You are on page 1of 3

Pembelajaran dalam talian adalah sesuatu perkara yang tidak asing lagi semenjak

pandemik COVID-19 melanda Malaysia selaras dengan penutupan sekolah berikutan


dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh hal yang demikian, warga pendidik dan
pelajar telah memperoleh cabaran baru apabila mereka melakukan pembelajaran dalam bilik
darjah secara maya iaitu melalui kaedah pembelajaran secara atas talian. Kesannya,
terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam membina hubungan
positif bersama murid dalam bilik darjah maya tersebut. Walaupun begitu, terdapat beberapa
langkah yang dapat diambil bagi mengatasinya.

Pertamanya, isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam membina hubungan
positif guru-murid di dalam bilik darjah maya antaranya ialah murid yang kurang
berkemampuan tidak mempunyai peranti khusus untuk sesi pembelajaran. Hal ini demikian
kerana, tidak semua ibu bapa dapat menyediakan kemudahan peranti bagi sesi
pembelajaran di rumah. Hal ini dapat dilihat dalam salah satu Akbar Sinar apabila tiga
beradik terpaksa berkongsi satu telefon bagi mengikuti kelas secara dalam talian bagi sesi
persekolahan 2021, sehinggakan ibunya terpaksa memaklumkan pada guru bahawa
anaknya terpaksa keluar dari kelas online bagi memberikan anak-anak yang lain mengikuti
kelas secara giliran (Norafizar, 2021). Kesannya, hubungan guru dengan murid menjadi
terhad kerana murid tidak laqi dapat mengikuti kelas dalam bilik darjah maya secara penuh.

Selain itu, isu dan cabaran lain dalam membina hubungan positif guru-murid di dalam
bilik darjah maya ialah tidak semua warga pendidik di Malaysia mempunyai kepakaran
menggunakan teknologi dalam bidang pelajaran khususnya bagi guru senior yang umurnya
melebihi 50 tahun. Hal ini demikian kerana, mereka lebih cenderung terkial-kial untuk
melayari internet dan mengaplikasikan pelbagai sistem dan aplikasi yang telah digunakan
dalam sistem pendidikan negara berbanding dengan guru muda yang masih 'fresh' dan
sudah didedahkan dengan teknologi sedemikian. Kesannya, kekurangan ilmu dalam bidang
teknologi sememangnya memberi impak yang besar antaranya ialah menimbulkan 'stress'
dalam kalangan guru senior sehingga mereka berisiko untuk mendapatkan penyakit seperti
masalah jantung, darah tinggi dan stroke. Maka, hal tersebut lama-kelamaan menyebabkan
guru telah hilang semangat untuk mengajar murid sehinggalah wujud hubungan yang
negatif antara guru dan murid.

Disamping itu, tidak dinafikan sikap murid yang kurang berdisiplin dalam bilik darjah
maya juga mampu merosakkan hubungan positif antara guru dan murid. Sebagai contoh,
aktiviti bergurau senda dan bermain-main ketika proses penyampaian ilmu melalui platform
digital seperti Google Meet dan Zoom merumitkan usaha-usaha pembelajaran guru. Jika
dahulu warga pendidik dapat menegur sikap yang tidak diingini di dalam kelas, namun
pembelajaran secara atas talian telah menidakkan perkara tersebut. Hal ini akan
menyebabkan proses pembelajaran terganggu dan ilmu tidak dapat disampaikan dengan
sempurna akibat kegagalan sistem penyampaian, perkongsian dan perbincangan maklumat
kepada murid yang kurang jelas atau mungkin menjadi celaru. Maka, aspek kreativiti dan
inovasi sangat diperlukan untuk berhadapan dengan situasi krisis ini agar mampu
memberikan penyelesaian kepada pengawalan bilik darjah maya.

Dalam pada itu, isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam membina
hubungan positif bersama murid dalam bilik darjah maya yang telah diketengahkan dapat
diatasi dengan beberapa langkah penyelesaian juga antaranya ialah guru-guru
menyediakan bahan pembelajaran atas talian sampingn selain daripada aplikasi
pembelajaran sedia ada. Sebagai contoh, pembelajaran melalui Google Classroom
dipergiatkannamun masih mengekalkan pembelajaran yang standard kepada semua
muridnya. Walau bagaimanapun, guru mestilah mempunyai integriti, kreativiti, kematangan
spiritual dan daya tahan yang tinggi semasa menjalankan tugas tanpa kawalan bersemuka.
Namun, sokongan daripada pihak kerajaan menyokong aktiviti pendidikan secara dalam
talian dengan memberikan peralatan lengkap pembelajaran percuma kepada golongan yang
kurang berkemampuan juga sangat dituntut.

Lain daripada itu, pihak berautoriti seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dapat menjalankan pelbagai kursus bagi menyediakan guru dengan kemahiran
menggunakan pelantar pembelajaran digital serta membina bahan pengajaran.
Perkembangan yang positif ini juga dapat dilihat apabila ramai guru mampu menyediakan
bahan pembelajaran digital mereka sendiri untuk digunakan murid dan dikongsi dengan
rakan guru lain. Ini boleh dilihat melalui kewujudan kumpulan tertentu, khusus bagi
membantu rakan sekerja oleh guru yang pakar seperti CikgooTube, kumpulan Telegram,
Google Classroom Malaysia dan Facebook Guru Perpustakaan dan Media. Oleh itu,
kemahiran dan kecekapan guru untuk menghasilkan bahan pembelajaran yang menarik
menggunakan pelantar pembelajaran dalam talian akan mempengaruhi tahap penerimaan
murid generasi masa kini. Dalam hal ini, pegadaptasani pendekatan pengajaran dan
pembelajaran terkini perlulah diambil kira.

Akhirnya, pendekatan pembangunan profesionalisme secara konvensional iaitu


mengikuti latihan secara formalseperti kursus, bengkel dan latihan secara bersemuka tidak
lagi popular pada masa kini. Sebaliknya, pembangunan profesionalisme melalui
pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan tugas (experiential learning) lebih efektif.
Dalam hal ini, guru mempunyai pengaruh yang besar terhadap peningkatan profesionalisme
berterusan diri mereka. Ini termasuklah kualiti peribadi, pengetahuan teori, amalan
pengurusan strategik, kemahiran dan teknik menangani perubahan,serta teknik
menghadapai ragam murid dalam bilik darjah maya. Maka, kualiti peribadi yang
dimaksudkan adalah seperti komunikasi, kepimpinan, inovasi, minat dan keyakinan.
Sementara itu, amalan pengurusan strategik dapat juga dilkukan iaitumelibatkan
pengenalpastian masalah, perancangan strategik, pelaksanaan dan penilaian strategik.
Maka antara guru dengan guru yang lain, mereka dapat merangka bentuk perancangan
strategik baru yang mampu meningkatkan motivasi, keprihatinan dan tanggungjawab guru
bagi merealisasikan misi dan visi KPM dalam bilik darjah maya.

You might also like