Professional Documents
Culture Documents
0 PENGENALAN
Sistem pendidikan malaysia telah melalui banyak perkembangan dan perubahan demi
mencapai matlamat kerajaan supaya memberi pendidikan yang berkualiti keppda rakyat
bagi melahirkan modal insan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) selaku agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk
memperkenalkan berbagai inisiatif dan program-program pendidikan bagi memastikan
hasrat murni ini menjadi realiti. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan diikuti
oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah satu blueprint yang
diformulasikan bagi tujuan tersebut.
Kepimpinan merupakan satu elemen yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan
manusia. Pemimpin memang diperlukan sama ada sesebuah negara itu primitif atau
bertamadun. Hal ini adalah kerana, kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan sosial
yang memperlihatkan hubungan manusia khususnya hubungan antara pemimpin dengan
pengikut. Hubungan ini biasanya diperlihatkan dalam bentuk fungsi kepimpinan seperti sifat
mempengaruhi dan dipengaruhi. Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam kebanyakan
perkara terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi
meningkatkan kualiti kehidupan organisasi atau unit yang dipimpin. Manakala pengikut pula
adalah golongan yang dipengaruhi oleh pemimpin berdasarkan hakikat yang manusia itu
perlu dipimpin (Hussein Mahmood, 2005).
Hal ini bertitik-tolak daripada tanggapan sesetengah pengkaji lepas bahawa tingkah
laku pemimpin adalah model kepada tingkah laku pengikut. Ini dapat dilihat dalam
kebanyakan definisi kepimpinan yang menghubungkan tindakan-tindakan pemimpin dengan
kejayaan-kejayaan yang memberi faedah kepada pengikutnya. Sebagai contoh, pengikut
atau pekerja dapat meningkatkan kepuasan kerja, komitmen dan sebagainya hasil daripada
tingkah laku kepimpinan ketuanya. Pemimpin-pemimpin yang berjaya mempengaruhi
tingkah laku pengikutnya dikategorikan sebagai pemimpin yang berkesan (Yukl, 2002).
Manakala, sekolah pula merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi
masa depan melalui pencapaian akademik yang cemerlang (Rahimah Haji Ahmad, 2005).
Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di
sekolah itu (Hussein Mahmood, 2005). Ramai mempercayai bahawa pengurusan sekolah
hanya diwarnai oleh kepimpinan pengetua sahaja (Abdul Shukor Abdullah, 2004) tanpa
1
menyedari bahawa kepimpinan semua warga sekolah juga turut menyumbang ke arah
kejayaan sesebuah sekolah. Pada dasarnya kepimpinan sekolah diterajui oleh kumpulan
pentadbir yang diterajui oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru-guru Kanan
Mata Pelajaran.
Sehubungan itu, kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui
untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan (Rahimah Haji Ahmad,
2005). Budaya kepimpinan sekolah daripada model hierarki ‘atas-bawah’ kepada struktur
lebih mendatar yang melibatkan semua ahli komuniti sekolah perlu diperluaskan. Hal ini
kerana corak kepimpinan dan sistem pendidikan kini sedang mengalami ledakan perubahan
yang ketara. Kepimpinan semua pihak di sekolah diperlukan bagi meningkatkan kemajuan
sekolah khususnya terhadap pembelajaran pelajar. Walaupun begitu, kecemerlangan pelajar
turut dipengaruhi oleh perancangan program akademik disekolah.
2
2.0 DEFINISI OPERATIONAL
Kepimpinan atau leadership adalah proses mempengaruhi aktiviti kelompok dalam usaha
menentukan hala-tuju (Aminuddin Mohd. Yusof, 2000). Rahimah (2004) menyatakan
kepemimpinan bermaksud berfungsinya pemimpin dan orang bawahan dalam situasi
tertentu. Dalam kepemimpinan harus terdapat unsur mempengaruhi orang lain, unsur
bawahan (anggota organisasi) sebagai orang yang dipengaruhi, unsur situasi tertentu,
sehingga semuanya berfungsi untuk mencapai tujuan organisasi.
Pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan
dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Bagi organisasi seperti
universiti, kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan Pengurusan. Mereka
bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasil serta kualiti perkhidmatan.
Manakala, Blase J. (2002) berpendapat “principals can make a difference ”, yang membawa
maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripada
kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan
pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi seperti program akademik sekolah merupakan
3
prasyarat penting kepada kepimpinan berkesan. Hasilnya, prestasi sekolah dan kepuasan
kerja guru akan semakin meningkat. Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan
menyatakan ciri-ciri yang lazim perlu ada pada kepimpinan yang berkesan ialah semangat,
integriti, kepintaran, keyakinan diri, kreativiti, fleksibiliti dan berpengetahuan dalam bidang
yang dipegang (Azlin Norhaini Mansor, 2004).
Sehubungan dengan itu Muijs, D., & Harris, A. (2007) juga menyuarakan pendapat
mereka tentang ciri-ciri kepemimpinan yang perlu dimiliki oleh pengetua sekolah dalam era
globalisasi. Ciri yang dimaksudkan dikenali sebagai kepemimpinan profesional iaitu merujuk
kepada sikap tegas pengetua dalam membuat keputusan, mempunyai matlamat yang
realistik serta menekankan keunggulan sebagai pemimpin ketika di sekolah. Di samping itu,
pengetua juga perlu menitikberatkan aspek pembangunan manusia seperti kepuasan kerja
dan komitmen guru terhadap sekolah (Burrows dan Munday, R., 2003).
Tingkah laku merupakan segala tindakan atau aktiviti manusia sama ada dilakukan secara
langsung atau tidak (Dinham S., 2004). Skinner (1983) pula menyatakan perilaku
merupakan respons atau reaksi seseorang terhadap stimulus. Perilaku akan berlaku melalui
proses dengan adanya stimulus terhadap organisme.
4
2.4 HUBUNGAN
Menurut Kamus Dewan (2008), hubungan didefinisikan sebagai sambungan atau rangkaian.
Dalam kajian ini, hubungan yang terlibat ialah gaya kepimpinan perilaku pengetua dan
hubungannya dengan keberkesanan program akademik sekolah. Daripada kajian yang
pernah dilakukan oleh pengkaji lain mendapati bahawa peningkatan kualiti sekolah amat
bergantung kepada peringkat profesionalisme guru. Justeru, guru perlu mampu memberikan
pengaruhnya bagi menjadikan persekitaran sekolah dan program kecemerlangan akademik
yang dirancang mencapai kecemerlangan akademik pelajar. Keadaan ini disokong oleh gaya
kepimpinan pengetua untuk melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pentadbirannya
sehingga guru dapat memberikan pengaruhnya kepada murid-murid untuk menjadikan
situasi dan keadaan sekolah menjadi kondusif untuk belajar (Mohd. Shaphri Bin Mohd Yusof,
2005).
Kecemerlangan merupakan kualiti unggul yang bersinar, indah, sangat baik serta bersepadu
dan simbang dalam diri seseorang. Mengikut Omardin Ashaari (2006), kecemerlangan
akademik didefiniskan sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan,
langkah-langkah dan aktiviti yang diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan
memperbaharui akademik supaya semua matlamat yang telah ditentukan akan tercapai
pada tahap maksimum.
5
pentadbir, peruntukan kewangan, hala tuju program kecemerlangan sekolah, aktiviti
perkembangan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan pusat sumber,
aktiviti perkembangan staf, penilaian, peperiksaan dan lain-lain aktiviti berkaitan. Dalam hal
ini lazimnya pihak pengetua bertanggungjawab memantau semua aktiviti berkaitan dengan
pengajaran, pengurusan dalam bilik darjah, penggunaan buku rekod, peralatan dalam bilik
komputer, kewangan dan pembelian barangan serta juga visi sekolah yang hendak dicapai.
Aziah Ismail dan Abdul Ghani (2011) menyatakan kejayaan akademik ialah kejayaan
yang dinilai berdasarkan pencapaian seseorang pelajar dalam peperiksaan. Sekiranya pelajar
tersebut berada di sekolah Menengah kejayaan diukur berdasar keputusan peperiksaan
penggal ataupun keputusan PMR, SPM dan juga STPM. Bagi pelajar yang sedang belajar di
institusi pengajian tinggi pula kecemerlangan akademiknya diukur berdasarkan kepada
kuputusan Grade Point Average (GPA) ataupun Cumulative Grade Point Average (CGPA).
Peperiksaan merupakan alat pengukur untuk membuktikan sejauh manakah persediaan
yang telah dilakukan oleh setiap pelajar sebelum peperiksaan tersebut diadakan. Persiapan
yang rapi dan mantap sudah pasti memberikan hasil yang memuaskan. Oleh yang demikian,
setiap pelajar haruslah berusaha dengan sebaik mungkin untuk melaksanakan persiapan
untuk menghadapi peperiksaan.
Teori tingkah laku merupakan perilaku seorang individu ketika melakukan kegiatan
pengarahan suatu kelompok ke arah pencapaian tujuan. Dalam hal ini, pemimpin
mempunyai deskripsi perilaku yang cenderung mementingkan bawahan memiliki ciri
peramah, menyokong, membela, mendengar, menerima usul dan memikirkan kesejahteraan
orang bawahan. Di samping itu terdapat pula kecenderungan perilaku pemimpin yang lebih
mementingkan tugas organisasi (Ahmad Mohammad Sharif, 2006).
6
penekanan dari segi teknik pekerjaan, pengutamaan penyelenggaraan dan penyelesaian
tugas serta pencapaian tujuan. Pada sudut yang lain, perilaku pemimpin menurut Model
Leadership Continum pada dasarnya ada dua iaitu berorientasi kepada pemimpin dan
bawahan. Sedangkan berdasarkan model grafik kepemimpinan, perilaku setiap pemimpin
dapat diukur melalui dua dimensi iaitu perhatiannya terhadap hasil atau tugas dan terhadap
bawahan serta hubungan kerja. Kecenderungan perilaku pemimpin pada hakikatnya terikat
pada masalah fungsi dan gaya kepemimpinan (Rahimah Haji Ahmad, 2004).
Teori ini bertitik-tolak dari dasar pemikiran bahawa keberhasilan seorang pemimpin
ditentukan oleh sifat-sifat, perangai atau ciri-ciri yang dimiliki pemimpin itu. Atas dasar
pemikiran tersebut timbul anggapan bahawa untuk menjadi seorang pemimpin yang
berjaya, harus mempunyai keperibadian sebagai seorang pemimpin. Keperibadian yang
dimaksud adalah kualiti seseorang dengan perbagai sifat, perangai atau ciri-ciri di dalamnya.
Ciri-ciri ideal yang perlu dimiliki pemimpin menurut Sondang P Siagian (2000) adalah
pengetahuan umum yang luas, daya ingat yang kuat, rasional, objektif, praktikal, fleksibel,
adaptabiliti, orientasi masa depan, sifat intuitif, menepati masa, rasa kohesi yang tinggi,
naluri relevan, keteladanan, ketegasan, keberanian, kesediaan menjadi pendengar yang
baik, menentukan mengikut keutamaan, membezakan yang baik dan buruk,
berketerampilan mendidik dan berupaya berkomunikasi secara efektif. Teori sifat yang
dimiliki oleh seseorang pemimpin terutamanya yang dimiliki oleh pengetua atau guru besar
akan berupaya meningkatkan akademik dan prestasi di sekolah (Wan Mohd Zahid Wan
Mohd Noordin, 2006).
McGregor (1960) telah mempelopori Teori X dan Teori Y. Perbezaan gaya kepimpinan
bergantung kepada tanggapan pemimpin terhadap orang bawahannya. Tanggapan umum
yang terkandung dalam Teori X adalah seperti berikut:
I. Manusia pada dasarnya malas. Untuk menggerakkan mereka, maka pemimpin perlu
menggunakan tekanan dan tindakan hukuman.
7
II. Manusia, secara tabiinya tidak suka kepada kerja dan sedaya upaya cuba
menggelakkan diri daripadanya.
III. Mereka tidak bercita-cita tinggi, suka melarikan diri daripada tanggungjawab dan
suka di arah.
IV. Mereka mahu mengatasi orang lain dan mahukan keselamatan di dalam hidup.
V. Untuk memastikan manusia dapat bekerja bagi memenuhi matlamat organisasi atau
kumpulan, perlu digunakan paksaan, kawalan dan tindakan hukuman.
8
yang terkandung dalam Teori Y pula adalah berlawanan dengan tanggapan-tanggapan
umum dalam Teori X (Al. Ramaiah, 2002).
Pengagihan usaha dan segi mental dan fizikal dalam pekerjaan adalah proses biasa
bagi manusia. Mereka bukan secara tabiinya bersikap pasif atau suka menentang kemahuan
organisasi. Keadaan sedemikian berlaku kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur pengalaman
yang disediakan oleh organisasi. Kawalan luaran tekanan hukuman bukanlah satu-satunya
kaedah untuk memastikan pekerja bekerja keras bagi mencapai objektif organisasi. Kalau
pekerja sudah mempunyai komitmen terhadap organisasi, maka mereka akan mempunyai
arah pengarahan diri. Manusia yang normal, bukan sahaja sanggup menerima tetapi mereka
akan berusaha untuk mencari tanggungjawab. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab,
tidak beraspirasi tinggi dalam kerjaya dan malas bukanlah merupakan sifat-sifat semulajadi
manusia.
9
Blase, J., & Blase J (2002) memperkenalkan Pendekatan Empat Faktor sebagai satu kaedah
mengenalpasti gaya-gaya kepimpinan. Pendekatan ini adalah terbitan daripada usaha-usaha
yang telah dipelopori oleh Likert dan kumpulan pengkaji Ohio State University. Bowers dan
Seashore menggunakannya sebagai asas bagi mengemukakan pendekatan empat faktor
yang mereka anggap lebih menyeluruh dan lengkap. Mereka telah mengenalpasti empat
gaya kepimpinan yang berbeza iaitu:
III. Gaya Penekanan Matlamat: Apabila gelagat pemimpin semata-mata pada soal
pencapaian matlamat organisasi dengan prestasi paling memuaskan.
10
Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki
sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif
organisasi. Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang
dijelaskan oleh Blake & Mouton (1993) iaitu gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan
demokratik dan laissez-faire. Gaya kepimpinan yang manakah yang manakah yang paling
terbaik dan sesuai digunakan untuk keberkesanan program akademik di sekolah?
Sebenarnya, ketiga-tiga gaya kepimpinan tersebut boleh digunakan dalam keadaan tertentu,
yang mana paling sesuai bergantung pada situasi ketua, pengikut dan persekitaran kerja
(Ainon Mohd, 2004), Oleh itu, seseorang pemimpin yang berjaya akan menggunakan gaya
kepimpinan yang berbeza untuk situasi yang berbeza. Gaya kepimpinan yang sesuai akan
dapat meningkatkan motivasi dan moral guru-guru serta para pelajar untuk meningkatkan
mutu prestasi dan kecemerlangan program akademik sekolah yang telah dirancang dan
dirangka sejak awal tahun.
Pengetua atau guru besar merupakan pentadbir sekolah yang mempunyai autonomi
yang dapat menjayakan sesuatu penambahbaikan melalui perubahan-perubahan dalaman
dan luaran sekolah. hal ini termasuklah kesediaan dari aspek pemikiran, afektif dan tingkah
laku pengetua untuk membuat perubahan dalam sekolah. Perubahan dalaman (mikro) dapat
memperbaiki kelemahan pengurusan sekolah dan menambahbaik dengan program
kecemerlangan pelajar (Abdul Ghani Abdullah et. al, 2008).
Pemimpin jenis ini banyak memberi arahan dan semua keputusan hanya dia seorang sahaja
yang boleh membuatnya. Pengetua jenis ini sangat mementingkan kedudukan sebagai
seorang yang berkuasa dan mahu membolot semua kuasa yang diberikan kepadanya. Dia
menentukan semua aktiviti yang boleh dibuat, cara-cara bagaimana aktiviti itu boleh dibuat
dan siapa yang harus membuatnya. Pemimpin ini hanya memberi arahan demi arahan dan
dalam masa yang sama dia tidak ikut serta mana-mana aktiviti. Pada masa ini gaya
autokratik tidak diterima ramai lagi dan dianggap sudah ketinggalan (Aminuddin Mohd
Yusof, 2000).
11
Namun sebenarnya masih ramai pemimpin terdiri daripada mereka yang
mengamalkan gaya ini. Dalam keadaan-keadaan tertentu hanya penggunaan gaya ini yang
berkesan umpamanya apabila berlaku krisis besar seperti hanya pemimpin sahaja yang
boleh membuat keputusan. Dalam situasi begini, keputusan demi keputusan mesti dibuat
dengan cepat manakala persetujuan ramai tidak diperlukan (Ishak dan Mastura, 2008).
Sikap yang dimiliki seperti ini tidak disukai oleh kebanyakan guru kerana sikap memaksa ini
membuatkan guru menjadi tertekan, tiada keseronokan bekerja dan merasai bebanan kerja.
Hal ini sekaligus menjejaskan pencapaian akademik pelajar.
Pemimpin demokratik percaya kepada penyertaan semua orang dalam membuat sesuatu
tindakan. Pemimpin juga percaya kepada musyawarah dan sering menurunkan kuasanya
kepada orang-orang bawahan dan memberi kelonggaran kepada mereka untuk membuat
sesuatu keputusan mengikut kebijaksanaan masing-masing. Pemimpin demokratik boleh
menjadi pembimbing yang baik bagi organisasinya kerana pemimpin menyedari peranannya
sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan menekankan rasa tanggungjawab dan
kerjasama yang baik kepada setiap orang. Selanjutnya pemimpin tahu urusan kumpulan
bukan masalah peribadinya. Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua
pihak kerana itu pemimpin sedar dia tidak mampu bekerja seorang diri.
12
Pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan
perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Oleh kerana
kepimpinannya bersifat membantu, pengetua akan dihormati dan dihargai serta dilihat
sebagai lambang kebaikan. Guru tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu
hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari usaha bersama bukan hasil dari usahanya
kerana dia sedar dia bukan seseorang yang mempunyai kekuatan luar biasa. Contohnya,
Menurut Aziah Ismail dan Abdul Ghani (2011), pemimpin jenis ini memberi sepenuh
kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia
tidak campur tangan langsung dalam sebarang aktiviti yang diajurkan. Dia melihat mereka
sebagai orang sudah matang, tahu membezakan yang baik dan yang buruk serta tahu
membezakan antara betul dan salah. Baginya, guru harus bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas tindakan yang dilakukan, biarkan mereka bersendirian dan tidak diusik. Sesuatu
yang diperlukan ialah matlamat yang telah dipersetujui dicapai. Keadaan yang sangat bebas
dan liberal ini kadang-kadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak
mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. Kalau orang-
orang bawahannya betul-betul matang, maka hasilnya memang baik, tetapi jika ramai
antara mereka yang kurang matang, maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka
seperti hilang pedoman kerana tiada pemandu yang menunjuk arah. Gaya laissez-faire akan
menimbulkan banyak masalah apabila sesebuah organisasi besar dan aktivitinya menjadi
sangat kompleks. Hal ini disebabkan dalam keadaan seperti ini, jumlah keputusan yang
terpaksa diambil sangat banyak dan sifatnya kompleks (Ainon, 2004).
13
struktur tugas (Felton, 1996) dan sebagainya. Sementara itu, kepimpinan demokratik
disamakan pula dengan Teori Y (Mc Gregor,1960), (berorientasikan timbang rasa (Rahimah
Haji Ahmad. 2004) dan sebagainya.
Sebagai seorang pemimpin, perkara yang paling penting ialah memastikan setiap program
berjalan seperti yang dirancang, tidak kira program itu kecil ataupun besar. Dalam
melaksanakan program, seorang pemimpin mungkin akan menghadapi pelbagai masalah,
maka beliau perlulah memilih pendekatan sesuai dengan cabaran yang dihadapi (Institut
Aminudin Baki, 2006). Pemimpin boleh melakukan tugasnya dengan penuh keyakinan
sekiranya pengetau dapat memahami objektif utama dan membuat perancangan awal untuk
mencapai objektif, mempunyai orang bawahannya yang komited untuk mengharungi
cabaran bersama dan saling bantu membantu dalam menangani cabaran
a) Taktik pujukan rasional penggunaan hujah yang logik dan mempunyai bukti-bukti
nyata semasa memujuk orang bawahan digunakan dalam melaksanakan sesuatu.
Akan tetapi taktik ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai sifat yang jujur dan
mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi.
b) Taktik daya tarikan inspirasi pula merupakan satu taktik mempengaruhi orang
bawahan dengan cara membangkitkan semangat dan emosi. Taktik ini hanya
berkesan jika pemimpin mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi dan
berkebolehan menggunakan metafora serta dengan gaya dan gerak geri yang
menarik.
14
c) Taktik perundingan pula seseorang pemimpin itu memberi peluang atau mengajak
orang bawahan memberi pendapat, pandangan, kaedah dan cara-cara melaksanakan
sesuatu untuk mencapai sesuatu objektif. Taktik ini menjadi lebih berkesan jika
pemimpin mempunyai kebolehan mendengar yang tinggi serta boleh memujuk orang
bawahan.
d) Pemimpin yang menggunakan tahap hubungan setia kawan yang baik dengan orang
bawahan untuk memujuk orang bawahan melaksanakan tugas adalah pemimpin
yang menggunakan taktik daya tarikan peribadi. Taktik ini berkesan jika hubungan
pemimpin dengan pengikut akrab dan pengikut takjub kepada pemimpin.
e) Pemimpin yang menggunakan orang lain untuk mempengaruhi orang bawahan
melaksanakan tugas pula dikatakan telah menggunakan taktik gabungan. Namun
taktik gabungan ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai ramai orang
berpengaruh.
f) Taktik mendapatkan simpati pula berkaitan dengan taktik berbuat baik sambil
merayu. Biasanya taktik ini dilaksanakan melalui orang ketiga hingga menyebabkan
orang bawahan berasa mereka dihargai dan paling layak untuk melaksanakan
sesuatu tugas. Taktik ini berkesan jika orang bawahan mengamati pemimpin mereka
adalah jujur.
15
Menurut Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman dan Manisah Mohd Ali (2008), matlamat
persekolahan mencorak dan membentuk sumber manusia yang berpotensi menjana
pembangunan negara. Bagaimanapun isu ini menjadi persoalan kerana sistem persekolahan
yang berfungsi mengembangkan potensi manusia masih menjadi tanda tanya. Masalah ini
menyebabkan berlaku pembaziran bakat yang dimiliki oleh pelajar dan generasi muda di
Malaysia. Bagi menangani isu ini, penekanan kepada aspek pembangunan modal insan perlu
dalam sistem persekolahan. Ini termasuk kepada penekanan kepada aspek penguasaan
kemahiran, pengetahuan yang relevan, proses sosialisasi sistem persekolahan,
meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru, motivasi ke atas pelajar dan guru,
meningkatkan kemudahan pembelajaran, susunan pembelajaran yang konduktif dan
sebagainya.
16
Tujuan belajar di sekolah pada umumnya memberikan pengetahuan dan
mengembangankan kemahiran yang relevan dengan keperluan persekitaran semasa
(Hussein, 2005). Sistem persekolahan yang sentiasa menghadapi pelbagai perubahan dan
pembaharuan, memerlukan peningkatan inovasi dan kreativiti dalam sistem persekolahan.
Ini kerana sekolah merupakan institusi yang berkesan bagi merangsang dan
mengembangkan potensi pelajar. Malah dalam dunia yang global ini, kreativiti dan inovasi
dianggap bidang kemahiran dan profesion yang penting bagi mencorak kualiti modal insan.
Modal insan yang kreatif dan berinovasi, merupakan aset penting kepada kejayaan
sesebuah negara.
Kepimpinan sekolah perlu berusaha untuk membentuk modal insan yang kreatif
dalam sistem persekolahan bagi meningkatkan kemajuan dan kejayaan dalam bidang
pendidikan (Aziah, Yaakob dan Yahya 2006). Selain itu, pemilihan gaya kepimpinan yang
sesuai turut menyumbang ke arah pemantapan tenaga kerja iaitu guru untuk terus
berkhidmat tanpa jemu dalam peningkatan akademik pelajar. Menurut Hussein (2005) pula,
kepimpinan di sekolah perlu berusaha dalam membentuk tenaga pengajar yang mahir,
profesional, kreatif dan inovatif secara berterusan. Idea strategi dan pendekatan kreatif dan
inovatif dalam sistem persekolahan perlu dikembangkan di kalangan tenaga pengajar,
sekolah dan sistem pelajaran itu sendiri.
17
Mentee, Hari Pelaporan Akademik, Hari Anugerah Cemerlang, Program Sentuhan Bonda dan
Graf Prestasu Diri, Program Guru Muda (Membimbing pelajar yang lemah), Program Make A
Different (MAD), Klinik Matematik, Program Anak Angkat dan sebagainya. Sehubungan
dengan itu, sikap dan kepimpinan pengetua amat mempengaruhi program yang telah
diaturkan oleh pihak sekolah.
Manakala menurut Ayob Jantan (2005), pelbagai langkah telah di ambil bagi
menjana pelajar Malaysia yang berkualiti untuk kemajuan negara selaras dengan Wawasan
2020 dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu:
II. Literasi komputer seperti Internet, laman web, program pendidikan jarak jauh (PJJ)
yang berasaskan teknologi telekomunikasi, telekonfrensi, modul pembelajaran
terancang dan pembelajaran terancang dan pembelajaran sepanjang hayat.
III. Kemahiran berfikir menjadi asas kepada pembangunan pelajaran yang bersifat
inovatif dan kreatif di sekolah. Penekanan aspek ini dalam sistem persekolahan
membolehkan percambahan pemikiran berlaku dan pelajar dapat berfikir dan
membuat keputusan dengan lebih rasional, bertimbang rasa dan lebih objektivif.
18
Pengurusan ke arah kecemerlangan akademik banyak bergantung kepada
kepimpinan guru besar atau pengetua sekolah. Oleh itu seseorang pentadbir atau guru
seharusnya bersedia mengaplikasikan pelbagai pendekatan untuk merancang aktiviti
kecemerlangan akademik. Biasanya kebanyakan guru besar atau pengetua membuat
program kecemerlangan akademik sekolah pada awal tahun dengan tujuan agar pelajar
dapat kejayaan yang baik dalam pelbagai peperiksaan. Dalam masa yang sama program
seperti ini boleh mengurangkan masalah pelajar tidak berdisiplin. Sebagaimana yang kita
tahu, semasa aktiviti atau program dijalankan sekurang-kurangnya pelajar akan
menggunakan masa secara yang berfaedah. Mereka juga mendapat asuhan, bimbingan dan
nasihat yang berguna daripada guru-guru bagi kepentingan masa depan mereka.
19
6.0 KESIMPULAN
Pelbagai konsep, teori dan model berkaitan gaya kepimpinan dan hubungannya terhadap
keberkesanan program akademik sekolah. Pelbagai program peningkatan akademik yang
telah digarap dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Namun begitu, kepimpinan perilaku
seseorang pentadbir banyak membantu menjayakan program yang telah dirancang. Sehebat
mana sekalipun program yang dirancang, namun jika sikap pentadbir yang masih
mengamalkan sikap ‘kuku besi’, segala aktiviti yang dirancang hanya menjadi sia-sia. Oleh
itu, gaya kepimpinan yang dimiliki pengetua amat mempengaruhi motivasi dan kepuasan
kerja guru untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan program akademik sekolah.
Organisasi seperti sekolah perlu menjadikan usaha peningkatan produktiviti dan komitmen
kerja sebagai satu proses yang berterusan bagi memperbaiki prestasi dan kecemerlangan
program akademik sekolah. Dalam pada itu juga, pengetua perlu menyediakan persekitaran
kerja yang kondusif serta memilih gaya kepimpinan yang sesuai untuk meningkatkan
prestasi akademik pelajar.
20
Justeru, pengetua perlulah mengamalkan perbincangan secara dua hala dalam
menjana pemikiran orang bawah dalam menyelesaikan sesuatu dan bekerja sebagai satu
pasukan dan bukan secara individu untuk meningkatkan akademik pelajar. Malah, pengetua
juga perlu sering berusaha untuk mempertingkatkan tahap keperluan dan kebolehan orang
bawahnya supaya lebih bertanggungjawab dan berjaya menyelesaikan tugas organisasi ke
peringkat maksimum walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
Pemikiran yang positif, tingkah laku yang dihormati disusuli dengan keseronokan
serta integriti yang tinggi dengan menunjukkan kejujuran dalam membuat perubahan
menjadikan perubahan yang dilakukan memberi manfaat kepada seluruh dimensi warga
sekolah. Untuk menyediakan kepimpinan pengetua yang cemerlang pada abad ke-21,
mereka harus bermula dari sekarang dengan menunjukkan sikap positif dan sentiasa
mencari jalan yang untuk melakukan perubahan agar dapat melahirkan warga pelajar yang
bermoral tinggi, bijaksana dan mampu melonjakkan nama negara pada masa akan datang.
BIBLIOGRAFI
Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Hj. Abd Aziz dan Tang Keow Ngang. 2008. Pincang
Laku Kepimpinan Pengetua Menurut Perspektif Guru: Satu Kajian Kes. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 33. Pp. 47-60. ISSN 0126-6020/2180-0782.
Ahmad Mohammad Sharif. 2006. Leader Behavior, Organization Effectiveness and Job
Satisfaction Vocational Teachers in Malaysia. Dissertasi Phd. Louisiana State
University.
Ainon Mohamad. 2003. Komunikasi Untuk Pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Ainon Mohd. 2004. Teori Dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi Di Tempat Kerja. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
21
Arksey, H., & Knight, P. 1999. Interviewing For Social Scientist. London: Sage Publications.
Ayob Jantan. 2005. Pengetua Sekolah Yang Afektif. PTS Profesional. Pahang.
Aziah Ismail dan Abdul Ghani. 2011. Cluster Scholls For Diverse Student’s Needs In
Malaysia: A System Riview. International Journal Of Educations. 3 (2). P.1-13.
Aziah, Yaakob dan Yahya. 2006. Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Sekolah di Malaysia.
Batu Caves Selangor. PTS Profefessional Publishing Sdn Bhd.
Azizi Yahaya & Rohaya Ahmad. 2006. Teori Sistem Yang Digunakan Di Sekolah. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Azlin Norhaini Mansor. 2004. Amalan Pengurusan Pengetua: Satu Kajian Kes. Prosiding
Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan IAB Ke 12, 2004.
Blake, R. & Mouton, J. 1993. The Managerial Grid III: A New Look At The Classic That Has
Booted Productivity And Profits For Thousands Of Corporations World Wide.
Houston: Gulf Publishing.
Blase, J., & Blase J. 2002. Principal’s Instructional Leadership And Teacher Development:
Teacher perspectives : Educational Administration Quarterly, 35, 349 – 378.
David M. Traversi. 2007. Eight Drivers of the High-Impact Leader. Retrieved September 10,
2008 dari http://www.leader-values.com/Content/detail.
Ghazali Othman. 2001. Sekolah Berkesan Dan Program Pembaikan Sekolah Di Malaysia.
Diges Pendidik. 1 (2). 1-8.
Hussein Mahmood. 2005. Perkembangan staf di sekolah: Bentuk dan Cara Pelaksanaan.
Jurnal Pengurusan Pendidikan. (2): 2-9.
Ishak bin Mad Shah dan Mastura Bte Mahfar. 2008. Impak Tingkah Laku Kepimpinan
Transaksi Dan Transformasi Pengetua Ke Atas Tingkah Laku Kerja Guru-Guru. Fakulti
22
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.Universiti Teknologi Malaysia
Institut Aminudin Baki. 2006. Leadership Tips-Jack Welch Style. Artikal Buletin IAB. Bilangan
1/Jun 2006.
Katz, D. dan Kahn, R.L. 2000. The Social Psychology of Organization. New York: John Wiley
& Sons
Mohd. Shaphri Bin Mohd Yusof. 2005. Stail Kepimpinan Guru Besar yang Sebenarnya
Berdasarkan Persepsi Guru-guru. Thesis Msc Mgt. Universiti Utara Malaysia.
Muijs, D., & Harris, A. 2007. Teacher Leadership In (In) Action: Three Case Studies Of
Contrasting Schools. Educational Management Administration & Leadership, 35(1),
111-134.
Noordin Yahya dan Shariffudin Ismail. 2004. Tingkah laku Kepimpinan Pengetua Dan
Hubungannya Dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa
Buah Sekolah Terpilih. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 pada 6-9 Disember 2004.
Quah Cheng Sim dan Wan Azmiza Wan Mohamed. 2003. Kajian Keberkesanan Program
Pgce Dalam Membantu Pemimpin Sekolah Kluster Kecemerlangan Memimpin dan
Mengurus Institusi Pendidikan Di Malaysia. Institute Aminuddin Baki.
Rahimah Haji Ahmad. 2004. Malaysian School Prinsipalship: Predicament Of Leadership And
Management. Dlm Rahimah Haji Ahmad & Tie Ee Fatt (pnyt.), Principalship and
School Management. hlm 1-17. Kuala Lumpur: Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.
Rahimah Haji Ahmad dan Mohd Yaccob Mat Nong. 2005. Tingkah Laku Kepimpinan Dan
Amalan Profesionalisme Pentadbir Pendidikan Di Malaysia: Satu tinjauan bahan
penyelidikan. Seminar Kebangsaan Pendidikan. Konvensyen Ke Enam Mengenal
Pendidikan Kepimpinan Profesionalisme Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.
Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman dan Manisah Mohd Ali. 2008. Faktor Ibu Bapa
Dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif. Universiti
Kebangsaan Malaysia. MJLI VOL. 5 (2008) 79.
23
Sondang P. Siagian. 2000. Teori Dan Praktek Kepemimpinan. Jakarta: Rineka Cipta.
Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. 2006. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.
Yukl G. 2002. European Journal Of Work And Organizational Psychology. 8 (1), 33–48 An
Evaluative Essay on Current Conceptions of Effective Leadership
State University of New York at Albany, USA.
Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki Dan Jamil Ahmad. 2005. Prestasi
Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan Malaysia, 30. Pp. 93-111. ISSN 0126-
6020/2180-0782.
24