You are on page 1of 5

Bahagian C - Soalan Kuantitatif

BAB 4 – WANG DAN BANK

Soalan 1
Jadual menunjukkan jumlah penawaran wang dari tahun 2010 hingga 2013.

Tahun Penawaran Wang (RM juta)


M1 M2
2010 224,384.0 1,060,153.6
2011 258,956.2 1,251,603.8
2012 289,735.6 1,333,387.7
2013 327,920.1 1,438,884.3
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

(a) Apakah maksud penawaran wang M1 dan M2? (2m)

(b) Hitung jumlah wang hampir pada tahun 2011 hingga 2013. (3m)

(c) Hitung kadar pertumbuhan penawaran wang M2 pada tahun 2011 hingga 2013. (3m)

Disediakan oleh Lee Quit Huei


Bahagian C - Soalan Kuantitatif

Soalan 2
Jadual menunjukkan penawaran wang, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dan kadar bunga
dari tahun 2010 hingga 2013 bagi sesebuah negara.

Tahun Penawaran Wang KDNK benar Kadar bunga


(RM juta) (RM juta) (peratus)
2010 200 916.6 629 885 8.0
2011 224 384.0 676 653 6.5
2012 258 209.5 711 351 6.0
2013 289 735.6 751 471 6.0

(a) Berdasarkan data penawaran wang dan kadar bunga,


(i) Adakah Teori Kewangan Keynes dapat menerangkan keadaan ekonomi negara ini?
Jelaskan. (2m)

(ii) Adakah perangkap kecairan berlaku dalam ekonomi negara ini?


Jelaskan. (2m)

(b) Hitung,
(i) Kadar pertumbuhan penawaran wang dari tahun 2011 hingga 2013. (2m)
(ii) Kadar pertumbuhan ekonomi dari tahun 2011 hingga 2013. (2m)

(c) Adakah jawapan 2(b)(i) dan (ii) selaras dengan dasar kewangan? Jelaskan. (2m)

Disediakan oleh Lee Quit Huei


Bahagian C - Soalan Kuantitatif

Soalan 3
Jadual menunjukkan kunci kira-kira Bank X

Aset (RM) Liabiliti (RM)


Rizab berkanun 30,000 Deposit Semasa 100,000
Pinjaman 70,000

JUMLAH 100,000 JUMLAH 100,000

(a) Berdasarkan jadual di atas, hitung


(i) Nisbah rizab berkanun. (1m)
(ii) Jumlah deposit semasa selepas proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya.
(2m)

(b) Andaikan seorang pelanggan membuat pinjaman sebanyak RM70,000 dan mendepositkannya
di Bank Y,
(i) Tunjukkan kunci kira-kira Bank Y. (2m)
(ii) Hitung tambahan pinjaman maksimum yang boleh diwujudkan oleh Bank Y selepas
proses penciptaan kredit berlaku sepenuhnya. (2m)

(c) Berdasarkan jawapan 2(a), andaikan bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun kepada 40
peratus, hitung perubahan deposit semasa selepas proses penciptaan kredit berlaku
sepenuhnya. (3m)

Disediakan oleh Lee Quit Huei


Bahagian C - Soalan Kuantitatif

Soalan 4
Jadual menunjukkan kunci kira-kira Bank XYZ bagi sistem satu bank.

Aset (RM) Liabiliti (RM)


Rizab tunai 11,000 Deposit Semasa 55,000
Pinjaman 44,000

JUMLAH 55,000 JUMLAH 55,000

(a) Hitung nisbah rizab tunai. (1m)

(b) Hitung nilai pengganda wang. (1m)

(c) Hitung jumlah pinjaman maksimum yang boleh dicipta apabila semua lebihan rizab
dipinjamkan. (2m)

(d) Sekiranya terdapat tambahan deposit semasa sebanyak RM5,000 dalam Bank XYZ,

(i) Tunjukkan kedudukan kunci kira-kira Bank XYZ yang baru. (3m)
(ii) Hitung tambahan jumlah pinjaman yang boleh dicipta. (2m)
(iii) Hitung jumlah penawaran wang. (1m)

Disediakan oleh Lee Quit Huei


Bahagian C - Soalan Kuantitatif

Soalan 5

Jadual menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan.

Aset (RM) Liabiliti (RM)


Rizab tunai 150 Deposit Semasa 600
Pinjaman 500 Modal 50

JUMLAH 650 JUMLAH 650

(a) Apakah maksud nisbah rizab berkanun? Hitung nisbah rizab berkanun sekiranya kesemua
lebihan rizab dipinjamkan. (2m)

(b) Hitung nilai pengganda wang. (1m)

(c) Jika seorang pelanggan menabung wang tunai sebanyak RM3,000 dalam deposit semasa di
bank itu,

(i) Hitung tambahan pinjaman maksimum boleh dilakukan oleh bank itu. (2m)

(ii) Tunjukkan kunci kira-kira bank itu yang baru. (3m)

(iii) Hitung tambahan penawaran wang maksimum yang boleh dicipta dalam ekonomi.
(2m)

Disediakan oleh Lee Quit Huei

You might also like