You are on page 1of 4

Teks Majlis sambutan hari kebangsaan ke 64

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemainis kata selamat datang
Awal bismilah pembuka bicara

Assalamualaikum warahmatul…

Salam sejahtera dan salam Malaysia Perihatin.


Yang berusaha En Mhd Hatta bin Che Man, Guru Besar Sk Ru
Rendang, yang dihormati En Mohd Yuseri bin Isa Guru Penolong
Kanan Pentadbiran,Pn Haznida bt Hashim Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,Pn Engku Roslina bt Engku Abdullah Guru Penolong
kanan kokurikulum,guru-guru,ibubapa dan pelajar yang saya kasihi
sekalian.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat di hargai
Moga majlis bertambah seri

Selamat datang kami ucapkan ke majlis sambutan Hari


kebangsaan ke 64 2021 SK Ru Rendang.

Malaysia Perihatin tema rasmi


Untuk sambutan hari Kebangsaan
Pemimpin negara kita sanjungi
Membentuk negara menuju wawasan.

Tanggal 31 Ogos setiap tahun Negara Malaysia pastinya menyambut


hari kemerdekaan dan pada tahun ini bagi menzahirkan rasa cinta
kepada negara marilah kita sama-sama memeriahkan lagi sambutan
hari kebangsaan tahun 2021.
Alhamdulillah pada hari ini kita dapat melaksanakan sambutan
hari kebangsaan ke 64 peringkat sekolah secara atas talian.
Untuk memulakan majlis yang penuh bermakna ini marilah kita
sama-sama mengaminkan doa yang akan di pimpin oleh alfadhir
ustaz Mohd Mahadi bin Chik. Di persilakan….

Video doa

Terima kasih di ucapkan kepada Ustaz Mohd Mahadi atas


bacaan
doa itu tadi.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Untuk itu tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh


takzim menjemput dan mempersilakan En Mohd Hatta bin Che Man
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan sambutan
Hari Kebangsaan ke 64 2021 Peringkat Sekolah.Dipersilakan…

Video ucapan gb

Terima kasih diucapan kepada Tuan guru besar atas ucapan


perasmian yang penuh bermakna itu tadi.

Bunga raya bunga kebangsaan


Warna merah indah menawan
31 ogos hari kemerdekaaan
Malaysia bebas dari penjajahan

Kita teruskan lagi majlis Sambutan Hari Kebangsaan peringkat


sekolah dengan gimik sambutan oleh wakil murid dari setiap aliran,
bermula dari prasekolah hingga tahun 6 bersama tuan guru besar
yang amat kita kasihi.. Di persilakan…
Terima kasih kepada Tuan Guru Besar dan semua wakil murid
yang telah menjayakan gimik hari kebangsaan ke 64 peringkat
sekolah.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya


Perpaduan rakyat teras utama
Rakyat bersatu negara Berjaya
Malaysia prihatin aman sejahtera

Bagi menyemarakkankan lagi sambutan bulan kebangsaan ini


pelbagai aktiviti telah dipertandingkan.Antaranya Video permainan
tradisional kategori prasekolah,pertandingan foto kreatif pakaian
merdeka tahap 1 dan pertandingan tik tok bagi tahap 2.
Alhamdulillah sambutan dan penyertaan begitu
memberangsangkan dan kita telah berjaya mencapai objektif
melahirkan murid-murid yang kreatif dengan kerjasama ibubapa.
Untuk itu marilah sama sama kita saksikan penyertaan dan
pemenang aktiviti yang telah dipertandingankan .Di persilakan…

Begitulah meriahnya aktiviti hari kebangsaann kita tahun


ini.Semoga semua murid dapat menghayati erti kemerdekaan ini dan
berbangga menjadi rakyat Malaysia.Kemerdekaan ini bukanlah takdir
semata-mata tetapi adalah hasil perjuangan nenek moyang kita yang
bermati-matian memperjuangkan kedaulatan tanah air tercinta.

Seterusnya…bagi menyerikan lagi majlis sambutan hari


kebangsaan ini marikah kita sama sama menikmati hidangan
persembahan, nyanyian lagu patriotilk daripada adik Dhia Qairina bt
Mahusin dari kelas 2 DLP dan ….

Video persembahan

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi bermakna kita telah


sampai kepenghujung majlis.
Melarik halus papan di jawa
Tersergam kukuh di gerbang batu
Adat berjumpa terpisah jua
Moga ketemu di lain waktu

Madah diungkap santun bitara


Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon di ampun serikhlas hati

Kita akhiri majlis kita kali ini dengan alunan lagu Malaysia ..
Assalamualaikum…

Video lagu Malaysia..

You might also like