You are on page 1of 9

MOTIF PENGLIBATAN SISWA PENDIDIK DALAM AKTIVITI FIZIKAL

ALEXSON LAYANG ANAK BAJING


IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
mr.alexson.al@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini mengkaji motif penyertaan guru pelatih sarjana dalam aktiviti fizikal. Peserta terdiri
daripada 200 orang guru pelatih berusia 19 hingga 25 tahun. Uji t sampel yang disiasat
menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan dalam semua motif, t (1,043) = .298, p
<0,05 di antara jantina dan kumpulan umur, t (1,928) = 0,55, p <0,05. Di samping itu, ujian One Way
ANOVA tidak menunjukkan perbezaan etnik yang signifikan, F (1.699) = 1.52, p <0.05. Hasil kajian
menunjukkan bahawa pihak berkuasa yang relevan dapat mempertimbangkan pertimbangan guru
pelatih semasa merancang program aktiviti fizikal yang dapat mengekalkan tahap penyertaan
mereka.

Kata kunci : motif penglibatan siswa pendidik

ABSTRACT
This study investigated the undergraduate trainee teachers’ motives of participation in physical
activities. The participants consists of 200 trainee teachers aged 19 to 25 years old. The investigated
sample t-test showed that there are no significant differences in all of the motives, t (1.043) = .298,
p<0.05 among gender and age groups, t (1.928) = 0.55, p< 0.05. In addition, the One Way ANOVA
test shows no significant differences in ethnicity, F (1.699) = 1.52, p< 0.05. The findings suggest that
relevant authorities can take trainee teachers’ consideration into account when designing any
physical activity programs that can sustain their level of participation.
Keywords: undergraduate trainee teachers’ motives of participation in physical activities

PENDAHULUAN
Kajian ini dibuat adalah untuk menentukan motif penglibatan siswa pendidik dalam aktiviti
fizikal dan yang memerlukan pemahaman hierarki dan perspektif dalam mengkaji proses psikologi
yang menjadi asas kepada motivasi di kalangan mereka. Kajian ini menggunakan teori ‘self
determination’ untuk menyediakan kerangka teori dalam mengkaji motif penglibatan siswa pendidik
dalam aktiviti fizikal. Bab ini adalah berkaitan dengan gambaran keseluruhan kajian tentang teori
‘self determination’ dalam kalangan siswa pendidik dan literatur-literatur penting selari dengan
kajian-kajian yang terkini.

Siswa pendidik merupakan bakal guru yang menuntut di Institut Pendidikan Guru. Institut
Pendidikan Guru merupakan institusi pengajian tinggi yang khas untuk melatih bakal-bakal guru
sekolah rendah. Di Malaysia, semua institut Pendidikan Guru yang ada dikelolakan oleh Institut
Pendidikan Guru Malaysia yang bertempat di Cyberjaya. Kajian ini dilaksanakan di sebuah Institut
Pendidikan Guru yang ada di Malaysia iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching,
Sarawak. Di institut ini terdapat beberapa aktiviti fizikal yang sering kali dilaksanakan oleh siswa
pendidik seperti sukan bola tampar, bola sepak, futsal, petanque,badminton, dan tenis bagi mengisi
masa lapang.

Motivasi berasal dari perkataan Latin "Movere" yang bermaksud daya yang membuat
seseorang melakukan sesuatu (Eccles & Wigfield, 2002). Ia adalah satu proses yang melibatkan
matlamat, aktiviti fizikal atau mental, dan kedua-duanya telah dicetuskan dan dikekalkan (Pintrich &
Schunk, 1996, Williams, 1994). Ia dicirikan dari segi arah, tempoh dan intensiti. Apa-apa sahaja
yang bergerak individu untuk bertindak boleh digambarkan sebagai motif, pemacu, dorongan,
insentif, atau kepentingan (Roychoudury, 2001).

PENYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti mengapa penglibatan siswa pendidik di begitu
rendah dalam aktiviti fizikal pada waktu lapang. Berdasarkan kaedah pemerhatian yang
dilaksanakan sepanjang tujuh semester, siswa pendidik kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
pada waktu lapang. Waktu lapang yang dimaksudkan adalah dijangkakan di antara pukul 4.30
sehingga 6.30 petang selepas waktu kuliah. Setakat ini tiada data yang mampu menyokong
pernyataan ini. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan pernyataan daripada beberapa orang siswa
pendidik di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Siswa pendidik akan melakukan aktiviti
fizikal jika terdapat rakan-rakan lain yang melakukan aktiviti fizikal (Alixson Sibok, perbualan
peribadi, Ogos 12, 2019).

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Utama

1. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji motif penglibatan siswa pendidik dalam
melaksanakan aktiviti fizikal pada waktu petang di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu
Lintang.

Objektif Khusus

1. Mengkaji perbezaan motif penglibatan dari segi jantina dalam aktiviti fizikal.
2. Mengkaji perbezaan motif penglibatan dari segi umur dalam aktiviti fizikal.
3. Mengkaji perbezaan motif penglibatan dari segi kaum dalam aktiviti fizikal.

SOALAN KAJIAN

1. Apakah faktor utama mempengaruhi penglibatan siswa pendidik dalam aktiviti fizikal?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam motif penglibatan dari segi JANTINA
dalam aktiviti fizikal di kalangan siswa pendidik?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam motif penglibatan dari segi kumpulan umur
dalam aktiviti fizikal di kalangan siswa pendidik ?
4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam motif penglibatan dari segi kaum dalam
aktiviti fizikal di kalangan siswa pendidik?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif
untuk mengumpul data bagi mengenal pasti dan mengkaji perbezaan kepercayaan jangkaan dan
nilai tugas subjektif antara pelajar yang terdiri daripada jantina, kumpulan umur dan kumpulan etnik.
Kaedah kuantitatif membolehkan data dikumpulkan dan dianalisis untuk menghasilkan maklumat
dan pengetahuan tentang pendapat, sikap dan amalan (Gall, Borg, & Gall, 2003). Mohd Majid (1994)
menyatakan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan
oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Penyelidikan deskriptif
merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang
berlaku. Ia selalunya dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai
sesuatu kajian secara fakta dan tepat. Terdapat dua jenis reka bentuk kajian tinjauan, iaitu jangka
masa singkat (cross-sectional) dan jangka masa panjang (longitudinal).

Peserta kajian

Kajian ini dijalankan di Insitut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Terdapat 12 kelas di
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Populasi sasaran untuk kajian ini terdiri daripada 200
orang siswa pendidik. Kumpulan umur mereka adalah dari 19 hingga 25. Mereka terdiri daripada 100
pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan siswa pendidik

Instrumen kajian

Untuk tujuan mengumpul data dalam kajian ini, instrumen yang digunakan adalah Malay
version of Physical dan Leisure Motivational Scale-Youth (PALMS-Y-M) diambil daripada kajian
Kueh, Kuan, & Morris (2017).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Jadual 1

Keputusan ujian-T tidak bersandar untuk melihat perbezaan penglibatan siswa pendidik dalam
aktiviti fizikal dari segi jantina.

Pemboleh ubah Lelaki Perempuan


M SP M SP t p

Keseronokan 4.66 .465 4.89 .484 1.043 .298

Penguasaan 4.62 .345 4.55 .403 1.216 .226

Keadaan psikologikal 4.60 .492 4.60 .492 .000 1.00

Keadaan fizikal 4.62 .477 4.56 .489 -.146 .381

Hubungan 3.52 .574 3.54 .534 .878 .799

Keterampilan 4.60 .492 4.57 .498 .492 .669

Pertandingan / Ego 4.63 .485 4.64 .482 -.255 .884


Bagi menjawab hipotesis H01, tidak terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan motif
penglibatan siswa pendidik terhadap aktiviti fizikal dari segi jantina. Jadual 5 menunjukkan catatan
nilai p bagi setiap pemboleh ubah ialah Enjoyment (.298), Mastery (.226), Pyschology (1.00),
Affliation (.381), Appearance (.669) dan Ego (.884). Dapatan ujian-t menunjukkan nilai signifikan (p)
setiap pemboleh ubah lebih kecil daripada nilai signifikan standard iaitu p=.005 (p<.005). Ini
menunjukkan hipotesis nul pertama (H01) diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan
motif penglibatan siswa pendidik terhadap aktiviti fizikal. dari segi jantina.

Jadual 2

Keputusan ujian-T tidak bersandar untuk melihat perbezaan penglibatan siswa pendidik dalam
aktiviti fizikal dari segi umur.

Pemboleh ubah 19-21 22-25

M SP M SP p

Keseronokan 4.72 .417 4.58 .495 .055

Penguasaan 4.61 .308 4.57 .404 .530

Keadaan psikologikal 4.69 .467 4.56 .498 .084

Keadaan fizikal 4.64 .484 4.63 .484 .910

Hubungan 4.72 .417 4.53 .501 .009

Keterampilan 3.63 .531 3.47 .558 .058

Pertandingan / Ego 4.64 .484 4.56 .498 .276

Perbezaan kumpulan umur telah dianalisis menggunakan Ujian tidak bersandar


(Independent Sample T-Test). Berdasarkan jadual 6, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara siswa pendidik umur 19-21 tahun dan 22-25 tahun dalam nilai
keseronokan, p = .055. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa siswa pendidik umur 19-21 tahun
mempunyai nilai (4.72±0.42) dan umur 22-25 tahun mempunyai kepercayaan jangkaan (4.59±0.49).

Selain itu, hasil statistik kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam
faktor nilai penguasaan, p = .530. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa siswa pendidik umur
19-21 tahun mempunyai nilai (4.62±0.31) dan umur 22-25 tahun mempunyai nilai (4.57±0.40).
Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam nilai
keadaan psikologikal, p = .084 dan keadaan fizikal, p= 0.910. Hasil analisis kajian menunjukkan
bahawa nilai siswa pendidik umur 19-21 tahun adalah (4.69±0.67) dan siswa pendidik berumur 22-
25 tahun adalah (4.56±0.49); begitu juga dengan nilai keadaan fizikal siswa pendidik umur 19-21
tahun (4.64±0.48) dan siswa pendidik umur 22-25 tahun (4.63±0.48).

Hasil statistik kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam faktor nilai
hubungan, p= 0.09 dan faktor nilai pertandingan, p= 0.58. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa
nilai siswa pendidik umur 19-21 tahun adalah (4.71±0.42) dan siswa pendidik berumur 22-25 tahun
adalah (4.52±0.50); begitu juga dengan nilai pertandingan, siswa pendidik umur 19-21 tahun
(3.63±0.53) dan siswa pendidik umur 22-25 tahun (3.47±0.56).

Di samping itu, kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam nilai
keterampilan, p= .27.Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa nilai siswa pendidik umur 19-21
tahun adalah (4.64±0.48) dan siswa pendidik berumur 22-25 tahun adalah (4.56±0.50).

Jadual 3

Keputusan ujian ANOVA sehala sehala untuk melihat perbezaan penglibatan siswa pendidik dalam
aktiviti fizikal dari segi umur.

Pemboleh ubah F S. piawai

Keseronokan 1.699 .152

Penguasaan .560 .692

Keadaan psikologikal 1.690 .154

Keadaan fizikal 1.529 .195

Hubungan .985 .417

Keterampilan 1.296 .273

Pertandingan/Ego .626 .64


7

Hipotesis 3 pula menjelaskan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan


dengan motif penglibatan siswa pendidik IPGKBL dalam aktiviti fizikal dari segi kaum.
Setelah analisis menggunakan Ujian Anova Sehala, didapati untuk nilai keseronokan,
punca kuasa dua (ss) antara kumpulan (ss=1.511), sementara dalam kumpulan
(ss=43.364) menjadikan jumlahnya SST=44.875. Bagi nilai penguasaan, punca kuasa
dua (ss) antara kumpulan (ss=.319), sementara dalam kumpulan (ss=27.763)
menjadikan jumlahnya SST=28.082. Bagi nilai keadaan psikologikal, punca kuasa dua
(ss) antara kumpulan (ss=1.609), sementara dalam kumpulan (ss=46.391) menjadikan
jumlahnya SST=48.000. Selain itu, bagi nilai keadaan fizikal, punca kuasa dua (ss)
antara kumpulan (ss=1.410), sementara dalam kumpulan (ss=44.945) menjadikan
jumlahnya SST=46.355.

Bagi nilai hubungan, punca kuasa dua (ss) antara kumpulan (ss=.919),
sementara dalam kumpulan (ss=45.461) menjadikan jumlahnya SST=46.380. Nilai
keterampilan pula mencatatkan punca kuasa dua (ss) antara kumpulan (ss=1.257),
sementara dalam kumpulan (ss=47.298) menjadikan jumlahnya SST=48.555. Nilai
pertandingan pula mencatatkan punca kuasa dua (ss) antara kumpulan (ss=.771),
sementara dalam kumpulan (ss=60.104) menjadikan jumlahnya SST=60.875.

Darjah kebebasan (df) setiap setiap nilai/faktor menunjukkan antara kumpulan


(df=4), dalam kumpulan (df=195) menunjukkan jumlah keseluruhan dfT=29. Ujian Anova
Sehala menunjukkan nilai signifikan untuk faktor keseronokan berada pada tahap
p=.152, faktor penguasaan p=.692, faktor keadaan psikologikal p=.154, faktor keadaan
fizikal p=.195, faktor hubungan p=417, faktor keterampilan p=273 dan faktor
pertandingan p=645. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa nilai signifikan lebih besar
dari nilai signifikan standard p=.005 (p<.005). Dapatan turut menunjukkan hipotesis nul 3
diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan dengan motif
penglibatan siswa pendidik IPGKBL dalam aktiviti fizikal dari segi kaum.
8

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat memberikan bukti tambahan mengenai


perbezaan jantina, umur dan kaum dalam motif penglibatan siswa pendidik dalam aktiviti
fizikal. Di samping itu, ia juga menyokong model nilai-jangkaan pilihan pencapaian untuk
pemahaman yang lebih baik tentang motivasi dalam aktiviti fizikal.

Kajian ini membuktikan bahawa motif utama penglibatan siswa pendidik dalam
aktiviti fizikal ialah faktor keseronokan yang mana faktor keseronokan adalah paling
tinggi bagi motif penglibatan. Kehidupan di kampus lebih menumpukan kepada
kecemerlangan akademik. Namun begitu, masih terdapat sebilangan siswa pendidik
melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan. Siswa pendidik lebih cenderung untuk
menjalankan aktiviti fizikal semasa waktu lapang sahaja. Kekangan waktu menjadi
antara punca siswa pendidik kurang menjalankan aktiviti fizikal.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan institusi haruslah mengadakan pelbagai


jenis aktiviti fizikal yang boleh disertai oleh siswa pendidik. Aktiviti yang dijalankan
haruslah dipelbagaikan bagi menarik minat siswa pendidik. Selain itu, pihak pengurusan
juga boleh mengadakan program-program yang mempunyai elemen keseronokan sama
ada berbentuk pertandingan atau sosial. Ini kerana apabila timbul keseronokan, para
siswa pendidik akan lebih menghayati dan lebih ramai penyertaan akan berlaku. Di
samping itu, penjadualan kuliah perlu diselaraskan dan dijalankan sebelum jam lima
petang. Ini dapat memberi peluang kepada siswa/siswi untuk bersukan pada waktu
petang setiap hari dengan mengaturkan jadual kuliah yang bersesuaian dan tidak
mengganggu jadual latihan atlet pada waktu petang.

Kajian ini hanya melibatkan siswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang yang berumur 19 hingga 25 tahun sahaja. Oleh yang demikian, adalah
tidak sesuai untuk membuat kesimpulan daripada hasil dapatan kepada siswa pendidik
lain di seluruh Malaysia atau dalam kalangan siswa pendidik secara umum. Pada masa
akan datang, pengkaji hendaklah fokus kepada kesan motif penglibatan siswa pendidik
terhadap aktiviti fizikal berdasarkan faktor-faktor lain. Hal ini boleh menyediakan garis
panduan untuk melaksanakan pelan dan program kesihatan yang bersesuaian untuk
meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan siswa pendidik Malaysia.
9

RUJUKAN

Alexandris, K., Tsobatzoudis, C., & Grouios, G. (2002). Perceived constrains on sport
participants: Investigating their relationship with intrinsic motivation, extrinsic
motivation and amotivation. . Journal of Leisure Research Volume 34, 233-252.

Berndt, T., & Miller, K. (1990). Expectancies, values, and achievement in junior high
school. . Journal of Educational Psychology, 82(2), 319–326.

Bong, M. (2004). Academic Motivation in Self-Efficacy, Task Value, Achievement Goal


Orientations, and Attributional Beliefs. The Journal of Educational Research, 287-
298.

Bremer, C., Kachgal, M., & Schoeller, K. (2003, April). Reseach to Practice Brief.
Didapatkan dari Self-Determination: Supporting Successful Transition:
http://www.ncset.org/publications/viewdesc.asp?id=962

Chan, Y. P. (2014). Mastering Research Methods (3rd Edition). McGraw: Hill Education.

Chaudury, R. R. (2001). A Clinical Protocol for the Study of Traditional Medicine and
Human Immunodeficiency Virus-Related Illness. The Journal of Alternative and
Complementary Medicine 7(5), 53-66.

Conley, A. M. (2007). Patterns and pathways: A person-oriented approach to


understanding students' motivation to learn. Dissertation Abstract International,
68(02), 3264B. Retrieved January 21, 2018, from ProQuest Digital Dissertations
database (Publication No. AAT 3253254), 1-138.

Cox, R. (2002). Sport Psychology: Concepts and Applications 7th Edition.

McGraw: Hill Education.

You might also like