You are on page 1of 3

Pembaharuan Raja Chulalongkorn (10 M)

Aspek Politik dan Pentadbiran


1. Dasar Buka Pintu
a) Baginda telah meneruskan dasar buka pintu yang dimulakan oleh
ayahandanya,
Raja Mongkut. Beberapa perjanjian yang telah ditandatangani, antara
Thailand
dengan beberapa negara Barat seperti Perjanjian Perdagangan dengan
Belgium,
Itali, Sweden dan Norway pada tahun 1868 dan perjanjian dengan Jerman
pada
tahun 1872.
2. Dasar Diplomasi Wilayah
a) Raja Chulalongkorn juga mengadakan dasar diplomasi wilayah dengan
menyerahkan wilayah pengaruh Thailand kepada Perancis dan British.
b) Laos dan Kemboja diserahkan kepada Perancis dan Negeri-negeri
Melayu Utara
diserahkan kepada British.
3. Hubungan peribadi dan diplomatik
a) Hubungan peribadi dan diplomatik juga diadakan dengan ketua-ketua
negara
seperti Maharaja William II (Jerman), Tsar Nicholas II (Rusia), Prince Of
Wales
(England) dan Presiden Loubet (Perancis)
b) Pada tahun 1897 dan 1907, baginda sendiri melawat Eropah demi
mengekalkan
kemerdekaan, kemodenan dan kedaulatan Thailand agar tidak dijajah dan
dikuasai oleh mana-mana kuasa Barat.
4. Penasihat dari Barat
a) Raja Chulalongkorn turut membawa masuk dan menggajikan penasihat
dari
Barat untuk membantu dalam usaha pemodenan Thailand.
b) Rolin Jacquemins (berbangsa Belgium) merupakan penasihat amnya.]
c) Penasihat British pula diletakkan di Kementerian Undang-undang,
penasihat
Jerman di Jabatan Kereta Api, penasihat dari Denmark pula dalam
Angkatan
Laut dan penasihat Itali diletakkan dalam kerja-kerja pembinaan.
5. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
a) Chulalongkorn menjalankan usaha pemusatan pemerintahan, iaitu
dengan
menubuhkan 12 kementerian untuk menggantikan struktur pemerintahan
dan

pentadbiran lama.
b) Pada tahun 1892, seluruh pentadbiran Thailand diletak dan diserahkan
kepada
Kementerian Dalam Negeri Thailand.
c) Kementerian ini telah diterajui oleh Putera Damrong dan ini
menyebabkan sistem
autonomi daerah turun-temurun itu ditamatkan.
d) Bagi melancarkan dan melicinkan sistem pentadbiran negara, Thailand
telah
dibahagikan kepada18 monthon, maung dan amphur.
e) Chulalongkorn turut menubuhkan perbendaharaan moden di Thailand
dengan
bantuan dan nasihat daripada penasihat kewangan British.
f) Dengan bantuan Rolin Jacquemins, sistem perundangan ala-Barat telah
diperkenalkan. Manakala di bawah penyeliaan Putera Rabi, Kementerian
Keadilan telah ditubuhkan.
Aspek ekonomi
1. Perdagangan asing dan pertanian
a) Tindakan Raja Chulalongkorn menggalakkan bentuk perdagangan asing
dengan
British telah menjadikan British sebagai pelabur utama di Thailand.Bankbank
British dan Perancis telah ditubuhkan di Thailand.
b) Selain perdagangan, bidang pertanian turut menjadi keutamaan Raja
Chulalongkorn.Kawasan- kawasan penanaman padi ditambah dan
diperluaskan.
c) Di samping itu, projek-projek pengairan dan pembinaan jalan-jalan
kereta api
telah dilaksanakan. Usaha pembaharuan Chulalongkorn turut terpapar
apabila
baginda merupakan satu-satunya raja Charki yang berjaya memulakan
rancangan membina landasan kereta api dari Bangkok ke Korat yang
kemudiannya menjadi sistem pengangkutan penting terutama untuk
perdagangan Thailand.
Aspek sosial
1. Bidang pendidikan
a) Raja Chulalongkorn telah mendirikan sekolah-sekolah untuk golongan
bangsawan dan rakyat jelata.
b) Sekolah kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Bangkok pada
tahun 1884.
c) Hampir setiap tahun Raja Chulalongkorn telah menghantar seramai 300
orang

pemuda Thailand ke luar negeri bagi melanjutkan pelajaran.


d) 3 buah sekolah kerajaan yang dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru
British telah
ditubuhkan pada tahun 1890-an.Antaranya adalah Sekolah Sunandalaya
(sekolah untuk pelajar perempuan bangsawan), Maktab Raja (untuk
bangsawan
lelaki) dan sebuah lagi sekolah untuk anak-anak lelaki golongan kelas
pertengahan.
2. Bidang perhubungan dan pengangkutan
a) Raja Chulalongkorn telah mempertingkatkan sistem perhubungan di
Thailand.Pembinaan jalan- jalan kereta api telah dimulakan. Jalan kereta
api
pertama telah dibina antara Bangkok dengan Paknam pada tahun 1893,
dan
antara Bangkok dengan Ayuthia pada tahun 1897.
b) Selain itu, Sistem Perkhidmatan Pos dan Telegraf turut dimulakan.
3. Penghapusan adat tradisi
a) Raja Chulalongkorn telah menghapuskan beberapa adat tradisi,
antaranya
seperti pada tahun1873, adat sujud di hadapan raja telah dimansuhkan.
b) Selain itu baginda telah meluluskan undang-undang untuk
menghapuskan sistem
buruh paksa dan mewajibkan bayaran untuk penggunaan tenaga
buruh.Pada
tahun 1905, sistem penghambaan turut dihapuskan.
Pembaharuan Maharaja Meiji (10 M)

You might also like