You are on page 1of 3

Kalisvary a/p Nookarajoo,

Setiausaha,
Persatuan Praunversiti,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ambrose,
32400 Ayer Tawar,
Perak.

Pn. Normizah binti Balqiah Amis,


Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ambrose,
32400 Ayer Tawar,
Perak. 12 ogos 2021
Puan,
Memohon Kebenaran untuk Mengadakan Perkhemahan Tahunan Persatuan
Prauniversiti
Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan, Persatuan Prauniversiti SMK Ambrose
bercadang untuk mengadakan perkhemahan tahunan di SMK Ambrose.
3. Perkhemahan ini mempunyai matlamat seperti yang berikut, iaitu
(i) Menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan fizikal dan
mental, menguasai kemahiran diluar bilik darjah,
II) memupuk semangat perpaduan dikalangan ahli-ahli persatuan sekolah,
III) Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan,
IV) Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara
teratur,
V) memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.
4. Yang berikut ialah butiran tentng perkehmahan tersebut:
Tarikh: 22-24 Oktober 2021
Hari : Jumaat hingga ahad
Tempoh : 2 hari
Bilangan peserta: 62 orang
5. Program ini mempunyai manfaat kepada pelajar tingkatan 6. Antaranya adalah
untuk
(i) Mereka didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna
terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup,
ii) ara peserta yang terlibat menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan
kerjasama mereka selain mempamerkan disiplin yang tinggi,
ii)  membolehkan pelajar mengalami sendiri segala kesulitan apabila berada
dalam situasi yang mencabar dan susah,
(b)     mendidik pelajar supaya bijak menyelesaikan masalah apabila berada dalam
keadaan sukar, susah, dan memenatkan,
(c)   mewujudkan semangat kerjasama, toleransi, dan tabah sesama ahli
persatuan terutama dalam situasi mencabar,
(d)   memupuk semangat kepemimpinan dan jati diri pelajar untuk berdepan
dengan cabaran yang lebih getir pada masa yang akan datang.

6. Saya selaku Setiausaha Persatuan Prauniversirti SMK Ambrose berbesar hati


sekiranya pihak sekolah dapat memberikan kebenaran kepada pelajar tingkatan 6
SMK Ambrose untuk mengadakan perkhemahan tahunan di padang sekolah.
7. Pertimbangan daripada pihak puan amatlah kami harapkan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
KALISVARY
(KALISVARY A/P NOOKARAJOO)
Setiausaha,
Persatuan Prauniversiti
Sekolah Menengah Kebangsaan Ambrose.

You might also like