You are on page 1of 7

SKEMA JAWAPAN SET 7

BAB 4 : WANG & BANK

SOALAN OBJEKTIF
1. C
2. D
3. A
4. A
5. D
6. D
7. C
8. D
9. D

BAHAGIAN A : SOALAN STRUKTUR

Soalan 1
i) Nisbah rizab tunai ialah peratus daripada jumlah deposit semasa yang
perlu dipegang oleh bank perdagangan dalam bentuk harta mudah cair
seperti wang tunai dan pinjaman jangka pendek. (1M)
ii) Rizab berkanun adalah simpanan wajib Bank Perdagangan di
Bank Pusat. (1m)

Soalan 2
Tambahan bekalan wang dalam ekonomi menyebabkan kadar bunga jatuh. (1M)
Ini meningkatkan pelaburan dan menambahkan Pendapatan Negara. (1M)

BAHAGIAN B : SOALAN KUANTITATIF DAN ESEI

Soalan 1

1 a) (i) M1 = Mata wang dalam edaran + Deposit Semasa (½M)

Tahun 2008 2009 2010

Bekalan Wang M1 (RM 183,899( 201,621 214,172


Juta) ½M) (½M) (½M)
[2m]

(ii) Kadar Pertumbuhan M1 = M1(t) – M1(t-1) X 100 (½M)


M1 (t-1)

Tahun 2008 2009 2010

Kadar Pertumbuhan 9.64 6.23(


-
M1 (%) (1M) 1M)
[2m]
KDNKt – KDNKt-1
X 100
(iii) Kadar Pertumbuhan Ekonomi = KDNKt-1 (

Tahun 2008 2009 2010

Kadar Pertumbuhan -1.71 6.98


-
Ekonomi (%) (1M) (1M)
[2m]
(iv) Bekalan Wang M2 = M1 + Separa Wang (½M)

Tahun 2008 2009 2010


931,864 1,017,303 1,052,520
Bekalan Wang M2
(½M) (½M) (½M)
[2m]

b) Pada tahun 2008 hingga 2009, Tidak Selaras (1M) (kerana pertambahan
Bekalan Wang tidak diikuti dengan pertambahan dalam Jumlah KDNK).

Pada tahun 2009 hingga 2010, Selaras (1M) (kerana pertambahan Bekalan
Wang diikuti dengan pertambahan Jumlah KDNK).
[2m]
Soalan 2

a)
Nisbah Rizab Tunai = Rizab Tunai x 100
Deposit semasa
= 200 x 100 (½M)
1000
= 20% (½M) [1m]

b) i) Rizab Tunai Baru = Nisbah Rizab Tunai x Deposit Semasa


= 15% x 1000
= RM150 (½M)

Pinjaman Baru = Deposit Semasa – Rizab Tunai Baru


= RM1000 – RM150
= RM850 (½M)

Tambahan Pinjaman = Pinjaman Baru – Pinjaman Asal


= RM850 – RM800 (½M)
= RM50 (½M) [2m]
b) ii) Kunci Kira-Kira Bank A

Aset Liabiliti
Rizab Tunai 150 Deposit Semasa 1000
Pinjaman 850
Jumlah 1000 (1M) Jumlah 1000 (1M)
[2m]

c) Tambahan Bekalan Wang dalam ekonomi

= Tambahan Bekalan Wang x Pengganda Wang (½M)

= 50 x 1 . (1M)
15%
= RM333.33 (½M) [2m]

Soalan 3

a)
Kunci Kira-Kira Bank Pertama
Aset Liabiliti
Rizab Tunai 4,000 Deposit Semasa 20,000
Pinjaman 16,000
Jumlah 20,000 (½M) Jumlah 20,000 (½M)
[1m]
Rizab Tunai = Deposit Semasa x Nisbah Rizab Tunai
= 20,000 x 20%
= RM4,000

Pinjaman = Deposit Semasa – Rizab Tunai


= 20,000 – 4,000
= RM16,000

Kunci Kira-Kira Bank Kedua


Aset Liabiliti
Rizab Tunai 3,200 Deposit Semasa 16,000
Pinjaman 12,800
Jumlah 16,000 (½M) Jumlah 16,000 (½M)

Kunci Kira-Kira Bank Ketiga


Aset Liabiliti
Rizab Tunai 2,560 Deposit Semasa 12,800
Pinjaman 10,240
Jumlah 12,800 (½M) Jumlah 12,800 (½M)
[3m]

(b) i. Tambahan Rizab Tunai = Rizab Tunai Awal x Pengganda Wang (½M)
= 4,000 x 1 (1M)
20%
= RM20,000 (½M) [2m]
ii. Tambahan Simpanan Semasa = Deposit Semasa Awal x Pengganda Wang (½M)
= 20,000 x 1 (1M)
20%
= RM100,000 (½M) [2m]

iii. Tambahan Bekalan Wang = Pinjaman Awal x Pengganda wang (½M)


= 16,000 x 1 (1M)
20%
= RM80,000 (½M) [2m]

Soalan 4

5 peranan utama Bank Pusat dalam sesebuah Negara

i. Mengeluarkan wang kertas dan duit syiling (Matawang Negara) (½M) untuk
melicinkan kegiatan perdagangan dan pengeluaran (½M). Bank pusat
menentukan jumlah wang yang harus diedarkan bagi suatu tempoh tertentu.
(½M) Edaran wang yang berlebihan boleh menimbulkan inflasi (½M) dan
kekurangan pengeluaran wang akan melambatkan pertumbuhan ekonomi. (½M)

ii. Jurubank kepada Kerajaan (½M)


- mentadbir akaun kerajaan (Bank Pusat menyediakan kemudahan cek,
menerima dana dan membuat pembayaran bagi pihak kerajaan). (½M)
- mentadbir hutang negara (mendapatkan pinjaman dari dalam dan luar negara
bagi pihak kerajaan (½M) melalui penjualan bil perbendaharaan, bon kerajaan
dan sebagainya di pasaran kewangan tempatan dan luar negara) (½M).
- memberikan pendahuluan sementara kepada kerajaan apabila perbelanjaan
kerajaan melebihi daripada hasil yang diterima (khidmat bayaran pendahuluan)
(½M).
- memberikan nasihat kewangan kepada kerajaan tentang hal-hal kewangan
dan perbelanjaan (½M) seperti pelaburan awam, kadar pertukaran asing dan
sebagainya. (½M)

iii. Jurubank kepada Bank Perdagangan/Institusi Kewangan (½M)


- mengawal rizab berkanun yang perlu disediakan oleh bank perdagangan yang
bertujuan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan mencipta kredit dan
mengatasi masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi. (½M)
- mengawal harta mudah tunai dengan menetapkan nisbah mudah tunai bank
perdagangan supaya ia mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi
menunaikan semua cek yang dikeluarkan oleh pelanggan (½M).
- sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yang mengalami masalah
kekurangan wang tunai untuk memenuhi kehendak pelanggan (½M).

iv. Menjaga kestabilan nilai ringgit dan imbangan pembayaran (½M)


- Bank pusat bertanggungjawab mengawal dan mengurus pertukaran asing
(½M) bagi memudahkan aktiviti perdagangan antarabangsa dan menstabilkan
nilai mata wang sesebuah negara. (½M)
- Bank pusat memastikan simpanan rizab pertukaran asing dan emas sentiasa
mencukupi bagi membiayai kos aktiviti perdagangan antarabangsa. (½M)
Selain mempertahankan nilai mata wang negara, rizab yang mencukupi dapat
menjamin kestabilan kadar pertukaran asing dan memastikan perdagangan
antarabangsa dijalankan pada kadar pertukaran yang diingini. (½M)
- Sebagai contoh, jika nilai Ringgit Malaysia jatuh berbanding dengan Dolar
Amerika Syarikat, BNM akan menjual Dolar Amerika Syarikat dan membeli
Ringgit Malaysia untuk menaikkan nilai Ringgit Malaysia. (½M) Sebaliknya,
BNM akan membeli Dolar Amerika Syarikat dan menjual Ringgit Malaysia jika
nilai Ringgit Malaysia naik terlalu tinggi. (½M)
- Bank pusat juga mengawal kedudukan imbangan pembayaran negara kerana
imbangan pembayaran mempengaruhi kadar pertukaran asing. (½M) Jika
imbangan pembayaran kurangan berlaku, bank pusat akan mengetatkan
penjualan mata wang asing kepada pengimport tempatan supaya penawaran
mata wang asing berkurang dan import dari negara berkenaan dapat
dihadkan. (½M)

v. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan (½M)


- Bank pusat mengawal aktiviti ekonomi negara melalui dasar kewangan. Dasar
kewangan merupakan langkah bank pusat mempengaruhi aktiviti ekonomi
dengan mengawal bekalan wang yang seterusnya memberi kesan kepada
tingkat kadar bunga dalam ekonomi. (½M)
- Bank pusat akan berusaha membantu kerajaan untuk mencapai tingkat guna
tenaga penuh tanpa inflasi dan mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang
mantap dan berterusan. (½M)
- semasa inflasi, bank pusat akan menjalankan dasar kewangan menguncup
dengan mengurangkan penawaran wang bagi menaikkan kadar bunga.
Sebaliknya, semasa kemelesetan ekonomi, bank pusat akan menjalankan
dasar kewangan mengembang dengan menambahkan penawaran wang bagi
menurunkan kadar bunga. (½M)

vi. Sumber pinjaman terakhir (½M)


- Bank pusat menyediakan kemudahan pinjaman terakhir kepada bank
perdagangan yang mengalami kekurangan wang tunai untuk memenuhi
permintaan penyimpan atau pelanggan. (½M)
- Bank perdagangan boleh meminjam daripada bank pusat sebagai langkah
terakhir apabila bank tersebut gagal memperoleh pinjaman daripada sumber
lain. (½M)
- Bank pusat memberi pinjaman kepada bank perdagangan dalam bentuk
pinjaman langsung atau melalui pendiskaunan bil jangka pendek.
- Bank pusat akan mengenakan kadar bunga atas pinjaman yang diberikan
kepada bank perdagangan yang dikenali sebagai kadar diskaun atau kadar
bank. (½M) [10m]

Soalan 5

i. Kebocoran wang tunai (½M)


- berlaku apabila peminjam tidak memasukkan semula wang yang dipinjam ke
dalam akaun semasanya (½M). Sebaliknya cek tersebut ditunaikan dan digunakan
untuk berbelanja (½M). Keadaan ini akan mengurangkan keupayaan bank
mencipta wang.(½M)

i. Bank pusat menaikkan nisbah rizab (½M)


- apabila bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun, lebihan rizab untuk
dipinjamkan bank perdagangan akan berkurangan (½M). Ini mempengaruhi
jumlah deposit semasa yang dapat dicipta oleh bank perdagangan (½M).
Manakala apabila bank pusat menaikkan nisbah rizab tunai, bank perdagangan
terpaksa memegang lebih banyak harta cair seperti wang tunai dan sekuriti jangka
pendek bagi memenuhi keperluan pelanggan (½M). Oleh itu jumlah pinjaman
berkurang dan keupayaan bank mencipta wang berkurang (½M).
ii. Kesukaran mendapatkan peminjam (½M)
- Di samping berusaha untuk memberi pinjaman dengan banyak, bank harus pula
memastikan bahawa pinjaman yang diberikan akan dibayar semula sehingga
bank tidak akan menanggung kerugian (½M). Adalah lebih baik tidak memberi
pinjaman kepada calon peminjam yang diragukan kemampuannya untuk
mengembalikan wang yang dipinjam (½M). Kecenderungan bank yang melakukan
langkah berhati-hati dalam memberi pinjaman boleh menyebabkan mereka tidak
meminjamkan semua lebihan rizabnya.(½M) Jumlah pinjaman berkurang
menyebabkan proses penciptaan wang berkurang.(½M)

iv. Kadar syarat pinjaman (½M)


- Motif utama bank perdagangan adalah untuk mencari keuntungan. Jika pelabur
tidak dapat mencagarkan aset tetapnya seperti rumah, bangunan, tanah dan
saham, pinjaman daripada bank perdagangan akan sukar diperoleh (½M). Oleh
itu, bank perdagangan tidak dapat meluluskan permohonan pinjaman pelabur
yang menghadapi masalah memberikan cagaran (½M). Jumlah pinjaman
berkurang menyebabkan proses penciptaan wang berkurang.(½M)

v. Keinginan untuk menjaga keutuhan bank (½M)


- Sesetengah bank perdagangan lebih menyukai apabila kedudukan bank adalah
teguh. Mereka memberi pinjaman dan melaburkan lebihan rizabnya secara
berhati-hati (½M). Bank selalu memastikan agar nisbah rizab adalah pada
peringkat yang lebih tinggi daripada nisbah minimum yang diwajibkan (½M).
Apabila bank menjalankan matlamat ini, kepercayaan masyarakat terhadapnya
bertambah tetapi langkah ini mengurangkan proses penciptaan kredit.(½M)
[10m]

Soalan 6

Maksud perangkap kecairan ialah keseimbangan kadar bunga dalam sesebuah


ekonomi akan tercapai pada tingkat yang sangat rendah sehingga permintaan DD
wang untuk tujuan spekulasi menjadi anjal sempurna menurut Keynes (1m).
Oleh sebab ciri yang sedemikian, maka pada tingkat kadar bunga tersebut, keluk
permintaan wang dalam ekonomi menjadi anjal sempurna.

(Rajah 2m)
Kadar bunga, r mempengaruhi DD wang untuk spekulasi sahaja (½M).
Manakala DD wang untuk tujuan urusniaga dan awasan dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan (½M).
Merujuk pada Rajah, Keluk bekalan wang (MS) asal ialah MS0 dan permintaan DD
wang asal ialah pada MD. Keseimbangan kadar bunga asal ialah pada r0 (½M) iaitu
pada persilangan MS0=MD (½M). Jika kerajaan meningkatkan bekalan wang
daripada MS0 ke MS1 (½M) maka kadar bunga akan jatuh daripada r0 ke r1 (½M).
Keseimbangan tercapai pada titik E, bermula keluk DD wang iaitu MD akan menjadi
anjal sempurna (½M).
Menurut Keynes, keluk DD wang yang anjal sempurna, sebarang kenaikan bekalan
wang tidak akan mempunyai kesan dalam menurunkan kadar bunga pasaran (½M).
Contoh : bekalan wang meningkat daripada MS1 ke MS2, kadar bunga tetap tidak
berubah pada tingkat r1 (½M), DD wang meningkat ke W2 (½M).
Keadaan keluk DD wang yang anjal sempurna bermula daripada titik keseimbangan
E dipanggil Perangkap Kecairan (½M).
Pada perangkap kecairan, ahli-ahli spekulasi tidak akan meningkatkan DD wang
untuk membeli bon (½M) apabila dijangka kadar bunga r1 tidak akan jatuh lagi (harga
bon tidak akan naik lagi) (½M).
Perangkap kecairan tidak menggalakkan pembelian bon atau saham pada masa
berlaku kemelesetan (½M).
[10m]

You might also like