You are on page 1of 3

PK 07/3

SK(P) SULTAN IBRAHIM JOHOR BAHRU


MESYUARAT KEWANGAN DAN BIL 1/2020

Tarikh : 21 Julai 2020


Masa : 12.00 Tengah Hari
Tempat : Bilik Mesyuarat Budiman
Pengerusi : Cikgu Hjh Rosmawati bt Mohamed (Guru Besar)
Kehadiran : 20 orang
Turut serta : Tiada

Agenda 1:

1. AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat
kewangan Bil 1 /2020.
(Makluman : Semua guru)

2. AGENDA 2 : PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN


2.1 Penjajaran
2.1.1 Jadual waktu terkini adalah berdasarkan Kurikulum yang telah
dijajarkan berdasarkan :
- Keselamatan
- kesihatan
2.1.2 Didapati murid-murid masih mempunyai pengetahuan sedia ada
walaupun dalam tempoh PKP.Murid-murid masih boleh memberi
respons terhadap pengajaran guru.
2.1.3 Guru-guru perlu pastikan murid-murid terutamanya Pra sekolah dapat
membaca dan menulis. Guru Pra Sekolah boleh rujuk guru pemulihan
untuk mengetahui kaedah yang sesuai.
2.2 Tanggung jawab Ketua Panitia
2.2.1 Memastikan guru-guru membuat dan melengkapkan Rancangan
Pengajaran Harian.
2.2.2 Sebagai pengganti sekiranya tiada pentadbir di sekolah.
2.2.3 Sebagai pembantu bagi membantu sekolah ke arah kecemerlangan.
2.3 Aset
2.3.1 Aset sekolah dikira bermula tahun 2019
2.3.2 Aset-aset yang dimiliki oleh setiap Paitia perlulah direkodkan.
2.3.3 Kadar bantuan Geran Per Kapita (PCG) :
- Panitia Bahasa Melayu : RM 955.40
- Panitia Bahasa Inggeris : RM1346.20
- Panitia Matematik : RM1346.20
- Panitia Sains : RM1621.60
- Panitia Pendidikan Islam : RM 343.60
- Pendidikan Moral : RM 343.60
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : RM1045.40
- Pendidikan Seni : RM2127.70
- Pendidikan Seni Visual : RM2558.70
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi : RM 687.20
- Reka bentuk dan Teknologi : RM3311.60
- Sejarah : RM2198.00
- Muzik : RM3311.60
- Bimbingan dan kaunseling : RM3261.50
- Pusat Sumber : RM9057.00
- Kem Bestari Solat : RM5595.35
2.3.4 Setiap pembelian haruslah melalui pembekal buku sekolah.
2.3.5 Nota minta serta borang kew PA-1 perlu diisi secara bertaip. Salinan
lembut (softcopy) akan diberikan.
2.3.6 Setiap barang yang tiba, perlulah disemak oleh ketua pembantu tadbir
terlebih dahulu.
2.3.7 Ketua Panitia perlu mengisi boring KEW PA-1
2.3.8 Barang-barang/ aset yang ingin dilupuskan, ketua panitia perlu mengisi
boring pelupusan di pejabat.
2.3.9 Barang-barang yang bergerak daripada tempat asal juga perlu mengisi
borang.

3. AGENDA 3: HAL-HAL LAIN


3.1.1 Pertandingan boleh dibuat melalui online dan perlu ada kertas kerja
serta mengisi nota minta.
3.1.2 Pengerusi mengharapkan semua ketua panitia dapat mengurus
kewangan dengan sebaiknya.

4. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru-guru dalam menjayakan
mesyuarat kali ini. Beliau yakin guru-guru akan terus melaksanakan
tanggungjawab dengan penuh iltizam demi meningkatkan prestasi dan
kecemerlangan murid-murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.05 tengah hari.

Disediakan oleh :
(HELIS SURIATI BINTI ABU BAKAR)

Setiausaha kurikulum,
SK(P) Sultan Ibrahim,
Johor Bahru.

You might also like