You are on page 1of 24

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke


arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

16
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 2013-2025
PPPM : LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
1. AKSES 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020
2. KUALITI Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
3. EKUITI 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar – luar bandar,
sosioekonomi, gender) menjelang 2020
4. PERPADUAN Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan
nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
5. KECEKAPAN Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada

PPPM : ENAM CIRI UTAMA PERSAINGAN GLOBAL

Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat
global.

Setiap murid akan mempunyai ciri berikut :

1. Pengetahuan 4. Kemahiran dwibahasa


2. Kemahiran berfikir 5. Etika dan kerohanian
3. Kemahiran memimpin 6. Identiti nasional

PPPM : 11 ANJAKAN TRANSFORMASI

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.


2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

Sumber https://www.padu.edu.my/my/about-the-blueprint/

17
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA
NASIONAL (NKRA)

-SUB-NKRA PRASEKOLAH
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
 Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan  Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian  Menambah bilangan kelas prasekolah di
Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan
Malaysia (KPM) pedalaman
 Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah  Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-
Kebangsaan (KSPK) Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
 Menyeragamkan bantuan kepada murid  Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah
prasekolah kerajaan Kebangsaan
-SUB-NKRA LITERASI DAN NUMERASI
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan
rendah pada akhir tahun 2012.
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran,
masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara
fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
-SUB-NKRA SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik - Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui
peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan
masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan).
Menghasilkan pelajar yang cemerlang - Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa
dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.
Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem - Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk
membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah
tersebut.
-SUB-NKRA TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH

18
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH (KSSR)
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan
menambahbaik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi
cabaran abad ke-21.

Dalam proses transformasi kurikulum, KPM telah membuat penandaarasan dengan


kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan setanding dengan
pendidikan global. Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) diperkukuh serta ditambahbaik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


Penyataan spesifik tentang perkara yang Satu penetapan kriteria atau petunjuk
murid patut ketahui dan boleh lakukan (indicator) kualiti pembelajaran dan
dalam suatu tempoh persekolahan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
merangkumi aspek pengetahuan, standard kandungan.
kemahiran dan nilai.

Prinsip KSSR
 Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
 Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi
keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid
dikembangkan secara bersepadu.
 Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
 Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid
sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan
sepanjang hayat.

Fokus KSSR
KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi
penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

19
Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik.

Elemen Merentas Kurikulum


Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran
semasa dan masa hadapan. Elemen merentas
kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa,
Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar,
Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu


Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti
sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan
kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen
merentas kurikulum diterapkan secara efektif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi
melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sumber http://kssr.bpk.my/

20
PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
Anjakan ke-4 : Pembelajaran Murid

Pakar pendidikan di kebanyakan negara menyedari hakikat bahawa kanak-kanak


memerlukan lebih daripada 3M (membaca, menulis dan mengira) setelah mereka
menamatkan alam persekolahan. Dalam dunia globalisasi abad ke21, keperluan untuk
menghasilkan modal insan berkualiti tinggi menjadi semakin penting.

PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat
beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis,
kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai
standard asas dalam PAK21.

21
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)
PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan KSSR. PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau
penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh
pembelajaran berdasarkan satu penandaaras yang telah dikenalpasti.

Kerangka Standard Prestasi

Sumber :
http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/buku-panduan-pelaksanaan-kssr-kssm?
download=2576:panduan-pelaksanaan-pentaksiran-bilik-darjah-2018
http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/buku-panduan-pelaksanaan-kssr-kssm?
download=3097:panduan-pelaksanaan-pentaksiran-bilik-darjah-edisi-ke-2-2019

22
Komponen PBS

Pentaksiran Sekolah telah dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mulai
hujung tahun 2016. PBD mengekalkan semua konsep Pentaksiran Sekolah dan melibatkan
penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini
dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) semua mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Standard
Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Selain daripada
Standard Prestasi, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam
pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.
Standard Kandungan (SK) ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran (SP) pula ialah suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Manakala Standard Prestasi (Spi) pula ialah suatu set kriteria umum yang menunjukkan
tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu
perkara itu telah dikuasai oleh murid.
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP
bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan proses
mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan
terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP
tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang
penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum.

23
Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan
atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk
membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah
menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Guru memainkan peranan penting dalam melaksanakan PBD dengan menentukan objektif
pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir, merancang dan
membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran,
menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan.

PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif, iaitu:
 Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment for learning)
 Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment as learning)
Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid
selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. PBD
membolehkan murid, guru, ibu bapa, dan pihak sekolah mengetahui kualiti pembelajaran
murid. Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Assessment
of learning).

24
Objektif PBD
PBD dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di
samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.
Melalui PBD, guru dapat:

 mengesan pengetahuan sedia ada murid


 mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke
semasa
 mengetahui keberkesanan PdP
 merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
 menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Melalui PBD, murid dapat:

 mengesan perkembangan diri


 mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
 meningkatkan pencapaian pembelajaran

25
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
(KBAT)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendefinisikan KBAT sebagai,

“Keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat


penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu”

(Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 2013)

26
MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
(MBMMBI)
Strategi memartabatkan BM melibatkan penggunaan BM sebagai bahasa pengantar bagi
mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta
penambahbaikan terhadap pendekatan pembelajaran dan pengajaran (PdP) BM.
Manakala strategi memperkukuh penguasaan BI melibatkan penambahbaikan kurikulum BI
serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan
kurikulum tersebut.

Memartabatkan BM bermaksud meletak BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan


kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152,
Perlembagaan Malaysia. BM juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan
berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh BI bermaksud memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yang wajib


dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Rasional pelaksanaan MBMMBI menggantikan PPSMI


 Penguasaan murid dalam Bahasa Malaysia berbanding Bahasa Inggeris.
 Pencapaian murid dalam sains dan matematik mengikut jenis sekolah.
 Pencapaian murid dalam PPSMI mengikut lokasi.
 Penggunaan Bahasa Inggeris oleh guru sains dan matematik dalam bilik darjah.
Berdasarkan pengamatan itu, KPM melaksanakan MBMMBI melalui strategi :

 Memartabat Bahasa Malaysia melalui ;


o Pendekatan PdP
o 5 IPGM mengkhususkan kepada Bahasa Malaysia
o Perluasan penggunaan ICT dalam PdP
o Melaksanakan PdP sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia di SK dan bahasa
ibunda di SJKC dan SJKT
 Memperkukuh Bahasa Inggeris melalui ;
o Penambahan waktu PdP Bahasa Inggeris di SK, SM, SJKC dan SJKT
o 4 IPGM dan 1 pusat bahasa mengkhususkan Bahasa Inggeris
o Pendekatan PdP
o Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa

27
SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
Rasional
Dasar 1M1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, yang dasar ini menitikberatkan
penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk
atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan
yang diusahakan oleh KPM. Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan
galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti
mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang
seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat
muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi
satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu
bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara.

Konsep
Dasar 1M1S adalah program pembangunan sukan sekolah yang mewajibkan setiap murid
dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan
sistematik. Ia berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid.
Justeru itu, 1M1S diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar ;

 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam
sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif ;
 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah ;
 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan potensi untuk digilap ke
tahap yang lebih tinggi.

28
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini
bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan
mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami:

 Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;


 Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
 Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
sendiri;
 Berkhidmat dengan penuh muhibah dan
kemesraan;
 Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara;
 Bekerjasama dalam membanteras kelemahan
dan musuh-musuh negara; dan
 Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Tandatangan : ............................................

Tarikh : ..........................

29
ETIKA KERJA KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut :-

 Niat yang betul


 Perlakuan yang baik
 Pengerak ke arah kebaikan
 Memperkotakan apa yang dikatakan
 Berdisiplin dan beradab
 Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi TUJUH NILAI UTAMA menjadi fokus Etika
Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nilai-nilai itu adalah:

 Amanah  Dedikasi
 Benar  Ihklas
 Bijaksana  Penyayang
 Bersyukur

30
TONGGAK DUA BELAS KAKITANGAN
AWAM
1. Menghargai Masa 7. Pengaruh Teladan

2. Ketekunan Membawa Kejayaan 8. Kewajipan Menjalankan Tugas

3. Keseronokan Bekerja 9. Kebijaksanaan Berhemat

4. Kemulian Kesederhanaan 10.Keutamaan Kesabaran

5. Ketinggian Peribadi 11.Peningkatan Bakat

6. Kekuatan Sifat Baik Hati 12.Nikmat Mencipta

BUDAYA KERJA CEMERLANG


 Sentiasa berfikir mencari jalan untuk mengatasi apa sahaja halangan
kejayaan.
 Sentiasa menyemai kasih sayang terhadap organisasi.
 Sentiasa menyemai kasih sayang terhadap rakan sekerja dan sentiasa
bekerjasama.
 Memahami konsep diri dengan jelas sebagai ahli kumpulan.
 Bersikap positif terhadap kerja dan menghargai kerja sebagai ibadah.
 Mematuhi arahan, peraturan dan undang-undang.
 Mempertingkat prestasi dan membina pasukan dalam melaksanakan
kerja.

31
MEMPERKASAKAN PROGRAM GURU
PENYAYANG MELALUI AMALAN 3S
 SENYUM
 SAPA
 SALAM
PROGRAM 3S

 Amalan 3S turut menjadi sebahagian daripada aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu melahirkan murid yang berkualiti
dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
 Kejayaan Amalan 3S ini adalah penggemblengan usaha semua pihak khususnya warga
pendidik di seluruh negeri Perak.

Objektif Program

 Membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah.


 Membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif di sekolah.
 Membentuk sifat hormat menghormati dan kasih sayang.
 Mewujudkan keseronokan datang ke sekolah.

32
BAB D : PERATURAN-PERATURAN
PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN
TATATERTIB) 1993
1. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setia kepada Yang
di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan
2. Seseorang pegawai tidak boleh –
a. Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
b. Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;
c. Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang
munasabah bahawa –
i. Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas
awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang
pegawai awam; atau
ii. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
d. Berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau
mencemarkan nama perkhidmatan awam;
e. Kurang cekap atau kurang berusaha;
f. Tidak jujur atau tidak amanah;
g. Tidak bertanggungjawab;
h. Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau
terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri
atau tuntutan mana-mana pegawai lain;
i. Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
j. Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya;

Tandatangan : ............................................

Tarikh : ..........................

33
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
1. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap
muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya.
6. Guru haruslah bertugas sebagai ’pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk tingkah
laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
7. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat
asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
8. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan lain-lain.
9. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
10. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara.
11. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
12. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
13. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau ‘role model’
kepada muridnya.
14. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran yang disahkan.
15. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
16. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya.
17. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
18. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
19. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk
tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
20. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya
untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

34
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab
dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran
dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi,
kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan


mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan
menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk


mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tinggnya :

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR


(i) Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada
hal-hal lain.
(ii) Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor
jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
(iii) Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
(iv) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau
dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.
(v) Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
(vi) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA


(i) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
(ii) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
(iii) Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai
keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak
akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
(iv) Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana.
(v) Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.

35
(vi) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan
sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
(i) Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang
bertentangan dengan Rukun Negara.
(ii) Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
(iii) Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
(iv) Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
(v) Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
(vi) Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION


KEGURUAN
(i) Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan
yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar
atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.
(ii) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
kami sebagai guru.
(iii) Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami
dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial.
(iv) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka
yang beru dalam profesion keguruan.
(v) Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.
(vi) Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN:

Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru
terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

Tandatangan : ............................................

Tarikh : ..........................

36
PERANCANGAN STRATEGIK JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI PERAK
2020-2024

37
DASAR PEMBUDAYAAN PERSEKITARAN
BERSIH DAN SELAMAT 2020-2025
1. Amalan Persekitaran Berkualiti (5S)
- Amalan persekitaran yang berkualiti (5S) adalah asas yang menyumbang kepada
peningkatan penyampaian perkhidmatan berkualiti. Membudayakan persekitaran
bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan semua warga kerja
dalam suasana yang ceria, bersatu padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan
kualiti perkhidmatan demi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

KONSEP 5S

Japan - Meaning in English - Maksud dalam Bahasa Melayu

SEIRI - Sorting out - Pengelolaan / sisih


SEITON - Systematic arrangement - Kemas / susun
SEISO - Shine - Kebersihan / suci
SEIKETSU - Standardization - Standardisasi / penyeragaman
SHITSUKE - Sustain - Disiplin / tatacara

2. Sekolah Selamat
- Mewujudkan persekitaran sekolah agar sesebuah itu merasa selamat untuk
menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran serta menjalankan kegiatan
kokurikulum tanpa gangguan dari mana-mana pihak sama ada dari luar mahu pun
dari dalam. (SPI Bil.4/2002 – Pelaksanaan Program Sekolah Selamat)

38
BUDAYA DAN AMALAN MURNI DI SKCP
1. Taat kepada perintah Tuhan, hormat kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan.

2. Tekun belajar, menepati masa, menghargai ilmu dan mengamalkan budaya membaca.

3. Sentiasa berusaha mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

4. Bersikap toleransi dan tidak mementingkan diri.

5. Berdisiplin dan berakhlak mulia.

6. Sentiasa bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik.

7. Sentiasa menjaga amanah dan bertanggungjawab.

PRINSIP PEGANGAN UTAMA MURID-MURID SKCP

1. Datang sekolah untuk belajar ;

2. Hormati guru ;

3. Patuhi peraturan.

Ibnu Abbas ra berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang merasakan
keletihan pada petang, karena pekerjaan yang dilakukan oleh kedua tangannya, maka ia dapatkan
dosanya diampuni oleh Allah SWT pada hari tersebut.” (HR. Imam Tabrani, dalam Al-Mu’jam Al-
Ausath VII/ 289)

39

You might also like