You are on page 1of 1

M9

SILA NYATAKAN CADANGAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AQIDAH ATAU SIRAH


BERDASARKAN  KREATIVITI MASING-MASING DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH KOPERATIF DAN KOLABORATIF.

-NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH DALAM MODE PDP BIASA

Di dalam konteks pendidikan, pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif
membawa maksud aktiviti pembelajaran sekumpulan murid, di bawah bimbingan guru
bertukar-tukar idea melaui perbincangan atau menumbang kemahiran masing-masing
dengan tujuan menyelesaikan masalah atau menjalankan sesuatu projek ditugaskan. Jadi,
jika berkait dengan sirah, guru boleh melakukan aktiviti dengan meminta murid–murid
membentuk suatu kumpulan di dalam suatu kelas dengan tugas guru hanya sebagai
pembimbing. Jadi guru akan meminta murid-murid dalam kumpulan untuk membaca teks
berkaitan perang Badar dan minta mereka dalam kumpulan untuk mengeluarkan isi penting
daripada teks tersebut dan membentangankan hasil keraja masing-masing di hadapan
kelas. Guru akan membimbing dalam mereka melakukan tugasan ini. Dalam hal ini,
kepentingan hubungan interaksi di dalam ahli kumpulan dinilai oleh guru.

-NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH DALAM MODE DPR

Langkah dalam sesi pdpr pula adalah guru mengajajarkan berkaitan Allah bersifat Kalam di
google slide. Lalu minta murid-murid untuk mendengar dan mengulang semula maksud
Allah bersifat Kalam dan maksudnya. Bahagikan mereka dalam kumpulan kecil dan minta
mereka lakukan pencarian berkaitan kesan dan bukti Allah bersifat Kalam. Lalu, wakil
dalam setiap kumpulan ‘share slide’ hasil kerja mereka berkaitan latihan mencari kesan dan
bukti meyakini Allah bersifat Kalam berdasarkan bahan yang telah diajarkan. Wakil tiap
kumpulan membentangkan hasil kerja mereka secara bergilir-gilir

You might also like