You are on page 1of 13

LAMPIRAN A

ARAHAN PENTADBIRAN
PEMILIHAN BAKAL PELAJAR PROGRAM ASASI PERTAHANAN
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2015/2016

1. Pengenalan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan Institusi Pengajian


Tinggi Awam (IPTA) yang berfokus kepada keselamatan dan pertahanan. Visi
UPNM adalah menjadi Universiti Pertahanan primier di rantau ini untuk
pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu. Dengan Moto KEWAJIPAN, MARUAH,
INTEGRITI, UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada
negara sebagai sebuah Universiti Pertahanan primier dalam kepimpinan dan
pembangunan profesional, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains
pertahanan dan teknologi dan juga penyelidikan polisi.

Mulai Sesi Akademik 2015/2016, pelantikan bagi Pegawai Kadet adalah bermula
mulai Tahun Pertama Program Sarjana Muda. Pelajar yang terpilih akan dilantik
selepas menamatkan pengajian dengan jayanya semasa Program Asasi
Pertahanan.

Tempat dan Tarikh


1.1

BIL

1
2

Calon-calon dikehendaki merujuk kepada arahan dalam surat tawaran di


mana anda diminta melapor diri mengikut jadual seperti berikut :
LOKASI

Universiti Pertahanan Nasional


Malaysia, Kem Sungai Besi,
Kuala Lumpur
Markas 3 Divisyen,
Kem Terendak, Melaka

TARIKH LAPOR
DIRI

TARIKH TEMU
DUGA

15 April 2015

15 April 2015
24 April 2015

15 April 2015

15 April 2015
25 April 2015
Page 1 of 8

BIL
3
4
5
6

TARIKH LAPOR
DIRI

LOKASI
MSS Kuantan, Kem Batu 10,
Kuantan, Pahang
Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu,
Sabah
Kem Penrissen, Kuching,
Sarawak
Kolej Tentera Udara, Kedah

15 April 2015
15 April 2015
15 April 2015
15 April 2015

TARIKH TEMU
DUGA
15 April 2015
25 April 2015
15 April 2015
25 April 2015
15 April 2015
25 April 2015
15 April 2015
25 April 2015

3. Arahan Pergerakan
3.1

Calon-calon yang menaiki pengangkutan awam dikehendaki berkumpul di


tempat-tempat yang disenaraikan di bawah untuk dibawa ke Pusat
Pemilihan dengan kenderaan tentera yang akan disediakan:

TARIKH / MASA

TEMPAT TEMU DUGA

TEMPAT BERKUMPUL

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Kem Terendak, Melaka

Stesyen Bas Melaka Sentral

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Universiti Pertahanan Nasional


Malaysia (UPNM), Kem Sg Besi,
Kuala Lumpur

Terminal Bersepadu Selatan


(TBS)

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

MSS Kuantan, Kem Batu 10

Terminal Bas Kuantan

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu,


Sabah

Terus melapor ke Kem Transit


5 Bgd, Kem Lok Kawi

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Kem Penrissen, Kuching,


Sarawak

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Terus melapor ke Kem Transit


3 Bgd, Kem Penrissen
Stesen Bas Shahab Perdana,
Alor Setar

Kolej Tentera Udara, Kedah


Stesen KTMB, Alor Setar

Page 2 of 8

3.2

Bagi calon yang menaiki kenderaan persendirian, anda boleh terus


melapor diri ke Sekretariat Pemilihan seperti berikut :

TARIKH / MASA

TEMPAT TEMU DUGA

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Kem Terendak, Melaka

TEMPAT BERKUMPUL

Perkarangan Masjid AsSyuhada, Kem Terendak,


Melaka

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM),
Kem Sg Besi, KL

Perkarangan Parkir Pusat


Pancaragam Rejimen Askar
Melayu Diraja (PP RAMD)

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

MSS Kuantan, Kem Batu


10

Perkarangan Masjid Darul


Makmur, Kem Bt 10

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Kem Lok Kawi, Kota


Kinabalu, Sabah

Kem Transit
5 Bgd, Kem Lok Kawi

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Kem Penrissen, Kuching,


Sarawak

Kem Transit
3 Bgd, Kem Penrissen

15 April 2015 (Rabu)


8.00 pg - 12.00 tgh

Kolej Tentera Udara, Kedah

Stesen Bas Shahab Perdana,


Alor Setar
Stesen KTMB, Alor Setar

* Sila pamerkan Pelekat Pas Kenderaan yang disertakan ketika memasuki lokasi pusat
temu duga.

4. Proses Pemilihan Bakal Pelajar Program Asasi Pertahanan


4.1

Pemilihan bakal pelajar program Asasi Pertahanan UPNM akan


dilaksanakan mulai 15 April 2015 sehingga 25 April 2015. Pemeriksaan
awal perubatan dilaksanakan pada 15 April 2015 dan akan melibatkan
pemeriksaan fizikal seperti TINGGI, BERAT, BMI dan MATA. Hanya
calon-calon yang lulus di setiap peringkat ujian pemilihan sahaja akan
terus berada di Pusat Pemilihan sehingga tamat proses temu duga.
Page 3 of 8

4.2

Ujian Pemilihan akan dijalankan mengikut jadual di bawah :

Tarikh
(a)

Hari
(b)

Aktiviti
(c)

15 April 2015

Rabu

Calon Melapor Diri/Pemeriksaan Dokumentasi/


Pemeriksaan Awal Perubatan/Ujian Bertulis.

16 April 2015

Khamis

Pemeriksaan Perubatan dan Pergigian/Ujian


Bertulis.

17 April 2015

Jumaat

Pemeriksaan Perubatan dan Pergigian/Ujian


Bertulis.
Pergerakan Calon dari Sabah dan Sarawak ke
UPNM/Kem Terendak.

18 April 2015

Sabtu

Pemeriksaan Perubatan dan Pergigian/Ujian


Bertulis.

19 April 2015

Ahad

Ujian Bertulis/Ujian Larian/Kepimpinan


/Pengucapan Awam

20 April 2015

Isnin

Ujian/temu duga

21 April 2015

Selasa

Ujian/temu duga

22 April 2015

Rabu

Ujian/temu duga

23 April 2015

Khamis

Ujian/temu duga

24 April 2015

Jumaat

Ujian/temu duga

4.3

Catatan
(d)

Hanya calon-calon yang berjaya sahaja yang akan disokong sebelum


ditawarkan tempat di UPNM.

5. Syarat-Syarat Umum
Calon- calon adalah dikehendaki mematuhi syarat-syarat dibawah:
5.1 Fizikal
Tinggi minimum

1.65m (Lelaki) / 1.62m (Wanita).

Berat minimum

47.5 kg (Lelaki) / 45.0 kg (Wanita).

Ukuran dada minimum

76sm (Lelaki sahaja).


Page 4 of 8

5.2 Body Mass Index BMI


Calon-calon mestilah mempunyai Body Mass Index (BMI) di antara 17.0
hingga 23.0. Cara pengiraan BMI adalah seperti berikut :
Berat (kg) (Tinggi (m))2 Contoh : 70 kg (1.62m) 2 = 26.67
Calon-calon tidak akan dipertimbangkan sekiranya tidak memenuhi syarat
BMI.
5.3 Memakai Cermin Mata atau Kanta Sentuh
Penglihatan : TIDAK CACAT PENGLIHATAN DAN TIDAK RABUN
WARNA SERTA TIDAK MEMAKAI CERMIN MATA ATAU KANTA
SENTUH

6. Dokumen
Anda dikehendaki membawa dokumen-dokumen yang ASAL beserta satu
salinan fotostat seperti berikut:
Kad Pengenalan Malaysia MyKad (Jika I/C sementara,
perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan
Pendaftaran Negara).
Sijil kelahiran / Surat Beranak,
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf,
Surat Akuan (Testimonial)
Sijil-sijil pencapaian akademik dan ko-kurikulum,
Sijil Berhenti Sekolah, dua (2) keping gambar terkini
berwarna berukuran passport.
Kegagalan membawa dokumen asal menyebabkan anda tidak layak
mengikuti ujian dan temu duga pemilihan.
Sila susun dokumen
Gambarajah A

mengikut

contoh

susunan

seperti

di

7. Filem dan Laporan X-Ray Dada (Wajib)


Calon-calon dikehendaki membawa filem dan laporan x-ray dada. Pemeriksaan
x-ray boleh dibuat di Hospital Kerajaan ataupun klinik swasta. Calon-calon tidak
akan dipertimbangkan sekiranya gagal menyediakan perkara tersebut.

Page 5 of 8

8. Pakaian
8.1

Calon-calon dikehendaki membawa pakaian yang secukupnya untuk


keperluan sepanjang pemilihan dan temu duga. Peraturan pakaian
semasa melapor diri, ujian bertulis dan temu duga adalah seperti berikut :
Lelaki : Baju lengan panjang (warna cerah) bertali leher, kasut hitam
bertumit dan stokin gelap, seluar panjang warna gelap (seluar jeans atau
kain jenis jeans tidak dibenarkan) serta berambut kemas pendek.

Wanita : Bagi calon beragama Islam hendaklah berpakaian baju kurung


dan bertudung manakala calon bukan Islam hendaklah berpakaian yang
bersesuaian serta kasut hitam bertutup dan bertumit.
8.2

Pakaian semasa Ujian Jasmani/Perubatan


Baju-T putih berkolar dan seluar tracksuit (warna gelap), Kasut sukan dan
stokin putih. Calon wanita beragama Islam dikehendaki memakai tudung
berwarna hitam.

8.3

Calon-calon lelaki beragama Islam juga dikehendaki membawa Pakaian


Kebangsaan lengkap (warna bebas) bersamping dan bersongkok untuk
menunaikan solat dan keperluan harian yang lain sepanjang pemilihan
dijalankan.

8.4

Calon-calon dinasihatkan membawa seterika untuk menggosok pakaian.

9. Barang-barang Berharga
Keselamatan barang-barang berharga termasuk wang tunai, telefon bimbit dan
sebagainya adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Calon-calon dinasihatkan
untuk membawa beg yang mempunyai kunci khas untuk menyimpan barangbarang tersebut. Calon-calon juga dinasihatkan tidak membawa wang tunai yang
banyak. Mesin ATM disediakan untuk keperluan tersebut.
10. Alat Tulis
Alat tulis seperti pensil, pen, pemadam, clip board dan pembaris hendaklah
dibawa secukupnya.
11. Penginapan dan sajian
Penginapan dan sajian akan disediakan oleh pihak ATM secara percuma
sepanjang pemilihan dijalankan. Calon adalah dinasihatkan untuk membawa 1
sarung bantal, 1 cadar dan 1 selimut.
Page 6 of 8

12. Bersurai / Waran Perjalanan Pulang


Calon-calon yang gagal dalam mana-mana peringkat ujian yang dilaksanakan
selepas hari kedua dan seterusnya akan dihantar pulang dan Waran Perjalanan
(bas/keretapi) akan diberikan.
Walau bagaimanapun, calon dinasihatkan menyediakan tambang sendiri untuk
pulang sebagai alternatif sekiranya Waran Perjalanan tidak dapat ditukar oleh
syarikat pengangkutan.
Bagi calon yang menarik diri dari pemilihan dan temu duga tidak akan diberi
Waran Perjalanan.
13. Keputusan Temu duga
Keputusan temu duga sama ada berjaya atau gagal hanya akan dimaklumkan
oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan
Malaysia yang boleh disemak melalui laman web http://www.upnm.edu.my mulai
minggu kedua Mei 2015.

14. Mustahak
14.1

Semak dan baca arahan ini dengan teliti dan fahami segala kehendak
yang diperlukan sebelum menghadiri temu duga pemilihan.

14.2

Calon-calon yang tidak memenuhi keperluan Arahan Pentadbiran ini


dianggap GAGAL dan TIDAK PERLU HADIR untuk temu duga pemilihan
ini.

14.3

Calon-calon perlu merujuk persiapan untuk menghadiri temu duga seperti


di Lampiran B.

15. Penutup
Pihak kami mendoakan agar saudara/saudari lulus semua peringkat ujian dan
akan berjaya dipilih sebagai Pelajar UPNM.
16. Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai temu duga pemilihan boleh dikemukakan
kepada:
Unit Kemasukan dan Promosi
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg. Besi
57000 Kuala Lumpur
No.Telefon : 03-9051 3400/3453/3437/4602
Page 7 of 8

Cawangan Tenaga Kerja


Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Kementerian Pertahanan
Kuala Lumpur
Tel : 03-2071 5120/4526/2382 atau tol bebas 1-800-88-7588

TARIKH KEMASKINI : 26 April 2015

Page 8 of 8

TERHAD
KEMBARAN B KEPADA
MATM/J1CTK/C/164/1 Jil 1 ( )
BERTARIKH
OGOS 08
PERSIAPAN UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA
AM
1.
Anda telah diberi peluang untuk menduduki ujian pemilihan dan temuduga untuk
jawatan yang dipohon. Bagi menentukan anda tidak kecewa di dalam temuduga, anda
perlulah membuat persiapan yang rapi sebelum menghadirinya.
PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA
2.
Temuduga adalah satu cara bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih
calon yang benar-benar layak untuk menjadi seorang pegawai ATM, sama ada di dalam
perkhidmatan Tentera Darat, Tentera Laut ataupun Tentera Udara. Bagi menentukan
anda terpilih, persiapan-persiapan yang berikut adalah mustahak :
a.
Dapatkan seberapa banyak maklumat berkenaan dengan Angkatan
Tentera Malaysia khasnya dan Perkhidmatan Darat, Laut dan Udara yang
anda pilih.
b.
Mengetahui seberapa banyak perihal jawatan yang dipohon supaya
apabila disoal mengenainya, anda akan lebih yakin untuk menjawab.
c.
Persediaan dari segi fizikal kerana calon akan diuji dengan larian
sejauh 3.2 kilometer dalam tempoh 18 minit (lelaki) dan 20 minit (wanita).
d.
Sediakan dokumen-dokumen dan surat sokongan dengan teratur.
Bawa bersama-sama Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan
sijil-sijil akademik yang asal untuk semua peringkat.
e.
Bawa bersama-sama surat sokongan daripada Pengetua Sekolah atau
Ketua Jabatan di Institut/Universiti yang terakhir. Juga diingatkan, supaya
anda membawa semua perkara yang diperlukan sepertimana tercatat di
dalam surat panggilan temuduga.
f.
Pakaian yang dipakai hendaklah kemas, baju lengan panjang dan
bertali leher.
g.
Sediakan beberapa jawapan yang baik untuk soalan-soalan yang
difikirkan mungkin akan disoal semasa temuduga nanti, contohnya :
(1)

Mengapa anda memilih untuk berkhidmat di dalam Angkatan


Tentera Malaysia ?

(2)

Bagaimana kursus-kursus atau jurusan-jurusan yang anda


ikuti boleh digunakan di dalam Angkatan Tentera Malaysia?

B -1
TERHAD

TERHAD
(3)

Hal-hal berkaitan dengan ehwal ketenteraan, strategik,


hubungan/politik antarabangsa dan perkembangan semasa
bidang ketenteraan.

SEMASA TEMUDUGA
3.
Anda akan ditemuduga oleh ahli panel Lembaga yang akan menentukan sama
ada anda berjaya atau tidak. Disini semua tindak tanduk anda, sangatlah penting. Oleh
itu beberapa perkara haruslah diberi perhatian.
a.
Apabila dipanggil masuk, berikan ucapan hormat dengan penuh sopan,
contohnya Selamat Pagi Dato/Tuan.
b.
Gunakan bahasa percakapan biasa. Bercakap dengan terang dan
mudah difahami, sama ada di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Apabila anda disoal di dalam Bahasa Inggeris, anda dikehendaki menjawab
di dalam Bahasa Inggeris. Apabila menjawab sesuatu soalan, tumpukan
pandangan kepada orang yang menyoal anda.
c.
Apabila selesai temuduga, jangan sekali-kali anda meninggalkan panel
temuduga atau Lembaga dan terus keluar. Berilah penghargaan kepada
mereka dengan mengucapkan Terima kasih Dato/Tuan.
4.
Sekiranya calon-calon yang dipanggil untuk temuduga mempunyai semua
kelayakan yang dikehendaki, Panel temuduga atau Lembaga biasanya membuat asas
penilaian berdasarkan perkara-perkara berikut :
a.
Bagaimana anda membuat persediaan diri dari segi perwatakan, cara
bercakap dan gaya membawa diri ?
b.

Adakah anda mempunyai tahap intelektual yang tinggi?

c.
Adakah anda mempunyai kemahiran/kelulusan/pengalaman kerja yang
berkaitan di masa-masa lepas?
d.

Adakah anda mempunyai latar belakang yang baik?

e.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri kepimpinan?

f.

Adakah anda mempunyai daya gerak dan ransangan?

g.

Dapatkah anda memenuhi tujuan dan objektif ATM?

PENUTUP
5.
Diharapkan dengan adanya arahan ini dapat memberi sedikit gambaran dan
pendedahan tentang persiapan yang perlu dilakukan sebelum temuduga dan semasa
temuduga dijalankan.

B -2
TERHAD

TEMUDUGA CALON
LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2015/2016
PAS KENDERAAN
CALON TEMUDUGA
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
TARIKH SAH : 15 APRIL 2015

KE TANJUNG BIDARA

You might also like