You are on page 1of 1

Rujukan Kami: JPPMTN/2021(73)

Tarikh : 26 Disember 2021

Kepada Semua AJK Pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu


- seperti senarai nama dikepilkan

Tuan,

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID TAMAN NUSA BAYU BILANGAN 6

Dengan hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2 Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu
Bilangan 6 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 02 Januari 2022 (Ahad)


Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Al-Munawwarah, Tmn Nusa Bayu /
Lokasi masing-masing (Link Google Meet akan dimaklumkan)

3 Agenda mesyuarat:
3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3.3 Perkara Berbangkit
3.4 Membincangkan dan Menerima Laporan kewangan
3.5 Fokus mesyuarat:
- Pembentangan Pelan Cadangan Membina dan Menyiapkan Sebuah Masjid Setingkat Di atas
Rizab Tanah Masjid Lot PTD 175535, Jalan Persiaran Bayu, Taman Nusa Bayu, 79200
Iskandar Puteri Johor Darul Takzim.
- Laporan Kempen Kutipan Dana Bagi Pembinaan Masjid Taman Nusa Bayu
- Pembentangan Kertas Cadangan Kempen Kutipan Dana Bagi Pembinaan Masjid Taman
Nusa Bayu Pusingan Kedua.
3.6 Hal-hal lain

4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

………………………………….
(MOHD SOUFI BIN HJ KADIRIN)
Setiausaha,
Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid,
Taman Nusabayu,Iskandar Puteri.

s.k. 1. Encik Mohd Zaki Bin Md Esa


Pengerusi,Jawatankuasa Pembinaan,Masjid Taman Nusabayu,Iskandar Puteri.

You might also like