You are on page 1of 1

PANDUAN PERMOHONAN

PERKHIDMATAN PATCHING SIJIL SPM

PERKHIDMATAN PATCHING
Lembaga Peperiksaan (LP) menawarkan perkhidmatan patching sijil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) bagi menggabungkan keputusan terbaik beberapa peperiksaan dalam satu sijil.

SYARAT PERMOHONAN
1. Calon yang telah memperoleh sijil SPM layak untuk memohon perkhidmatan patching; dan
2. Permohanan hanya terhad kepada 12 mata pelajaran sahaja.

CARA PERMOHONAN
1. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 3/2020 yang boleh didapati di kaunter Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Lembaga Peperiksaan (LP), Putrajaya atau
dimuat turun daripada laman web LP (lp.moe.gov.my).
2. Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu membawa dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa
membuat permohonan perkhidmatan patching Sijil SPM.
3. Pemohon WAJIB menyertakan salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM yang telah disahkan
bagi setiap permohonan.
4. Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada
ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang
ditandatangani oleh pemohon beserta salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM dan salinan
kad pengenalan pemohon yang telah disahkan.
5. Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak
dibenarkan.
6. Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama salinan kad pengenalan pemohon dan
salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM yang telah disahkan.
7. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
PENGARAH PEPERIKSAAN,
LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, ARAS 10, BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 PUTRAJAYA
(u.p.: UNIT KECIL SIJIL)

8. Sila sertakan dua sampul beralamat sendiri berukuran 11 cm x 22 cm bersetem RM1.30 pada setiap
sampul.
9. Pemohon digalakkan menyertakan sampul Pos Ekspress / Pos Laju / Courier/ lain-lain beralamat sendiri
bagi tujuan penghantaran Sijil SPM yang telah melalui proses patching secara pos.

BAYARAN PERKHIDMATAN
1. Bayaran proses sebanyak RM100.00 (Ringgit: Seratus sahaja) dikenakan bagi setiap permohonan.
2. Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau Kiriman Wang atas nama
‘Akauntan Negara Malaysia’ atau boleh membuat pembayaran secara tunai di kaunter LP. Cek
persendirian tidak diterima.

You might also like