiada semangat untuk berdaya saing untuk mepertingkat kualiti barangan
justeru boleh mengalakkan pasaran haram seperti denyeludupan dadah, senjata api, warga
asing dan lain-lain lagi.Peniaga-peniaga juga kurang aktif di dalam perniagaan mereka
kemungkinan menerima ugutan atau pun, tempat mereka berniaga berhampiran dengan
kawasan orang ramai berhimpun dan melakukan tunjuk perasaan. Justeru akan menyukarkan
lagi hidup mereka yang berpendapatan rendah [ CITATION Iza12 \l 1033 ].
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah penubuhan Rukun Tetangga merupakan satu
langkah yang baik dalam usaha melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan demi
kesejahteraan komuniti setempat. Dengan mengamalkan gaya hidup berteraskan perpaduan,
sudah pasti rakyat negara kita akan sentiasa bertoleransi dan bekerjasama dalam
melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan setempat. Peranan daripada pelbagai kategori
masyarakat perlu dimainkan dalam membentuk cara hidup bermasyarakat yang dapat
mengasaskan corak kepimpinan yang boleh diterima oleh masyarakat, khususnya masyarakat
yang berbilang kaum di negeri ini khasnya dan negara amnya. Semangat kejiranan dan
kerjasama akan sentiasa terjalin dalam kehidupan bermasyarakat di mana rakyatnya
mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan agama. Asas perpaduan juga perlu dipupuk sejak
zaman kanak-kanak sehinggalah ke generasi kini.

(2510 perkataan)

Rujukan

Kementerian Penerangan Malaysia. (2008, November). Retrieved November 2016, from Dasar-dasar
Kerajaan dalam Membentuk Perpaduan:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/nkra/11743-dasar-dasar-kerajaan-dalam-
membentuk-perpaduan.html

Utusan Online. (2012, October 13). Retrieved November 2016, from PLKN medan pupuk perpaduan:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/dalam_negeri/20121013/dn_15/plkn-medan-pupuk-
perpaduan

Wikipedia. (2014). Retrieved November 2016, from Rukun Tetangga:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Tetangga

Berita Harian Online. (2015, July 26). Retrieved November 2016, from Budaya unik rumah terbuka
wajar diteruskan: http://www.bharian.com.my/node/70147

Perak Today. (2015). Retrieved November 2016, from Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bantu
Kesejahteraan KRT: http://peraktoday.com.my/2015/10/skim-rondaan-sukarela-srs-bantu-
kesejahteraan-krt/

Wikipedia. (2016). Retrieved November 2016, from Gotong-Royong:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Gotong-royong_di_Malaysia
Farihin, Z. (2010, Oktober 26). Bahasaku Global Bangsaku Glokal. Retrieved November 2016, from
Kepentingan Masyarakat Penyayang:
http://farihinzul1974.blogspot.my/2010/10/kepentingan-masyarakat-penyayang.html

Izadiana. (2012). IMPLIKASI KETIDAKWUJUDAN PERPADUAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL DI


MALAYSIA.

1Malaysia. (n.d.). Retrieved November 2016, from Langkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam
Kalangan Rakyat Malaysia : http://www.1malaysia.com.my/en/news-articles/langkah-
mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. (n.d.). Retrieved November 2016, from Rukun
Tetangga: http://www.jpnin.gov.my/ms/komuniti/rukun-tetangga

Najeli, M. (2015, June 24). Semangat Kejiranan.

Shahman, A. (2013, May 25). Inspirasiku. Retrieved November 2016, from Hubungan Etnik Antara
Kaum: http://ainulshahman.blogspot.my/2013/05/hubungan-etnik-antara-kaum.html

Syazwan, A. (n.d.). Masalah Perpaduan di Malaysia. Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Zinalibdin, N. (2016). Makna rasa selamat komuniti Malaysia dalam Program Skim Rondaan .
GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space , 22-23.

You might also like