You are on page 1of 1

Aktiviti Kawad Kaki

Laporan

Amali Kawad Kaki perlu dilaksanakan dan dihantar pada 8 April 2021. Berdasarkan taklimat
yang diberikan oleh pensyarah, kami perlu laksanakan secara individu. Setiap ahli perlu
merakam video amali kawad kaki iaitu melakukan pergerakan kawad kaki mengikut arahan
degan betul dan cergas serta memberi arahan dengan betul menggunakan suara yang kuat
dan jelas. Sebelum melaksanakan amali kawad kaki secara individu, kami sudahpun
mempelajari dan melaksanakan kawad kaki di dalam pasukan masing-masing
menggunakan Google Meet sebagai latihan yang diberikan oleh pensyarah. Seterusnya, ahli
Puteri Islam dikehendaki melaksanakan amali kawad kaki di kediaman masing-masing dan
pensyarah akan menilai pergerakan kawad kaki melalui rakaman yang dihantar. Selepas
selesai rakaman amali kawad kaki, video tersebut perlu dimuat naik ke Youtube pada tarikh
8 April 2021. Walaubagaimanapun, tarikh penghantaran tugasan amali ini telah
ditangguhkan sehingga 11 April 2021 dengan budi bicara bersama pensyarah.

You might also like