Objektif Kajian

You might also like

You are on page 1of 3

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam usaha untuk merungkai, pengkaji menggariskan objektif berikut:

i. Membincangkan sejarah latar belakang pentadbiran tanah Batu Pahat sebelum dan

kemasukan kolonial British.


ii. Mengenalpasti undang-undang dan dasar tanah yang diuruskan oleh British di Batu

Pahat.
iii. Mengkaji tentang status pemilikan tanah dan kegunaannya semasa pemerintahan British

di Batu Pahat.
iv. Mengenalpasti jabatan-jabatan yang wujud bagi urusan pentadbiran tanah di Batu Pahat.

PERSOALAN KAJIAN
i. Bagaimanakah sejarah latar belakang pentadbiran tanah Batu Pahat sebelum

kemasukan kolonial British?


ii. Bagaimanakah British menguruskan undang-undang undang-undang dan dasar tanah

yang diuruskan oleh British di Batu Pahat?


iii. Apakah status pemilikan tanah dan kegunaannya semasa pemerintahan British di Batu

Pahat?
iv. Apakah jabatan-jabatan yang wujud bagi urusan pentadbiran tanah di Batu Pahat ?

METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif sebagai kaedah utama dalm kajian ini. Kaedah

ini digunakan untuk melihat perkembangan pentadbiran British Kadah ini digunakan bagi

melihat perkembangan pentadbiran tanah sebelum British dari awal kemasukan kolonial British

ke dalam pentadbiran pada tahun 1910 di batu Pahat sehingga sebelum kemasukan Jepun di

Tanah Melayu pada tahun 1940. Bahan rujukan yang digunakan adalah asli dan sahihuntuk

menguatkan hujah pengkajian. Pengkaji juga membuat rujukan dengan melihat kajia-kajian lepas

bagi mendapatkan gambaran awal kawasan kajian sebelum memulakan pengkajian. Pengkaji

juga membuat rujukan dengan melihat kajian-kajian lepas bagi mendapatkan gambaran awal

kawasan kajian sebelum memulakan pengkajian. Pengkaji juga melakukan rujukan untuk
mendapatkan sumber pertama, sumber kedua dan sumber lisan di Arkib Negara, Arkib

Cawangan Johor, Perpustakaan Tuanku Bainun, Perpustakaan Negara dan Perpustaakan Dewan

Bahasa dan Pustaka Cawangan Johor Bahru.

Kaedah penulisan yang diguna ialah pendekatan neratif tematik. Pendekatan ini

digunakan untuk menjelaskan tentang latar belakang kawasan kajian dengan melihat corak

pentadbiran sebelum penjajahan kolonial British yang diperkenalkan di Batu Pahat. Pendekatan

kronologi digunakan untuk menjelaskan perkembangan pentadbiran yang berlaku di Batu Pahat.

Selain itu, pendekatan analisis juga digunakan untuk memberi gambaran dengan lebih mendalam

terhadap implikasi dasar pentadbiran yang diperkenalkan terhadap pendudk di Batu Pahat.

Pendekatan tematik juga digunakan supaya penulisan mudah difahami.

You might also like