You are on page 1of 9

SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN
MENCIPTA DAN MENDEKLAMASI SAJAK
Sempena
e-KARNIVAL PSKPP PERINGKAT NEGERI SARAWAK

ANJURAN:
PSKPP CAWANGAN IBU PEJABAT

Tarikh Perlaksanaan:

Perkara Tarikh

Pelaksanaan di peringkat cawangan/ Daerah 11 Okt – 11 Nov 2021

Penilaian dan pendaftaran peserta yang mewakili 12 – 18 Nov 2021


cawangan/ daerah
Pertandingan dan pendaftaran peringkat negeri 19 – 24 Nov 2021

Tarikh tutup pendaftaran di peringkat negeri 25 Nov 2021


Hasil karya kena sampai ke urus setia pada atau
sebelum
Penilaian di peringkat negeri 26 Nov – 5 Dis 2021

Pengumuman keputusan dan majlis penutupan 16 Disember 2021

Penyelaras

Abdul Rahim Bin Ambong- UPBM-Pusat Kokurikulum

014-5781969
1.0 PENGENALAN

Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk


bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata
sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. Deklamasi sajak membawa makna
membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak
tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu
yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.


2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada ahli PSKPP untuk
mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera,
sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu, khususnya puisi.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PSKPP BERDAFTAR

4.0 TEMA

- Terima Kasih Adiwira Negara -

5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

5.1 Penyertaan terbuka kepada semua ahli PSKPP yang


berdaftar.

5.2 Seorang pemenang di peringkat cawangan (daerah) akan mewakili


cawangan tersebut ke peringkat negeri.
5.3 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan
borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur dan
dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

2
6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Johan peringkat daerah akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat


negeri.
6.2 Di peringkat daerah tiada had penyertaan.

7.0 KAEDAH PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara dalam talian. Peserta perlu memuat


naik rakaman video persembahan sajak masing-masing berserta nama, dan
tajuk sajak seperti yang sudah ditetapkan mengikut tajuk sajak

8.0 PEMILIHAN SAJAK

8.1 Berdasarkan tema, peserta dikehendaki mencipta sajak yang


panjangnya tidak lebih tiga puluh (30) baris sahaja.
8.2 . Pada pertandingan peringkat negeri, peserta boleh menyampaikan
satu sajak berdasarkan tema yang telah diberi.

9.0 PERATURAN PERTANDINGAN

9.1 Peraturan Am
a) Peserta pada peringkat daerah hendaklah mencipta dan
mendeklamasikan sajak berdasarkan tema sajak yang telah
disenaraikan oleh pihak penganjur. Teks hendaklah dihantar
bersama-sama rakaman yang telah dibuat.
b) Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar.
c) Durasi persembahan sajak tidakmelebihi lima belas (15) minit.
Persembahanyangmelebihi masa yang ditetapkanakandipotong lima
(5)markah daripadamarkahkeseluruhan.
d) Aspek kreativiti video juga akan dikira di dalam pemarkahan tetapi tidak
dibenarkan mengedit dari segi pengadun alih suara (dubbing),
segerak suara (miming) atau mengadakan kesan bunyi (sound
effect).
e) Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

3
f) Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan
penyertaannya serta-merta.
g) Setiap peserta perlu memberi jaminan bahawa apa-apa bahan
penerbitan semasa menghasilkan video tidak melanggar mana-mana
hak cipta yang ada dan tidak melanggar mana-mana undang-undang
atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku kemungkiran jaminan ini,
penganjur tidak akan bertanggungjawab dan segala kerugian ditanggung
oleh peserta.
h) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah
yang melibatkan penghantaran video dan masalah video tidak berfungsi.

i) Video yang dihasilkan hendaklah belum pernah disiarkan atau


digunakan untuk menyertai mana-mana pertandingan.
j) Peserta tidak dibenarkan merujuk teks.
k) Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian
dengan tema sajak.

9.2 Peraturan Semasa Rakaman

a) Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Format video hendaklah dibuat shot penuh (full shot) dan
hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan
resolusi 1080P/720P serta dihantar dalam bentuk pautan kepada urus setia.

b) Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat (zoom
in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.

c) Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman kedengaran jelas dan tidak


terganggu oleh bunyi persekitaran seperti bunyi kipas, bunyi kenderaan dan
sebagainya.
d) Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.
e) Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan telepandu
(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

4
10.0 ASPEK PEMARKAHAN

Markah penuh 100 markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan


yang telah ditetapkan:

GILIRAN PESERTA :

ASPEK PENILAIAN MARKAH MARKAH CATATAN


DIPEROLEH HAKIM
Vokal 20
Intonasi 15
SUARA (Peralihan Suara)
(70%) Nada 10
Artikulasi 15
Kelancaran 10
Penghayatan/Mimik 20
GAYA DAN Muka/Bahasa Tubuh
TEKNIK Penampilan/ Ketertiban 10
(30%)
Penalti
i. Tempoh Penyampaian Melebihi
Masa 15 minit (5 markah) 10

ii. Kelemahan Penyampaian (5 markah)

JUMLAH 100

ULASAN HAKIM:

............................................ ..........................................
NAMA HAKIM TANDATANGAN HAKIM

5
BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh semua hakim)

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


TAHUN 2021

Giliran
Markah Peserta Kedudukan Catatan
Peserta

Tandatangan:...................................... Nama Hakim :.........................................

6
BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh Ketua Hakim)

PERTANDINGAAN DEKLAMASI SAJAK


TAHUN 2021

KEDUDUKAN PESERTA
Giliran
Agregat/ Keputusan
Peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata Panel Hakim

10

11

12

13

14

15

Tandatangan

Tandatangan :..................................... Nama Ketua Hakim :................................

7
BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN
(Diisi oleh Ketua Hakim)

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


TAHUN 2021

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA / NAMA PESERTA / NEGERI

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Disahkan oleh,

........................................................................
( )
Nama Ketua Hakim

8
11.0 TINDAKAN

Pihak penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan yang


melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep ini.

12.0 HAK MILIK VIDEO


Pihak pengajur berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di
mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

13.0 HADIAH/ SIJIL

BIL. PERKARA CATATAN


1. Johan Trofi dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Trofi dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Trofi dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-6 hingga ke-10 Medal dan Sijil Pencapaian

You might also like