You are on page 1of 6

NAMA PROGRAM :

PEMBINAAN TVPSS (CHANNEL TREIZE TV) SKS 13 DAN


STUDIO LAYAR HIJAU

TARIKH PROGRAM :
MAC - DISEMBER 2021

Disediakan Oleh
ANITA BINTI ZAHARI
Guru Perpustakaan dan Media
SK Seksyen 13, Shah Alam
Sekolah Kluster Kecemerlangan

1
KERTAS KERJA

1.0 NAMA PROGRAM :

Pembinaan Channel Treize TV (TVPSS) SKKS13

2.0 RASIONAL :

Sejajar perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan dan komunikasi, Unit Pusat
Sumber Sekolah, dengan kerjasama Unit ICT dan Pengurusan sekolah telah bersetuju untuk
mengusul penubuhan Channel Treize TV (TVPSS) SKS13. Ia juga bagi memenuhi instrumen
penilaian Pusat Sumber Cemerlang serta menyambut baik hasrat serta saranan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang menggalakkan penubuhan channel TVPSS di setiap
sekolah.
Pembunaan channel TV ini mendokong matlamat membentuk murid-murid yang
mempunyai nilai tambah, berkualiti serta mampu bersaing di pasaran terbuka selepas alam
persekolahan dan mempunyai jati diri yang beracuan negara Malaysia.

3.0 OBJEKTIF :

i- Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan dalam menyebarkan agama


Islam.
ii- Menanam sifat teladan sahsiah murid melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW
iii- Melahirkan masyarakat berukhuwwah Islamiah dalam warga pendidik melalui konsep
perpaduan ummah dan akhlak mulia
iv- Melahirkan generasi yang menjulang martabat Rasulullah sebagai tauladan dan
ikutan sepanjang zaman.

4.0 KUMPULAN SASARAN:


Murid-murid SK Seksyen 13
Guru-guru SK Seksyen 13
PIBG dan komuniti setemat

5.0 KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) : 100% penglibatan warga sekolah


70% murid yakin tampil dengan yakin serta
berupaya menyuarakan pendapat

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM :

Tarikh : Bermula Mac 2021


1
Tempat : SK Seksyen 13 dan di luar (mengikut lokasi aktiviti sekolah dijalankan)

7.0 STRATEGIK PELAKSANAAN

BIL TARIKH PERKARA TINDAKAN CATATAN

1 25.02.2021 Perbincangan bersama Guru Besar dan Penyelaras / Membuat draf


PK Pentadbiran untuk draf kertas Guru Besar Kertas Kerja
kerja Cemerlang/ PK
Pentadbiran
Ex Oficio

2 01.03.2021 Penyediaan Draf Kertas Kerja Penyelaras / Mengedit


untuk semakan Guru Besar Kertas Kerja
Cemerlang jika perlu
Ex Oficio

PK
3 04.03.2021 Kelulusan Kertas Kerja Pentadbira Lulus / Tidak
Pembinaan Channel Treize TV n/ Guru Lulus
Besar
Cemerlang
4 05.03.2021 Taklimat Jawatankuasa Teknikal Penyelaras /PK Penerangan
Channel Treize TV Pentadbiran perancangan
Guru Besar dan
Cemerlang / bidang tugas
AJK AJK

5 08.03.2021 Pembinaan Studio Layar Hijau bermula Penyelaras / Pembinaan


Guru Besar studio dan
Cemerlang/ Ex penyediaan
Oficio peralatan
studio

6 12.03.2021 Penyediaan Banner label studio dan Penyelaras / Rekaletak dan


sudut-sudut terlibat AJK penghantaran
untuk
percetakan.

6 18.03.2021 Proses penyediaan montaj dan AJK Lancar / Tidak


penghasilan bahan bermula

6.0 UNSUR KBAT

7.1 Penghasilan bahan yang berimpak tinggi serta mendokong matlamat dan
kejayaan pembelajaran.
7.2 Mempraktikkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam aktiviti/program.
7.3 Memberi dorongan kepada murid menyelesaikan masalah secara individu
dan berkumpulan.

2
9.1 AKTIVITI
1. Pencarian Kru
2. Mesyuarat Agung
3. Latihan/kursus/bengkel
4. Pertandingan
5. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
6. Pembinaan studio layar hijau
7. Penghargaan

10.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA
CHANNEL TREIZE TV SKS 13

Penasihat : Hj AB Rashid bin Hj Md Ihsan (Guru Besar Cemerlag)


Pengerusi : Pn. Aziah Bt Karim (GPK Pentadbiran)
Timb. Pengerusi 1 : Pn Shamsina Bt Abd Aziz (GPK HEM)
Pn Yusnidar Binti Mohd (PK Ko)
Ex Oficio : Pn Anita Binti Zahari (GPM)
Penyelaras Aktiviti : En Ameer Firdaus bin Redzuan
Setiausaha : Pn Fara Afiza binti Azman
Bendahari : Pn Salmiah Binti Ali
Ahli Jawatankuasa : En Thipanath A/L Selvarajoo
En Umar Safwan Bin Mohd Feisal
En Mohd Ridzuan Bin Ramli
En Shahril Anwar Bin Ramli
Cik Shareeny A/P M Saravanan

3
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER KEWANGAN - PCG / PIBG / SUMBANGAN

PERBELANJAAN (RM)
BIL PERKARA
Binaan Studio Layar Hijau RM 6,358
1.
- Partition dan board latar
belakang (Rujuk sebutharga yang
dilampirkan – Sebutharga dengan
bahan dan spesifikasi yang sama,
dengan harga yang lebih rendah
telah dipersetujui oleh ahli
mesyuarat jawatankuasa)
- Cat RM 480
- Bar Table Set RM 470
- Karpet RM 250
- Tiles RM 150
- Lampu RM 500
- Rak alatan RM 50
- Mikrofon RM 35
- Banner RM 50
JUMLAH KECIL RM 8,343
Vest Krew dan Penyampai
2.
RM 660
12 helai x RM 55.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 9,003

4
13.0 PENUTUP

Semoga dengan kewujudan satu lagi medium komunikasi dan penyebaran maklumat
Channel Treize TV SKS 13 ini akan membantu meningkatkan pencapaian akademik
murid-murid SKS 13. Di samping itu, dengan peluang dan pendedahan yang diberikan
secara berterusan akan melahirkan warga SKS 13 yang berketrampilan, berkeyakinan
serta mempunyai jati diri yang tinggi. Besar harapan kami agar kertas kerja serta
permohonan sumber kewangan yang disertakan mendapat pertimbangan yang
sewajarnya serta kelulusan untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

Disediakan oleh :
Disemak oleh :

Nama : ANITA BINTI ZAHARI


Guru Perpustakaan dan Media Nama :AZIAH BINTI KARIM
SK Seksyen 13, Shah Alam PK Pentadbiran
Sekolah Kluster Kecemerlangan SK Seksyen 13, Shah Alam
Sekolah Kluster Kecemerlangan

Disahkan oleh :

HAJI AB RASHID BIN HAJI MD IHSAN


Guru Besar Cemerlang
SK Seksyen 13, Shah Alam
Sekolah Kluster Kecemerlangan

You might also like