You are on page 1of 1
UNIT [3: Sikap Bertanggungjawab Tema 5: Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan DSKP| TATABAHASA Buku Teks: m.s. 102 Baca petikan dan senaraikan kata majmuk kiasan. Kemudian, bina ayat menggunakan kata majmuk kiasan itu. pskp: sP5.2.2(i) KBAT] Mengaplikosi Kata Majmuk Kiasan ] Cikgu Vasantrao ialah guru di Sekolah Sukan Seri Negeri. Beliau merupakan jurulatih utama pasukan olahraga sekolah itu. Segala asam garam sewaktu beliau bergelar atlet dicurahkan kepada anak buahnya. Beliau harus ambil masa untuk membentuk kualiti atlet-atletnya. Pada setiap pagi, Cikgu Vasantrao akan menemani atlet-atletnya untuk menjalani latihan larian pagi. Beliau sedar bahawa mereka ada bakat untuk menjadi atlet yang hebat. Beliau selalu menasihati mereka agar tidak curi tulang semasa latihan. Beliau tidak mahu segala usahanya seperti cangkul angin sahaja. Beliau berharap agar pasukannya akan memenangi pingat pada kejohanan yang akan berlangsung tidak lama lagi. ! Sebelum pertandingan, semua atlet pasang telinga untuk mendengar nasihat daripada Cikgu Vasantrao. Para atlet bertekad akan bertanding dengan bersungguh- sungguh untuk membalas titik peluh jurulatin mereka. Pasukan Sekolah Sukan Seri Negeri telah memenangi beberapa pingat emas. Encik Vasantrao amat besar hati dengan kejayaan itu. Beliau berharap agar kejayaan itu akan menjadi batu loncatan buat atlet-atletnya untuk pergi lebih jauh. Beliau berharap agar atlet-atletnya akan mewakili negara pada suatu hari nanti. 1. asam Pak Cik Mazlan suka berkongsi asam garam hidupnya dengan cucu- garam cucunya. 2. anak buah | Tok Penghulu memanggil beberapa orang anak buahnya untuk menghadiri mesyuarat di balai raya. 3. ambil masa | Pihak polis ambil masa dua hari untuk menjejaki penjenayah itu. 4. ada bakat Cikgu Zaini mengenal pasti murid-murid yang ada bakat dalam seni tarian. 6. curi tulang | Pekerja yang suka curi tulang akan diberhentikan 6. cangkul Usaha Pak Cik Wong menyemai anak pokok itu cangkul angin kerana angin kebunnya dilanda banjir 7. pasang Razif akan pasang telinga sewaktu gurunya mengajar di hadapan telinga kelas. 8. titik peluh Setiap titik peluh Amran selama ini berhasil apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan q. besar hati Kakak En Ning berbesar hati apabila dilantik sebagai ketua pengawas. 10. batu Pertandingan hoki peringkat zon menjadi batu loncatan kepada Helmi loncatan untuk menonjolkan bakatnya.

You might also like