You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI KE-3 JEMAAH KHADIM DARUL ULUM BANGI (DUB) 2018

Hari : Rabu
Tarikh : 25 April 2018
Masa : 10.00 Malam
Tempat : Teratak Ilmu, Sri Petaling

Kehadiran :

1. Dato’ Seri Zainal


2. Tn Haji Nik Mustafa
3. Ust Abdullah Marbuqi
4. Ust Danial
5. Ust Syauqi
6. Fuad Akmal

Tidak Hadir:

1. Ust Lutfi Muharam


2. Tn Haji Ismail Norbat

Pengerusi Mesyuarat : Dato’ Seri Zainal

Agenda Mesyuarat :

1. Cadangan perlantikan Penasihat madrasah.


2. Perjanjian dengan pihak surau.
3. Perlantikan ahli Jemaah Khadim DUB.
4. Perjanjian dengan Ust.
5. Penentuan pengajian tahfiz / alim.
6. Tempat sementara DUB (surau).

Mesyuarat dimulakan.

1. Cadangan perlantikan Penasihat madrasah

- Ahli Jemaaah Khadim telah bersepakat untuk melantik Maulana Hazim al-Mazahiri sebagai
penasihat bagi DUB.
- Surat lantikan dari pihak DUB akan dikeluarkan oleh saudara Fuad.

2. Perjanjian dengan pihak surau.

- Penggunaan air dan elektrik oleh DUB akan dimesyuaratkan bersama pihak surau.
- Kadar sewaan kepada pihak surau telah dicadangkan sebanyak RM12.
- Pihak DUB juga telah menekankan perkara keselamatan para pelajar. Kerjasama antara DUB dan
pihak surau.

3. Perlantikan ahli Jemaah Khadim DUB.


1
- Ahli Jemaah Khadim telah bersepakat untuk melantik Ust Azwan (mudir madrasah Hadiqatun
Nisa), Haji Saufi dan seorang wakil surau ke dalam ahli mesyuarat Jemaah khadim DUB. Dengan
tambahan ahli ini, diharapkan agar dapat melancarkan lagi urusan perjalanan DUB, Insyallah.

4. Perjanjian dengan Ust.

- Perkara berkaitan imbuhan kepada ust adalah bergantung kepada perjanjian antara DUB dan
pihak surau.
- Di pihak DUB, telah dicadangkan imbuhan kepada ustaz ialah sebanyak RM1500.

5. Penentuan pengajian tahfiz / alim.

- Ahli Jemaah Khadim telah bersepakat untuk menentukan kaedah pengajian iaitu bermula
dengan maktab dan pra tahfiz.
- Yuran pengajian telah ditentukan sebanyak RM100.00 untuk tempoh percubaan selama 3 bulan.
- Pengajian akedemik di DUB akan diselia dan dipantau oleh Darul Ulum Advisory (DUA).
- Masa dan sesi pengajian DUB akan ditentukan oleh Ustaz Danial dan Ustaz Shauqi.

6. Tempat sementara DUB (surau).

- Perbincangan secara terperinci akan ditentukan pada mesyuarat akan datang. Buat masa
sekarang ini tumpuan hanya diberikan kepada kelas percubaan maktab dan pra tahfiz dahulu.

7. Lain-lain hal

- Ahli Jemaah Khadim DUB telah membuat keputusan untuk memilih antara dua waktu solat bagi
tempoh permulaan pengajian maktab / pra tahfiz.
- Iklan kepada pelajar telah dibenarkan.
- Mendapatkan dana dan bantuan dari Yayasan Sumo – perkara ini akan diuruskan oleh Dato Seri
Zainal sendiri.
- Membuat tabung kutipan bagi melancarkan perjalanan DUB.

8. Cadangan perjumpaan seterusnya

2.1 Ahli mesyuarat telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan perjumpaan seterusnya
pada seperti butiran di bawah ini:

Hari : Rabu
Tarikh : KIV
Masa : 10.00 Malam
Tempat : Teratak Ilmu, Sri Petaling

9. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 malam dan ditutup dengan bacaan surah Al-Asr dan
tasbih kaffarah.

2
Disediakan oleh: Diluluskan oleh:

___________________________ _________________________
( Fuad Akmal ) ( Dato Seri Zainal )
Penolong Setiausaha Jemaah Khadim DUB Pemangku Pengerusi
Jemaah Khadim DUB

Tarikh: 27 April 2018


Jumaat

You might also like