You are on page 1of 5

Perkembangan bahasa Melayu mengikut zaman:

 Bahasa Melayu ialah subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia yang berada di bawah


rumpun Austronesia
 Digunakan di Kepulauan Melayu sejak lebih 1000 tahun yang lalu
 Rekod awal yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu Kuno adalah pada batu
bersurat bertarikh 683 Masihi iaitu batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang diikuti
dengan batu bersurat Talang Tuwo, Palembang pada 684 Masihi . Setelah itu, batu
bersurat Kota Kapur, Pulau Bangka pada 686 Masihi dan batu bersurat Karang
Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi pada 692 Masihi
 Bahasa Melayu kuno kemudiannya diambil alih oleh bahasa Melayu Klasik bermula
pada abad ke-14 hingga ke abad ke-19
 Bukti zaman ini wujud adalah dengan kemunculan batu bersurat di Pagar Ruyung,
Minangkabau bertarikh 1356 Masihi yang ditulis dalam huruf India , batu bersurat di
Minye Tujuh, Aceh yang bertarikh 1380 Masihi mempunyai penggunaan kata-kata
Arab seperti kalimat nabi, rahmat dan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu
pada tarikh 1303-1387 Masihi yang ditulis menggunakan huruf Jawi
 Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19.
 Hasil karangan Abdullah Munsyi dianggap sebagai permulaan zaman bahasa
Melayu moden.
 Secara umumnya, tahap perkembangan bahasa Melayu moden dapat dibahagikan
kepada dua zaman iaitu zaman bahasa Melayu moden pramerdeka dan zaman
bahasa Melayu moden pascamerdeka.
 Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu
telah ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan di bawah Perkara 152 Perlembagaan
Malaysia. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu memikul tugas sebagai
bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum, bahasa pengantar,
serta bahasa ilmiah di sekolah dan institutt pengajian tinggi.
 Dewan Bahasa dan Pustaka berperanan dalam proses perancangan bahasa
supaya bahasa Melayu berupaya memikul tugas-tugas tersebut.
 Penggunaa bahasa Melayu moden dalam dilihat melalui Hikayat Abdullah yang
ditulis oleh Abdullah Munsyi pada tahun 1849, menyatakan kekesalannya terhadap
sikap orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri.
Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu:
 Bahasa Melayu mula menerima pengaruh bahasa asing sejak zaman bahasa
Melayu kuno lagi
 Antara bahasa asing yang menjadi sumber pinjaman bahasa Melayu ialah Sanskrit,
Arab, Parsi, bahasa daerah Indonesia, Cina, Tamil, Portugis, Belanda dan Inggeris
 Peminjaman bahasa asing telah memperkayakan lagi kosa kata bahasa Melayu
disebabkan sifatnya yang dinamik iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing
 Peminjaman sesuatu kata bahasa asing dilakukan melalui peminjaman teus atau
menerusi penterjemahan
 Peminjaman terus dilakukan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan sesuatu kata
asing dengan sistem bahasa Melayu
 Contohnya perkataan character dalam bahasa Inggeris dieja sebagai karaker dalam
bahasa Melayu
 Manakala peminjaman penterjemahan pula dilakukan dengan mengambil makna
atau konsep perkataan asing itu dam diberi padanannya dalam bahasa Melayu
 Contohnya perkataan reka bentuk yang diterjemahkan daripada perkataan bahasa
Inggeris iaitu design
 Ada beberapa sebab bahasa Melayu perlu meminjam perbendaharaan kata bahasa
asing. Antara sebabnya ialah keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep
atau fenomena baharu. Perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa
asing, misalnya fungsi daripada bahasa asing kepada bahasa Melayu ialah
peranan. Sikap mengagungkan bahasa asing. Kekerapan penggunaan perkataan
asing yang lebih tinggi. Mengatasi masalah sinonim. Perancangan bahasa Melayu
untuk menjadi bahasa moden
 Selain itu juga, peminjaman bahasa biasanya berlaku kerana pertembungan budaya
 Unsur-unsur daripada bahasa asing yang diambil oleh bahasa Melayu termasuklah
bunyi bahasa asing, sistem tulisan, imbuhan, kosa kata umum, istilah, peribahasa
dan struktur ayat
 Bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Hal ini
kerana kebanyakkan masyarakat Melayu pada masa itu beragama Hindu dan
bahasa Sanskrit menjadi bahasa golongan bangsawan serta mempunyai hierarki
yang tinggi
 Hal ini terbukti daripada pengaruh tulisan atau aksara Palava dan Devanagari yang
berasal daripada India, pinjaman kata-kata dan rangkai kata serta fonem-fonem
Sanskrit yang terdapat dalam sistem bahasa Melayu kuno
 Dalam bahasa Melayu terdapat lebih 600 patah perkataaan yang berasal daripada
bahasa Sanskrit. Contohnya:
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
Dukka Duka
Deva Dewa
Sansara Sengsara

 Apabila bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan, tulisan
Palava digunakan bagi menulis persuratan bahasa Melayu pada zaman bahasa
Melayu kuno.
 Bukti penggunaan tulisan ini ada pada yupa iaitu tiang batu persembahan yang
dijumpai oleh pekerja topografi Belanda pada tahun 1879
 Contoh tulisan Palava:

 Terdapat dua faktor utama penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke dalam bahasa
Melayu, iaitu tersebarnya cerita-cerita panji di alam Melayu dan keinginan
masyarakat untuk bersosialisasi dengan negara luar
 Antara perkataan Jawa yang digunakan adalah seperti berikut:
Perkataan Jawa Maksud
Andong Kereta kuda (sewaan)
Batok Tempurung
Berangasan Mudah naik marah

 Bahasa Jawa terbahagi kepada kepada dua iaitu Jawa Ngoko dan Jawa Kromo
seperti dalam Rajah 1.5.

Bahasa Jawa
Jawa Ngoko Jawa Kromo

Ngoko Kasar Ngoko Halus Kromo Madhya Kromo Inggil

Rajah 1.5 Pembahagian Bahasa Jawa

 Pada masa ini, bahasa Jawa mempunyai aksaranya sendiri yang dikembangkan
daripada huruf Palava dan huruf Pegon yang diubah suai daripada huruf-huruf Arab.
Contoh huruf-huruf Pegon:

 Aksara Jawa digunakan untuk menulis bahasa Jawa pada zaman bahasa Melayu
klasik ini dinamakan Hanacaraka atau Caraka. Misalnya:

 Beberapa contoh pengaruh Bahasa Arab yang diserap dalam bahasa Melayu
adalah seperti yang berikut:
Bahasa Arab Bahasa Melayu
Abun Abah
Jadwal Jadual
Shukran Syukur

 Dalam Kamus Dewan, terdapat entri perkataan yang mempunyai etimologi berlabel
C yang menunjukkan kata-kata yang dipinjam daripada bahasa Cina
 Kata-kata itu dikatakan berasal daripada bahasa Cina kerana sistem fonologi kata
asli bahasa Melayu tidak bertepatan dengan sistem fonologi kata bahasa Cina
 Antara kata yang telah diterima dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
Beca Kongsi
Popia Samseng
Kaleng Taikun
 Pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu adalah yang paling ketara dan
paling meluas pada masa ini
 Beberapa perkataan daripada pengaruh bahasa Inggeris yang telah diterima dalam
bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


Book Buku
Mind Minda
Torchlight Torclait

Kedudukan bahasa Melayu di peringkat serantau dan antarabangsa:

You might also like