You are on page 1of 2

Lampiran 1

BIASISWA KETUA POLIS NEGARA

1. NAMA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI UNIKOP


(MILIK KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA)

2. TARIKH PERMOHONAN
8 SEPTEMBER
Permohonan adalah secara terbuka mulai 26 JUN 2023 sehingga 11 OGOS 2023 2023

3. TAJAAAN BIASISAWA

Pembiayaan Biasiswa ini merangkumi perbelanjaan seperti berikut:


• Yuran Pendaftaran (RM 2,900)
• Baki Yuran Pengajian (RM RM 1,410 - RM 9,550)
• Penginapan Asrama (RM 9,540 – RM 11,700)
• Pengangkutan (RM 3,000 – RM 3,600)

4. KURSUS DIPLOMA PILIHAN


Calon disarankan memilih program diploma seperti berikut :

1. Diploma Kepolisan Dan Penyiasatan (MQA /FA4818)


2. Diploma Perkhidmatan Penyiasatan (MQA/FA09468)
3. Diploma Penyiasatan Korporat (MQA/PA13693)
4. Diploma Penguatkuasaan Undang - Undang (MQA/PA13689)
5. Diploma Pengurusan Keselamatan (MQA/PA16020)
6. Diploma Teknologi Maklumat (Keselamatan Siber) (MQA/PA13676)
7. Sijil Perkhidmatan Penyiasatan (MQA/FA13381)
8. Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan (MQA/PA12874)
9. Diploma Psikologi (MQA/PA12873)
10. Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (MQA/PA14289)
11. Diploma Farmasi (MQA/PA15960)
12. Diploma Pentadbiran Pejabat (MQA/FA8619)
13. Diploma Pengurusan Perniagaan (MQA/FA08620)
14. Diploma Perakaunan (MQA/FA08621)
15. Diploma Kewangan (MQA/PA12850)
16. Diploma Pengurusan Pelancongan (MQA/PA13688)
17. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (MQA/PA14528)
18. Diploma Keusahawanan (MQA/PA15959)
19. Diploma Teknologi Maklumat (Aplikasi Perniagaan) (MQA/FA8618)
20. Diploma Sains Komputer (MQA/PA13692)
5. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon WAJIB memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:


1. Warganegara Malaysia;
2. Calon haruslah terdiri daripada latar belakang keluarga golongan B40;
3. Calon haruslah mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik;
4. Calon haruslah mempunyai rekod kokurikulum yang baik;
5. Calon wajib LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan
mendapat sekurang - kurangnya (3) KEPUJIAN dalam mana-mana mata
pelajaran;
6. Calon tidak disenarai hitam;
7. Calon tidak mempunyai rekod jenayah atau sedang dalam tindakan undang-
undang oleh pihak Polis;
8. Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi
untuk pengajian yang sama;
9. Calon WAJIB ditemuduga oleh pegawai kemasukan khas Unikop;
10. Calon WAJIB mendapat pengesahan dokumen daripada Pengetua Sekolah
terakhir mereka, Ketua Kampung atau pegawai Kerajaan Kelas A;
11. Calon LAYAK memohon tajaan PTPTN bagi yuran pengajian yang tidak
ditaja.

6. CARA MEMOHON
1. Pengetua sekolah harus mencadangkan (5) lima orang nama pelajar yang mencukupi
syarat kelayakan untuk dimasukkan ke dalam senarai pendek pemilihan penerimaan
“Biasiswa Ketua Polis Negara”.
2. Senarai nama pelajar serta dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar melalui
emel ke pihak Unikop.Permohonan hendaklah melalui biasiswakpn@unikop.edu.my
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
I. 1 Salinan kad pengenalan pelajars
II. 1 Salinan kad pengenalan ibubapa/ penjaga
III. 1 Salinan keputusan SPM/ setaraf
IV. 1 Surat sokongan yang membuktikan calon adalah golongan B40 atau slip
gaji ibu dan bapa/ penjaga
3. Calon akan dihubungi oleh Pegawai penemuduga untuk ditemuduga di Ibu Pejabat
Polis Kontinjen di setiap negeri atau Ibu Pejabat Polis Daerah yang terpilih.
4. Sekiranya calon lulus temuduga,calon hendaklah memastikan proses pemohonan
telah sempurna dengan memajukan Borang Terima Tawaran
“Biasiswa Ketua Polis Negara”.
5. Setelah lulus temuduga, calon dikehendaki melapor diri di Kolej Unikop yang
beralamat di Block 3420, Persiaran Semarak Api, Cyber 4, 63000 Cyberjaya,
Selangor pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak Unikop.

Pihak Unikop berhak untuk menggugurkan nama pelajar jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar.

TAMAT

You might also like