You are on page 1of 7

SULIT Nama : ……………………………………..

Kelas : …………………………………….

MAJLIS GURU BESAR DAERAH LAWAS

GERAK GEMPUR AKHIR TAHUN 2020


BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN Bahagian A
TAHUN 6
011
November
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu
pada kertas objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan,
padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak di Bahagian A dan 8 halaman


bercetak di Bahagian B.

[Lihat halaman sebelah

011 @2020 Hak Cipta MGBDL


SULIT
Bahagian A

Soalan 1 – 8

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Halaman rumah Puan Mawaddah ditanami pokok hiasan yang


berwarna-warni supaya kelihatan cantik dan ceria.

A ketot
B halus
C renek
D kerdil

2. Dhaniyah apabila melihat cacing tanah bergumpal di dalam


tempurung kelapa itu.

A sedu-sedan
B geli-geleman
C lintang-pukang
D huyung-hayang

3. Zulfaiz berasa sangat gembira kerana terpilih perarakan bersempena


dengan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

A menjalani
B menyertai
C menghadiri
D menghayati

4. Kursus membuat roti dan pizza itu akan dilangsungkan hari Sabtu
hari Ahad di Hotel Seri Malaysia.

A dari … hingga
B pada … dengan
C ketika … kepada
D daripada … sejak
5. Pakaian yang dijemur oleh kakak di ampaian pada pagi tadi kering
lagi kerana cuaca mendung sepanjang hari.

A akan
B telah
C mahu
D belum

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pelayan restoran itu sedang sedulang gelas yang berisi air minuman
sejuk untuk dihidangkan kepada para pelanggannya.

A menatang
B membawa
C menghulur
D memegang

7. Persekutuan Tanah Melayu telah disempurnakan oleh Tunku Abdul


Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri pada ketika itu.

A Keputeraan
B Pemasyhuran
C Keberangkatan
D Persemayaman

8. Hanya ahli jawatankuasa yang hadir semasa Mesyuarat Bulanan


Persatuan Ibu Bapa dan Guru itu.

A segenap
B setengah
C segelintir
D sebahagian
9. Adat resam orang Sarawak tidak sama dengan adat resam orang Sabah.

Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

A lain diniat, lain ditakdir


B lain di mulut, lain di hati
C lain padang, lain belalang
D lain diacah, lain yang jadi

10. Pak Cik Zainal menggali lubang di belakang rumahnya untuk menanam tin-tin
kosong bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Pilih perkataan sinonim bagi menggali.

A mengorek
B menimbus
C meratakan
D menambak

11. Setelah hampir sepuluh tahun bekerja di kilang itu, Ezami sangat mahir
mengecap dan melukis batik yang ditempah oleh pelanggannya.

Pilih perkataan antonim bagi mahir.

A cuai
B teliti
C kekok
D pantas

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Semua borang permohonan ke sekolah berasrama penuh mesti dihantar


selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

A Ke manakah borang permohonan ke sekolah berasrama penuh itu perlu dihantar?


B Bilakah kita perlu menghantar borang permohonan ke sekolah berasrama
penuh itu?
C Bagaimanakah caranya kita hendak menghantar borang permohonan ke
sekolah berasrama penuh itu?
D Mengapakah borang permohonan ke sekolah berasrama penuh itu perlu
dihantar pada hujung minggu ini?
Soalan 13 dan 14

Pilih ayat yang betul.

13. A Skema jawapan Bahasa Melayu itu adalah khas untuk kegunaan pemeriksa sahaja.
B Ketiga-tiga pegawai Bank Simpanan Nasional itu kawan baik ke ayah saya.
C Di waktu malam, gerai ikan bakar di Awat-Awat menjadi tumpuan orang ramai.
D Berbagai-bagai jenis kuih-muih ada dijual di tapak pasar tani Sundar setiap hari.

14. A Adib tidak tahan akan bau sampah yang berlonggok di tepi jalan itu.
B Puan Amalina menyelongkar dapur kabinet untuk mencari rempah nasi beriani.
C Encik Helmi tersenyum puas bila menerima sekeping cek daripada pelanggannya.
D Izzatul bercita-cita mahu melakar kejayaan di dalam bidang lakonan seperti idolanya.

Soalan 15

15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Farzana menyertai Program Kembara Merdeka Berbasikal itu setelah dia


memperoleh keizinan daripada ibu bapanya.

A Farzana mendapat kebenaran daripada ibu bapanya setelah menyertai


Program Kembara Merdeka Berbasikal itu.
B Program Kembara Merdeka Berbasikal itu disertai oleh Farzana apabila dia
dan ibu bapanya mendapat kebenaran.
C Kebenaran daripada ibu bapanya mengizinkan Farzana untuk mengikuti
Program Kembara Merdeka Berbasikal itu.
D Sebaik-baik sahaja mendapat kebenaran daripada ibu bapanya, Farzana pun
memulakan Program Kembara Merdeka Berbasikal itu.

Soalan 16 hingga 20

Baca catatan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SABTU 16 MAC 2019

7:00 pagi-7:30pagi

Kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan, iaitu Cikgu Muhammad Hafiz.
Sebanyak 38 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River, Perak
telah menyertai lawatan sambil belajar. Rombongan ini diadakan untuk memberikan
pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada para peserta. Empat orang guru penasihat
persatuan yang lain turut membantu mengawasi murid-murid bagi memastikan program
berjalan dengan lancar.
9:00 pagi-11:00 pagi

Sebaik-baik sahaja tiba di destinasi yang pertama, iaitu Zoo Negara, kami menaiki
kereta api untuk mengelilingi zoo. Kami melihat berbagai-bagai jenis binatang seperti
tapir, harimau, gajah, dan binatang lain yang tidak pernah kami lihat sebelum ini. Paling
menarik di sini, kami dapat melihat persembahan singa laut, orang utan, dan burung
kakaktua.

11:30 pagi-12:45 tengah hari

Kami tiba di Planetarium Negara. Kami diberi peluang untuk menggunakan teropong
dan mikroskop. Kami dapat melihat pelbagai benda yang ada di planet. Kami berasa
kagum kerana berpeluang untuk melihat bintang, matahari, dan bulan dengan jelasnya.

1:00 petang-1:30 petang

Perut kami yang berkeroncong mula diisi dengan sebungkus nasi ayam dan sebotol air
mineral setiap seorang. Ketika itu, kami dapat menikmati pemandangan yang sangat
indah di sekitar Taman Botani Perdana. Flora dan Faunanya sungguh mendamaikan
perasaan kami.

2:00 petang-3:15 petang

Destinasi berikutnya ialah Balai Seni Visual Negara. Terdapat lukisan-lukisan yang
bermutu tinggi dipamerkan di sini. Kami sungguh tertarik apabila melihat lukisan hasil
tangan pelukis terkenal dari dalam dan dari luar Negara.

3:45 petang-5:00 petang

Kami tiba di destinasi yang terakhir, iaitu Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit
Kiara, Damansara. Di sini, kami didedahkan dengan aktiviti sains dan perkembangan
teknologi sains yang terdapat di Negara kita. Kami dapat mendalami ilmu sains, di
samping dapat mengembangkan minda dengan maklumat-maklumat yang terkini
berkaitan dengan dunia sains dan teknologi.

5:30 petang-6:30 petang

Kami minum petang dan membeli-belah di sebuah pasar raya yang terkenal di ibu kota.
Hampir satu jam kami membeli-belah di sini. Kira-kira 90 minit perjalanan selepas itu,
kami tiba di pekarangan sekolah.
16. Berapakah bilangan anggota rombongan yang mengikuti lawatan sambil belajar
tersebut?

A 31 orang
B 41 orang
C 42 orang
D 43 orang

17. Tujuan utama program lawatan sambil belajar itu dianjurkan adalah untuk

A menikmati panorama yang indah dan menarik hati.


B mendedahkan anggota rombongan dengan ilmu sains dan teknologi.
C memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada para peserta.
D mendekatkan diri setiap anggota rombongan dengan alam flora dan fauna.

18. Maksud rangkai kata mengembangkan minda dalam petikan ialah

A menarik minat.
B meluaskan pemikiran.
C mendedahkan kepakaran.
D menambahkan kebolehan.

19. Pilih susunan yang betul mengikut lokasi lawatan sambil belajar Sekolah
Kebangsaan Aminuddin baki.

A Zoo Negara, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara dan Balai Seni Visual Negara.
B Zoo Negara, Planetarium Negara, Pusat sains Negara dan Balai Seni Visual Negara.
C Zoo Negara, Planetarium Negara, Balai Seni Visual Negara dan Pusat Sains Negara.
D Zoo Negara, Balai seni Visual Negara,Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara.

20. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut.

A lawatan tersebut mengambil masa sselama kira-kira 10 jam.


B Peserta lawatan tiba di kawasan sekolah pada pukul 10:00 malam.
C Makan tengah hari peserta lawatan disediakan oleh guru pengiring.
D Peserta lawatan menghabiskan masa selama dua jam di Zoo Negara.

You might also like