You are on page 1of 4

TAJUK

Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi Program Pendidikan Khas
Integrasi Sk Matu Baru

2. MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan
pokok menggunakan kaedah Fetigrasi

3. OBJEKTIF
3.1 Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan
pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.
3.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara moden.
3.3 Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.
3.4 Menambahkan lagi dana tabung PPKI SK Matu Baru dengan penjualan hasil dari
pertanian ini.

4. LATAR BELAKANG

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70% OKU tidak
mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat utama program
pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran yang
membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam persekolahan kepada kehidupan dalam
komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan
yang diterima. (Groupil, Tasse, Garcimdore, 2002).

Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat


penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli
masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga OKU serta memastikan mereka
menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup berkualiti. Kajian Norasmah dan Safani
(2004) menguatkan kenyataan apabila terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah
penglihatan dengan pelajar normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya juga
mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Malahan tahap ciri-ciri keusahawanan orang kurang
upaya adalah sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah & Safani, 2004).

Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SK BARU
telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini Penanaman Sayuran Menggunakan
Kaedah Fertigasi mulai tahun 2021
5. PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

Apa Itu Fertigasi?

Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan
"fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik
penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari
mengikut keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh
zon akar boleh dikawal mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat
pertumbuhan sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan
pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa


menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh
ditanam menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi
seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan
menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada
dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria
yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya
untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan
yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada
tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala
setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok
diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman adalah bergantung mengikut jenis
pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman mengambil masa 6 bulan untuk setiap musim
sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu ditanam dengan pokok baru.

Kelebihan Kaedah Fertigasi


· Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan
jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
· Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah
penyakit.
·Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
· Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
· Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
. Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
· Kualiti hasil yang lebih baik.
Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
· Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis
serangga diguna pakai.
·Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
· Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
· Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik berselang.
· Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang
6. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid pendidikan khas SK Matu Baru yang mengambil aliran Kemahiran Hidup
Bersepadu (Pertanian). Mereka akan keluar bertani mengikut jadual yang telah ditetapkan

7. TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah bersebelahan dengan kelas PPKI 1

8. JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Pengerusi : En. Mohtar Bin Mohd Ali (Guru Besar)


Naib Pengerusi : En. Awang Kasuma Bin Awang Asin (PK PPKI)
Setiausaha : En. Iskandar Bin Bujang
Bendahari : Cik Cecilia Anak Mikai
AJK : Semua Guru dan PPM PPKI SK Matu Baru
Ahli : Pelajar PPKI SK Matu Baru

9. KOS PELAKSANAAN
Seperti Lampiran A

10. JADUAL PELAKSANAAN

Bil.
1.
OKTOBER -NOVEMBER
- Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar
- Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama
- Menyemai benih
- Penjagaan anak benih
2.
DISEMBER
- Menanam anak pokok
- Meracun dan merawat pokok
- Memancang tiang sokongan
- Pendebungaan
- Mencantas dahan
3.
JANUARI -FEBRUARI
- Memetik hasil
- Menjual hasil yang diperolehi
- Meracun dan merawat pokok
- Pendebungaan
- Mencantas dahan
4.
MAC-APRIL
- Mencabut pokok
- Merawat media
- Menyemai benih
- Menyediakan semula tapak untuk musim kedua
- Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka akan
ke tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara bergilir-gilir.

10. PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek yang
pertama kali dijalankan di SK Matu Baru Baru dan ianya dirasakan mampu untuk
memberikan impak yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju program
pendidikan khas itu sendiri.

Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SK Matu Baru, projek ini diharapkan
akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam persekolahan kelak serta
dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa
yang terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada
pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima
kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(AWANG KASUMA BIN AWANG ASIN) (MOHTAR BIN MOHD ALI)


PK PPKI, GURUBESAR,
SK Matu Baru SK MATU BARU

You might also like