You are on page 1of 3

SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PAT) TAHUN 6 2020

BM PEMAHAMAN

1. B 11. C
2. C 12. B
3. B 13. A
4. A 14. B
5. A 15. D
6. C 16. D
7. B 17. B
8. D 18. D
9. C 19. A
10. A 20. C

21. a) i. Kegirangan ii. Menuntun iii. Menjejakkan

b) i. Betul ii. Betul iii. Salah

22. a) Aduhai, malang sungguh nasib pengemis itu! / Oh, malangnya nasibku ini!

b) Bagaimanakah cara hendak membuat pengat pisang nenek?


Nenek, boleh terangkan cara untuk membuat pengat pisang?

23. a) 80 orang
b) Pertandingan kemahiran pandu arah.

c) Faedah perkhemahan kepada peserta ialah daapt menambah ilmu pengetahuan, mendapat
pengalaman baru, melatih berdikari, menonjolkan bakat, latihan fizikal, sikap bekerjasama
dan mengeratkan hubungan silaturrahim.

24. a) Kepetingan persekitaran sekolah yang cantik dan kondusif adalah untuk mempengaruhi
emosi murid untuk belajar / murid berasa selesa dan bersemangat untuk belajar.

b) Aktiviti lain yang boleh dilakukan pihak sekolah untuk menceriakan sekolah ialah
mengadakan kempen keceriaan sekolah “Sekolahku Rumahku”, menjalankan program 3K,
melukis mural dinding, mengadakan sekolah dalam taman, membuat Taman Bunga dan lain-
lain.

c) Ya, sekolah yang ceria penting semasa menuntut ilmu untuk menenangkan fikiran,
menarik minat murid ke sekolah, mewujudkan suasana ceria dan selesa, persekitaran bersih
bebas daripada penyakit dan mendorong ibubapa menhantar anak ke sekolah.

25. a) redup, kelam, muram, samar-samar @ remang-remang.

b) Kita mestilah merebut faedah @ peluang dari keadaan yang tersedia ada di hadapan mata
dan perlulah bersaing untuk menimba ilmu pengetahuan.

c) SALAH / BETUL / BETUL / SALAH

d) Kita tidak sepatutnya bersikap megah @ angkuh apabila kita sudah berjaya. Kita juga
mestilah memberikan segala jasa/bantuan dengan penuh keikhlasan.

BM PENULISAN
BAHAGIAN A :

1. Pekerja sekolah menyapu/mencakar dedaun kering di bawah pokok untuk membersihkan kawasan
sekolah.
2. Alif dan Adam membersihkan longkang sekolah untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dan
menceriakan persekitaran sekolah.
3. Murid-murid hendaklah mengitar semula bahan buangan untuk menjaga alam sekitar.
4. Pak Ali mencantas rumput/menggali lubang untuk menanam pokok-pokok bunga bagi
menceriakan kawasan sekolah.
5. Semua murid sekolah bergotong-royong menceriakan persekitaran sekolah dengan pelbagai aktiviti
keceriaan (mengecat,menanam pokok,menyiram pokok).

BAHAGIAN B :

Poster di bawah menunjukkan amalan norma baharu kepada warga sekolah dalam mencegah penyakit
Covid-19. Antaranya, kita mestilah membuat saringan kesihatan di pintu masuk sekolah untuk
memastikan murid-murid tidak mempunyai gejala penyakit.

Kemudian, kita wajarlah kerap mencuci tangan dengan air dan sabun untuk membasmi kuman di
tangan. Seterusnya, kita haruslah mengamalkan penjarakan sosial seperti di bilik PDP dan kantin
sekolah untuk memustuskan rangkaian jangkitan. Akhir sekali, kita hendaklah mengamalkan etika batuk
dan bersin yang betul untuk memastikan kuman tidak merebak.

Konklusinya, kita wajiblah mengikut amalan norma baharu ini bagi memerangi/memutuskan rangkaian
jangkitan wabak Covid-19.

BAHAGIAN C :

Soalan 1 :

Penyakit Covid-19 merupakan satu wabak penyakit merbahaya yang merebak melalui sistem pernafasan
manusia. Penyakit ini berasal dari Wuhan, China yang kini telah menyerang ke seluruh dunia. Sekarang,
penyakit ini telah mula merebak di kalangan murid-murid sekolah.

Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi jangkitan Covid-19 di sekolah. Pertama, kita hendaklah membuat
saringan kesihatan di pintu masuk sekolah. Ia perlu dibuat untuk memastikan murid-murid tidak
mempunyai gejala penyakit ini.

Kemudian, kita hendaklah mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul seperti menutup mulut ketika
batuk dengan tuala. Murid wajarlah memakai pelitup muka untuk memastikan penyakit ini tidak merebak
kepada murid yang lain.

Selain itu, kita wajarlah kerap mencuci tangan dengan air dan sabun supaya dapat membasmi kuman
yang terdapat di tangan kita. Murid juga perlulah mengikut orientasi norma baharu yang telah ditetapkan
oleh kerajaan.

Selepas itu, kita mestilah melakukan pembersihan pada permukaan yang kerap disentuh seperti meja,
pintu dan lain-lain. Murid juga diwajibkan mengamalkan pematuhan penjarakan sosial 1 hingga 3 meter
bagi memutuskan rangkaian jangkitan.

Konklusinya, kita mestilah mengikut norma baharu oleh pihak kerajaan bagi membasmi dan
memutuskan rangkaian wabak Covid-19 dari merebak di sekolah.

Soalan 2 :
MK3, Kampung Nelayan 3, 
Jalan Hassan Abbas 2,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang.

31 Ogos 2020.  

Menemui sahabatku, Chu Yoong yang berada di Busan, Korea Selatan. Semoga saudara berada dalam
keadaan sihat sejahtera di samping orang-orang yang tersayang.

Saudara,

Surat saudara baru sahaja saya terima . Terima kasih saya ucapkan atas surat saudara itu. Tertarik hati
saya pada cerita saudara tentang percutian saudara sekeluarga di sana. Bila agaknya saudara akan
datang bercuti ke Malaysia ?

Saudara tentu maklum Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu ,
terdapat pelbagai jenis perayaan diraikan di negara ini . Memandangkan saya beragama Islam, saya akan
menceritakan tentang perayaan yang saya raikan sahaja. Kami di sini menyambut perayaan Hari Raya
Aidilfiri bagi yang beragama Islam pada bulan Syawal setiap tahun. Perayaan ini disambut dengan meriah
dan seronok sekali.

Kebiasaannya, Hari Raya akan disambut setelah habis kami berpuasa sebulan. Pada pagi Hari
Raya, perkara pertama yang kami buat ialah pergi ke masjid berdekatan untuk solat sunat Hari Raya.
Setelah habis solat, kami akan pergi ke kubur untuk berdoa kepada saudara kami yang telah meninggal
dunia. Selepas itu barulah kami pergi menziarahi sanak-saudara serta rakan-rakan di sekitar kampung. Di
situ, kami akan bersalaman dan meminta maaf kepada semua orang atas kesalahan yang lalu.

Perkara paling menyeronokkan adalah menikmati pelbagai jenis kuih-muih yang dimasak untuk
tetamu. Antara makanan kegemaran saya ialah kuih ketupat yang biasanya kami makan bersama rendang.
Pakaian pula kami akan berbaju kurung untuk perempuan dan berbaju Melayu untuk lelaki.

Itulah serba sedikit aktiviti perayaan yang kami sambut di sini. Sampai di sini sahaja yang dapat
saya ceritakan buat masa ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa hadapan. Sayanora..

Sahabatmu,

Aidil......

You might also like