You are on page 1of 2

TS 25 SK Kem Lapangan Terbang 2021

06 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

A Apa maksud Program Transformasi Sekolah TS25?

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang memfokuskan
aspek kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi selaras dengan keperluan semasa pendidikan di Malaysia.
Melalui TS25, guru-guru hendaklah mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan
serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (Pdpc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
(a) Persekitaran Pembelajaran Yang Menyeronokkan
(b) Kepimpinan Ynag Berkualiti Dan Berwawasan
(c) Guru Kompetan Dan Beraspirasi Tinggi
(d) Komitmen Komuniti Yang Padu

B Objektif Program TS25

(a) Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.


(b) MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur
kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
(c) Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan
kemenjadian murid.

C Matlamat Program TS25

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama
yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;
(a) Memantapkan kepimpinan sekolah.
(b) Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc).
(c) Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.
TS 25 SK Kem Lapangan Terbang 2021

D Konsep Program TS25?

E Tugas Dan Tanggungjawab Guru Besar

(a) Merancang Pelan Strategik Sekolah jangka pendek (1 tahun) dan jangka panjang (3 tahun)
(b) Menetapkan matlamat dan hala tuju sekolah mengikut struktur TS25
(c) Merancang pemantauan dan penilaian pelaksanaan program.
(d) Merancang Pembangunan Profesionalisme berterusan
(e) Melaksanakan bimbingan pemantauan menggunakan system pengesanan dan penilaian.
(f) Melaporkan kepada PPDKMY dalam urusan harian sekolah:
(i) Perkembangan pelaksanaan Pelan Intervensi Trasformasi Sekolah (PinTas)
(ii) Status perbelanjaan kewangan sekolah.
(ii) Perkembangan prestasi guru dan staf.

F Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Kanan ( Senior Leader )


Melaksanakan peningkatan pedagogi guru bersama GB dan rakan ELIT seperti berikut:
(a) Merancang pembangunan Profesionalisme berterusan (latihan) guru.
(b) Merancang dan menyelaras Pelan Strategik sekolah jangka pendek dan jangka panjang.
(c) Penyelaras pelaksanaan penerapan, pemantauan dan penilaian pelaksanaan program sekolah.
(d) Melaksanakan bimbingan dan peningkatan pedagogi guru.
(e) Melaksanakan pemantauan pengurusan kurikulum, HEM, Kokurikulum dan PPKI.
(f) Membantu penyediaan bahan pelaporan yang berkaitan kepada PPDKMY

G Tugas Dan Tanggungjawab Pemimpin Pertengahan ( Middle Leader )


(a) Bertindak sebagai pengantara di antara pihak pengurusan dan ahli-ahli kumpulan.
(b) Perlu bijak mengurus kendiri dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan.
(c) Berupaya mengurus tugas utama yang diamanahkan dengan efektif dan berfokus.
(d) Bijak mengurus pasukan yang terdiri daripada ahli-ahli panitia atau ahli-ahli bidang mereka yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada dari segi sikap, kemahiran dan pengetahuan.
(e) berupaya menggalakkan rakan sepasukan untuk mencuba pelbagai idea/kaedah baru dalam
melaksanakan tugasan.
(f) Berupaya membantu rakan sepasukan dalam memastikan strategi organisasi tercapai.
(g) Berupaya menggunakan data, menyatukan maklumat dan menyalurkan maklumat kepada pihak
pengurusan
(h) Berupaya menyampaikan maklumat daripada pihak pengurusan kepada ahli-ahli dengan berkesan
dan sebaliknya.

You might also like