Penderaan Kanak Kanak

You might also like

You are on page 1of 21

Isu moral yang dipilih : Penderaan kanak-kanak

Rasional memilih isu moral Penderaan kanak-kanak

Saya memilih isu moral ini kerana penderaan terhadap kanak-kanak merupakan satu
isu moral yang hangat diperkatakan sejak dahulu sampai sekarang. Isu Moral ini juga
sentiasa dipaparkan di dada akhbar dan kian meningkat hari demi hari. Isu penderaan
kanak-kanak ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakat
setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiap kali seseorang kanak-
kanak menjadi mangsa. Reaksi masyarakat akan berterusan untuk seketika atau
sehingga berita menunjukkan pihak perundangan telah menjatuhkan hukuman ke atas
si pendera ataupun tiada lagi terdapat dan terpaparnya berita sedemikian di media
massa. Masyarakat seterusnya menjadi lebih peka atau kurang peka bergantung pada
peranan dan persepsi individu terhadap setiap kes yang berlaku. Jadi saya ingin
menjadi individu yang peka terhadap isu penderaan kanak-kanak ini.

Penderaan kanak - kanak 1


Pendahuluan

Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan
kepada golongan kanak-kanak iaitu mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-
1.Penderaan fizikal kanak-kanak.
2.Penderaan mental kanak-kanak.
3.Penderaan seksual kanak-kanak.

1.Penderaan fizikal kanak-kanak

Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan


oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak
tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan
bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.

2.Penderaan mental kanak-kanak

Terdapat lima kategori tingkah laku buruk ibu bapa yang dikelaskan sebagai penderaan
emosi ialah:-

1. Penolakan
2. Pengasingan
3. Menakutkan
4. Sikap tidak peduli
5. Sikap merasuah fikiran

Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko
sehingga menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini
dianggap sebagai penderaan emosi.

Penderaan kanak - kanak 2


3.Penderaan seksual kanak-kanak

Tindakan itu dianggap penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah apabila seorang
kanak-kanak dieksploi-tasi untuk kepuasan seksual oleh seorang dewasa atau
seseorang yang umurnya lebih tua daripada mangsa. Jika seseorang kanak-kanak itu
telah disetubuhi oleh seorang ahli keluarganya, ia dikenali sebagai sumbang mahram.
Berikut adalah beberapa cara penderaan seksual kanak-kanak boleh berlakut:

Bukan fizikal
 Stimulasi verbal
 Panggilan telefon lucah
 Ekshibisionis
 Exploitasi contohnya pelacuran dan pornografi

Secara Fizikal
 Meraba kemaluan kanak-kanak
 Memaksa kanak-kanak meraba kemaluan pelaku
 Cuba menerobos atau menerobos faraj, mulut atau dubur kanak-kanak
dengan objek , jari atau zakar pelaku.

Penderaan kanak - kanak 3


Peta Minda

Punca, Kesan dan Langkah-langkah Mengatasi Penderaan kanak-kanak

Punca Kesan Langkah Mengatasi

Harus mengadakan
Tekanan
kelas bimbingan untuk
masalah
memberi pendidikan
ekonomi dan
keibubapaan kepada
beban kerja
pasangan yang akan
yang dihadapi Kecederaan pada anggota fizikal kanak - kanak.
dan sudah mendirikan
oleh ibu bapa.
rumah tangga.

Harus memberikan
latihan yang secukupnya
Pengasuh dan kepada pengasuh dan
penjaga yang penjaga kanak – kanak.
panas baran.
Kecatatan pada anggota fizika kanak – kanak.

Penderaan kanak - kanak 4


Harus mengadakan
kaunseling keluarga
bahagia untuk
Krisis rumah
menyedarkan ibu bapa .
tangga

Emosi dan perkembangan sahsiah kanak – kanak


terjejas.

Kurangnya Pendera yang


didikan agama dikenalpasti harus
diberikan didikan agama.
Kanak – kanak menjadi agresif dan mudah
terangsang dengan perbuatan ganas.

Gagal Mempertingkatkan
mengawal nafsu penguatkuasaan
seks undang-undang ke atas
pendera kanak-kanak.
Perubahan tingkahlaku kanak – kanak seperti takut,
marah dan menyisihkan diri.

Penderaan kanak - kanak 5


Huraian punca, kesan dan langkah-langkah mengatasi penderaan kanak-kanak

Huraian punca – punca penderaan kanak – kanak

Pada zaman yang penuh dengan pembangunan ini, masyarakat kini semakin
rakus mengejar kebendaan dan semakin mengabaikan sikap prihatin terhadap
masyarakat yang lain. Mereka kini sudah menetapkan sifat persaingan antara
masyarakat kini sangat penting untuk menjadi yang terbaik dan mendapat kehidupan
yang baik. Bak kata mutiara oleh Sydney Charles Buxton ‘kehidupan ini seperti
permainan catur, siapa yang memandang jauh ke depan dialah yang menang’.
Sesetengah ibu bapa yang terlalu mementingkan pekerjaan sehingga mengabaikan
tanggungjawab terhadap anak-anak juga semakin meningkat pada akhir-akhir ini. Sifat
keibubapaan dalam diri mereka semakin hari semakin hilang tanpa mereka sedari. Oleh
sebab itu, kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini semakin
meningkat.
Ada beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya kes penderaan kanak-
kanak. Pertama ialah tekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi
oleh ibu bapa. Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut.
Oleh sebab terlalu sibuk dan penat dengan tugas atau pekerjaan, stres yang dialami
akan dilemparkan kepada anak-anak. Anak-anak yang menanti kepulangan ibu atau
bapa akan di marahi atau dipukul sehingga anak-anak menangis kesakitan dan
terdapat lebam-lebam pada anggota badan. Ibu bapa yang melakukan perkara yang
sedemikian tidak menghiraukan atau berasa belas kasihan terhadap anak-anak mereka
yang mereka sakiti. Nilai moral seperti sifat perikemanusiaan  dan kasih sayang yang
tidak kukuh dalam diri akan mudah hilang jika mereka tidak mengamalkan nilai-nilai
moral tersebut.
            Selain itu, punca paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini
ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan agama. Ilmu agama adalah sangat penting
dalam hidup setiap individu. Agama akan memberi petunjuk kepada individu tentang
sesuatu perkara yang baik ataupun buruk.  Mereka yang tidak mempunyai didikan
agama mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa dan pahala bahkan

Penderaan kanak - kanak 6


mereka merasakan penderaan bukan satu  kesalahan. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi
panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti
ada penyelesaiannya. Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh
setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan
kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih
bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya (anak-anak) dengan baik. Sebagai
manusia yang bertamadun dan mempunyai akal fikiran, kita seharusnya dapat
membezakan perkara yang baik dan buruk. Mendera kanak-kanak adalah perbuatan
yang salah kerana kanak-kanak merupakn amanah yang dititipkan olah Tuhan kepada
kita untuk meneruskan generasi. Sebagai ibu bapa seharusnya bersyukur di kurniakan
anak bukannya mendera mereka.
        Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami
isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada
peningkatan kes penderaan ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru.
Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya
menjadi mangsa pergaduhan.

Kegagalan mengawal nafsu seks adalah punca utama berlakunya penderaan


seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan individu pelaku devian ini. Di Malaysia,
banyak kes yang telah timbul dan yang terbaru dan masih diperkatakan adalah kes
Nurin Jazimin dimana, kanak-kanak ini telah mengalami penderaan seksual, penderaan
fizikal, bahkan telah dibunuh dan disumbat di dalam beg sukan dan diletakkan di
sebuah pasaraya. Ini menunjukkan bahawa pelaku devian ini tidak mempunyai yang
waras, tidak dapat berfikir dan seolah-olah otak mereka telah beku.

Penderaan juga boleh berlaku dimana-mana termasuk di pusat asuhan kanak-


kanak. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan kanak-kanak
yang mereka tidak pasti latar belakangnya. Ini sepatutnya tidak berlaku. Sebelum ibu
bapa menghantar anak-anak mereka, mereka perlu menitik beratkan latar belakang
tempat yang hendak dihantar dan latar belakang pengasuhnya. Apabila berlaku

Penderaan kanak - kanak 7


penderaan anak mereka barulah mereka mula sedar betapa silapnya cara mereka yang
tidak terlalu mengambil rendah perkara tersebut.

Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi punca terjadinya kes
penderaan kanak-kanak.Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan
perikemanusiaan.Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka.Seperti yang
diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan si penagihnya lupa diri dan khayal.Oleh
itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-
anak yang tidak berdosa.

Di samping itu, media massa juga mempengaruhi pemikiran setiap lapisan


masyarakat pada masa kini. Media massa yang berunsurkan aksi ganas kerap kali
dapat kita saksikan di kaca televisyen seperti rancangan ‘WWE’ dan filem-filem yang
berunsurkan pergaduhan seperti ‘Crows Zero’. Aksi-aksi yang di paparkan ini akan
memanipulasikan pemikiran dan mengubah seseorang individu menjadi ganas. Secara
tidak langsung , ibu atau bapa yang berasa sukar untuk mendidik anak-anak akan
menggunakan kekerasan untuk mendidik anak-anak. Setiap aksi ganas yang telah
mereka saksikan akan digunakan untuk mendidik anak-anak tanpa memikirkan kesan
negative perbuatan tersebut. Tanpa mereka ketahui, perbuatan tersebut merupakan
penderaan bagi kanak-kanak.

Ibu dan ayah tiri juga adalah salah satu punca yang boleh dikatakan juga popular
dalam berlakunya penderaan kanak-kanak. Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai
atau kematian suami akan berkahwin lain. Maka ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah
membenci anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan kes
penderaan kanak-kanak ini tidak berlaku sewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak
ini berada di rumah. Ayah atau ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap kanak-
kanak ini sewaktu ibu atau ayah mereka tiada. Jika di depan, dia akan bermuka-muka
seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut. Pada kebiasaannya penderaan yang
dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal dan penderaan yang dilakukan ayah tiri
bersifat fizikal dan seksual.

Penderaan kanak - kanak 8


Kurangnya perhatian ibu bapa juga merupakan salah satu punca yang
menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak – kanak. Ada ibu bapa yang tidak
menjaga anak mereka dengan baik. Sepatutnya ibu bapa perlu prihatin dan perlu
mengetahui bahawa kanak-kanak akalnya belum berkembang. Jika kanak-kanak yang
hiper aktif, mereka seolah-olah tidak kisah dengan siapa mereka bersama. Oleh itu
kanak-kanak ini akan terdedah kepada penculikan oleh individu yang mengambil
kesempatan. Contoh yang sama juga boleh kita tinjau terhadap kes Nurin Jazimin.
Kanak-kanak ini boleh dibiarkan ibu bapa mereka pergi ke pasar bersendirian tanpa
ditemani sesiapa. Ibu bapa yang melakukan perkara sedemikian seolah-olah tidak
menggunakan akal mereka dengan baik. Mereka terlalu sibuk dengan kegiatan mereka
sendiri sehingga mengabaikan anak-anak mereka.

Penderaan kanak - kanak 9


Huraian kesan – kesan penderaan kanak – kanak

Pelbagai kesan atau akibat yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa
penderaan.Deraan merupakan satu paksaan yang diterima oleh kanak-kanak dan
mereka tidak dapat membantah.Keadaan ini merupakan satu seksaan atau
penindasan. Ibu bapa  perlu sedar jika terlalu memaksa anak-anak,ini akan
menjejaskan perkembangan emosi mereka. Apabila emosi mereka terjejas,ini akan
menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah mereka. Selain
itu,hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga menyebabkan kanak-
kanak sentiasa berkeadaan bimbang,menimbulkan rasa kecewa,hilang keyakinan diri
sendiri,bersikap agresif,dan fikiran mereka sering terganggu.

Penderaan kanak-kanak akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan


mental khususnya kepada mangsa itu sendiri. Ia juga akan membuatkan kanak-
kanak tersebut trauma dan berasa diri tidak disayangi. Kesannya kanak-kanak akan
menunjukkan satu perubahan drastik seperti murung, suka menyendiri, atau menjadi
lebih pasif. Bukan itu sahaja, ini secara tidak langsung akan membuatkan prestasi
pembelajaran mereka merosot. Keadaan ini secara tidak langsung akan membuatkan
pelajar menjadi malas dan malu ke sekolah disebabkan kecederaan yang mereka alami
sama ada penderaan itu dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri ataupun pembantu rumah.

Penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan
lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu terganggu untuk jangka
masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnya
perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem
perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan
seterusnya membawa kepada kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali
episod pahit yang dilalui dahulu. Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula
dihuraikan dalam jurnal sejak awal tahun tujuh puluhan. Pada masa itu pakar psikiatri
sukar mengenali kes-kes ini kerana tiada persetujuan dan kata sepakat tentang maksud
penderaan emosi. Mangsa tidak mengadu emosi mereka didera dan simptom yang

Penderaan kanak - kanak 10


wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuh badan
mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidak ada kecederaan yang
boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalam perkembangan
diri terutama sekali pada personaliti mereka. Walaupun sukar dikesan, penderaan
emosi tetap menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatan
terutamanya dalam bidang psikiatri.

Penderaan kanak-kanak juga menyebabkan kerosakan psikologi iaitu kerosakan


dan kecacatan yang berlaku pada proses perkembangan, serta kerencatan pada
potensi perkembangan dan kreatif mental kanak-kanak itu. Proses perkembangan
mental yang penting ialah kecerdasan akal, ingatan, pengenalan, persepsi , fokus
tumpuan, penguasaan bahasa , perkembangan moral dan seterusnya. Apabila berlaku
kerosakan, kecacatan dan kerencatan pada proses perkembangan, tidak kira serta
merta atau kemudian, akan menyebabkan kerosakan pada tingkah laku, fungsi kognitif,
afektif dan fungsi fizikal kanak-kanak berkenaan. Kesemua ini menunjukkan bahawa
perkembangan emosi dan psikologi kanak-kanak, walaupun dihuraikan secara
berasingan tetapi berhubung kait antara satu sama lain dan perlu dinilai dalam
pemeriksaan klinikal pada kanak-kanak.

Gangguan psikiatri yang timbul akibat penderaan emosi ialah kemurungan,


gangguan reaktif pertalian kasih sayang (reactiveattachment disorder), masalah salah
laku dan aduan psikosomatik. Gangguan negatif lain adalah gangguan tingkah laku
seksual,penyalahgunaan dadah dan cuba membunuh diri. Kanak - kanak yang
mengalami pelbagai jenis penderaan (emosi, fizikal,seksual) didapati mempunyai risiko
tinggi untuk mendapat kemurungan dan distimia (dysthymia) berbanding dengan
kanak - kanak lain apabila umur mereka meningkat .Dalam siasatan lanjut semasa
kanak-kanak ini masih kecil lagi, mereka didapati kerap datang ke klinik dengan
pelbagai masalah tingkah laku dan emosi seperti kerap kencing malam atau kerap
meninggalkan tanda najis dalam seluar . Ada juga menyebabkan keadaan yang lebih
dikenali dahulu sebagai keskanak-kanak yang tidak membesar bukan kerana masalah
organik(non-organic failure to thrive, NOFT).

Penderaan kanak - kanak 11


Penderaan kanak – kanak akan menyebabkan gangguan perkembangan fizikal.
Akibat deraan emosi kanak-kanak ini tidak membesar seperti kanak-kanak
lain.Ketinggian dan berat badan mereka didapati berada di bawah persentil yang ketiga
untuk umur kanak-kanak (3rd centile for age) dan ini bukan disebabkan masalah
organik. Ini dianggap sebagai satu jenis kekerdilan psikososial (psychosocial dwarfism)
yang dulunya lebih dikenali sebagai non-organic failure to thrive. Ini kerana apabila
kanak-kanak ini ditempatkan dalam suasana yang sihat diperkayakan dengan kasih
saying serta mendapat kemudahan dan keperluan fizikal yang lain, perkembangan
mereka akan pulih seperti biasa. Penderaan emosi saolah-olah telah merencatkan
perkembangan fizikal kanak-kanak itu. Kajian juga menunjukkan ada korelasi yang
tinggi antara penderaan emosi dengan perkembangan fizikal di kalangan kanak-kanak.

Selain itu, penderaan kanak – kanak juga menyebabkan gangguan pada


perkembangan emosi. Perkembangan psikologi kanak-kanak akibat deraan emosi
juga didapati terjejas. Mereka tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan
kanak-kanak lain. Sistem dan cara pemakanan juga agak luar biasa. Mereka makan
tidak tentu masa dan gemar mengutip makanan tidak tentu arah. Tingkah laku mereka
adalah lebih keanak-anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka. Adakalanya
mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.
Pemerhatian mereka juga pernah disifatkan sebagai pandangan radar kerana
mempunyai ciri-ciri pemerhatian yang sangat berhati-hati tanpa mempunyai ciri-ciri
penerokaan. Perkembangan emosi kanak-kanak ini juga tidak stabil. Mereka tidak
menunjukkan tindak balas emosi yang bersesuaian. Mereka mempunyai harga diri yang
rendah dan sering menghadapi masalah dalam pergaulan. Kesemua ini menyebabkan
kemerosotan pencapaian akademik mereka dan kerencatan perkembangan lain secara
menyeluruh.

Penderaan kanak - kanak 12


Huraian langkah – langkah mengatasi penderaan kanak - kanak

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan


segera. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen
“Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka.
Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah
segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna.
Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan
adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya
kespenderaan anak-anak.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas
seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang
mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh
menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi
akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan
bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan
mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi
menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah
tangga. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan
kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan
kanak-kanak akan dapat diatasi.
            Dalam usaha membanteras kes penderaan kanak-kanak daripada
berlaku,peranan masyarakat haruslah diutamakan. Masyarakat haruslah sentiasa
peka dengan keadaan di sekelilingnya. Jika mendapati terdapat salah seorang jiran
yang melakukan penderaan terhadap anak-anak, mereka haruslah segera melaporkan
kejadian tersebut kepada pihak polis secepat yang mungkin tanpa mempedulikan
ancaman daripada jiran mereka. Selain itu, pengawalan keselamatan di sekeliling
kediaman penduduk haruslah diperketatkan. Hal ini amatlah penting bagi memastikan
tidak ada seorang pun yang berani mendera kanak – kanak serta dapat memastikan
kanak-kanak mendapatkan perlindungan daripada didera serta disakiti oleh mana-mana
pihak yang tidak bermoral itu. Dalam usaha ini, penduduk setempat sendiri haruslah

Penderaan kanak - kanak 13


melakukan rondaan secara bergilir-gilir untuk memastikan tiada sebarang kejadian yang
tidak diingini serta mencurigakan daripada berlaku.

Kerajaan mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada


masyarakat umum bagi membanteras gejala yang tidak berperikemanusiaan ini.Namun,
perasaan tidak takut dan berasa bersalah di kalangan sesetengah masyarakat untuk
melakukan penderaan masih berlaku.Keadaan ini berlaku kerana tiada tindakan tegas
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Untuk itu,Akta Perlindugan Kanak-Kanak 1997
perlu diperkukuh bagi menjamin akta ini menjadi undang-undang yang serba lengkap
bagi melindungi kanak-kanak.

Jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan.Kerjasama daripada


semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa.Ibu bapa
janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin
maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau
menghukum mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika
terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang


dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan
untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan
memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah
yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk
membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu
diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan
menjadi lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan
jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak
malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

Penderaan kanak - kanak 14


Lampiran

Women's Aid Organisation is a partner in the Malaysian Coalition for the Prevention of
Child Sexual Abuse (MCPCSA).

TALIAN BANTUAN

Pertubuhan Pertolongan Wanita


03-7956 3488
(WAO)

Pusat Krisis Wanita ( WCC, Penang) 04-228 0342

All Women Action Society of Malaysia


03-7957 0224
(AWAM)

TELEDERA 1-800-883040

BEFRIENDERS 03-7956 8144

P.S. The Children 03-74931303

Statistik penderaan kanak- kanak

Penderaan kanak - kanak 15


Penderaan kanak - kanak 16
Penderaan kanak - kanak 17
Cerita Sebenar Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai

Norhashimah (kiri) Dan anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat
Cerita sebenar mengenai isu VIDEO Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata
Kota Masai.

Akibat marahkan majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota
Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan
mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung. Tidak cukup dengan itu,
dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah
jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum. Berikutan
perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan
berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa
sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
Menurut pemilik tadika tersebut dia dikhianati oleh dua bekas pekerjanya bagi
merosakkan nama baik dan perniagaannya.

Penderaan kanak - kanak 18


Dalam rakaman video penderaan itu, Ahmad Afiq (GAMBAR) paling teruk didera
apabila mulutnya ditampal pelekat dan tubuhnya dililit kain bedung dengan ketat,
Perbuatan kejam tersebut menyebabkan Ahmad Afiq mengalami kegatalan di mulut dan
hidung hingga terpaksa mendapat rawatan di klinik.
Klip VIDEO Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai dipercayai
dirakam pertengahan Disember tahun lepas oleh kakitangannya yang bermasalah
sebelum dibuang kerja pada Januari lalu, sebelum dibuang mereka sering mengambil
cuti dengan alasan anak sakit, namun kerana memerlukan kakitangan yang mempunyai
komitmen yang tinggi, Saherah terpaksa memberhentikan pekerja tersebut. Mungkin
kerana tidak berpuas hati kerana dibuang, pekerja tersebut bertindak menyebarkan
rakaman Video Penderaan Kanan-kanak taska bertujuan memalukan majikannya.
Hasil laporan polis yang dibuat, dua wanita berusia 20 hingga 22 tahun dipanggil bagi
memberi keterangan, aku harap kedua wanita tersebut ditahan kerana cubaan
membunuh, kerana perbuatan kejamnya boleh menyebabkan kematian.

Penderaan kanak - kanak 19


Penderaan kanak - kanak 20
Bibliografi

1. http://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/07/penderaan-kanak-kanak/

2. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Penderaanbukansemata-
matalebam/Article/index_html

3. http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?
e=PMR&s=BM&b=OGO&m=2&t=&r=g&i=PNP

4. http://www.wao.org.my/backup_v1_21.7.2011/news/derakanak.htm

Penderaan kanak - kanak 21

You might also like