You are on page 1of 2

SOP NORMA BAHARU

SEKOLAH KEBANGSAAN MATU BARU

SEBELUM KE SEKOLAH
Masuk ke kawasan sekolah hanya melalui Pintu Utama sahaja.

Murid yang sakit atau bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas tidak

dibenarkan datang ke sekolah.

Memakai pelitup hidung dan mulut (fask mask).

Menjaga kekemasan diri dan menyediakan bahan pembelajaran.

Membawa makanan dan minuman. Pihak pengusaha kantin hanya menjual makanan dan minuman

berbungkus dan murid diwajibkan makan dalam kelas.

Memberitahu ibu bapa atau penjaga bahawa mereka akan dipanggil ke sekolah untuk mengambil

anak yang sakit dan bergejala Covid 19.

Memberitahu ibu bapa yang berkenderaan sendiri supoaya mengambil anak tepat pada masa tamat

persekolahan.

Mengingatkan diri membawa paying atau baju hujan. Ini bertujuan untuk melicinkan pergerakan

murid apabila hari hujan.

Kenderaan ibu bapa dan bas sekolah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah

walaupun hujan.

SEMASA DI DEPAN PINTU UTAMA MASUK KE SEKOLAH


Memastikan pelitup hidung dan mulut (face mask) dipakai dengan betul.

Murid diwajibkan menjalani pengimbasan suhu badan. Jika suhu badan melebihi 37.5c murid diminta rehat

sementara dan suhu badan akan diambil kali kedua.

Menuju ke kelas mengikut laluan pergerakan yang disediakan.

Memastikan penjarakan social satu meter semasa berjalan ke kelas.

Murid melaporkan suhu badan mereka kepada guru kelas untuk rekod dalam senarai murid.
SEMASA TIBA DI SEKOLAH DAN KELAS
Semua murid dikehendaki berada di dalam kelas masing-masing mengikut senarai nama yang telah

ditetap oleh pihak sekolah.

Semasa di dalam kelas semua murid TIDAK DIBENARKAN berbual secara rapat, berkongsi alat gulis,

minuman dan makanan.

Kurangkan komunikasi fizikal dan sentiasa mengikut arahan guru.

.Murid yang pergi ke tandas pada waktu PdPc perlu mendapat Pas daripada guru bertugas di bilik

disiplin.

Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru.

Semua murid digalakkan untuk memakai pelitup hidung dan mulut (face mask) apabila berada di dalam

kelas dan Kawasan sekolah. Pihak sekolah tidak menyediakan (face mask) untuk murid-murid.

Semua murid digalakkan mencuci tangan dengan air dan sabun sekerap yang boleh.

Semua murid diwajibkan untuk melaksanakan penjarakan sosial (sekurang-kurangnya 1 meter) semasa

di sekolah.

Tiada aktiviti kokurikulum dibenarkan.

SEMASA WAKTU REHAT


Semua murid tidak dibenarkan makan di kantin.

Pihak kantin hanya menjual makanan berbungkus dan minuman kotak sahaja.

Semua murid mesti makan dalam kelas iaitu di tempat duduk masing-masing.

Murid yang mencuci tangan di tempat singki yang disediakan perlu mengamalkan penjarakan sosial

dan mencuci tangan dengan cara yang betul.

Semasa menggunakan tandas pada waktu rehat, semua murid mesti mengamalkan penjarakkan sosial

dan jangan berkumpul beramai-ramai di dalam tandas. Semua murid mesti beratur dalam jarak seperti

yang ditandakan.

WAKTU PULANG
Murid bersurai secara berperingkat mengikut kelas.

Guru kelas bagi mata pelajaran waktu terakhir perlu menunggu untuk menguruskan murid bergerak

keluar dari kelas.

Murid bergerak dari kelas mengikut laluan pergerakan terarah ke pintu utama sekolah dabn amalkan

penjarakan sosial semasa berjalan.

Guru bertugas khas akan bertugas di laluan koridor untuk manakala guru bertugas harian serta

pengawal keselamatan akan bertugas di pintu pagar sekolah untuk memastikan pergerakan murid

dengan teratur.

Semasa di luar pintu utama sekolah, murid dikehendaki terus menuju ke arah kenderaan masing-masing.

Murid yang menunggu ketibaan ibu bapa dilarang bercakap secara rapat dan berkumpul secara ramai-

ramai.

Perjarakan sosial mesti diamalkan semasa duduk di bangku tempat menunggu.

Murid hendak terus balik ke rumah.

You might also like