You are on page 1of 4

SMK DATO’ ABDUL SAMAD,

71500 TG IPOH,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA MENAIK TARAF SEKOLAH TS25 2021

1.0 PENDAHULUAN

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Disokong  kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu

1
2.0 RASIONAL

Meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

3.0 MATLAMAT

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;

 Memantapkan kepimpinan sekolah


 Memaksimumkan kualiti guru
 Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
 Pdpc bermakna di samping persekitaran yang berkesan

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan
unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;

 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
  Komitmen komuniti yang padu.

4.0 OBJEKTIF

Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;

 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;


 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada
pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian
murid.

2
5.0 KUMPULAN SASARAN

Guru-guru, murid-murid serta komuniti yang terlibat dengan SMKDAS.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi :  En. Mohd Jamil Aris bin Haron, Pengetua                  

Naib Pengerusi :  Hj Kama bin Tindek, GPK Pentadbiran                       

Setiausaha 1 : Pn. Ezlin binti Mohd Taher

Setiausaha 2 : Pn. Saidanorlaili binti Ali

AJK : Pn. Ili Nur Bahirah binti Baharudin (KP Pend Seni)

7.0 TARIKH PELAKSANAAN

April – Mei 2021

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN HARGA KUANTITI JUMLAH

Bi Perkara Kuantiti Jumlah


l
1 Logo TS25 18x18 inci 2 x RM70 140.00
2 Cat 22 kelas x RM100 2200.00
3 Rak buku kelas 22 kelas x RM 50 1100.00
4 Sudut bacaan 22 kelas x RM50 1100.00
5 Banner TS 8 x 4 kaki 5 x RM70 350.00
6 Bahan bacaan tambahan 22 kelas x RM50 1100.00

3
7 Papan kenyataan kelas 22 kelas x RM50 1100.00
8 Bunting TS25 10 x RM25 200.00
9 JUMLAH 7290.00

9.0 SUMBER KEWANGAN


9.1 Peruntukan Khas TS25 bernilai RM360.00

9.2 Sumbangan Daripada Komuniti

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar program naik taraf ini dapat memberikan informasi yang mudah diakses dan
difahami oleh semua warga sekolah khususnya murid-murid dan para guru SMKDAS,
seterusnya merealisasikan pencapaian TS25 menjelang tahun 2025.

Disediakan oleh,

.......................................
(KAMA BIN TINDEK)
GPK Pentadbiran
SMKDAS

Disahkan oleh,

.............................................
( MOHD JAMIL ARIS BIN HARON )
Pengetua
SMKDAS

You might also like