You are on page 1of 4

PERHIMPUNAN BADAN BERUNIFORM ( KOR KADET POLIS )

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Yang berusaha En. Zul Bin Senin , Pengetua SMK Pasoh 2

Yang Dihormati Cik Norhasimah Bt Mohd Noor , Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Yang DiHormati En. Muhazir Bin Mispami, Guru Penolong Kanan HEM.

Yang Dihormati Pn. Hajah Norhayati Bt Yaacob, Guru Kanan KO-Kurikulum

Kauselor Sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran , guru-guru serta rakan-rakan pelajar sekalian.

Kita mulakan perhimpunan pada pagi ini dengan bacaan Umulkitab AL-FATIHAH.

Amin.

Marilah sama-sama kita membaca Asma AL Husna.

Selesai sudah bacaan Asma alhusna.

Semua guru diminta berdiri dan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu NEGARAKU, Kebesaran
Negeri Sembilan Dan Lagu SEKOLAH.

Saya menjemput Kopral Kadet Saiful Anuar Bin Saat untuk mengetuai bacaan Ikrar Rukun Negara
Dan Ikrar Sekolah.

Terima Kasih di atas bacaan Ikrar sebentar tadi.

Perhimpunan beruniform diterus kan dengan bacaan peraturan Sekolah.

Saya menjemput kopral Kadet Mohd Hakim Bin Ruslan untuk membacakan peraturan sekolah.

Rakan pelajar boleh merujuk muka surat _____.

Selesai bacaan peraturan sekolah.

Sekarang semua pelajar akan membuat kawad kaki statik dengan di ketuai oleh Kopral Kadet Mohd
Hakim Bin Ruslan.

Selesai kawad kaki statik.

Sekarang dipersilakan kopral kadet Saiful Anuar Bin Saat untuk meneruskan acara.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima Kasih diucapkan kepada semua anggota kadet yang terlibat dalam persembahan tadi.

Sekarang saya menjemput guru yang bertugas pada minggu lepas untuk menyampaikan laporannya.

Terima kasih diucapkan kepada guru bertugas di atas laporannya sebentar tadi.

Dipersilakan mana-mana guru yang ingin menyampaikan apa jua ucapan atau laporan.
sekarang dijemput En. Zul Bin Senin Pengetua SMK Pasoh 2 untuk menyampaikan ucapan.

Guru bertugas minggu ini ialah : 1._____________________________

2. _____________________________

Untuk mengakhiri perhimpunan kita pada pagi ini. Saya menjemput kadet Yusafwan untuk
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Amin. Berakhir sudah perhimpunan kita pagi ini.


Assalammualaikum dan selamat pagi

Marilah sama-sama kita menyaksikan satu sketsa ringkas.

______________________________________________________________________________

Demikian tadi satu persembahan yang ada kaitan nya dengan undang-undang jenayah yang kadang-
kadang berlaku sama ada di luar sekolah ataupun di dalam sekolah.

PERAS UGUT ialah perbuatan meminta wang secara paksa dan kekerasan. Jika tidak diberi, mangsa
berkenaan akan dicederakan atau diseksa.

BULI ialah perbuatan mempermainkan orang yang lemah dengan tujuan menjatuhkan maruah atau
untuk menunjuk kekuatan atau suka-suka.

PERAS UGUT dan BULI mendatangkan kesan emosi yang teruk kepada mangsa dan boleh
menyebabkan kecederaan serta pembunuhan.

* Murid yang melakukan peras ugut atau buli boleh dibuang sekolah, ditangkap atau dipenjara
mengikut kejadian kes.

* Berjumpa dengan guru kaunseling jika anda ada sebarang masalah.

* Laporkan kepada guru jika melihat kegiatan peras ugut atau buli di sekolah.

* Berada dalam kumpulan.

* Belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan.

* Jangan berkawan dengan murid yang berisiko tinggi.

* Jangan terpengaruh dengan ajakan kawan.

* Guru perlu menyiasat apabila menerima aduan.

* Guru patut mengambil tindakan yang adil untuk kedua-dua belah pihak dengan memberi nasihat
dan bimbingan.

* Rekodkan semua kes yang disiasat.

* Murid perlu amalkan budaya penyayang, toleransi, menghormati orang lain dan simpati kepada
yang lemah.

* Jangan seksa orang lain. Ini merupakan perbuatan yang keji dan zalim.
Peranan Pihak Sekolah

Pihak sekolah memainkan peranan yang cukup besar di dalam menangani isu moral ini. Ceramah
atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di sekolah dari masa
ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli dan peras ugut.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok
kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi
diperketatkan supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan
untuk membuli mangsanya.

Peranan Pelajar

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk
membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli berlaku atau menjadi mangsa pembuli
harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu
dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Marilah kita bersama-sama mengelak kes buli dan peras ugut dari berlaku di SMK PASOH 2.

Sekian Terima Kasih.

Saya serahkan kembali kepada Kadet Ierfan Farhan untuk meneruskan acara.

You might also like