You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG UTAMA

Persiaran Sungai Keramat, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.


Tel : 03-3291 8081 Fax : 03-3290 4276
E-mail : bea0107@moe.edu.my
(Kod Sekolah : BEA0107)

Rujukan Kami : SMKTKU 100-2/3/3 ( )


Tarikh : 23 September 2021

Kepada,
Ibu Bapa/ Penjaga,
Murid-murid Tingkatan 1

Tuan / Puan,

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPSi) KERTAS INVENTORI TRET PERSONALITI


(ITP) DAN INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK) TINGKATAN 1 TAHUN 2021 SECARA ATAS TALIAN
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Pentaksiran Psikometrik (PPSi) dari Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi murid-murid
Tingkatan 1 wajib dilaksanakan di semua sekolah mulai tahun 2014. Kesemua murid perlu menjawab inventori ini
secara atas talian (google meet) kerana terdapat kekangan untuk melaksanakan inventori ini secara bersemuka
disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19.

3. Tujuan pentaksiran adalah murid mengenal personaliti, menyedari kebolehan dan potensi diri malah menjadi
rujukan guru dalam merancang strategi PdP yang sesuai mengikut kebolehan murid. Bentuk soalan adalah aneka
pilihan.

4. Berikut adalah maklumat berkenaan pelaksanaan PPSi:

Tarikh / Hari Masa Tingkatan Tempat

28 September 01.00 petang – 03.00 petang 1 Arif & 1 Berkat


2021 (Selasa) 03.00 petang – 05.00 petang 1 Cekal & 1 Dedikasi
Google Meet
29 September 01.00 petang – 03.00 petang 1 Efisien ,1 Fasih & 1 Gigih
2021 (Rabu) 03.00 petang – 05.00 petang 1 Hemah,1 Ikhlas & 1 Jujur

5. Diharapkan ibu bapa/ penjaga dapat memastikan anak/ jagaan tuan/ puan hadirkan diri ke google meet dan
Kertas Inventori Tret Personaliti (ITP) dan Inventori Minat Kerjaya (IMK) Tingkatan 1 secara atas talian pada tarikh
yang telah ditetapkan. Link google meet akan diberikan melalui aplikasi whatsapp dalam kelas masing-masing.
Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

___________________________________
(UMI KALSOM BINTI MOHD WAHI)
Pengetua
SMK Taman Klang Utama

You might also like