You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK BAHANG

11050 TELOK BAHANG


PULAU PINANG

LAPORAN KEM LENCANA KERIS GANGSA DAN


KERIS PERAK, LENCANA BERBASIKAL & HOBI
PKK SEKOLAH RENDAH PERINGKAT
DAERAH BALIK PULAU 2018
TARIKH:
31 MAC – 1 APRIL 2018
(SABTU – AHAD)

MASA:
8.00 PG – 12.00 MLM – 1.00 TGH

TEMPAT:
SK GENTING, BALIK PULAU, PULAU PINANG

ANJURAN:
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,
DAERAH BALIK PULAU, PULAU PINANG
LAPORAN KEM LENCANA KERIS GANGSA DAN KERIS PERAK, LENCANA KEMAHIRAN
BERBASIKAL & HOBI PKK SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH BALIK PULAU 2018

TEMA PROGRAM : KEM LENCANA KERIS GANGSA, KERIS PERAK, LENCANA BERBASIKAL DAN HOBI
TARIKH PROGRAM : 31 MAC – 1 APRIL 2018 HARI : SABTU – AHAD (2H1M)
MASA PROGRAM : 8.00 PAGI – 12.00 MLM (SABTU) 5.30 – 1.00 TGH (AHAD)
TEMPAT : SK GENTING, BALIK PULAU, PULAU PINANG
ANJURAN : PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH BALIK PULAU
GURU PENGIRING : EN SAIIDI ISMAIL/EN PRAKASH/ EN ILYAS ZAINOL/ EN ZIKI NASIMEN/PN VIJAYASRI
KEHADIRAN : 29 AHLI PENGAKAP DAN 5 GURU PEMIMPIN
ULASAN PROGRAM :
Program Kem Lencana Keris Gangsa dan Perak, Lencana Berbasikal dan Hobi Sekolah Rendah
Peringkat Daerah Balik Pulau 2018 bertujuan melatih ahli pengakap tentang kemahiran-kemahiran
pengakap mengikut skim lencana yang ditetapkan. Seramai 29 ahli pengakap SK Telok Bahang menyertai
kem lencana ini selama 2 hari 1 malam dan semua berjaya lulus dengan cemerlangnya.
Kem bermula dengan Ujian Lencana Keahlian dengan murid diuji untuk menghafal Persetiaan
Pengakap, Undang-Undang Pengakap, Rukun Negara dan sejarah pengakap. Kemudian, murid menyiapkan
Buku Log berkenaan lencana gangsa, perak, berbasikal dan hobi di kantin sekolah SK Genting. Ujian
dikendalikan Guru Pemimpin PPM Daerah Balik Pulau.
Seterusnya, murid mendengar taklimat peraturan menunggang basikal, undang-undang jalanraya
semasa berbasikal dan isyarat tangan ketika berbasikal di dewan. Kemudian, ahli pengakap diuji secara
individu menunggang basikal di jalanraya mengikut peraturan yang diajar tadi di dataran sekolah. Ujian
berbasikal ini dikendalikan oleh Penolong Pesuruhjaya PPM Balik Pulau.
Akhir sekali, murid menjalani amali Ujian Lencana Keris Gangsa yang merangkumi latihan kawad
kaki, memanjat tali 3 meter, isyarat sulit pengakap, ikatan buku sila, memasang khemah dan pertolongan
cemas. Setelah lulus kesemua ujian, ahli pengakap berkumpul untuk majlis penutup.
Majlis Penutup kem dirasmikan oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Balik Pulau, Tn. Hazlisham bin
Hj Hanafiah. Beliau turut menganugerahkan Sijil Anugerah dan Lencana Keris Gangsa dan Perak, serta
Lencana Berbasikal dan Hobi kepada semua ahli pengakap yang lulus cemerlang dalam ujian tersebut.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

…………………………………. …………………………………………. ………………………………………..


(SAIIDI BIN ISMAIL) (SHAHROL MAZIAN BT SHUIB) (NORLIZA BT MOHD YUSOFF)
Pen. Pesuruhjaya Pengakap GPK Kokurikulum Guru Besar
Daerah Balik Pulau. SK Telok Bahang. SK Telok Bahang.
LAMPIRAN KEM LENCANA KERIS GANGSA, PERAK, BERBASIKAL & HOBI PKK
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH BALIK PULAU 2018

Taklimat Kem dan Peraturan Ahli PKK menjawab soalan ujian


Perkhemahan oleh En. Saiidi Ismail, dalam Buku Log Lencana keris
Pen. Pesuruhjaya Daerah Balik Pulau Gangsa dan Perak.

Penerangan teliti oleh ADC tentang Ahli PKK mendapat tunjuk ajar dari
tatacara menjawab dan menyiapkan Pengakap Kelana berkenaan ikatan
Buku Log kepada ahli PKK. buku sila.

Ahli Pengakap SKTB membuat ikatan Penerangan teknik ikatan dan


buku sila, bunga geti dan simpul simpulan oleh En. Ilyas dan Pn.
kasih di Kem Lencana. Vijayasri, Guru Pemimpin PKK SKTB.
LAMPIRAN KEM LENCANA KERIS GANGSA, PERAK, BERBASIKAL & HOBI PKK
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH BALIK PULAU 2018

Taklimat Peraturan Menaiki Basikal Ujian merentasi halangan kon,


dan Undang-Undang Jalanraya oleh berhenti di simpang jalan serta
Guru Pemimpin sebelum ujian. melambai tangan untuk belok.

Ahli PKK membuat pusingan no. 8 Ahli PKK bergambar setelah berjaya
dengan berhati-hati untuk lulus ujian berbasikal dengan
mengelakkan dari terjatuh. jayanya.

Ahli PKK mengikuti kelas isyarat sulit En. Prakash menerangkan teknik
pengakap ketika di hutan yang diajar membuat isyarat sulit menggunakan
oleh En. Prakash, Guru Pemimpin. batu dan kayu ketika kembara di hutan.
LAMPIRAN KEM LENCANA KERIS GANGSA, PERAK, BERBASIKAL & HOBI PKK
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH BALIK PULAU 2018

Pemimpin Pengakap membantu ahli Ahli PKK Lencana Perak yang sudah
PKK Lencana Gangsa memanjat tali mahir memanjat tali 5 meter tanpa
3 meter. bantuan.

Teknik panjatan tali pantas Ahli PKK Perempuan juga mampu


menggunakan tangan tanpa belitan memanjat tali untuk syarat lulus
kaki oleh PKK SKTB. Lencana Keris Gangsa.

Latihan asas kawad kaki dibimbing Ahli PKK menjalani latihan kawad kaki
oleh En. Ali, ADC Balik Pulau. dengan bersungguh-sungguh untuk
syarat lulus Ujian Lencana.
LAMPIRAN KEM LENCANA KERIS GANGSA, PERAK, BERBASIKAL & HOBI PKK
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH BALIK PULAU 2018

Ahli PKK Daerah Balik Pulau Kumpulan PKK Perak bergambar di


bekerjasama memasang khemah hadapan khemah selepas siap
iglu untuk persiapan sebelum memasangnya.
malam.

Kumpulan PKK Gangsa bergambar di Majlis Penganugerahan Lencana


hadapan khemah selepas siap Keris dan kemahiran kepada semua
memasangnya. ahli PKK yang berjaya.

Ahli Pengakap SKTB bergambar Tahniah kepada ahli PKK yang


kenangan bersama ADC selepas Majlis mendapat Lencana Keris Gangsa,
Penutup Kem Lencana 2018. Keris Perak, Berbasikal dan Hobi.

You might also like