You are on page 1of 2

TUTO M10

1. Jelaskan pengertian kaedah dan teknik Akhbar Dalam Darjah (ADD)

Fungsi akhbar bukan sekadar saluran menyampaikan maklumat kepada orang ramai, tetapi boleh
dimanfaatkan oleh guru dan pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik
darjah.

Keberkesanannya dalam P&P banyak membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan
menjadikan suasana di bilik darjah aktif dan menarik, sekali gus merangsang minat pelajar untuk
memberi tumpuan kepada pelajaran.

Pada masa sama, pelajar juga dapat menambah pengetahuan dengan pelbagai maklumat semasa
yang dimuatkan akhbar, sama ada maklumat dalam atau luar negara, di samping bertujuan
memantapkan kualiti bahasa.

Penggunaan akhbar melalui konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang diperkenalkan Berita Harian
boleh membantu tugas guru melaksanakan tanggungjawab dalam pengajaran dengan lebih
berkesan.

2. Jelaskan persediaan kelas atau murid ketika melaksanakan ADD

1. Persediaan Guru

Pengetahuan Konsep ADD

(a) Mengetahui melalui menghadiri bengkel atau ceramah ADD.

(b) Mengetahui melalui pembacaan akhbar dan bahan-bahan lain.Kreativiti guruGuru yang
mengajar sesuatu tajuk bagi sesuatu mata pelajaran dengan menggunakanakhbar akan
sentiasa kreatif sewaktu mengendalikan kelas.

2. Persediaan akhbar 

 (a) Membuat tempahan awal dengan pihak pengedaran akhbar berkenaan.

(b) Memastikan yang pihak pengedaran akhbar memberi perakuan yang akhbar
yangditempah sampai mengikut masa yang dikehendaki.

(c) Jika menggunakan akhbar lewat, sampai sehari sebelum kelas diadakan.

(d) Jika menggunakan akhbar semasa, sampai pada waktu pagi, sebelum sekolah bermula.

(e) Bilangan akhbar mencukupi untuk semua murid


3. Persediaan Mengajar

(a) Guru terlebih dahulu melihat akhbar yang akan digunakan. Tujuannya untukmenentukan
bahan yang berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar didapati dalamakhbar berkenaan.

(b) Guru membuat persediaan pengajaran seperti biasa. Antaranya termasuklah butir
berikut:

· Menentukan objektif pengajaran

· Induksi set

· Pengenalan

· Langkah-langkah pengajaran

· Penutup

(c) Catatan mengenai pengajaran hendaklah dibuat seperti biasa. Bagaimanakah jika
menggunakan akhbar semasa? Pastikan anda menggunakan bahasa yang memang ada
dalam akhbar. Misalnya menggunakan rencana pengarang untuk meringkas karanganatau
menggunakan iklan jawatan untuk menulis surat kiriman rasmi. Bahan-bahan inimemang
sedia ada dalam akhbar

You might also like