You are on page 1of 3

topeng muka sendiri.

LANGKAH 1: GUNTING KAIN

Gunakan kain kapas atau kain apa-apa yang sesuai. Licin dan tak serap peluh dengan efektif.

Untuk saiz dewasa boleh potong: 23cm x 13cm

Untuk saiz kanak-kanak boleh potong: 18cmx 11cm

LANGKAH 2: LIPAT KAIN

Langkah seterusnya membolehkan topeng muka berkembang. Macam topeng muka biasa yang kita
beli dekat kedai yang disposable itu akan berlipat-lipat. Kita lipat dua atau tiga lipatan.
LANGKAH 3: POTONG TALI

Tali ini boleh beli di kedai jahit. Atau pasar raya. Pastikan hujungnya dilayurkan atas api supaya
'mati'. Supaya tidak berbulu. Ukurannya ikut panjang mana yang rasa sesuai dan boleh ikat

LANGKAH 4: JAHIT

Mula-mula jahit di bahagian atas kain dan bawah kain. Disarankan lipat dua kali sebelum jahit sebab
tak mahu tepi-tepi kain itu terkeluar nanti. Bila lipat dua akan nampak lebih kemas. Kemudian jahit
bahagian tepi yang sudah dilipat tadi. Selepas itu ambil tali yang telah dipotong dan kemudian jahit
di tepi kain tadi.

You might also like