You are on page 1of 6

SK PULAU RUSA

20050 KUALA TERENGGANU

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN


PERINGKAT SEKOLAH
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 64

ANJURAN :

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM DAN JAWATANKUASA


PERAYAAN DAN MAJLIS RASMI

Dengan Kerjasama

PANITIA SEJARAH, BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS,

PSV DAN AGAMA ISLAM


1.0 PENDAHULUAN
Jawatankuasa Perayaan dan Majlis Rasmi SK Pulau Rusa dengan kerjasama
Panitia Sejarah akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan secara online bagi
mengisi takwim SK Pulau Rusa bagi tahun 2021. Justeru, pihak Panitia akan
mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64
bertemakan ‘Malaysia Prihatin’. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra
Sekolah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan
memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk
memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam
kalangan murid dan guru-guru SK Pulau Rusa.

2.0 MATLAMAT
            Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan
adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru SK Pulau Rusa serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan
rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha
meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah
supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Pulau Rusa secara
menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu
mengharumkan nama baik SK Pulau Rusa di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
penonton.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN

Unit Pentadbiran Kokurikulum dan Jawatankuasa Perayaan dan Majlis Rasmi dengan
kerjasama Panitia Sejarah bersama-sama guru-guru SK Pulau Rusa.

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kebangsaan dari 24 Ogos 2021 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 15 September 2021.

6.0 PENYERTAAN

Semua murid dan guru SK Pulau Rusa


7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Agama Islam dan Pendidikan
Seni Visual.

8.0 JADUAL PERLAKSANAAN


8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian Cadangan Tarikh

1. Tulisan mekanis BM Tahap I (Tahun 1-3)


2. Deklamasi Sajak ( Tik tok ) BM Tahap II (Tahun 4-6)
1. Merdeka Quiz BI Tahap I (Tahun 1-3)
2. Merdeka Wish BI Tahap II (Tahun 4-6)
Pertandingan Mewarna Tahap I (Tahun 1-3)
3. PSV
Tema Kemerdekaan
Tahap II (Tahun 4-6)
4. Basikal Merdeka PSV

7. Pakaian Kaum di Malaysia Sejarah Tahap I (Tahun 1-3)


Video laungan merdeka
8 Sejarah Tahap II (Tahun 4-6)
(pakaian merdeka)
Tahap I (Tahun 1-3)
9. Merumikan petikan Agama Islam

Terbuka Tahap II
10. Menjawikan petikan Agama Islam
(Tahun 4-6)

Kad Ucapan Kemerdekaan Pra sekolah


11. Pra sekolah
Kreatif
Pra sekolah
12. Nyanyian lagu Merdeka Pra sekolah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Anggaran
Bil Aktiviti Kos Bilangan hadiah
Perbelanjaan

Pertama (3 Kelas) RM 10 × 3
Tulisan mekanis
1 Kedua (3 Kelas) RM 8 × 3 RM 69.00
- Tahap 1
Ketiga (3 Kelas) RM 5 × 3
Pertama (6 Kelas) RM 10 × 6
Deklamasi Sajak ( Tik tok )
2 Kedua (6 Kelas) RM 8 × 6 RM 138.00
- Tahap 2
Ketiga (6 Kelas) RM 5 × 6
Pertama (3 Kelas) RM 10 × 3
Merdeka Quiz
3 Kedua (3 Kelas) RM 8 × 3 RM 69.00
- Tahap 1
Ketiga (3 Kelas) RM 5 × 3
Pertama (6 Kelas) RM 10 × 6
Merdeka Wish
4 Kedua (6 Kelas) RM 8 × 6 RM 138.00
- Tahap 2
Ketiga (6 Kelas) RM 5 × 6
Pertandingan Mewarna Pertama (3 Kelas) RM 10 × 3
5 Tema Kemerdekaan Kedua (3 Kelas) RM 8 × 3 RM 69.00
- Tahap 1 Ketiga (3 Kelas) RM 5 × 3
Pertama (6 Kelas) RM 10 × 6
Basikal Merdeka
6 Kedua (6 Kelas) RM 8 × 6 RM 138.00
- Tahap 2
Ketiga (6 Kelas) RM 5 × 6
Pertama (3 Kelas) RM 10 × 3
Pakaian kaum di Malaysia
7 Kedua (3 Kelas) RM 8 × 3 RM 69.00
- Tahap 1
Ketiga (3 Kelas) RM 5 × 3
Video laungan merdeka Pertama (6 Kelas) RM 10 × 6
8 (berpakaian merdeka) Kedua (6 Kelas) RM 8 × 6 RM 138.00
- Tahap 2 Ketiga (6 Kelas) RM 5 × 6
Pertama (3 Kelas) RM 10 × 3
Merumikan petikan
9 Kedua (3 Kelas) RM 8 × 3 RM 69.00
- Tahap 1
Ketiga (3 Kelas) RM 5 × 3
Pertama (6 Kelas) RM 10 × 6
Menjawikan petikan
10 Kedua (6 Kelas) RM 8 × 6 RM 138.00
- Tahap 2
Ketiga (6 Kelas) RM 5 × 6
Kad Ucapan Kemerdekaan Pertama (1) RM 10 × 1
11 Kreatif Kedua (1) RM 8 × 1 RM 23.00
- Pra Sekolah Ketiga (1) RM 5 × 1
Pertama (1) RM 10 × 1
Nyanyian lagu Merdeka
12 Kedua (1) RM 8 × 1 RM 23.00
- Pra Sekolah
Ketiga (1) RM 5 × 1
JUMLAH BESAR RM 1081.00

10.0 PERUNTUKAN
PANITIA SEJARAH, PSV, BM, BI dan PAI – RM 1081.00
11.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN BULAN
KEMERDEKAAN
Sila rujuk Lampiran 1

12.0 TENTATIF SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


Sila rujuk Lampiran 1

13.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pulau Rusa secara online ini


memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang
positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi
budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Pulau Rusa dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti disamping memupuk
budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(PN FARIDAH BT MUDA) (KHAZAIRILAZLYMY BIN RAZALI)


Ketua Panitia Sejarah PK Kokurikulum

Diluluskan / Tidak lulus

(SABRI BIN YUSOF)


Guru Besar

You might also like