You are on page 1of 1

TUTO M4

Huraikan secara ringkas kaedah dan teknik pengajaran Imam Malik.


Kaedah dan teknik
pengajaran Imam Kaedah Syarahan
Malik - Majlis kuliah beliau di adakan di Masjid Madinah dan di rumah beliau
sendiri. Dalam majlis tersebut, Imam Malik seorang sahaja yang
menyampaikan ucapan dan syarahan sementara orang lain
mendengar dengan penuh perhatian. Tidak ada sedikit pun suara
yang mengganggu orang ramai dalam mendengar kuliah beliau.
Begitu juga tidak ada suara yang membantah atau seumpamanya.
Para pendengar tunduk dan tenang mendengar pengajaran yang
disampaikan beliau. Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau
syarahan sejak berusia 17 tahun lagi. Beliau tidak mengajar
melainkan setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya.

Kaedah Perbincangan
-Kesempatan ini digunakan oleh Imam Malik untuk berbincang
dengan mereka tentang masalah yang dikemukakan oleh murid yang
lain. Kaedah perbincangan ini juga digunakan oleh Imam Malik dalam
menyampaikan pengajaran beliau kepada pemerintah. Beliau selalu
mengadakan perbincangan dengan khalifah

Kaedah Cerita
-Beliau selalu mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyah,
antaranya ialah al- Mansur tentang talak orang yang dipaksa.
Pengajaran secara cerita kadangkala digunakan oleh Imam Malik.
Kebanyakan cerita yang disampaikan adalah bertujuan mendidik
manusia. Ia juga banyak mengandungi nilai dan teladan untuk diikuti.
Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang dikerjakan
oleh orang terdahulu seperti Sayidina Umar alKhattab.

Kaedah Ulangan
- Pengajaran secara ulangan atau tikrar juga digunakan oleh Imam
Malik untuk mengukuhkan kefahaman kepada murid- muridnya. Imam
Malik meminta penulisnya yang bernama Habib untuk menulis segala
kandungan pelajaran yang disampaikan beliau, kemudian
membacakan semula pengajaran- pengajaran tersebut kepada orang
ramai.

You might also like