You are on page 1of 4

b) 

     Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran

  Analisis Tugas (Task Analisis)

Teknik TA menganggapkan pembelajaran boleh difasilitasikan jika pelajar mulai mempelajari


tugas atau kemahiran asa (prerequisite) atau topik-topik kecil sebelum mempelajari keseluruhan
topik pembelajaran.

Dengan mengajar topik-topik kecil atau kemahiran asa guru dapat menguji sejauh manakah
pengetahuan yang telah dikuasai oleh murid sebelum meneruskan pelajaran keperingkat yang
lebih tinggi atau besar untuk mencapai objektif pelajaran.

Howell, Kaplan & O’Connell (1979) define TA as “the process of isolating, sequencing and
descibing all of the essential components of a task. When the componenets have all mastered,
the learner should be able to perform the task”

Prinsip penting TA ialah kebanyakan pelajaran adalah proses yang berperingkat-peringkat,


setiap peringkat yang berikutnya adalah berdasarkan kepada kejayaan murid-murid menguasai
peringkat sebelumnya.

Prosedur TA

Guru perlu memulakan dengan menetukan objektif pembelajaran yang ingin dikuasai. Guru juga
perlu memastikan topik pelajaran sebelumnya telah dikuasai, khususnya bagi tajuk-tajuk
pelajaran yang berhubungkait. Langkah-langkah adalah:

a.         Tentukan objektif pembelajaran (yang boleh dilihat/ diukur)


b.         Pecahkan kepada kemahiran-kemahiran kecil/ “subtask” (yang boleh dilihat dan diukur
pencapaiannya)
c.         Susun “subtask” mengikut susunan daripada awal hingga ke akhir.
d.        Analisis setiap subtask. Pastikan pengetahuan “prerequisites” untuk melakukan setiap
“subtask”.
e.         Bina carta aliran TA bagi menunjukkan objek utama pengajaran, “subtask” dan pengetahuan
“prerequisite” yang diperlukan bagi setipa “subtask”. (rajah carta aliran TA)
f.          Bina “probe” untuk menguji pengetahuan bagi “subtask” penting. (Lihat contoh “probe” di
lampiran)
g.         Terangkan langkah-langkah atau arahan berdasarkan carta aliran yang dibina.
  Pembelajaran “mastery” (Mastery Learning- ML)

ML adalah kaedah pembelajaran yang dirangka untuk menghasilkan pembelajaran yang


berjaya menerusi langkah-langkah kecil dan menyediakan pelajar dengan langkah-langkah
pembetulan, latihan yang mencukupi dan masa pembelajaran yang secukupnya untuk
membolehkan pelajar menguasai setiap langkah sebelum berpindah ke peringkat seterusnya.

“Kebanyakan pelajar mempunyai persamaan dari segi keupayaan belajar, motivasi untuk
pembelajaran yang lebih jauh- sekiranya disediakan dengan kondisi pembelajaran yang
sesuai”- Bloom, 1976.

“Kebanyakan elemen-elemen dalam kaedah Bloom’s Mastery Learning sesuai untuk kanak-
kanak berkeperluan khas”- Cole & Chan, 1993.
Elemen-elemen yang berkaitan:

                                                      i.            Perbezaan individu adalah produk atau hasil yang ditentukan oleh “sejarah”
individu

- COGNITIVE ENTRY BEHAVIOR (CEB)


- AFFECTIVE ENTRY BEHAVIOR (AEB)
- QUALITY OF INSTRUCTION (QI)

                  ii.            Interaksi ketiga-tiga elemen saling berkaitan. Bloom berpendapat:

Sekiranya QI berkesan, ia akan mengubah CEB serta AEB dan mencerminkan hasil akhir
pembelajaran.

Sekiranya CEB tiada, ia akan mengubah AEB dan meningkatkan keupayaan pelajar untuk
belajar walaupun QI lemah.

            Prosedur ML

            ML dirangka untuk pengajaran secara kelas, kumpulan dan individu serta berpusatkan
guru. Membantu pengajaran secara individu dengan menyadiakan bantuan apabila dan di mana
pelajar menghadapi masalah. ML sesuai untuk mengajar kemahiran asas, konsep dan fakta.

      Model ML:


                                i.            Strukturkan kandungan pelajaran.

- tentukan matlamat atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu dicapai, melibatkan
penentuan kemahiran-kemahiran yang berkaitan , konsep dan idea penting yang murid perlu
pelajari.
- Kandungan “kecil” pelajaran perlu disusun secara urutan (pelajaran unit awal adalah
merupakan “prerequisites” kepada unit berikutnya)
Contohnya:
Murid program intervensi perlu diajar unit-unit asas bahasa- maksud atau konsep perkataan,
bunyi vokal, bunyi konsonan, gabungan vokal-konsonan, perkataan, ayat mudah dan lain-lain.

Setiap unit melibatkan komponen-komponen berikut:

a.      Arahan kumpulan

- aktiviti guru-guru memberi arahan lisan atau aktiviti mengenalkan kemahiran dan konsep,
membina perkastaan dan latih tubi.
-          aktiviti murid- urutan aktiviti yang membolehkan murid berlatih atau mempraktikkan kemahiran.

c.       Ujian Formatif

-          satu set bahan ujian bagi mengenalpasti murid telah menguasai kemahiran atau mengdiagnos
“kesilapan” yang dilakukan dalam proses pembelajaran.

d.      Langkah pembetulan atau pengkayaan

- aktiviti atau latihan tambahan – permudah dan digunakan strategi alternatif bagi murid yang
lemah.
-          aktiviti pengkayaan- merupakan ganjaran kepada murid yang berjaya ujian formatif.

d.      Ujian “criterian- referenced”

- menentukan “standart” tertentu bagi menilai penguasaan ML selepas setiap unit atau
beberapa unit pelajaran.

                              ii.            Menetukan “criterion-referenced”

-paras paling minimum perlu ditentukan bagi mengenalpasti penguasaan murid bagi setiap unit.
-          kebiasaannya kejayaan 80%-85% hasil ujian. Kajian Block (1970) mendapati penguasaan 85%
bagi setiap kemahiran akan membolehkan pencapaian yang optima kepada kemampuan
kognitif dan penghasilan yang efektif.

                            iii.            Pengajaran secara kelas

- perkara yang sukar dilakukan oleh guru ialah menyediakan arahan dan kaedah dan
kandungan pembelajaran yang sesuai kepada majoriti murid.
-          Tiada had tertentu terhadap jenis kaedah yang boleh digunakan – bebas dan pelbagai
alternatif.

                            iv.            Ujian Formatif

- Disediakan bagi setiap kemahiaran atau unit pelajaran.


- Boleh dijalankan secara formal atau tidak formal.
-          Untuk mengenalpasti masalah tertentu dan tindakan pembetulan segera.

                              v.            Langkah Pembetulan

- bagi murid yang belum menguasai setiap kemahiran asas sebelum ke peringkat berikutnya.
- melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif.

You might also like